20091228

Kau yang syok sendiri.Aku pulak yang kena?

Hai.
Mungkin ofis yang sebelum ni tempat yang paling selesa untuk aku pun dah nak jadi tempat yang paling annoying.
Boleh jadi.
Perkara-perkara yang buat aku meluat dengan sesetengah lelaki bila mereka mahu mengorat.
Terutamanya di tempat kerja.


1. Mengorat dengan cara yang kasar.
ataupun memulakan perbualan dengan mengejek fizikal atau perkara yang tak kena.
Lame.Ini jenis orang yang macam langsung tak tahu nak approach perempuan.
contoh: "wah,pakai kebaya,bajet badan ramping kah?"
Padahal dalam hati gila suka nampak lekuk2 badan gadis idaman.
Dah la mulut jahat tambah lagi hipokrit.
Reject89 kali.


2. Terlampau dekat.
Ini melampau.Setiap jam pun nak dekat.Setiap benda pun nak tahu.
Sampai kadang-kadang kerja pun nak tolong buatkan.
Nak tunjuk betapa romantik dan bertimbang rasa mungkin.
Tapi kamon lah, give some space boleh tak abang?
Padahal baru nak mengorat ni,belum dapat lagi pun,Dah gila punya rimas.
Reject376 kali.


3. Emosi tak tentu pasal.
Kalau nak emosi pasal diri sendiri tak mengapa. Ni sebab kau tak dapat mengorat atau pun sebab tak kena layan.Kau nak perang emosi pulak.Moody tak tentu pasal.
Tiba-tiba jadi bisu.
Muka kelat je macam getah pisang.
Bapak laaaa.Kau ingat kau budak-budak ke nak paksa orang buat benda yang kau nak?
Reject 5001 kali.

4. Kecoh.
Selalunya secret admirer dia diam-diam je.
Tapi kalau dapat secret admirer yang kecoh memang binasa lah.
Habis semua yang kerja sama tu tau dia minat kat gadis idaman dia.Siapa cerita berapa denyutan nadi tiap kali berdepan. Lepas tu dapat pulak kawan sekerja yang semua sama kecoh.Habis semua dah syok-syok buat plan nak hantar rombongan meminang,siapa nak main kompang,anak siapa nak bersilat.
eiii.
Reject 10097 kali!

6. Over-Confident.
Tak payah cerita banyak.
Terus reject trilion kali.
Berapa banyak kosong eh dalam trilion?


Kalau sebelum ni aku asyik bercerita pasal betapa rimasnya diganggu secret admirer yang kebetulan bekerja berdekatan. Sini.
Dan bila aku rasa di dalam ofis sendiri adalah tempat paling selesa,
mungkin aku dah terlepas pandang ancaman secret admirer yang paling dekat.
Di dalam tempat kerja aku sendiri.
Mungkin.

20091223

Boleh jalan lah.

Tadi siang aku pergi temuduga di putrajaya.
Pukul 2 dah habis temuduga.
Aku orang paling last pulak tu.
Hah?
Apaa?
Ah.
Jangan harap lah aku nak cerita pasal temuduga tu.
Rahsia.
Tak nak cerita.

..

Lepas temuduga aku telefon momma suruh dia datang ambik.
Sementara tunggu aku pon leka lah ambik gambar dekat putrajaya tu.
Kauorang pun tahu putrajaya macam syok kalo nak ambik gambar kat sana kan.
Kalau aku pergi sorang dah sah-sah aku terus pusing satu putrajaya tu.
Best kot.
Gaji pon dah masuk.
Lagi lah best.

Hihihik.

Masa tu juga ramai orang keluar pergi lunch.
Aku snap langit.
Lepas tu snap pokok.
Lepas tu nampak pulak orang.
Snap gambar orang.
Tiba-tiba masa tengah leka nak snap rumput.
Aku salah landing kaki.
Tumit kasut pula boleh tahan tinggi.
Dan tiba-tiba terus aje kaki aku terpeleot dengan lemah lembut dan terus bersimpuh manja.
Sumpah tak sakit cuma macam tak boleh imbang dan tak boleh elak dari terus bersimpuh.
(kauorang pernah kena macam ni tak?)

Ah.
Ahhh.

Malu mak nok.

Masa tu ada pulak dua orang lelaki dengan seorang awek tengah lalu dekat tepi aku.
Aku tak perasan diorang tengah tengok ke tak.
Sebab masa tu meriah betul diorang borak.
Maka spontan aku teruskan bersimpuh dekat tengah padang tu dan buat-buat tengok henpon.
Sambil membebel nak tunjuk cool yang aku penat saja-saja nak duduk situ.
Malu lah sial.
Bila diorang dah lepas baru aku bangun.
Sayup-sayup je aku dengar diorang borak-borak.

"Ehh.Awek tu jatuh ke?"

"Haah la.Dia jatuh."

"Buat-buat tak nampak weh.Buat tak nampak."

Haaaleerr.
Halerrrr.

Malu.

20091205

Pengwat.

Kelmarin budak yang kerja di sebelah centre aku buat perangai lagi.
Kali ini siap hantar Auntie Florist untuk hantar sejambak bunga yang bagi aku memang membazir.
Membazir sebab aku dan dia langsung tiada apa-apa.
Membazir sebab masa tu aku memang tiada mood.
Membazir sebab aku bukan pencinta bunga.
Dan memang membazir sebab aku tak mungkin akan cair sebab bunga.
Tak mungkin.

Masa tu aku tengah termenung depan cermin mengadap jalan sebab malas nak layan customer.
Tiba-tiba satu auntie masuk.
Dan terus carik perempuan nama Bija.
Bija?
Nama aku ke tu?
Mungkin dia tertinggal huruf K.
Nasib baik bukan tulis Bibi.
Atau Biji.
Memang langsung tak best.

Masa tu semua dah sibuk-sibuk pandang aku.
So Aku ambil je lah bunga tu dan masuk dalam stor.
Ada kad terselit.

"Best wishes."

Putera.

Putera?Gila kacak nama samaran macam ni.hoh?
Malangnya nama aku pun 'putera' tu tak tahu.
Kesian.
Nampak sangat aku memang tak bergaul dengan dia.

Aku tertanya-tanya apa yang buat dia beriya sangat.
Tapi tu tak penting.
Cuma yang penting aku rasa budak ni dah bazirkan tenaga dan duit dia untuk perkara yang tiada makna dan tiada kesan.
dan tak mungkin berkesan.
Mungkin sebab dia pilih untuk bagi dekat aku.
Pilih aku,
yang langsung tak berminat.
Cuba kalau dia pilih orang lain.
Orang yang betul-betul berminat atau,
Orang yang betul-betul akan hargai jiwa romantik dia.
Atau orang yang betul-betul seumur hidup tunggu untuk saat-saat macam ni.
Saat yang banyak kita tengok dalam drama atau filem saja.
Mungkin masa ni kesan dia akan berbeza.

Benda ni buat aku terfikir.
Ada masa bila kita kena reject.
Atau aku di reject.
Automatik aku akan blame diri sendiri.
Tak cukup baik lah.
Muka tak cukup comel hingga tak sepadan dengan pujaan lah.
Sifat kurang manja lah.
Lepas tu mula lah down tak tentu arah.
Tapi kita tak sedar.
Mungkin bukan salah diri kita sampai kita di reject.
Mungkin sebenarnya kita yang dah salah pilih.
Salah pilih pada siapa kita nak bagi hati kita.

Tadi siang aku tengok list active 10 exbf.
Nombor aku masih dalam list.
Tapi tak pernah pun dia nak contact aku.
Nampak sangat ni bukan sebab credit tapi ini sebab dia memang tak pilih aku.
Ah.

If only i can see "you" in another person, maybe i wont take this long to cure.
Poor me.

P/S : Pakcik guard tempat kerja aku suruh aku hanyutkan bunga tu dalam sungai.Mana tahu kalau 'Putera' tu ada niat buruk pulak.Bernas juga idea tu.Aku pun memang tak minat nak simpan.Orang lain ada idea tak?Jangan la kedekut.Bak mai.

20091130

Dua ekor.Ambil seekor seorang.

Semua orang pun penat.
Aku paham.
Aku pun penat.
Aku boleh terima kau-kau malas datang kerja.
Aku pun malas.
Aku boleh terima kau ambil mc dengan bagi alasan bodoh macam babi.
Kata tulang belakang bengkak.
Tapi sehari semalam lepas tu terus surut pulak bengkak tu?
Tak terus lumpuh eh?
Handal ubat yang doktor kau bagi.
Handal macam babi.
Bila aku tambah babi di hujung ayat,maka maksud dia adalah aku tak suka gila babi.
Tak suka alasan,dengan tak suka kau sekali lah babi.
Eh?
Babi lagi.

Kata atuk kau masuk ward.
So kau tak dapat datang kerja satu hari.
Alih-alih yang point cafe world kau naik setiap minit lepas tu siap komen status fb aku tu Apejadah?
Auto-update ke?
Kau dah tak payah jaga atok kau?
Bajet aku bahagia la ganti kerja kau bila kau tak datang?
Haah.
Bahagia gila babi.
Bahagia sampai rasa nak bunuh semua babi biar kau tak dapat makan babi lagi dah.

Janji tak nak tolong kau lagi.
Dua-dua kau pun aku tak nak tolong dah.
Lantak la ada reunion ke ada kena jadi pengapit sepupu ke.
Tak nak tolong.
Biar sepupu kau kawin takde pengapit.
Janji.

Aku tak sampai hati nak guna perkataan sumpah.
Janji boleh mungkiri tapi sumpah nanti makan diri.

Ah.boring la.
Bagi aku bf sorang.

20091128

Kami hadiahkan kauorang telur setelur-telurnya.Padan muka.

Hari ini adalah hari raya yang paling pendek dan hari yang paling panjang dalam hidup aku.
Beraya sekejap lepas tu terus begegas pergi terminal sebab kena kerja.
Dan bila sampai sana terus hampa bila tengok langsung takde tempat yang proper.
Gila bangang.
Ada ke kena kongsi booth dengan dealer?

Di kesempatan ini aku nak ucapkan beribu gampang kepada majikan aku sebab telah bazirkan masa raya aku.
Ya memang gampang.
Kau nak suruh kitorang kejar sales tapi tempat pun kau tak uruskan.
Bijak.
Aku hargai.
Hari ni jugak apa malang nasib aku terjumpa apek yang macam berminat nak beli broadband.
Aku semangat pula tiba-tiba nak terang kan kat dia.
Sekali sebelum blah dia hulur tangan nak salam lalu aku sambut.
Kemudian salaman itu diakhiri dengan ciuman ala melamar.
Apaaaahaaaaaaal?


