20090214

maaf.entri emosi lagi.

kadang-kadang.
ada malam-malam yang semacam malam memori dalam rumah aku.
memori tentang seorang lelaki.
yang suami kepada mak.
dan abah kepada anak-anak.

malam yang mana tiba-tiba semua macam sayu dan kotak ingatan macam terbuka.
malam yang mana tiba-tiba kau boleh dengar bunyi orang tarik hingus.
atau bila kau pandang adik beradik kau.
diorang kelu pandang tempat lain elak nak tentang mata.

macam malam ni lah.
mak aku sakit kepala.badan masuk angin.
aku tolong urut dan aku rasa badan mak macam goyang-goyang tahan nangis.
tak lama lepas tu mak cakap,
"abah slalu urut mak gosok-gosok je."
aku cakap,
"gosok aje,manalah rasa."
dan tiba-tiba macam air mata keluar.
keluar je teros.
dan mula la bila pandang pelusuk rumah macam nmpak memori abah.

abah tido sana,
abah duduk tengok tv sambil tekan-tekan remote,
tak pon abah sengih-sengih sambil sakat anak-anak.
ataupun abah bebel-bebel pasal hal yang dia memang jarang nak ambil tahu.
..
rindulah.
sangat rindu kot sebenarnya.

bila datang malam macam ni,
biasanya aku masuk bilik.
duduk diam bagi bantal basah,
asal hilang rasa resah,
resah bagi orang yang hilang abah.
....
sebab benda macam ni nak cerita kat siapa pon tak boleh.
kalo nak cerita kat kawan pon susah,
kadang2 kawan pon rasa semak kalo asyik nak dengar kisah kau aje,
takpon,
kot-kot tesalah komen ke,
nanti dari elok-elok nak meluah perasaan terus je jadi bertumbuk bagai pulak.
kan susah.
so aku rasa macam nak tulis kat sini.
kat tempat yang semua orang baca dan diam2.
kan bagus.

jadi,
bila malam semacam malam-malam memori,
aku kan luah kat blog ni.
..
macam malam ni lah.
bila tiba-tiba rasa sayu,
dan masing-masing elak tak nak tentang mata.


Al-Fatihah.
bersemadi dengan tenang abah.

2 ulasan:

Anuar Sha'ri berkata...

b strong.. (:

kiki berkata...

alfatihah!