20090407

dua bukit satu batang.

tadi aku pergi interview SPA sebagai Artis Budaya gred B27.
mula-mula agak cuak lah memandangkan macam vogue2 semacam je manusia yang datang.(termasuk aku.ehem)
aku diam je putar-putar hujung baju konon-konon malu.
..

10 minit selepas itu.

aku dapat bergaul dengan semua orang yang nak interview pada hari itu.
14 orang semuanya.
eh.aku pernah bagitahu tak yang aku ni peramah gila?
haa.
ni dah tau kan?

kami diberi 3 soalan.
yang mana semua soalan memerlukan kami menari dan menyanyi.
kecoh lah masing-masing mencari lagu dan props untuk menunjukkan bakat masing-masing.
sebab aku tak pandai berlakon,so aku pilih lah menari rakyat.
er.jangan bayangkan macamana.

so sampai lah turn seorang kakak ni.
nama dia kakak-muka-muda-perangai-muda-walau-dah-25.
aku dari awal dapat soalan memang dah lepak dengan dia, lepas tu kitorang menari2 macam orang gila.

15 minit dia masuk.
lepas tu dia keluar.
muka sedih.
macam tak dapat je.
dia cakap la.
aku pun sibuk-sibuk lah tanya diorang kat dalam tanya apa.
sambil-sambil tu kasi kata semangat biar dia tak down sangat.

"diorang tanya pasal 3 kawasan yang tengah pilihanraya ni.akak jawab la.lepas tu diorang gelak-gelak je."

aku kurang pasti sangat.so aku tanya la dia.
"akak jawab apa?"
"akak jawab bukit selambau,batang air dengan bukit gantung."

aku gelak.

"apasal ko gelak?"
"bukit gantang lah akak.bukan bukit gantung."

akak tu blushing.lepas tu dia pon gelak.

"lepas tu akak tambah lagi bagitahu kat diorang.saya ingat yang tengah pilihanraya sekarang ni dua bukit satu batang."

dia bagitahu aku sambil geleng-geleng.

aku gelak gila.
wtf?
lu memang lawak lah kakak.

5 ulasan:

Nasi Lemak Buah Bidara.... berkata...

memang best kakak tu

a p e x berkata...

hahahahahaahahha....

giler babi klaka...

sempoi giler kakak tu...

muga2 dia dapat...hehe

El Moe de la Rocha berkata...

"aku diam je putar-putar hujung baju konon-konon malu"

"sebab aku tak pandai berlakon,so aku pilih lah menari rakyat."

"lepas tu akak tambah lagi bagitahu kat diorang.saya ingat yang tengah pilihanraya sekarang ni dua bukit satu batang."

can't help but imagining it, and i have to admit, the last statement..

.. oh my.
i'm literally LMAO right now!
:D

pije berkata...

kakak tu mmg sewel!
betol tak tipu.
hehe

El Moe de la Rocha berkata...

oh wait,

saya rasa mesti dia ada baca blog ni. haha.

http://pyanhabib.blogspot.com/2009/03/resolusi-dua-bukit-satu-batang.html