Begitu banyak ah chai dan ah moi tadi.
Bersepah-sepah.Sama banyak dengan flyers dan brochures.
Ada 2 orang ah chai yang aku rasa asyik nak pandang selalu dan diorang pun pandang aku selalu.
Eh?kamon lah.
Kalau orang selalu pandang kita mesti kita pun boleh sedar kan?
Tadi masa aku tengah kemas-kemas barang nak balik baru diorang tegur dan cuit aku.
Agak teruja sedikit di situ.
Tiba-tiba aku terfikir.

Mungkin tak aku berjodoh dengan orang yang bukan sebangsa dengan aku?
Yang bukan seadat dengan aku?

Thee.
Thee.
Thheeeeh.

Oh ya.
Tadi satu hari aku lepak dengan colleage yang bukan sebangsa dengan aku,india dan cina.
Melayu semua cuti raya,apa kedengki aku pulak sorang kena kerja.
Diorang membebel sesama sendiri.
Aku sepatah haram pun tak boleh faham.
Aiyoo kadeivalley.
Maka satu hari tadi aku dapat rasa bagaimana perasaan pura-pura menjadi pekak.
Sunyi.
Dan terpinggir.

20091118

Wanita hebat.

Wanita-wanita biasanya kalau berebut lelaki.
Mesti dua-dua tak nak kalah.
Mesti dua-dua nak menang.
Mesti dua-dua nak dapat.
Yang lelaki pun syok je kena rebut.
Tapi memang standard lah tu, siapa pulak nak kalah.
Aku pun tak nak weh.

Dari bergaduh sebenarnya ada banyak jalan lain yang para wanita boleh ambil.
eceeh.Wanita pulak.

1.Bincang elok-elok.
(perbincangan tiga hala.semua dilarang bawak senjata atau asid.boleh juga buat keputusan siapa nak jadi bini muda atau bini tua.)

2.Buat pertandingan penilaian siapa lagi layak.
(penyertaan dari kedua orang tua lelaki rebutan sebagai juri lebih afdal.)

3.Suruh lelaki rebutan pilih dengan tegas mana satu pilihan hati.
(dua-dua pakai baju sama.make up stail sama.lepas tu suruh pilih.mesti pilih.tak boleh hold mana-mana pun.)

4.Berserah pada takdir.
(ada jodoh ada la.kalau takda jodoh ikat badan sekalipun tetap tak dapat bersama lah.)

Ada banyak lagi cara lain,tapi aku tak dapat fikir sekarang.Satu lagi jalan terbaik yang boleh diambil dan aku pasti akan ambil kalau kena dekat batang hidung aku ialah :

5.Dua-dua ambil keputusan bijak tinggalkan lelaki rebutan dan masing-masing cari lelaki lain yang melambak lagi.
(ini terbaik.apehal kau susah-susah nak rebut benda yang susah?Kalau worth okay jugak lah nak fight habis-habisan.Kalau worst? mengabihkan bogheh jo weh.)


Tapi kalau kena berebut dengan mereka-mereka ini.
Maka aku rela bermadu bersama.



Kita wanita harus kuat.
Harus teguh berdiri.
Harus bangun semula walau jatuh dan terluka.

20091113

What A Small World.





Obvious sangat dah.
Dah la aku memang malas nak hold kau.
Maaflah.
Memang aku punya salah sebab aku yang tak nak.
Tapi ni dah terang-terang dia tu nak kat kau.
Nanti kawen tak payah ada niat ajak aku.
Babi.
Dunia ni kecik betul bila tiba-tiba,
Orang yang pernah aku suka sekejap lepas tu tak jadi suka sebab dia ada bau ketiak boleh muncul balik.
Dah la aku macam tak ingat langsung pasal dia.
Macam tak wujud.
Gila lah kejam.
Dunia ni memang lagi kecik sangat lah.
Bila aku sibuk-sibuk nak tunjuk kat kawan sekerja aku siapa 1st love aku.
Tiba-tiba dia menganga rupanya dulu diorang sama sekolah.
Sekarang dah sibuk nak jumpa lepas tu lepak.
Babi.

Eh.Eh.Emosi betullah post aku kali ni.
Hari tu lagi aku emosi masa mula-mula dapat tahu masa Hari Raya Haji aku kena kerja.
Tapi sekarang dah redha.
Nanti siapa-siapa datang Terminal One masa Hari Raya Haji tu sila lah jenguk-jenguk PC fair.
Tapi memang jangan harap lah kauorang boleh dapat komputer free masa tu.
Daging free lagi lah takde.
Eishh.
Tak puas hati betul lah.
Apa ke bangang diorang ni buat PC Fair masa Hari Raya?
Haa.
Lagi satu.
Apesal bedebah sangat perangai si Sara tu?
Perangai buruk macamana Aidil nak suka kau.
Tengok.
Tengok.Emosi lagi.

Okay lah.
Bai.

20091101

Dah tutup lah mangkuk.Dah tutup.


Dah lama sangat aku tak kena baca buku.
Tak kena tension tengok kawan study tiap kali ada exam.
Tak kena salin nota kecik untuk toyol jika perlu.
Dah lama juga tak kena stay up sampai pagi untuk buat assignment.
Rindulah zaman Diploma dulu.

Rindu.
Sekarang asyik penat nak tension bila kena kerja weekend.
Gila takda life.
(Ada sebenarnya.Tipu sikit untuk menunjukkan kesusahan dan ketidak best'an hidup bekerja.)

Sabtu lepas aku kena overtime sampai pukul 5 dengan Jeya.
Si Angel offday senang-senang hati tapi belambak gila kerja dia tinggalkan.
Kitorang pulak kena settlekan.
Masa tu center memang dah tutup tapi orang kat luar boleh je nampak kitorang kat dalam.
Mak bapak weh ramai betul mangkuk-mangkuk duk gegar-gegar nak masuk.

"Henpon wa kena culiiik".
(kalau dah kena culik pegi la balai polis.)
"wa nak ambik borang biru.share punyaa."
(ah.takde-takde.nak share tunggu isnin.tak kuasa aku nak bagi kau kaya lagi.)
"Saya nak duit tukar.nanti kat mesin tak pulang baki."
(ada plak duit tukar aku?)
"Tolonglaaa.Saya nak potong line ni.dari jauuuh saya datang."
(err.kesian tapi kesian lagi kat aku.kang silap hal ko maki aku balik.so tunggu isnin lah.)

Ada lagi satu mangkuk tu.
Gegar-gegar shuttle sambil tanya.
"Sudah tutup ka?"
Hak elaaah.
Bapak bangang.
Pernah ke kau tengok centre bukak tapi shutter down?
Tapi best weh boleh cakap dengan Jeya sambil gelak.

Dah tutup lah mangkuk.Dah tutupp.

20091026

Bahana Bercakap Laju dan Satu Hala.

Hari tu, sayang aku bagitahu.
Ada orang nak pakai photographer untuk weeding adik dia.
So aku ingat nak try la.
Tapi sebab tak pro aku pun ajak la seorang kawan yang mmg pro.
Sebenanrnya mmg nak suruh dia je buat.
Aku tukang sibuk-sibuk sambil belajar .

Semalam.
Masa tu aku tengah drive
Tiba-tiba pengantin tu call aku,
Tanya macam-macam yang aku pulak tak tau sangat.
Berapa bajet la,story board ape kejadah la.
Kedai gambar kat mana,nak sampel lah.
Aku tengah kelam kabut terus je cakap nanti aku call balik.

Laju-laju terus call kwn yang pro.
Nama dia paan.
Aku tekan paan dan terus cakap laju mcm pelesit.

"Paan, customer tu call aku tanya bla bla bla bla, pastu blah blaaaa blaa lagi. Nak jumpa aku blaa blaah blaa.blaa.blaaa.mana aku tauu blaa. blaaa blaaa.bagi flickr ko eh?Blaa blaa.blaaa.blllaaa.bolaaa."

Dah habis aku cakap baru aku tau rupanya aku dah salah call orang.
Tu pon aku perasan bila aku bagi peluang dia bercakap setelah aku bercakap tanpa henti.
Sebab suara paan yang aku nak call tu macam romantik sikit,tapi paan yang aku tengah call tu mcm hensem plak suara dia.
(Tahan.Tahan.Jangan muntah.)
Apa kejadahnya aku tercall paan gebu padahal aku nak call paan kucing siam?

Kepada Paan gebu.
Terimalah lagu ampun kan daku dari Def Gab C.
(Kesian Paan terkejut,dah la kenal kat internet je,jumpa tak pernah tiba-tiba je aku call mengejut.Kau jangan demam tekejut lak eh Paan.Jawab exam tenang-tenang.)

Aku tengah berdebar-debar tunggu hari Rabu.
Siapa boleh ajar cara nak mintak MC?

P/S : Aku baru perasan ada komen enonimos dekat entry Desperate Terpaksa aku.
Dia tulis "i'll be there for u".
Sweet gila okay.Weh2.Siapa kauu ni?

Hai.Saya berbau kedai.Bau tak?

20091019

Aku perlukan suntikan.

Aku sekarang rasa begitu bosan.
Rasa macam bosan sangat lah.
Macam buat apa pun jadi bosan.
Buat-buat bosan lagi lah bosan.

Sekarang ni lagi lah tengah bosan sampai rasa boleh pengsan.
Aku rasa,
Sekarang yang aku paling perlukan adalah suntikan.
Suntikan yang boleh buat aku tak bosan.
Suntikan yang paling sesuai untuk aku sekarang adalah "suntikan tidak bosan".
Mana tah nak carik.
Bodohnya.

Tengook?
Dah taip entry pun masih bosan lagi.
Jadi harus berhenti sekarang.

Okay lah.
Babai.
Nak pergi pengsan sekarang.

*Pengsan.*

20091014

Abu.

Abu,Gopal dan Kai Meng kawan sekerja.
Mereka kerja aman dan sentosa di sebuah syarikat.
Kerja mereka adalah menjual ketip kuku.

Abu seorang yang comel dan suka buat hal sendiri.
Abu suka bersendiri.
Terutamanya ketika waktu makan.
Kadang-kadang abu tidak pergi makan sebaliknya Abu pergi tidur di dalam kereta.
Abu juga tidak kisah pasal rekod penjualan ketip kuku beliau.
Asal boleh saja Abu tu.
Abu juga tak suka dating.
Pelik betul Abu ni.

Gopal pula seorang yang rajin.
Hari-hari pun buat OT.
Kadang-kadang kalau dia tak buat Ot pun dia tetap claim OT.
Tapi Gopal bagus.
Dia selalu bekorban waktu cuti dia untuk penjualan ketip kuku.
Setiap kali public holiday biasanya gopal yang kena kerja.
Kai Meng seronok-seronok saja dating.
Abu pula seronok-seronok saja dapat bangun lewat sampai pukul 12.
Tapi Gopal tetap rilek.Kerja saja tanpa banyak cerita.
Boleh tahan pelik juga Gopal ni.

