20090204

tukulan rasa hempedu.

aku tak suka cakap belakang.
dalam bahasa biasa : mengumpat.
dalam bahasa berhias : anyam ketupat.

bukan lah aku orang yang tak mengumpat atau mampu menghindari diri dari aktiviti umpat2 ketupat ni.
tapi secara tulusnya aku tak suka.memang tak suka.
tapi selalu buat bila berkumpul dengan para sahabat.
(korang pengaruh aku untuk mengumpat tapi aku tetap sayang kau orang kehh.muamua)

...

esspecially kalo umpatan itu lebih kepada mengumpat darah daging sendiri.(baca:saudara-mara)
aku rasa tak selesa dan mood aku mati.
tak kisah lah kalo macammana bukan-bukan pon perangai family korang tu,sila la jangan mengumpat.telan saja tak boleh kah?
macam telan ubat tu.tak boleh?
tak boleh?
tak boleh ke?
(kdg2 aku terlanjur tak telan juga.main luah saja.dem.)

dulu aku tak berapa kisah.
tapi makin lama aku bergaul dengan saudara mara.aku makin kisah.
sedih okay.
kalo korang adalah mangsa ketika itu dan accidently korang terdengar pulak petikan umpatan tu.
arghh.
aku penah kena dan selalu kena.
sedih.
pedih sial.ops.
rasa seperti nak buang nasi baru masak dalam tong sampah.(tak sanggupkan?)
atau rasa seperti tunangan lari dihari nikah.(apa rasa eh?)
yang penting tak best.tau?tau?

sila jangan buat dan cuba elakkan selagi boleh.
agar aku,kau,dia dan mereka.tiada yang akan terluka.

ceeewah.

Tiada ulasan: