20090515

Sesi Moti-Basi.

Lokasi : Toilet jusco alpha angel,Wangsamaju.
Masa : 11.30 pg.
Situasi : Tunggu rakan berak.
Watak Terlibat : Gadis manis dan Gadis cleaner yang muda.

Cleaner : *mengeluh*.esok mesti ramai orang.
(sambil berpusing-pusing mop lantai yang asyik dikotorkan oleh kasut getah sendiri.amatur cleaner.)

Gadis manis : Baru habis spm eh dik?

Cleaner : Eh?mana akak tau?(mula teruja)

Gadis manis : Tengok muka pun tahu.

Cleaner : Penat la kak.

Gadis manis : Adik tanak sambung blaja ke?

Cleaner : Tanak laah.Takde duit.Saya memang kena kerja.

Gadis manis : Oh.Tapi kenapa nak jadi cleaner?Carik lah kerja lain.

Cleaner : Salah ke saya jadi cleaner?Kenapa dengan kerja cleaner?Saya memang kena jadi cleaner je.Takleh kerja lain.(agak emosi,darah muda.)

Gadis manis : Takde lah akak kata salah.Tapi adik kan muda lagi.Boleh belajar banyak benda.Kenapa nak buat kerja macam ni.

Cleaner : Tak tahu la.Saya tak pandai cakap orang putih.

Gadis manis : Oh.Takpe,boleh je belajar sikit-sikit.Takkan cakap benda basic pun tak reti kan.Adik try la carik kerja yang macam jadi promoter,taklah susah sangat and payment pun banyak lagi dari jadi cleaner ni.

Cleaner : Yeke kak?Kat mana ada kerja kosong eh?Saya tak tahu la nak carik.(semakin berminat.)

Gadis manis : Kawan akak kata dekat klcc ada nak pakai orang.kerja senang je.Balut-balut hadiah dengan jaga kedai.13oo++ kerja ikut shift.Nanti diorang ajar lah.Lagipun diorang memang nak budak yang tak sambung blaja so nanti budak tu tak da lah lari nak sambung blaja.

Cleaner : Akak bagi la alamat tempat tu.Nanti saya nak try la.Saya memang nak kerja nak pakai duit ni.

Gadis manis : Alamat akak tak tahu la.Tapi tingkat * nama kedai *****.Nanti adik try lah.Memang diorang nak pakai pekerja.

Cleaner : Mekasih kak.Akak kerja mana?

Gadis manis : KLCC. (dengan tegas.)

*dan rakan yang berak pun selesai berak.para watak bersurai setelah mengucapkan terima kasih dan babai.*


Menyuruh orang berusaha untuk memajukan diri mereka adalah satu perkara yang mulia.
Seperti yang si gadis manis tadi lakukan.
Beliau telah berjaya membuatkan cleaner muda tadi membuka mata supaya kemahiran cleaner itu tidak terhad kepada mencuci jamban semata-mata.
Namun memotivasikan diri sendiri adalah sangat susah.memang susah.



Pendedahan Watak.
gadis manis itu adalah aku yang mana memang penganggur.maklumat kerja itu pun aku dapat sebab hari sebelum tu aku dah pergi apply dekat situ tapi kena reject,sebab dia kata aku ada diploma nanti aku dapat offer kerja lain maka aku akan cabut tinggalkan kedai dia.
damn.mana dia tahu eh?
adik cleaner.sorry i tipu kau.i tak kerja kat KLCC pun.eh.tipu sunat takpe kot?hoh.niat i baik tau nak tolong budak tu je.

Siapa-siapa.sila motivasikan i.Cuba sampai berjaya.Okay?
Good luck.

6 ulasan:

Judiene berkata...

cehh..
tp baiknye gadis manis tu..
bleh la apply jd guru motivasi AF8..
hehehe..

minachi malas log in berkata...

hoho.
tahun depan i nak tr lah.
:D

syime hebat berkata...

hahaha.. posting yg syok siot.. haha.. penekanan watak gadis berak perlu di selitkn la.. baru best.. hahaha...

Pije. berkata...

gadis berak ingat i tgh cakap dengan fon.
hahaha

nazreena nadia berkata...

hellamakk gadis manis tuh.
ehe
pije,, minachi malas log in tuh u jgak la en?
kekeliruan melanda neh.

=_='

a p e x berkata...

hahha...
nnt la i motibasi kan u pije..
hehhe