Kai Meng lain cerita pula.
Dia kuat mengular dan selalu hebat mencari alasan untuk datang kerja lambat ataupun tak datang langsung.
Kadang-kadang alasan Kai Meng langsung tak masuk akal.
Lagi tak masuk akal dari alasan,
"Nenek saya bersalin tuan.Jadi saya kena tungkukan peranakan dia."
Tapi Abu dan Gopal buat-buat percaya saja.
Yang bagus tentang Kai Meng ialah dia sangat pandai jual ketip kuku.
Kadang-kadang bila Gopal dan Abu masih menganga-nganga,Kai Meng sudah jual 4 ketip kuku.
Hebat kan Kai Meng?
Hutch yooo.

Pada suatu hari ketiga-tiga mereka dikejutkan dengan kejutan luarbiasa.
Tiba-tiba didalam akaun Gopal ada agak banyak wang.
Setelah di instivigasi,
Rupanya syarikat telah memberi imbuhan kepada Gopal.
Abu telan air liur juga tapi dia tak kisah sangat sebab dia sendiri memang tahu dia malas mahu susah-susah pujuk orang beli ketip kuku.
bila Gopal belanja dia chewing gum dia terus sejuk hati.
Tapi Kai Meng kelihatan seperti agak jaki dengan rezeki Gopal.
Sebab Kai Meng memang lebih hebat dari Gopal mengikut rekod penjualan.

Semenjak hari itu,
Kai Meng begitu semangat menjual ketip kuku.
Begitu banyak ketip kuku yang dijual Kai Meng sampai kuku sendiri pun tidak sempat dipotong.
Kadang-kala Kai Meng ada juga memangkah pelanggan Gopal.
Sampai bengang-bengang Gopal.
Melihat keadaan itu,Gopal pun mula membuka langkah.
Mereka berdua-dua berlumba-lumba jual ketip kuku.
Saling memangkah pelanggan sampai lupa dulu mereka kerja dengan aman sentosa.
Sampai kadang-kadang pelanggan Abu pun dirembat sama.
Tapi Abu cool aje.

Abu juga dah jadi semacam tempat Gopal dan Kai Meng meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing.
Gopal mengadu Kai Meng sorok ketip kuku dia.
Kai Meng mengadu Gopal patahkan ketip kuku dia.
Abu pun kadang keliru.
Bila dengar luahan Gopal,Abu jadi marah kat Kai Meng.
Bila dengar luahan Kai Meng, Abu jadi marah pula dekat Gopal.
Konpius Abu.
Abu rasa macam nak buat solat istikharah,tapi kelihatan macam over sangat pula.
Tapi bila tiga-tiga duduk sama-sama, semua berjalan lancar.
Macam tiada apa-apa berlaku.
Kai meng dengan Gopal dua-dua elok saja berbual.
Abu pun terpaksa lah buat-buat tak tahu.
Kadang-kadang Abu rasa seperti dia adalah talam.
Dan semua orang tahu talam ada dua muka.
Abu tak mahu jadi Talam.
Abu mahu jadi manusia.
Satu muka pun Abu tak terjaga.
Kadang-kadang tahi mata pun Abu lupa nak buang.
Cili kat gigi pun selalu telepas.
Sekarang macam mana Abu nak jaga sampai dua muka?

Kasihan Abu kan.
Siapa-siapa,boleh tolong Abu tak?

20091012

Desperate terpaksa.


Why am i always stuck in syok sendiri situation?

Dulu i ingat boleh baik dengan exbf.
sekali tak menjadi.

Lepas tu i ingat nak consider kat seorang penghibur sejati.
sekali spoiled sampai rasa tawar hati.

Now nak dekat lagi seorang.
Sekali baru macam dapat hidu-hidu dia dah skandal dengan awek lain sekarang.

Dah laa.
Momma bising suruh i ada boyfriend sebab takot i telepas jodoh nanti.
Akak pun sama.
Dulu nenek su pun pernah cakap benda yang sama.
Siap kata i tak suka lelaki lagi.
Eh.I lovee man weh.
Exspecialy the funny one and who born with Curly hair will be shortlisted without doubt.
tsk.tsk.
Pengkid ke tomboy ke pergi jauh-jauh..
Tak payah try.
I bukak ikatan kat dada korang tu nanti kasi tesembul kang.


Alaa.
Semak laa.

Weh.nanti sape-sape kat sini yang bekenan dengan i pinang i ek.



Yang benar,
Si yang menjadi desperate akibat tekanan orang sekeliling.

20091007

Kau buang.Aku simpan.Kau tanak.Aku ambik.


Waktu lunch.
Biasanya dan sepanjang aku dah bekerja ni.
Selalunya aku akan pergi makan sorang.
Antara dekat mamak dengan dekat kedai yang ada jual masakan kegemaran yang terbaik.

Beberapa hari lepas raya hari tu.
Aku pergi makan sorang lagi.
Memang tertunggu-tunggu waktu lunch.
Selepas berpuasa sebulan.
Jadi rasa rindu gila nak lepak sorang-sorang lepas tu,
makan perlahan-lahan sambil minum teh ais.
Lepas tu pekena rokok sebatang.
wohh.best.
Eh?
Eh?
Yang part pekena rokok tu macam bukan.
Bukan aku.
Tu abang yang kerja telekom.
Lepas makan je mesti dia pekena rokok sebatang.
Aku tengok je sambil kunyah ais.
Bahahahah.

Masa aku tengah basuh tangan baru aku perasan yang belakang aku ada manusia.
Cuba teka siapa?
Eh?
Eh?

Pandai laaa!
Mana kauorang tau yang kat belakang aku ada budak guard centre sebelah?
Kagum ai tau.

Budak guard tu kata dia nak duduk makan semeja dengan aku.
Aku pun on je lah.
Takkan nk tamak meja pulak.
Lagipun kita kena baik dengan semua orang kan?
Lagi-lagi dengan orang yang pernah tolong kita.

"Umur berapa?"aku nak bukak topik.Rasa janggal pulak makan dua orang lepas tu diam-diam macam pengantin.
"Saya 20 tahun."budak tu jawab.
"Eh.muka tua eh?"ni memang aku tak hipokrit ni,main cakap apa terfikir.
"Matangggg."Laju je budak tu jawab sambil jeling sambil makan.

Masa nak balik opis budak tu mintak no telepon.
Bab ni selalu aku kental sikit.
Selalu memang tak bagi.
Sebab aku malas nak layan soalan yang memang dah bosan nak jawab.
Tapi memikirkan dia pernah tolong aku.
Aku pun bagi sambil pesan sikit sebelum blah.
"Jangan mesej kalau takde papehal ek.Saya ni memang jenis tak minat nak main mesej."

Tak lama lepas tu mesej masuk.

"Keje.Keje.Ign asyik tgk hp.Nti hp tu pecah asyik tgk muka awk."
Sender: bdk sebelah

Aku tekan butang merah.

Tak lama lepas tu mesej masuk lagi.

"Eh.Awk nak promote broadband ke nk promote muka.Cantik awk ikat rambut mcm tu."
Sender : bdk sebelah

Masa dapat mesej ni aku dah mula agak rimas.
Apahal ni.
Tapi memikirkan budi dia.
Aku pun tekan butang merah lagi.

Masa aku nak balik mesej masuk lagi.

"Hati-hati memandu.Ingat orang tersayang."
Sender: bdk sblh.

Aku tekan butang merah lagi.Kuat.

Kelmarin.Semalam dan sekarang ni.
Walaupun aku tak balas mesej dia,dia tetap mesej aku.
Dia kata aku marah dia sebab dia tanak mengorat aku.
Muka aku ni ada muka desperate nak kena ngorat ke?

Lepas tu dia pertikaikan kenapa aku tak ajak dia pergi makan sama-sama.
Kenapa aku tak pandang muka dia.
Apehaaal.
Perlu ke weh?
Perlu ke weh?
Nak lintas jalan pun kadang-kadang aku malas tengok kiri kanan.
Sekarang nak kena pandang muka dia pulak setiap kali lalu depan centre dia?
Lepas tu mesti makan sama dengan dia pulak?
Sekarang dia mesej lagi suruh aku layan mesej dia sebab dia baru clash dengan awek dia.

Tulis banyak pun tak dapat menggambarkan rasa tu macammana.
Semacam tiba-tiba aku ada satu komitmen tambahan pula.
Dah la aku tak suka komitmen.
Sebab aku rasa macam nak sound dia sikit supaya jangan terlalu mengada-ngada tapi sebab bila pikir dia pernah tolong aku jadi aku tak sampai hati nak sound.
Jadi aku diam sorang-sambil sakit hati.

Mungkin lepas ni aku harus jadi si ignorant balik.
Rimas lah.

P/S : Ambik sebiji.Panjang aku tulis tapi tak mungkin budak tu akan baca atau tahu.Sebab hari tu dia suruh aku add tagged dia.Bila masa lah pulak aku main tagged?Kalau dia suruh add Facebook lain cerita la.

20090917

Your blood pressure is low.Eat salty food.

Aku selalu terfikir tentang betapa besarnya pengaruh "Kalau" dalam kehidupan.
Misalnya bagaimana kita mengaitkan perkataan "Kalau" dengan kesilapan kita.
Ataupun sekerap mana kita ucapkan "Kalau" bila masa kita menyesal dengan kebodohan sendiri.

"Kalaulah saya tak mabuk ketika memandu,pasti kereta saya tak kemik."
"Kalaulah saya belajar lebih sikit.Pasti saya tak payah ulang semester."
"Kalaulah.."

Kenapa mesti nak jadi bertambah bodoh?
Kalau tahu orang yang ajar kau tu lebih bodoh.

Kenapa mesti kau nak sentap?
Kalau orang yang menyentap kau tu dah terang-terang boleh disentap.

Kenapa mesti susah-susah nak menafikan?
Kalau kau sendiri dah tentu-tentu tahu yang semuanya kebenaran.

Kenapa mesti kau nk pejam mata?
Kalau semua itu kau tetap boleh nampak walaupun dalam gelita.

Semua orang dalam dunia ini sentiasa hidup dalam denial.
Membenarkan apa yang salah.
Mengisahkan walau tak kisah.
Belum masuk lagi yang berlagak berilmu padahal kosong.
Nak tambah lagi,
Yang pura-pura gembira tapi derita.
Yang depan suci,belakang hina.

Kalau lah,
semua manusia tak hiraukan ego.

Kalau lah,
semua manusia tak pentingkan darjat.

Kalaulah,
semua manusia tak agungkan harta.

Mesti tiada yang dipandang hina.
Mesti tiada yang jadi mangsa.

Tapi,
itu semua "Kalau" punya cerita.
Cuba kau bayangkan kalau perkataan "Kalau" itu tak wujud.
Pasti manusia tak pernah kenal erti dan rasa penyesalan.
Semua terima saja dan 'mungkin' akan ulangi kesalahan yang sama berkali-kali.
Sebab tak pernah kenal rasa menyesal,maka setiap kali pun pasti akan buat salah yang sama tanpa rasa sebal.

