20090602

Masin.Macin.

Aku rasa aku semakin sihat dan tembam.
Maklumlah penganggur makan minum free.
Duduk rumah hari-hari jadi kerani tekan keybod tanpa henti.
Dan mengadap 'bukumuka' kebanyakkan masa memang boleh buat kita gemuk dengan pantas dan efisyen.

Maka,hari ni aku diet.
Ingat mahu makan nasi sikit sahaja waktu tengahhari buat tenaga sikit.
Dan malam cuma mahu makan telur tiga suku sebiji.

Tadi siang momma masak sambal dan aku terambik sambal agak banyak.
So kalau nasi sikit maka tak seimbang nanti akan menghasilkan gabungan makanan yang pedas.
Tak elok untuk perut.
Jadi terpaksa tambah nasi 2 kali baru seimbang sambal dan nasi.
Malam aku buat telur tiga suku sebiji tapi terlebih letak kicap masin Kipas udang maka kena tambah sebiji lagi baru tak masin.
Masin-masin sangat tak elok nanti boleh kena kencing masin.
Eh.
Darah tinggi.

P/S : Pasal lauk sambal tu aku harus tipu sikit sebab sikit pon tak pedas tapi sedap macam nak pengsan kalau tak tambah.
Tapi kicap tu memang masin sangat.Tak tipu.Memang kena tambah sebiji lagi baru boleh hayati rasa.I tak kuat makan masin tapi suka ikan masin dan telur masin. Macammana eh?

2 ulasan:

a p e x berkata...

hahha...
poyo je nak diet...

Judiene berkata...

cik minachi
sy kalo bab smbal mmg champion r
pnh satu ketika, kuah xde nk mkn ngn nasi, lalu, smbal la jd kuahnye..
hahaha