20090510

Karma.

Selalu orang bercakap pasal karma.
"Karma weh.kalau kau buat orang nanti kena kat kau balik."
tak pun
"Jangan bhai mainkan perasaan orang nanti kau yang kecewa."

Lepas tu kadang-kadang kalau aku jalan-jalan dengan momma tiba-tiba terjumpa duit.
memang laju lah aku nak ambik.
lepas tu nanti momma akan cakap,

"Eh.kalo nak ambik,lepas tu jgn lupa letak duit jugak ganti kat situ.Tak kisah la seposen ke dua posen.Janji ganti.Kalau tak nanti kita kena balik."
tsk.
boleh pulak?

Eh.dulu kan ada sekali aku jumpa duit RM50 kat jeram Ulu Bendul.
Aku ambik.
Tak lama lepas tu duit bisness t-shirt aku hilang RM150.
Kejam.Hilang tiga kali ganda.
Siapa tibai tu pulang balik lagi RM100 la.
yang RM50 tu kira burn pun takpe.
auummm.

Macam-macam lagi.
dari apa yang aku paham karma ni kira macam balasan yang kita akan dapat atas apa kejahatan yang kita pernah buat.
itu yang aku paham la.

Macam ada seorang rakan lama aku,
(er.sekarang tak tahu nak kira kawan lagi ke tak.)
Dia tinggalkan kekasih dia demi lelaki lain,
Tak lama lepas tu lelaki tu pulak tinggalkan dia demi perempuan lain.
Kira macam berbalas-balas pulak.

Tadi aku baru kena.
Dulu aku memang tak berkenan dengan buah pisang.Tak tahu kenapa.
Kalau kawan aku kata dia suka buah pisang je mesti aku kutuk-kutuk kata dia sedara monyet.
Tak pun kalau budak-budak mintak aku kupaskan buah pisang nanti aku buat muka garang lepas tu kata.
"Pisang tu makanan untuk monyet.Makan buah lain."

Hari tu aku tidur dekat rumah mak lang.
Ada banyak buah pisang.
Cantik.
Macam terpukau lalu aku cuba makan sebijik.
Sedap rupanya.
Dah lah sejak hari tu aku asyik mintak mak belikan pisang je.
Tadi sedang aku makan pisang sambil bermain-main facebook,
aku terbuat kuiz.
"SIAPA DIRI ANDA SEBENARNYA".

Hasil kuiz adalah :

Norhafizah took the siapa diri anda yang sebenarnya? quiz and the result is anda sebenarnya adalah setandan PISANG
setelah dikira semua personaliti anda, tenyata anda adalah setandan pisang! anda bukannya manusia! Terimalah saja hakikat ini.


hoh?
kira karma jugak ke ni ha?
pisang memang sedap lah.menyesal aku tak suka pisang dari kecik.
Para peminat pisang sekalian.
I mintak sorry.

P/S : Menda ni terpulanglah kau nak percaya ke tak.
Pendapat masing-masing.Tapi kadang-kadang kebetulan je lah. :)

8 ulasan:

a p e x berkata...

hahha...
xsngke...
pija selama ini adalah setandan pisang...
hahahaha

klaka weiii..
sumpah klaka...hahha

ezy eizyanie~lub myself damn much berkata...

yup~
pisang pe?
pisang emas?
pisang nangka?
ke goreng pisang???
lalalala

iQBaL HaSBuLLaH berkata...

lu mmg xleh jd manusia la pije..
adoiii..
ptt la den balik kg tgk muko kau mcm xbernyawa ja..
hahaha..

minachi malas log in berkata...

biba sungguh lah u ni spupu.
hahahah!

yus_anakmelayu berkata...

"Karma"? hurm.. susah nak ulas.. yang saya tahu(dengan ilmu yang tak seberapa ni), kalau mengikut ajaran Buddha, karma ini ialah bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama. Apapun, kita umat Islam wajib percaya setiap sesuatu yang berlaku adalah Qada' dan Qadar drp Allah SWT. Setiap sesuatu perlakuan ada pembalasan samada baik atau buruk dan pembalasan ini samada di akhirat kelak aatu secara langsung di dunia. walluhalam biswahab. =)

cherry berkata...

sumtymes ade betol nye..
hUUuu~

tasikmerah berkata...

pisang tanduk la best. ha ha.

nazreena nadia berkata...

pije = pisang = hebat =pndy tules blog

ehe