Tapi,
Itu semua "Kalau" punya cerita lah.
Itu cerita kalau "Kalau" itu tiada.
Hakikatnya sekarang ia ada.
Jadi semua.

Silakan menyesal dan bersedialah untuk menyesal.
Aku rasa tiada salah kita menyesal.
Sebab menyesal boleh mendewasakan manusia.
Berapa banyak kau menyesal juga menunjukkan berapa banyak keputusan yang sudah kau ambil dalam hidup kau.
Kau boleh bangga banyak di situ.

20090914

Baru pandai Sebut Bastard Belagak Macam dah Hafal Kamus.

Dah nak raya weh.
Dah nak raya.
Aku tiap kali pergi kedai dengan mak mesti niat nak beli tudung raya tapi tiap kali masuk kedai mesti dah jadi blur sebab aku pun lupa-lupa baju raya aku macam mana punya kaler.

Semenjak bulan puasa ni kemain menjadi-jadi lagi perangai tidur sambil memandu.
Selalu aku terpaksa maki-maki diri sendiri kuat-kuat supaya berharap hati akan tercalar dan merajuk untuk tidur sambil memandu.
Tapi,
Kebiasaanya gagal.

Aku dapat prinsip baru.
Dulu ustazah kata kena hormat orang tua walaupun dia tak seagama dengan kita.
Tapi sekarang aku taknak pakai sangat yang ustazah ajar tu.
Gampang weh ada india tua mabuk mana maki aku 'stupid dirty bastard'.
Baru pandai speaking sikit dah belagak macam belajar sampai Oxford.
Choooi.

Tiap-tiap malam aku ngan momma marathon buat kuih.
Nak beli baju raya budak-budak yang macam tak penah dapat baju raya.
Tiap hari pun telepon nak tanya pasal baju raya.
Lerr.Sabar la.
Kan ai ngan momma tengah chop duit hari-hari untuk korang ni.Tak tau ke?
Hari-hari jugak muka dengan badan aku macam dalam sauna sebab mengadap oven panas.

Aku marah betul bila perempuan dah cinta kat jantan sampai jantan tu berjuta kali buat perangai pun dia masih nak maafkan.Jantan lak tu.
Kamon la beauty.
Kau bukan tak cantik,lelaki kat luar sana berlambak lagi.
Kenapa mesti nak bataskan pencarian jodoh kau?
Kaaaaaannn?

Eh Yu Olzz.
Ni bulan puasa kan.
Apesal aku nampak ramai sangat orang lelaki merokok siang-siang buta?
Sambil bawak kereta sambil ketuk abu rokok.
Oh.mungkin lah.
Mungkin diorang puasa air dan nasi tapi tak puasa rokok.
Mungkin lah.
Apelah ai ni.eissh.

Oklah.
Nak pergi tidur.
Karang nak bangun sahur,lepas tu nak memancing kejap kat Fish a Fish Facebook.
Aku dapat pancing ikan mata bentuk hati tau.
Sooo sweet.
Lepas tu nak siap pergi kerja pulak.
Dah la esok hari key in gaji.
Terang poket.




Kinana 5 bulan 3 hari.

P/S : Benci ai taw.Kinana ni mana-mana pun nak enterframe.Dah la sedut gorjes kalang.Eii.

20090908

Penagih Tegar.

Minggu lepas.
Aku rasa semangat semacam .
Sebab sejak berapa lama aku tahan gian.
Akhirnya dapat jugak dadah balik.
(Ceh macam cool je tulis dapat dadah macam ni.)
Lepas dah dapat minggu lepas.
Sekarang asyik gian je.
Semak betul lah.
Dadah jenis ni jarang-jarang orang dapat.
Kalau dapat pun payah la.
Sebab nanti kiri kanan orang jeles kat kau punya.
Lepas tu nanti macam-macam diorang buat nak kasi kau stop menagih dadah ni.
Busuk hati betul lah.
Biasalah, dadah ni ada baik dan buruk dia.
Tapi bagi siapa yang memerlukan dan pandai manfaatkan memang perlu lah.
Mungkin untuk bagi umph sikit hidup kau.
Atau,
Mungkin untuk bagi kau lupakan masalah.
Tersalah pilih,Binasa.



Kajju Heroin Powder

Keira Kodien Crystal

Kanna Morfin Alkaloid

Ada lagi satu dadah.
Memang pujaan semua orang ni.
Kalau kauorang dapat konpem tanak tinggal.
Konpem nak gian je sepanjang masa.
Lebih kurang macam ni lah rupa dia.



Kalang Cannabis Tube.



Tapi kalau boleh,
Aku nak menagih dadah-dadah ni sepanjang hayat.
Tak kisah lah apa jadi,tak kisah lah siapa dengki.





20090901

Ada Perkara Yang Lebih Memalukan Dari Kantoi Tak Zip Seluar.

Dua bulan lepas.
Ada orang bagi aku kertas kecil.
Dekat kertas tu ada no telefon dengan nama.
Kata nak berkenalan.
Aku tak ambik pun kertas tu.
Aku biar atas kaunter.
Lepas tu siapa tah kemas meja dan kertas kecik tu hilang.
Tak kisah.

Dua bulan lepas.
Aku tengah ekjas-ekjas lisa kasi nak masuk parking.
Budak sekuriti center sebelah pandang-pandang sambil senyum.
Budak yang kerja center sebelah pun senyum-senyum.
Aku buat muka tak reti sambil parking senget dan lari masuk center.
Tak kisah.

Tadi.
Aku dengan bahagia pergi dekat Lisa sebab dapat balik awal.
Aku cucuk kunci dan start enjin.

Krek.

Eh?
Aku cuba sekali lagi.

Kreeek.

Dan masa tu baru aku perasan yang aku tak tutup lampu lepas anta kawan sekerja aku balik ambil name tag yang tertinggal pagi tadi.

Hati dah tak rasa bahagia.
Tiada makna aku dapat balik awal jika Lisa tak dapat hidup.

Maka aku termenung dalam Lisa.
Masa menung tu aku ada perasan yang budak sekuriti dengan budak yang kerja dekat center sebelah tu sibuk-sibuk bukak bonet kereta masing-masing.
Pekerja cina yang aku selalu ejek dalam hati sebab dia terlampau teliti ketika parking tu pon sibuk-sibuk semacam.
Hati aku berdebar.
Semakin berdebar bila tiba-tiba budak sekuriti datang kat aku.

Budak sekuriti : Tak boleh start ye?

Aku : Eh.haaah.

Budak sekuriti : Tau dah.dengar bunyi macam lain macam je.Pastu tak gerak-gerak.

Aku : Heheeee.

Budak sekuriti : Jap kitorang tolong kasi charge bateri.Jap eh,dia g ambik jumper.

Aku : Eh?boleh eh?

Budak sekuriti : Bolehlaa.Kita kan satu Malaysia.Hehee.

Aku : Gulp.

5 minit lepas tu Lisa dah boleh hidup.
Hati bahagia balik sebab dah boleh balik.

Tapi,
Aku rasa malu gila sebab dulu buat tak kisah dengan diorang.
Padahal kerja sebelah-sebelah.
(Samalah macam kauorang ada jiran tapi tak pernah nak bertegur sapa. Mungkin jiran kauorang dah cuba nak beramah mesra. Tapi kauorang jenis tak kisah macam aku dan tak layan langsung. Tiba-tiba rumah kauorang kena pecah dan orang yang tangkap perompak tu adalah jiran kauorang tadi. Kauorang fikir lah macammana menyesal tak kauorang masa tu?)

Boleh kata hari-hari aku datang kerja mesti jumpa muka diorang dulu.
Tapi kenapa sebelum ni aku tak senyum langsung dekat diorang?
Kenapa sebelum ni aku tak "hai" langsung dekat diorang?
Kenapa?
Kenapa?
Dan aku langsung tak kisah pasal diorang.
Tapi diorang tetap kisah.
Tetap tolong tanpa paw aku.
Dah la laju pulak tu diorang buat kerja.
Kalah pekerja F1 wa kata lu.
(Aku taip ni sambil pakai mask.Sebab sebal kenapa sebelum ni jadi si ignorant.)
Mulai saat ini aku tidak akan sombong tiba-tiba.
Dan akan cuba untuk kisah dengan semua orang.
(Eh jap.Kauorang semua dah gaji tak?Baju raya kaler apa?Cuti dah apply?)

Tak kenal maka tak cinta.
Tapi,kalau dah kenal tak semestinya nak kena becinta plak.
Agak-agak lah.

Haa.
Jangan lupa kisah dengan orang di sekeliling.
Jadi Si Ignorant memang langsung tak cool.
Percaya lah.

20090830

Letting u go was my biggest regretion.Ever.

Hari ini.
Mood i baik dan i terasa rindu.
Lagipun esok i cuti lagi tak payah kerja dan i ada begitu banyak masa senggang.
Maka i nak bawa korang jalan-jalan ke masa lampau.
Masa di mana i masih takot mandi tutup pintu dan begitu malas nak shampoo kepala.
Masa ini juga adalah masa di mana i tak pernah terfikir betapa seronoknya merias kuku dan ke salon untuk mempelbagai kan rambut.
Juga masa ketika i masih belum period.
Eh.
(-____-)'


Disebabkan tadi i dah bagi doremon kuih dorayaki sebesar talam.
Dan i juga telah merasuah beliau dengan membunuh kaum kerabat tikus yang bertanggungjawab memakan telinga beliau,
maka doremon dengan senang hati nya meminjamkan mesin waktu nya kepada i.

Sekarang semua masuk dalam laci dan pegang kuat-kuat.
*det.deeeet.det.deeeet.*

Taaaadaaa.
Semua diam-diam.


Masa ni i baru dapat rasa makanan keras.Semua habuk i kutip.I juga berfungsi sebagai vakum.Sampai i pernah kutip tahi cicak.Eii.comot.
Tapi bila dah besar nak pegang vakum pun malas.

Ini pon sama.ini ketika kali pertama i sambut raya.
Belum ada pengalaman raya.Jadi tak tau nak pilih baju apa.
Ada ke pagi raya pakai gaun?Nonsense lah.
Sekarang i dah makin matang dan takkan pakai gaun lagi ketika raya.

Ini adalah raya yang kali ke 4 i sambut.
Mula raya tahun tu momma pakaikan i dengan akak baju sedondon supaya tidak akan begaduh baju siapa lagi cantik.
Tengok sepupu i tu.
Ada ke pakai gaun?i takkan ulang kesalahan lampau.

Rombongan sekolah ke Penang.
Jangan tertipu ketika ini i masih belum sekolah.
Momma terpaksa susah payah pakaikan i baju sekolah sebab i nak sama dengan orang lain.
Tengok muka i begitu bangga pakai sunglasses bulat ala mickey.Bajet stylo lah tu?
Pertama kali dapat.Bagi la peluang.

