20090531

Titik Buta.

Dulu ketika belajar memandu,
beberapa tahun lepas.
(memang nak tunjuk lesen memandu bukan P lagi dah lama.ehem)
Yang ceramah gila lama sampai aku tido bersungguh nak dekat rasa air liur dah keluar.
Eh.nak dekat keluar belum keluar lagi.
tak payah nak eiiii,eiiii.
(kau pun tido jugak kan tak payah nak tipu.)
Aku pasti sesiapa yang pernah dengar ceramah itu,
Pasti pernah mendengar tentang titik buta.

Titik buta adalah :
Keadaan dimana zon diluar penglihatan pemandu kenderaan lain yang tidak terdapat pada cermin pandang belakang padahal kenderaan itu hanya berada bersebelahan sahaja.

Tambah jika kau orang rasa aku salah.
Selalu jika kau memandu dan tiba-tiba kau di hon dari belakang kerana kau nak tukar lane atau mahu membelok walaupun kau sudah pasti tiada apa di belakang kau.
Itu semua angkara titik buta.
Bukan salah kau.
Memandu memang harus sedikit pantas kalau tidak memang kena hon juga.
(aku suka bunyi hon dan rasa tak sabar mahu tekan hon kalau memandu.)

Dalam hidup kita pun ada titik buta,
bukan dalam pemanduan sahaja.
Titik buta dalam hidup adalah apabila kau buat sesuatu tanpa menyedari kau telah memberi kesan kepada orang lain walaupun kau dah fikir berulang kali.
Atau kau tak fikir tapi kau usha-usha untuk cukup syarat aje.
Ataupun kau sedar tapi kau harus tidak peduli demi diri kau.
ini yang selalunya menyebabkan banyak konflik dalam hidup kita dan memberi kesan kepada orang lain.
Sama seperti kau sedang berusaha menuju puncak kejayaan,
dan kau buat apa sahaja yang kau suka yang kau fikir dapat membantu perjalanan hidup kau tanpa kau sedari yang ada orang lain disebelah kau,yang juga sedang ingin menuju puncak.
(boleh juga tukar 'menuju puncak kejayaan' dengan' mengorat gadis/jejaka idaman' untuk pemahaman yang lebih tak bosan.)

Dalam konteks kehidupan,
kau tidak boleh salahkan titik buta.
Kerana jika kau mahu dan bersungguh mahu memikirkan kesannya kepada orang sekeliling,
kau memang boleh elakkan titik buta.
Jadi,kau harus salahkan pertimbangan.
Pertimbangan itu harus dibuat oleh kau kerana pertimbangan tidak boleh buat keputusan sendiri walaupun dengan mesin timbang berat.
Mesin timbang berat?Hahahhaha!
(eiwwww.lame joke.)
Jadi,bila gagal dalam satu pertimbangan atau kegagalan melihat titik buta dalam kehidupan.
Salahkan diri kau.
Yes.
Memang salah kau.
Sebab kau gagal dalam pertimbangan.
Dan kau gagal menyedari titik buta kau.

Ada juga orang dalam dunia dimana kau tak boleh salah atau marah jika dia membelok atau berhenti suka hati dia.Cuba teka siapa?
Jawapan : Orang buta.

Siapa dalam dunia ini yang mempunyai begitu banyak titik buta dalam kehidupan?teka siapa?
Jawapan : Orang buta.

Dalam kehidupan begitu banyak orang yang membuat keputusan sehingga memberi kesan bodoh kepada orang sekeliling.Dan diulangi lagi dan lagi.Kau Teka lagi siapa?
Orang buta?
Jawapan : Orang celik tapi buta pertimbangan.

P/S : Dulu masa pertama kali bawak kereta atas jalanraya,aku terlalu gabra sampai nak capai gear tapi tercapai lutut instructor aku.
Lepas tu instructor tu cakap.
"Eh,jangan lah kau tuka gear pakcik lak."
Tsk.tsk.Kenapa tangan aku clumsy sangat.Ke gatal?auummmmm.

6 ulasan:

AkuKopiKauSiapa? berkata...

kau tak boleh jugak nak puas kan hati semua orang dalam pertimbangan. Akhirnya mesti ada satu pihak yang sakit hati tidak kira apa pertimbangan kau.

Setiap pertimbangan pasti ada yang buruk dan baik, tapi mcm mane kau pilih lah.

pasal pakcik tu, kurang ajar jugak ayat die.hahaha

a p e x berkata...

gear pakcik tu yg mane? gear kepala licin ehh?? hahhaha

nakkal pija skang...

chaon berkata...

btol kate kau.yg pnting mane yg celik jgn nk jadi buta.tp endingnya, pacik tu mmg style.hahaha

Pije. berkata...

pakcik tu mmg rock.hari tu aku hantar adik amik lesen kat dia jugak.
oh.

Pije. berkata...

kopi:ya.betul2.pertimbangan mmg perkara yang rumit.
tapi kurang2 kita boleh cuba elak titik buta.
supaya jgn jadi titik buta.mungkin boleh jadi titik rabun sahaja.

Farhan berkata...

adoi, lutut pakcik instructor gear brape mase tuh?..haha