20090403

hari lemau.

si lemau



hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
kalo biskut kering tengok pon,
pasti ikot lemau jugak walaupon tak bukak plastik lagi.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
sebab satu hari aku tido,
macam dah telan ubat batuk 17 botol.
kepala berat,otak tak jalan.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
slalu kalo aku jalan kat kedai baju mesti nak beli,
tapi tadi aku duk bersandar kt kedai makan cina tengok je mak pilih baju.
tak join langsung.
er.aku nampak yang warna merah lagi cantik.tapi mak pilih hijau.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
bila aku bangun tido lepas tu rasa ada benda pelik dalam mulut dah cair.
rupanya aku tidur tak buang chewing gum.
eiwww.nasib tak tertelan.
kalo tertelan nanti tumbuh pokok,nanti mak kata boleh petik buah chewing gum terus kat mulut.
gila gerun.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
tengok rambut aku sikit pon tak comel.
macam rambut kaki judi tak dapat main judi sebab kedai judi tutup kena sita.
yang botak tak kira lah.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
bila aku keluar rumah tak bawak kamera atau henpon.
sebab aku terlupa jadi terbawak bantal je pulak terus baring kat seat belakang.
rasa macam baru keluar rumah,rupanya dah sampai rumah balik.
damn.
tak dapat beli pepsi.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
aku dari semalam dah aim nak pergi bank untuk bank in duit konvo,
lepas tu sedar-sedar aku tak tahu mana dah letak surat tu.
terpaksa tunggu bayar hari isnin.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
sebab semua yang kat atas ni berlaku pada hari yang sama.
iaitu hari ini.
lemau.
hee.

2 ulasan:

a p e x berkata...

hahha..boleh lak tido lupa nak buang chewing gum...next time beware ok....tp bgus gak klu pokok chewing gum tumbuh kat mulut...hehhe

El Moe de la Rocha berkata...

gila poetic.. niceeeeee. :D