I lupa la masa ni kitorang nak pergi mana.Kenduri kot?
Tapi masa ni granny pergi makan angin kat Medan jadi kami semua sepakat nak duduk kampung jaga rumah.Masa ni baju kurung i kedut seribu langsung tak iron.Selekeh.
Tengok momma i tido.Ngantuk jee.

Okay lah.
cukup.
Jom kita balik ke masa hadapan.
Haah?Masih tak puas lagi?
Sorry lah doremon dah bising sms i yang dia nak pakai mesin waktu dia balik.
Dia cakap dia nak pergi ambil gambar masa dimana dia masih ada telinga lagi.
Kecoh je tau.
Padahal bukan dia tak boleh pakai pintu suka hati dia tu.
Dengki lah.
I tanak kecewakan kauorang.
So i bawa kauorang kat satu masa lampau lagi.
i tak kesah kalau lepas ni kauorang gelakkan kan i.
I ikhlas bawak.
Nah.

Zaman ketika i tak comel dan peminat KRU tegar.
Tsk.Tsk.

Dah.Dah.
Semua naik atas mesin waktu balik.
Cukup gelak.
*Det.Deeeet.Det.Deeeeet.Det*



Sekarang i dah besar dan comel.
eh?
(-___-)"
Tapi selalu rindu masa i masih kecil dan tak comel.
Juga i rindu zaman dimana i buat macam-macam perkara yang tak masuk akal tanpa perlu menyesal.
Contoh macam i gunakan stand ubat nyamuk sebagai pisau ketika main masak-masak sampai terluka tangan 3 jari sekaligus.
Atau ketika i cuba bawa basikal besar laju-laju sampai tak sempat brek dan terlanggar anak jiran yang paling nakal.
Sumpah tak menyesal.
Dewasa memang menyesakkan.Tapi langsung tak dapat elak.
Hoh?

20090824

I'll hurt ur mom just like u do to mine.

Kitorg adik beradik tiap kali makan sahur memang berselera.
Kalo korang tengok abang aku sahur mesti korang pun selera sama.
Sahur kitorang standart berbuka la.
Tadi aku sahur dengan momma je.
Sebab adik kat Perak.
Abang kat UM.
Dan akak kat rumah dia.
Aku tetap makan berselera.
Dan suapan aku slow ketika beberapa suapan terakhir.

Alaaa.
Lepas ni,
Takleh sambung tido balik.
Kena terus siap-siap pergi kerja.
Alaaaaa.


Ponteng boleh ka?
Hoh.

20090820

Mana Kad Yang Aku Sayang Tiap Hujung Bulan Pergi?

Kenapa aku sentiasa ada masalah dengan Gaji?
Sekarang aku sedang menghitung hari untuk gaji bulan kedua.
Tadi masa keluar makan.
Aku bersemangat gila cakap kat Jheya yang aku nak g cekidaut gaji da masuk ke belum.
Dan Jheya dengan mata bersinar bagi semangat supaya aku pergi cekidaut sama itu gaji.

Aku pergi sambil berharap even dah tau memang takde.
Aku tanya baki lepas tu tunggu.
dan predictablely,
Gaji memang belum masuk.
Aku tunggu untuk ambil kad balik.
dan unpredictablely,
Kad tak keluar.
memang tak keluar.
Cibai.

Disebabkan kad aku tersangkut di ATM bank rimau.
Padahal kad aku dari bank merah.
Kakak Bank Rimau kata kad aku dah hilang.
Memang takleh dapat balik.
Betul ke ha?

Maka aku terpaksa berjalan kaki ke Bank Merah dan buat kad baru.

Bila sampai di kaunter aku pun berkeluh kesah bersama kak esah lah dengan customer service Bank Merah.
Nasib baik kakak tu baik dan lembut.
Sejuk hati aku.
Sejuk macam baru lepas terbakar lepas tu dapat pekena teh ais,ais lebih.
Tak ke heaven wa cakap lu?

Akak tu kata boleh je replace kad baru dan on the spot boleh dapat.
Tapi kena ada buku akun sekali.
dan lucky gila aku memang tak pernah keluarkan buku tu dari beg.
Aku rasa bangga sikit dengan diri sendiri.
Tak sia-sia kau malas kemas beg.
Tak sia-sia.
Senang hati aku.
Akak tu kata akan kena charge RM12.

Tiba-Tiba.
Baru aku teringat tadi aku dengan rela bagi abang paw aku Rm10 sebab dia nak pergi Kl jap bawak Lisa.
Woh.
Aku pandang akak tu dan buat-buat tengok jam.
Ada 15 minit lagi sebelum waktu rehat aku tamat.
"Er.kak.esok lah saya datang buat kad.Waktu rehat dah nak abes pula."
"Oh.Okay.takde Masalah.Bila-bila pun boleh dik."
Aku keluar laju-laju macam dah terlambat sangat.
Langsung tak toleh belakang.

Eii.
Ape kes nanti kena charge Rm12 tapi dlm wallet aku ada Rm11 je?
Suweii weh.

P/S : Kenapa baru sekarang aku jumpa kedai yang ada jual lauk kesayangan perut bila masa sudah hampir bulan puasa?Kena tunggu lagi sebulan baru dapat makan tengahhari disitu lagi dengan selera.

20090817

See.I've Told u soo.

Dari kecik lagi aku selalu dengar nenek atau orang-orang yang lebih tua pesan.
"Jangan suka-suka sangat nanti duka."
Ok fine.
Ayat tu menggerunkan.
Tapi bila dah mula suka biasanya terus lupa pasal duka.
Gelak bagai nak gila.
Semua luka dan duka pun jadi lupa.
Dan diri menjadi alpa.
Lalu duka dilupa.
Ceeeh.
Macam sajak belakang A semua.

Minggu lepas hari jumaat aku pergi lepak dengan dua orang kawan.
Vanida Imron dan Faizal Tahar.
(Mereka dua orang ni dalam kekeliruan identiti,mereka tak dapat terima kenyataan yang mereka bukan artis.Kadang-kadang nama mereka ialah Rosnah Mat Arus dan Jaafar Inn.)
Sambil lepak sambil tegelak.
Memang marvelous punya banyak gelak.
Makan sesuap gelak.
Minum seteguk gelak.
Aku rasa macam aku lebih banyak gelak dari bernafas malam tu.
Sampai rasa nak semput.

Akibatnya.
Esoknya tu aku pergi kerja.
Tiba-tiba henfon tua menyala tanpa gambar.
Kalau dia on pon macam tiada fungsi.
Sejak hari itu dah tak pakai henpon.
(Sekarang terpaksa pinjam henpon momma.Nak beli baru belum mampu,Malahan memilih pula.
Nak henpon yang ada kamera dan memory.Murah-murah tak pandang.)

Hari ahad aku lepak lagi.
Masih dengan Vanida Imron dan Faizal tahar.
Kami pergi tengok wayang sambil makan hotdog dan pop corn.
Konon macam lapar sangat sampai bersungguh makan macam-macam.
Then lepas tengok wayang terus ke bangi untuk ambik si gula-gula dan hantar si Faizal Tahar ke KL sentral.
Masa tu lagi marvelous gelak.
Dengan melompat-lompat ambik gambar lagi.
Memang penuh suka-suka.

Akibatnya.
Tiba-tiba kitorang baru perasan Lisa dah kena hantam masa kat car park.
Pipi dia kemik sikit.
Bila tengok keadaan Lisa,hati dan poket aku turut ikot kemik.
Faizal tahar kuyu yang sepatotnya balik jengka pukul 7 malam akhirnya baru balik ke jengka pagi tadi.
Dan Vanida Imron yang outstation ke Kl sepatutnya dihantar oleh driver terpaksa naik tren.
Sadis.
Dan aku?
Sebab semalam balik lambat ditambah dengan kekemikkan Lisa,
Maka terpaksa melalui pembebelan oleh momma.
Serta layanan dingin sepanjang hari.

See?
Already told u soo.

P/S: Pergi tengok Setem.Sumpah cerita tu buat orang gelak gila.
Rashidi pesan kat Afdlin kata Just Dont Be Late.Tiba-tiba si tembam comel tu susah-susah
pakai baju macam Justin Timberlake.
Hahahahahaha!
Ok.
Dah.
Cukup.Jangan suka sangat.
Behave.

20090807

Hati aku hati ais.Sedap dikunyah.

Baru-baru ni.
I terjumpa dia.

I rasa dia 1st love i.
Sebab dia je yang paling mekar dalam ingatan i.
Walaupun tak banyak kenangan tapi cukup buat i tinggalkan semua putera raja kalau boleh Bersama balik.
Itupun kalau ada putera raja nak kat i.

Masa jumpa haritu,
Hati i menggebu,berpeluh pun ada sikit.
Lepas tu i semangat beli gula Hacks Rm1.
Konon-konon nak recall memory lama.
Maklumlah dah lama tak jumpa.
Da lebih 5 tahun sejak last kitaorang jumpa.
I rasa macam i menang.
Macam i memang boleh dapat tambah balik kenangan yang sikit tu.
Kalau nak best lagi,
I rasa macam dapat beli wedge dekat Isetan yang harga 300 lebih tu.
Kaklong kata cantik gilaa woo.

Tapi lepas jumpa tu,
Dia tetap macam biasa,
Dia tak teruja pun nak sms atau contact i.
And langsung tak looking forward untuk jumpa i lagi.
I rasa kecewa.
Angan-angan mat jenin i untuk meninggalkan semua putera raja demi dia samar-samar.
Angan-angan i nak camho dan bagi ikan-ikan besar di citypark makan bersama dia juga hancur.

Dari situ,
I membuat andaian sendiri.
Mungkin,
dia sudah ada kekasih.
Mungkin,
dia dah tak boleh nak terima i.
Atau mungkin,
Dia sebenarnya memang tak pernah ingat i macam i ingat dia.

Semalam.
On the way pergi kl.
I termenung pandang langit.
Tiba-tiba i nampak awan yang pada mata kasar i berbentuk seperti pasangan kekasih yang sedang menari.
I tenung sampai mata i naik juling.
Kejap lepas tu,
awan tu beransur pecah dan berkecai.

Sama berkecai dengan hati i.

Si Bodoh Yang Celaru.

Hello kawan.
Boleh tolong aku tak.
Kau pergi tolong cakap kat minachi tu.
Suruh dia bangun dan move on boleh tak.
Yang nak jadi bodoh tu kenapa?
Hati kau takde penapis eh?
Hati orang lain semua ada tau.

Dah besar tapi bodoh jugak.
Kata tak suka tengok perempuan bodoh.
(Bodoh eh bukan hodoh.Yang hodoh jangan benci aku,aku suka je tengok korang.)
Ni alih-alih kau pulak nak jadi bodoh ye?

