20090506

jubah ahli silap mata.


wah.wah.
tak sangka konvokesyen sangat seronok walaupun aku cuma menyambut konvo dengan morphine2 saje.
terasa begitu enjoy.
aku ambil jubah lambat maka saiz yang tinggal hanya saiz L.
dan hasilnya aku kelihatan seperti memakai selimut pada badan.
tapi tak kisah.
tetap rasa cantik.
ceeewah.

ketika dalam dewan pengacara majlis sedang sibuk mengumumkan pelajar terbaik keseluruhan dan aku pula sibuk berborak dengan kawan lama.

dan bila perihal tentang pelajar itu dibacakan baru lah aku dan kawan tadi pandang ke hadapan.
bila pandang sahaja ke hadapan serta merta kami berdua terdiam dan automatik mata seperti berkaca-kaca.
kami lihat pelajar itu tiada tangan dan ibu bapanya juga naik ke pentas.
kami pun berkeluh kesah berdua kerana kesal tidak belajar seperti pelajar tadi walaupun kami sempurna tubuh badan.
dan apabila nama beliau disebut,
beliau kehadapan.
dan..
..
menghulurkan tangan untuk mengambil anugerah.

aku dengan kawan tadi berhenti sedih dan terus terkaku.
wtf?
kami pandang sesama sendiri.
lalu keluh kesah tadi diganti dengan kata-kata kesat memaki jubah konvokesyen.
sial lah jubah besar ni.
budak tu letak tangan kat belakang rupanya.
pengsan-pengsan aku ingat dia kudung.
damn!

kawan aku yang duduk kat depan gelakkan kami sungguh-sungguh.
lain kali dengar jangan berborak.
ceeeeh.


aku dan kawan yang hujung lagi itulah yang tertipu dengan jubah besar macam selimut.

9 ulasan:

Bok berkata...

ilusi optik yang biadap.

Pije. berkata...

memang.
tak pasal2 org dah nmpk kesedihan i.

a p e x berkata...

hahaha...
kalau kudung camne die nak jawab final exam...
ayyoo...

hehehe

Pije. berkata...

tulah pex.
bila i sedang gila berborak maka akal i menjadi agak cetek.
tak cool.

iQBaL HaSBuLLaH berkata...

eh2..ada selimut dikepala la..warna merah lagi..nnt kena keja lembu..slalunya xda..lembu xleh nk keja..hahahaha

Pije. berkata...

kwajja ni.
perli eh?
tgh nk jinak2 lah ni.
auum.

iQBaL HaSBuLLaH berkata...

hahahaha...
manjanya lembu nih..
eh salah..
manjanya harimau tua nih..
hahahaha

the unknown berkata...

bukan tensen ke pegi konvo? hehe sbb duduk je x wat pape. lama plak tu..

Cik Tudung Merah berkata...

kawan awak yang paling kanan tu macam zila bakarin..pasti ke itu bukan zila bakarin?