20090212

sehebat lagu untuk kau.loser.

berapa berapa berapa dan berapa hari yang lepas aku beli gitar.
aku namakan dia guigui.
warna hitam dan body licin.
aku letak atas katil sebelah bantal.

tiap kali aku tengok guigui aku mula berangan nak buat lagu sehebat "lagu untukkmu".
memang lagu tu hebat.
aku berangan.
aku buat show solo sambil petik gitar.
crowd menjerit bagai nak gila sambil cakap 'one more!one more.'
salah seorang peminat aku diangkat oleh kawannya dan dia menjerit ke arah aku sambil tunjuk t-shirt yang bertulis "u rock!"

gila kool.

semangat makin membara.
aku mesti buat lagu.
mesti.
aku capai guigui dan aku petik.
crenggg.chreeengg.
chereeeeng.jeng.jengg.
tiada nada.
aku cuba satu hari suntuk.(ya.aku banyak masa senggang dan aku sangat free.)
tapi..
tetap takda bunyi.

creenggggg.tinggggg.
terkena tali yang paling halus.
....
aku tak tau chord.
dan jari aku dah sakit.
aku lap body guigui yang dah capuk dan aku keluar dari bilik.
pergi dapur dan makan.

hari ini.
aku gagal buat lagu yang hebat.
tapi berjaya sakitkan jari dan jiwa.

dem!

3 ulasan:

apEx~ berkata...

hahaha....ini entri paling klakar yg i pnah bace... best la ur writing... siyes klakar nak mati.... u pndai susun plot crite.... guling2 i ktawa.... respek la pija~ org nogori hebat! haha

kurang pendengaran berkata...

hahah ko mmang la ijah...wehh apo namo blog yang mnegutuk blog org tuh heheh....nak suh kutuk la haha
kasi panas sikit heheh

kiki berkata...

hahah beli lah buku kod guitar.