Bangun la sial.
Sekarang.

20090804

Bahaya bai.Bahaya.

Hidup sambil bekerja buat aku makin tak cool.
Dan hidup makin rutin.
Sentiasa buat perkara yang sama dan jumpa orang yang sama hampir setiap hari.

Misalnya.
Dua hari sekali mesti jumpa apek kecik.
Rambut atas curl.
Rambut bawah lurus.
Yang gila passionate dengan point air time yang boleh redeem tu.
Tiap hari pun dia topup semata-mata nak point.
Atau,
Uncle india yang tiap minggu bayar bil pakai mesin.
Diulangi tiap minggu.
Dan tiap minggu juga suruh aku buat dengan alasan tak reti.Dia tak pernah dengar perkataan "belajar" ke?
Belum tambah lagi orang-orang yang entah apasal tiap hari pun mesti nak komplen.
Jahit mulut tu nanti.Biasa dia tu.

Sekarang masa online aku pun dah kurang.
Nak update blog pun dah tak sempat.Mesti blog ni sedih diabaikan.
Tapi yang pelik tu sempat pulak lepak.Dua hari sekali mesti lepak.
Ajaib lah.Heish.Pelik.
Meremang bulu roma.

Aku memang tak boleh handle banyak komitmen dalam satu-satu masa.
Macam sekarang aku tengah try nak handle komitmen dengan kerja jadi aku akan sering terabaikan komitmen aku dengan blog.
Jadi aku memang tak mahu komitmen lain.
Cukuplah blog saja yang terabai dan tersunyi.
Mungkin bukan sekarang.

"You. I'll do anything to be back with you.
And
Allah.Please.Turn him into a better man,for me.

P/S : Apesal 1st love punya kuasa sangat superb ha?Arghh.Tengoook.Kan dah kata aku memang makin tak cool.

20090722

Perkara Yang Enam Minggu ini.

1. Minggu ni aku berulang alik dari kuala pilah ke Seremban.
Sebab mak rindu nak duduk rumah selalu pun asyik balik hujung minggu tak sempat nak manja-manja dengan halaman rumah.
Hari-hari pun aku sampai tak sharp pukul 9 maka setiap kali nak masuk ofis hati berpeluh-peluh takot bos ada dekat pintu.
(So far tak pernah kantoi lagi.Doakan aku takkkan katoi weh.Tak kan.Tak kan.)

2. Suara Lisa rosak.
Mungkin sebab cuaca sejuk atau sedang merajuk sebab dah lama tak servis.
So aku terpaksa bunyikan hon dalam hati.
Dah lah pagi-pagi semua orang bawak kereta macam chibai.
Terpaksa je redha dan redah.Kadang-kadang aku tunjuk middle finger tapi bawah stereng.
(Well.What do you expect maaan?Ai pun ada rasa takut tau.)

3. Nak tahu tak.
Abang aku dah ada blog laaaaaaaaaaaaaaa.
Kemain lagi dia dekat kolej hari-hari online.
Kejap-kejap main facebook.Selalu tu sedih je mintak topup kat mak.
Wah.Kemain lu eh bang.Takpe lah, pakai la broadband wa tu jangan kasi hilang sudah.
Sok dah kaya jangan lupa wa.Okay?
Klik mana-mana kalau kauorang nak tengok.
Abang Adik Akak.

4. Kinana sejak akhir-akhir ni dah pandai nak meniarap.
Tiap kali nak meniarap je mesti bising-bising macam tengah buat kerja angkat balak.
Lepas tu merengek-rengek nak pusing badan tak dapat.
Bila kitorang tolong terbalikkan,dia merengek jugak lagi kuat.
Konon tak puas hati lah tu kerja separuh jalan.Ataupun rasa tak independent sebab kena tolong.
Bayi pon ada ego maa.

5. Tadi kan, aku pergi cek duit kat ATM.
Terkejut aku.
Ada RM 1.37 sen aje.Daaaang!
Dah sebulan lebih aku kerja.
Tapi gaji belum pernah rasa lagi.
Makin lambat gaji masuk makin banyak lah aku pau duit momma.Nasib momma redha je bagi.Tak kira lak tuh.Hahaha.
Adik aku ada balik cuti.Hari tu dia ikot aku pergi kerja halfday.Penat dia melanguk tunggu sampai pukul 1.30.Kesian.
Esok hari jadi dia.
(Ramai-ramai pergi blog dia wish hari jadi.Saaayaaang adik. Kalau dah ada awek bagitahu akak.
Hadiah nanti.Gaji tak masuk lagi.Nanti akak bagi u hadiah apple macbook 3 bijik.Well.Akak kau ni kan kaya gaji puluh riban sebulan.Apa nak heran,tsk.tsk.)

6. Aku rasa nak pergi dating lah.Siapa nak teman aku yang rambut macam nyonya ni sila jerit 'SAYA!!' kuat-kuat.

Dah.
:)

20090720

Kau.

Bila kau rasa hilang kewarasan,
Bila kau rasa kau bukan diri kau.
Lihat ke cermin dan fikirkan segala penyesalan hidup kau.
Dan pasti kau akan kembali.




Hey old buddy.Welcome back. :)

20090716

Peri Berbahasa.

Aku ada satu peribahasa baru cipta.
peribahasa ini adalah bagi menggantikan peribahasa lama.
Ukur baju di badan sendiri.
Maksud dia kat sini buat apa yang berpadan dengan kemampuan sendiri.

Macam kalau gaji kamu ciput
Janganlah mengada-ngada ank make up kereta melampau-lampau.
tukar tayar besar lah,nak bubuh spoiler lah.
Nanti hujung bulan duit da habis kat kereta.
Nak makan apalah?
Tayar rebus?
Syukur jelah.
Lainlah kalau gaji 5-6 ribu sebulan.
Kan?
(Eh?Apesal macam tgh memberi sindiran kepada diri sendiri je ni?okaylah.Tak jadi lah nak make up Lisa.Nak bayar bulan-bulan pun dah sedih-sedih.eh silap lagi.bukan tak jadi.tapi tak mampu.)
Peribahasa baru diinspirasikan dari suatu pemandangan ketika aku hendak menghadiri temuduga tapi tak jadi sebab aku malas tunggu orang ramai.


Nah.Ukur kereta sendiri di parking awam.

Tak pasal-pasal aku pun susah nak parking.Lisa pun tutup mata masa lalun sebelah dia ni.Buat malu je.

20090712

Updated.




Kinana kini sudah berumur 3 bulan.

Kali Terakhir Aku Stress Adalah Bila Aku Sedar Aku Dah Takde Abah Yang Nak Menangkan Aku Walau Aku Salah.

Aku jarang stress.
Sangat jarang.
Sebab aku selalu ambik ringan semua perkara selagi ia tak membunuh.
Masa belajar dulu bila kawan-kawan aku semua duk stress mengadap nota aku sikit pun tak.
Aku mengadap nota sambil dengar lagu tapi kena duduk jauh-jauh dari kawan lain sebab diorang bengang aku bising.
Masa dulu kalau kena dumped pun aku tak stress.
Ada awek lain ngorat balak aku pun aku tak stress.
Aku akan tidur je sebab aku rasa ego aku tercalar.
Bangun tidur je aku sedar calar dekat ego aku tu dah ditampal sebab dekat henpon ada mesej tulis 'i'm sorry'.
Aku menang sedikit disitu.(Menang tanpa Piala.)
Masa habis duit kat poli pun aku tak stress sebab aku ada kawan-kawan yang boleh kasi pinjam dulu.
So takde sebab la aku nak stress.

Tapi semalam aku stress.
Betul-betul stress.
Semua orang kampung tahu semalam aku kerja halfday.
Lepas tu,
Aku ada banyak gila case yang dah salah key in sebab 'tok guru' aku dah salah ajar.
Dia pulak mc so tinggal aku sorang kena settlekan semua case salah tu.
(Nasib baik dia mc,kalau tak sebal jugak aku nak mengadap muka dia.Nanti tak pasal-pasal begaduh.)
No wonder la jumaat lepas ada customer marah aku siap kata aku penipu sebab dia kena charge padahal benda tu free.
Babi.
Aku betulkan semua case tu sambil rasa sebal sebab tak lama lagi dah nak pukul 1.30.
Then aku terbayang mak semua dah ada kt kampung.
Maklong aku pun nak kenduri malam tu.
Best gila ni dapat ramai-ramai.
Bayi-bayi pun ramai.
Kena habiskan kerja cepat.
Tak mahu OT.
Tak.
Walaupun OT lumayan.
Aku tetap tak mahu.
Money Cant Replace The Freedom.
berapa kali nak ulang?

Tiba-tiba akak Asisstant Manger datang kata aku kena kerja esok.
Otak aku stress maksimum.
Masa-masa tu jugak la customer datang smpai tiga orang kata nak register.
Gampang.
(Customer memang handal dalam bab menyusahkan dan menjengkelkan.Masa aku tengah bosan main facebook dan masa aku begitu berharap ada customer tak sorang pon yang muncul.Tapi time aku nak balik ke,ada hal ke,jangan cerita berapa ramai yang datang mintak kena maki dalam hati.)

..
.....

Tak lama lepas tu.
Sedar-sedar aku dah menangis macam kena sebat kat depan mesin fotostat.
Lebat macam hujan.
Arrrghhh.
Kau orang bagitahu aku sikit macammana nak mengadap muka orang kat opis hari isnin ni?
Tak cool lah weh stress ni.
Tak coool.


P/S : Mungkin sebab aku nangis tu akak A.M tu kata aku tak payah datang keje hari ahad.
Tapi minggu depan kena kerja.Kurang stress dapat balik kampung minggu ni.

20090707

Pelanggan Seksi.


Nah rambut pendek dan baju kerja.
Cina kacak di tempat kerja aku komen.
Dia kata sebelum ni aku sangat comel.Sekarang comel sahaja.
Turun pangkat.
Kenapa baru sekarang dia nak cakap dengan aku?
Kenapa?
Aku ada rasa sedikit menyesal.Tapi sikit saja lah.
Boleh terima lagi.
Tapi Aku kelihatan agak boyish kan.
Kelihatan saja.Tapi bukan boyish sejati.
Walaupun aku berambut pendek dan kelihatan boyish tak bermakna aku sudah boleh terima pengkid.
Make sense tak?

P/S : Sorry lah .Gambar kurang kualiti.Kamera biasa.Berat nak bawak fhafha kulu kilir.

20090706

Setahun.

