20090524

Tips dari Minachi.

Aku single dan sedang cuba-cuba juga sikit untuk mencari.
(Sebelum ini aku memang suka single sebab selesa.Bukan sebab takda orang mahu.Eh.Poyo gila.tak nak kalah ni.thee.)
Tapi.
Ada beberapa jenis perangai lelaki yang aku tak suka dan akan cuba elakkan.
Kamu,
para lelaki juga boleh cuba elakkan dari perangai seperti ini kalau kamu mahu gadis suka kamu.
Atau,kamu mahu aku .
bleeergh.

1.Cakap besar
Kamu bercakap seperti kamu ada semuanya dan bagus dalam serba-serbi.
Kamu biasanya tidak akan dilayan selepas perjumpaan pertama dan gadis akan sedaya upaya mengelakkan diri untuk tidak berjumpa kamu sebab tak tahan nak dengar cakap-cakap yang bergegar.Dan risiko untuk kamu dijadikan bahan jenaka adalah sangat tinggi.
Kalau kamu betul-betul bagus,kami pasti akan nampak sendiri tanpa perlu kamu beritahu.Kan?
(Misteri lah sikit. Baru gadis teruja.Baru kami rasa macam sedang cari "harta karun".)

2.Banyak cakap
Kamu terlalu banyak cakap sampai gadis hanya sempat cakap beberapa patah perkataan dan dipotong oleh kamu,dah lah potong lepas tu kamu bercerita sampai panjang berjela dengan cerita entah apa-apa yang tidak dapat ditangkap oleh pendengaran sebab terlalu laju dan banyak.
Senang cerita seperti komunikasi sehala sahaja.Sehala lagi sudah kena blok.
Gadis biasanya mahu kamu dengar dan beri perhatian kepada dia bukan sebaliknya.
(kalau cakap sikit sangat pun tak patot,baik pergi borak dengan mesin timbang.At least sakit-sakit hati boleh jugak tendang.)

3.Cepat tangan
Tangan kamu sangat peramah menyapa dan memegang anggota badan gadis sesuka hati.
Bagi kamu tiada salah jika kamu menyentuh tangan bahu muka atau rambut gadis tanpa meminta izin asalkan bukan bahagian yang sensitif.Salah.Gadis biasanya tidak suka lelaki bertindak sebegini.Ia sama seperti tidak menghormati gadis.
(Kalau pun kamu suka dibelai dan membelai,harus bawa bersabar dan biar tangan gadis yang menjadi peramah sendiri.)

4.Kuat mencarut.
Kamu biasa mencarut apabila dengan kawan-kawan dan ia terbawa-bawa ketika kamu berbual
dengan gadis.Kadang-kadang apabila kamu berbual dan gadis mengenakan kamu dengan niat bergurau kamu mencarut dia bertalu-talu walaupun sambil ketawa.Kamu rasa carutan itu biasa dan kamu gembira.Tapi percayalah,gadis akan sedikit kecil hati kerana merasa kamu berkasar dengan dirinya lebih-lebih lagi jika gadis mula anggap kamu seorang yang penting dalam hidupnya.
(Bagi aku,bila sekali-sekala lelaki mencarut akan kelihatan cool woh.suka.suka.)
tsk tsk.

5.Tak berbau sedap.
Kamu langsung tidak peduli tentang bau diri kamu.Kamu malas mandi dan malas memakai deadorant kerana kamu yakin bau kamu tidak busuk.Mungkin kamu memang tidak berbau busuk namun kamu juga tidak berbau sedap.
Jika kamu berbau sedap maka gadis akan suka hendak dekat sebab kami gadis hanya dapat menghidu bau perfume atau deadorant lelaki hanya apabila lelaki memakainya.Dan itu juga sebabnya deodorant dan perfume itu dicipta.
Takkan kami harus beli perfume lelaki pulak kan?
(pengkid bolehlah.eh.dulu ada kawan aku pakai Dashing.Perempuan.)

6.Tidak peka.
Kamu bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali walaupun bukan pada masa yang sama.
Kamu juga tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu tentang perkara-perkara yang dianggap penting bagi gadis.Misalnya tarikh pertama kali jumpa,tarikh lahir atau tarikh anniversary.
Perkara-perkara begini walaupun kecil ia boleh menambahkan fun didalam relationship sebab kita akan ada banyak perkara untuk diraiikan.
So,tak lah asyik nak tunggu raya setahun sekali je baru nak makan besar.
(dulu ada sekali exbf aku wish birthday aku awal 15 hari.auuum.reject.)

Aku ada lagi nak tambah.Tapi malas,
sebab kepala aku pening.nantilah kalau ada idea.
Apa yang aku listkan ini bukan sebab demand atau apa.
Ini semua saja-saja berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.
Tiada kena mengena dengan lelaki-lelaki sekalian.
Jika kebetulan kamu ada sedikit perangai seperti di atas dan kamu masih single tak jumpa-jumpa pasangan,sila cuba ubah.
Mana tahu tiba-tiba kamu dah berubah nanti gadis datang bergolek-golek pulak.
(bayangkan gadis-gadis pakai baju kurung atau kebaya lepas tu datang bergolek-golek kat arah kau.hahaha!)

P/S : Aku memang tak boleh terlalu serius nanti kepala aku pening.Kali ni aku rasa entry aku agak serius tu pasal aku pening.Mengada.

7 ulasan:

Bok berkata...

aku bygkan gadis2 berbikini datang bergolek2.

nazreena nadia berkata...

HAHHA bet0l2 !
jd bahan jea en? ehe

AkuKopiKauSiapa? berkata...

ahhaa...mcm aku pernah tulis..huhu

Pije. berkata...

sikit la kopi.
sbb sejak akhir2 ni aku jumpa lelaki mcm ni agak byk.
tsk.

a p e x berkata...

sejak bile lak u dah jd doctor love ni...
hahha

yuss yusoff berkata...

best btul post ni..tips yg bergune :)

Farhan berkata...

risau plak aku tergolong dalam senarai tuh..patut ler aku single smpi skrg..hahaha