20090428

Main teka nombor.

Tiba-tiba aku teringat.
dalam dua tahun lepas.
masa aku bekerja dengan nenek sedara aku di kedai makan di highway.
aku panggil nenek tu wan usu.
sebab dia nenek sedara aku yang paling bongsu la kan.
bukan sebab dia pernah bagi aku susu.
bukan.
hahaha!
okay tak kelakar.

masa tu akak aku pun ada kerja sekali.
cari-cari duit poket masa cuti.
kami kan memang suka berdikari.

kami abes kerja pun suka hati ikot wan usu ajak balik bila.
selalunya wan usu takkan bawak balik terus.
mesti je nak jalan sana-sini dulu ronda-ronda ke.
patotlah sepanjang kerja duit kami(aku dan akak)
tak pernah nak jadi bukit.
asyik jadi padang je.

ada ah suatu hari.
masa tu kami stop dekat pekan nilai sebab wan usu nak ambil baju kurung yang dia tempah.
masa tunggu tu ternampaklah kedai nombor ekor yang tengah ramai orang.
agak-agak aku sebab ada special draw kot.
ceeh.tahu pulak aku.

ntah mana datang idea jahat.
tiba-tiba je aku dengan akak dah pau wan usu duit RM10 sebab nak try beli nombor ekor.
masa mintak duit lagi dah berdebar-debar tu.
lepas tu aku dengan akak berbincang pasal siapa yang nak pergi beratur beli.
setahu aku orang melayu kalau beli nombor ekor boleh kena tangkap.
tapi ade jugak orang melayu dalam kedai tu aku tengok.

aku takut so suruh akak pergi,
akak takut jugak lepas tu suruh aku pergi.
entah macamana last-last aku setuju pergi dengan rela.
lepas berbincang nombor yang harus di beli.
nombor diambil dengan main hantam-petik.
(tipu.padahal akak cakap muka aku macam cina nanti orang tak perasan sangat.terus jadi nak beratur beli sebab perasan muka macam cina.ceeh.)

lama aku duduk tepi kedai tinjau-tinjau nak carik orang melayu perempuan sebab at least kalau kena tangkap ada jugak geng.
mula-mula aku buat macam lalu-lalu.
masuk kali ke 3 aku lalu,ade seorang pakcik perli .

"nak beli nombor ke dik." sambil gelak yang disahut apek-apek dan thambi-thambi tua.
"meh la abang beli kan dik."bunyi lagi.
agak gampang.kenapa dia cakap melayu dengan aku?
akak kata aku nampak macam cina.
grr.lu tipu wa la kak.

atas rasa tercabar oleh kata-kata tahi judi yang ada dekat situ.
aku pun terus menonong masuk beratur belakang mamat tahi judi yang busuk.
buat-buat macam muka dah biasa.
sambil tu mata jeling-jeling iklan kat dalam kedai nombor.
"18 TAHUN KEBAWAH ADALAH DILARANG MEMBELI NOMBOR"
masa tu aku dah lepas 18 tahun maka rasa rileks sikit.

"BERJUDI ADALAH BERDOSA BAGI UMAT ISLAM"
dup.peluh keluar lepas tu ada bayangan api-api.

lepas tu,masa tu jugak lah tiba-tiba nak teringat abah cakap kalau polis nampak orang melayu beli nombor.polis berhak tangkap dan sumbat mereka ke dalam penjara.
aku dah gelabah dah.
abes lah kalau kejap lagi ada rush tiba-tiba aku kena tangkap.
malu lah.
abeslah kena pukul dengan abah sebab nak jamin anak keluar penjara.
abeslah kalau masuk muka aku dalam Metro.
nanti bakal-bakal mak mertua pangkah aku.
abeslah sebab abah adalah seorang anggota polis.

aku baru nak pusing keluar dah bila amoi tukang ambil nombor tu panggil.
terus aku laju bagi kertas yang dah siap tulis nombor puaka yang mungkin akan buat aku masuk penjara.

"busat kicik?"amoi tanya.
"haa?"aku jawab.
"mau letak deal busat lua-lua ke atau kicik lua-lua atau satu busat satu kicik?"amoi tanya lagi.
"haa?"sambil hulur duit RM10.
"okay.wa litak lua-lua kicik.satu nombot RM5 haa."amoi cakap sambil print kertas.
"okay2."sambil angguk laju-laju.masa tu aku harap dapat keluar dengan selamat je.
bila amoi tu bagi je kertas bukti yang aku dah beli nombor tu.
aku terus keluar tak toleh-toleh belakang dah.sambil gelabah-gelabah carik kereta.
lepas tu aku nampak akak sengih-sengih dalam kereta dengan wan usu dah tunggu sekali.

masuk aje dalam kereta aku rasa macam ada satu aura lega yang tak boleh nak gambarkan.
rasa puas.rasa selamat.

janji.
tu la kali pertama dan kali terakhir aku beli nombor ekor.

p/s : nombor yang aku dan akak pilih tak ong. langsung tak kena.mirip-mirip pun tak.tapi aku tak rasa terkilan langsung.sebab kalau buatnya lah kena nombor yang aku beli tu.mesti aku ambil lepas tu pakai duit judi tu.makan duit haram.jadi darah beku.lepas tu dah ketagih nak beli lagi.lepas tu aku jadi tahi judi.
eiww.gila tak cool.
Syukuur.

10 ulasan:

Azza Taidin berkata...

jahat jahat..;)

El Moe de la Rocha berkata...

whoaaaa. bad assssss!!!
tabik!

Pije. berkata...

seronok tuuuu.hahhaa

iQBaL HaSBuLLaH berkata...

tahi judi..
patut la blk kampung ja busukkkk..
hahahaha..

Anuar Sha'ri berkata...

busat ka kicik?
hahaha. jgn jd taik judi
gile x cool ;)

Pije. berkata...

mmg tak cool.
janji tak buat lg.
heee

Bok berkata...

try la main mesin kuda. lagi syok.

anakmelayu berkata...

salam kunjung. hurm.. menarik pengalaman ni. cukup berani dan cukup yakin, ha..ha.. kim salam kat akak yang suh beli no tu, ha..ha..
Apepun, moralnye janganla sekali2 mendekati judi, arak, dan zina...
=)

the unknown berkata...

bahya wat sesuatu kerana dicabar..
bakal jadi seperti McFly dlm cite back to the future :P

Pije. berkata...

i buat bukan kerana dicabar.tapi sbb perasan muka mcm cina.
ahahhaa