Pagi tadi kawan sekerja aku tak datang.
Sebab kaki dia kena minyak panas masa goreng ayam.
Habis melecur.
Kesian.
Kesian jugak kat aku kena handle customer yang banyak.
Yang rata-rata semua berlagak macam dia seorang saja berduit.
Semua nak cepat.
(Pak guard kata kawan sekerja aku tu nak goreng ayam tapi termasuk kan kaki sebab dia ingat kaki dia ayam.Lawak kan?Kau bayangkan kau panaskan kuali lepas tu bila minyak dah panas kau angkat kaki kau dengan tangan lepas tu kasi celup dalam kuali.Hahahah!kelakar tak?Tak?Bayangkan dulu.Sumpah kelakar.Hahahha!)

Tadi ada dua customer yang menjengkelkan gila babi.
Satu cina lelaki tua.
Dia sign up broadband masa hari sabtu dengan aku.
Awal-awal aku dah cakap yang aku tak boleh confirmkan dekat dia yang area rumah dia ada Coverage atau tidak.tapi dekat tempat lain dia boleh pakai as long ada 3g.
So dia dapat 7 days trial.
Kalau tak puas hati boleh pulang dengan senang hati.
Tiba-tiba pagi tadi dia datang terus nak marah-marah aku macam aku tak pernah bagitahu dia apa-apa.
Apahal lah?
Pulang saja lah.Tak payah maki-maki.
Aku dah la sorang-sorang sikit lagi hati aku sudah mahu runtuh dan mata hampir berkaca.
Nasib kakak mata cantik tolong settle kan.
Kwajja eh kau uncle.
Macam lah aku cucu kau,nak marah-marah suka hati lak kan?
Tibai kang.
(Aku berani cakap kat sini je.Hoh.Dulu ustazah cakap tak baik kurang ajar dengan orang tua.biarpun dia kafir.eh.Cina.)

Sorang lagi customer perempuan melayu.
Pertengahan umur.sikit lagi nak masuk 50 lah kot.
Dia tanya aku pasal broadband.
Lepas tu tunjuk cek.
Ayat dia macam ni.
"Akak ada cek satu ribu boleh tak akak nak beli broadband lepas tu balance terus foward dekat bil bulan-bulan akan datang."

"Haa?"aku tecengang sikit tak berapa faham.
baru belajar la katakan.

"Macam ni.Akak ada cek satu ribu.Awak faham tak?"

"Kalau payment cek saya tak ambik kak.Akak pergi dekat kaunter."

"Eh,akak ni berniaga so akak nak bayar pakai cek satu ribu."
"Hey.Satu ribu ni cek akak."

Tsk.tsk.
Kira berapa kali satu ribu kat situ?
Tu tak tambah lagi berapa kali dia cakap dekat pak guard.
Banyak.Tapi tak la sampai seribu dia tu.

Aku rasa,rata-rata customer yang ada masalah biasanya yang berduit sikit.
Maksudnya dekat sini bukan dia kaya sangat pun,cuma dia sendiri rasa dia lebih kaya dari orang lain sampai dia pandai-pandai mengiktiraf kedudukan sendiri.
Marah-marah orang.Mengulikan orang dan memaki orang.
Padahal berhutang juga.Masa berak sama je buruk juga.

Semua sila ambil ingatan.
Kekayaan tak membuatkan kau lebih baik dari orang lain.Kadang-kadang lagi hina.
Esok aku sorang lagi.Doakan aku dapat customer semua yang bertimbang rasa.

P/S : Hari ni genap setahun Arwah Abah meninggal.Aku nak mintak tolong.
Semua sedekahkan Al-Fatihah boleh.
Ikhlas-ikhlas tau.Terima kasih.
Abah.Orang sayang abah.

20090705

Satu-satu Perkara Yang Memang Tak Berubah Adalah Ke-Nonsense-an.

Aku tengah gatal nak potong rambut.
Memang nak potong.
Tak boleh sabar-sabar dah.
(Selalu lepas potong rambut mesti aku kan menyesal sampai berminggu-minggu.)
Aku memang biasa rasa perasaan macam ni.
Perasaan tak menyempat.
Setiap kali aku terpikir nak buat sesuatu mesti aku nak jugak buat sebab kalau tak buat takot kempunan.
Nonsense kan?

Ada satu masa dulu aku sedang beratur dan aku tengok rambut sorang amoi ni lain macam je.
Aku pelik dan betul-betul rasa nak pegang
Aku pergi dekat dan aku sentuh.
Amoi tu perasan dan dia toleh buat muka pelik.
Aku pun buat-buat muka pelik macam tak sengaja terpegang rambut dia sambil marah-marah orang belakang aku.
Nonsense kan?
(Rupa-rupanya amoi tu pakai wig.)

Masa kecik aku fikir bayi akan mula terbentuk apabila tok kadi selesai menikahkan pasangan.
dan selepas itu bayi akan keluar tanpa henti sepanjang perkahwinan.
(bayi terbentuk secara automatik selepas akad nikah.)
jadi kalau dah banyak sangat anak kena berpisah baru bayi berhenti dihasilkan.
Nonsense kan?
Kalau macam ni pasti semua orang kat dunia ni duda dan janda sahaja dengan anak yang super ramai.
Masuk sekolah baru aku tahu sikit-sikit.
Masuk tingkatan 3 terus tahu semua.
Terima kasih sekolah.
Hoh.

Dulu juga aku ada satu kegemaran.
Apabila hujan dan tidak dapat bermain di luar dengan kawan-kawan.
Aku akan menghabiskan masa dengan melihat ke dalam cermin tingkap.
(bukan cermin muka tau.aku tengok kat cermin tingkap yang belah atas licin,belah bawah Macam kasar ada corak kalau kaler kertas atas dia nanti keluar corak.Mesti pernah buat kan?)
Aku akan menghabiskan masa lama sebab aku suka tengok dalam tu.
nanti kau orang cuba.
Seperti ada kehidupan yang tajam didalam tu.
Dan bila tengok ke dalam tu aku akan rasa seperti aku dapat masuk ke dalam dan meluncur.
Nonsense kan?
Sekarang tak boleh buat lagi sebab rumah aku dah takde tingkap macam tu.

Masa kecik jika tersentuh atau bertemu kulit dengan lelaki.
Aku akan laju -laju pergi bilik air dan basuh dekat tempat yang tersentuh.
Basuh berkali-kali.
Macam aku rasa sentuhan tu akan hilang.
Nonsense kan?

Semua itu adalah antara perkara nonsense aku ketika kecil.
Ada banyak lagi.
Nanti aku recall balik.
Sekarang.
Satu-satunya sebab aku post entry ini adalah sebab aku tak suka entry sebelum ini dan aku rasa aku kena post entry baru untuk tutup entry lepas.
Nonsense kan?
Macam tak boleh delete terus.
Hoh.

P/S : Hari ni mesti potong rambut!Nantikan gambar rambut baru i.Mula sekarang kena get ready untuk rasa menyesal sebab potong rambut.

20090704

Ajar Aku Cara Untuk Deal Dengan Komitmen.

Muncung bergerudi.

Tengok gambar ni aku terasa seperti anjing yang bulu kembang tu.Rambut carik pasal.

Ni gula-gula.Kadang-kadang manis.kadang-kadang macam beruk.eh?


Baju ketat badan penat.
Makan pengat lebah sengat.
Hati lekat jiwa tenat.
Rasa lekat baru nak ingat.

Kadang-kadang ada rasa yang aku tak berapa selalu nak arasa tapi bila sekali-sekala aku rasa,aku akan ingat.Ingat pun sebab aku rasa suka dan rasa kelakar.Tapi malangnya sekarang tak boleh rasa selalu sebab aku rasa aku belum boleh handle banyak benda dan rasa dalam satu masa.Nanti deria rasa aku kelam kabut.
(Kelam kabut macam aku handle customer siang tadi lepas tu dah tesilap suruh dia sain declaration.Dem.)
Amatur.

Aku dah pakai Value Plus Rm50 tak lama lagi dah nak masuk sebulan.Tapi bil baru masuk Rm12.So,Kena cukupkan RM50 jugak.Kalau tak rugi.Siapa nak borak dengan i?Bagi no telefon.Nanti i telefon kauorang. Dang!

Untuk perenggan seterusnya i akan listkan rasa-rasa itu maka sila tahan nafas.
Takot kauorang muntah sambil baca.
Eh.
Ke baca sambil muntah eh?
Ke bermuntah-muntah?
Baca muntah?
..

Mula Tahan.
SEKARANG!


Rasa nak ngada-ngada
MEngada : Nak air mineral yang ada oksigen.Yang lain tanak.
TheNone : Haaa?mana nak carik?
MEngada : Carik!

Rasa nak main-main mesej cakap pasal masa depan yang belum tentu.
MEngada : Nanti kita kawen garden weeding eh.Awak beli banglo 7 biji,nanti kita balas kereta sebijik kat awak.Ngam?
TheNone : Mana aciiii!Baik kawen dengan orang asli muka macam angelina jolie.
MEngada : Eleh.memang la angelina jolie tapi tetap orang asli tak mandi makan babi.
TheNone : Ok2 tak jadi.Tiba-tiba rasa geli.

Rasa nak mengadu yang badan penat tapi tak boleh marah sapa-sapa.
MEngada : Penat laa.ingat kita ni lembu ke nak kerja laju-laju takde cuti?Uhuuk.
TheNone: Haah lah.Kesian kambing ni.Sabar laa.
MEngada : Kambing?

Rasa nak camwhore gambar romentik2.
MEngada : Awak senyum.Kita kat belakang buat muka sotong tapi tetap kiut.
TheNone : Redhaaa.badan tegak.

Rasa nak gaduh kasar-kasar tapi manja.
MEngada : Eh.Nanti awak balik malam mesti awak jumpa hantu gay sebab awak jambu sangat.Eii.
TheNone : Memang dasar mulut kuali tau!
MEngada : Wek.wek!Mesti jumpa hantu gay!

..

Ok dah.
Sila bernafas
Sebenarnya nak tulis banyak lagi tapi macam rasa tak best pulak nampak kauorang macam dah biru-biru muka tahan nafas.Hoh?

Babi la.
Apasal malam ni rasa macam ni.Benci i.Tak cool langsung.
Aku syak sebab aku tengok gambar member-member dengan couple diorang dekat Fb tadi.
Tak pun sebab aku baru lepas tengok Nur Kasih dekat portal TV3.
Apesal sedih sangat cerita tu?
Ni yang nak buat i sebak macam baru kena halau dari rumah ni.
Auuuw.

P/S : Aku main tulis apa yang teringat.Siapa makan cili dia rasa pijar.Eh.Siapa suruh makan cili?Tak tahu ke cili tu pedas?Saja je la tu carik nahas.
Entry malam ni bangang dan tak masuk akal kauorang.
Akal aku tak payah tanya lah.
Dia yang sebuk duk desak suruh post menda ni.
Bloody mind.
Maaf eh.

20090629

Tips Dari Minachi 2.

Hari ini aku nak sambung tentang perangai lelaki yang harus dielakkan gadis dan para lelaki harus cuba elakkan demi menjadi seorang lelaki yang ideal justeru menjadi calon terbaik untuk para gadis rupawan ataupun tak rupawan.
Wah?
Terlebih sudah ni.

Okay.Mula.

7. Selekeh terlampau.

Kamu langsung tidak kisah tentang penampilan diri. Sentiasa serabai dan berbaju tidak kemas.
Bukanlah maksudnya disini kamu harus sentiasa kelihatan kemas seperti salesman sepanjang masa.Tapi sekurang-kurangnya biarlah selekeh bertempat.Misalnya mahu ke kedai di depan rumah,atau pun mahu bayar bil postpaid maxis yang memang berpatutan memang patotlah kamu selekeh.Jumpa mesin saja maa.Lain lah kalau kau mahu bayar bil di Maxis Center Seremban.Harus kacak-kacak sebab aku ada disana.Hahhaaha!Gurau.
(Cubaan mempengaruh pembaca untuk bertukar kepada maxis.woh.)
Eh.Tapi aku lagi rela bergaul dengan lelaki selekeh dari lelaki busuk.

8. Kuning Biru.

Kamu sentiasa bercakap tentang perkara lucah atau yang berkaitan dengan seks sebagai topik perbualan.Kadangkala gurauan kamu juga akan sentiasa berkisar tentang perkara yang demikian sahaja.Macam tiada topik lain dalam otak kamu.
Ini akan menakutkan gadis. Memang semua orang tahu seks adalah perkara normal dan lumrah bagi setiap manusia.Tetapi tidak perlulah terlalu menunjuk keterujaan kamu,diam-diam sajalah.
Geli tau.Gadis biasanya mencari kekasih untuk tujuan mahu bermanja,bergantung,mengadu dan minta dipujuk.Seks belakang kira.
(Guard di tempat kerja aku agak suka bergurau gatal,tadi siang aku da marah dia.Tekemut orang tua tu. Tapi dia baik juga.Cuma kadang-kadang je gatal menghelar.)

9. Shaver.

Kamu kedekut tahi hidung masin. Sangat lokek untuk mengeluarkan duit ketika keluar bersama dan sentiasa berharap supaya di belanja gadis. Kamu juga lebih suka meminta-minta dan demanding.Memang kamu untung besar lah bila dapat gadis yang agak tonggong yang sanggup sahaja berbuat apa sahaja demi untuk mendapat lelaki idaman.
(Kadang-kadang gadis memang akan jadi tonggong demi cinta.Setakat ni aku belum masuk list ni lagi.Akan datang tak tahu la.Mintak jauh.)
Tidak apalah kalau sekali sekala kau dibelanja gadis.Takkan lah asyik sebelah pihak sahaja.
Kami pun kesian juga bila lihat asyik kau sahaja yang keluar belanja.Enjoy sama-sama perit juga harus sama-sama.kan?
Ehem.Kalau dah kahwin pun tak digalakkan makan duit isteri apatah lagi belum ada ikatan.Wah?Betul ke apa aku tulis ni?
(Setakat ni semua lelaki yang aku kenal pemurah belaka.Tetapi tidak perumah.Semua kuat merayau.eh?)

10. Too Serius.

Kamu sentiasa mengambil serius dan memandang berat setiap perkara.
Misalnya apabila ada sedikit masalah kamu akan cepat tension dan muka akan ketat seperti kain ketat isabela.(Drama bersiri astro ria yang fauziah haus dan os ada berlakon tu.Aku tengok iklan saja.Full story tak tahu.Tapi kain dia mmg ketat gila.)
Kalau boleh jangan lah terlalu serius,kalau mahu serius pun biarlah bertempat.Misalnya ketika mahu membincangkan masa depan bersama memang harus serius,kalau tidak nanti mahu tak jadi pulak.
Kalau terlalu fun pon tak bagus juga,nanti apa benda pun jadi gurauan.
(Macam hantar surat masalah dekat ruangan keluh kesah bersama kak esah.Orang tanya lain dia jawab lain.Kak esah oh kak esah.)

okay.dah habis dah rasanya.
Aku dah tak boleh fikir lagi perangai yang aku cuba elakkan.Memang lah ada lagi tapi yang lain tu kira boleh tolak ansur lagi lah.
Jangan lah ambil hati pula,ini adalah pandangan dan pendapat dari mata aku sahaja.
Kita sebagai manusia memang tiada yang sempurna.Jadi harus lah kita saling ingat mengingati.
Bukan hari jadi,pasword email dan no pin ATM sahaja yang perlu nak ingat tau.

Jadi.
Ada yang sudi nak bagi pandangan untuk perangai gadis yang perlu dielakkan?
Sangat aku alu-alukan.
At least boleh juga improve diri sendiri untuk menjadi lebih berkualiti.
(Sekarang pon memang dah ada kualiti lah.)
Ehem.

P/S : Hari-hari aku kena OT.Memang cepat kaya lah aku kalau macam ni selalu.Lepas ni dah tak boleh letak alamat merata-rata.Takut pencuri cari rumah aku sebab tahu aku banyak buat OT.
Penat lah.
Money cant replace the freedom
.

20090626

Cerita panas.Tak baca rugi.

Hai.
Sehat tak?
saja je aku nak updated blog.
teruja sebab tiba-tiba dapat satu pc kat ofis.
hahaha.
ok.
babaai.

p/s : Taip sambil berdebar-debar.Aku kena key in details customer je sebenarnya.
Saja gatal nak bukak blog.eh dah la.chow dulu eh.berdebar laa.
taking careeee

20090623

Stupid Cupid.

Hai.
Hari ni aku tak kerja.
Sebab aku ada interview SPA lagi.
Galak betul mereka panggil aku.
Tapi sampai sekarang pon tak panggil kerja lagi.
Saje je lah tu nak tengok aku gabra tiap kali masuk bilik temuduga.
Nasib baik sekarang ada Maxis Sayang ambil kerja.
Tak lah rasa sedih sangat sebab at least ada kerja and ada income.
(boleh beli speedlight dengan lens.wah.bajet gaji 5k sebulan.hoh?)

Kawan kerja aku semalam ajak lepak dengan kawan-kawan dia.
Bersungguh benar dia.
Tapi aku tak mahu.
Sebab aku penat.
Betis aku rasa keras macam kayu besbol sebab banyak berdiri kot.
Lagipun aku memang sombong sikit dengan kawan-kawan orang lain.
Dia cakap kawan dia nampak aku depan maxis center.Lepas tu dia nak berkenalan.
Siapa tah nama dia.
Yang aku tahu dia bangsa punjabi.
(eh.Punjabi dengan Singh sama ke?)
Aku tolak baik punyaaa.
Memang aku tak minat la nak berkenalan atas permintaan orang lain.
Kalau aku sendiri yang offer diri takpe.
Ni kalau orang lain yang paksa-paksa.
Tak payah.
Terima kasih.Belum terdesak lagi sampai nak tangkap muat je siapa-siapa.
(nanti incase aku sendiri yang cakap "terdesak dah wei.faster.faster."maka time tu sila lah bermurah hati.)
Lepas tu kawan aku tu tiba-tiba je mintak nak bagi sms satu kat kawan dia sebab dia cakap line dia kena barred tak bayar bil.
Sejurus saja sms tu aku send dengan niat mahu membantu.
Tiba-tiba masuk sms.
"Boleh i tahu nama u ke?".
Babi kan?Babi kan?
Aku pun bangang dan bengang jugak.
Langsung tak perasan yang beliau sedang mempraktikkan taktik memberi no telefon dengan tak sengaja namun dengan niat.
Sakit jua hatiku sedikit.


Siapa-siapa yang kawan aku dan rasa baik hati sangat nak match maker.
Harap lupakan saja niat anda.
Lupakan niat itu seperti anda melupakan kekasih pertama anda yang telah berjumpa orang baru.
Atau seperti anda melupakan segala pelajaran selepas keluar sahaja dari dewan peperiksaan.
Atau juga seperti anda melupakan selipar jepun bowling selepas membeli selipar Asadi Ultralight yang tidak mengelincir dan boleh masuk tandas terus walaupun makcik cleaner sedang mencuci.
(Semput nak baca sebab panjang sangat.sorry hoh?)
Tambah ikot keselesaan dan kegemaran.
Peace.

P/S : Tadi malam aku dapat sms dari mamat tu.
"abang rera hati nak kenal gan".
.....
.....
*bunyi cengkerik*

Apakah maksud beliau?Nama aku bukan gan.Bukan.
Rera tu apa?Rela?Siapa paksa dia kawan dengan aku?
Nasib baik i tahu dia bukan melayu.
bayangkan kalau orang melayu bagi i sms macam ni.
memang nak jumpa dia sangat nak tengok BM dia lulus ke tidak.

20090616

Sial.Susah betul nak pilih tajuk.

Haaaaacyuuum!
Haaaacyum!
Sekiusmi.
Terbersin.
Haaaassyiime!
Eh jap ni bukan bersin.Ni nama kawan i.
hahaha.cisdel.

Berabuk.
Berabuk dah tempat ni.
aku makin busy.
So say hello to komitmen.
Aku rasa so far aku boleh lah kot buat kerja ni.
Kalau kerja yang dulu-dulu tu.
Mintak maaf.
Mana boleh suruh i jual mesin jahit dengan kupon baucar basuh kereta.
sooo not me taw.

Aku juga sudah ada kawan baru.
Jaya,Punitha,Dhana dan Faiz.
Majoriti adalah india.
Tapi dorang semua so far memang baik.
verrry friendly.
(goyang kepala.amma!tapi tetap takleh lawan datin2 baen sekalian.)

Pertama kali dapat kerja yang rasa semangat nak pergi kerja untuk hari seterusnya.
Kagum kan?
Sebelum ni setengah hari kerja aje dah mula buat keputusan jitu yang esok taknak datang dah.
(baru 3 kali pun kerja.)

Tadi ada customer masuk kelam kabut je nak terminate nombor dia sebab dia dah kantoi ada skandal sama jantan lain.
maka laki dia sudah banyiak maraa dan mau tunggu itu jantan kasi call dia punya bini yang sudah itu curang.
Jadi itu bini manyak takot mau kasik potong itu no telepon dia punya laju-laju.
Dia risau dia punya skandal telepon nanti kantoi sama dia punya laki.
Tau pula takot engkau dia.haaa.
(eh.apesal aku cakap macam ni ha.pengaruh rakan sekerja.pengaruh rakan sekerja.ammaa!)

Aku terfikir jugak.
Apesal dia tak call je skandal dia tu then bagitahu jangan call sebab sim dah kena rampas dan Kecurangan dah mahu kantoi.kan?

Dah cukup tanak komen banyak.Maka terima lah pantun dari minachi.

Nafsu tinggi,otak rendah.
Haruslah kau terima padah.

P/S : Rindulah nak baca blog tiap pagi.tsk.tsk.