20090705

Satu-satu Perkara Yang Memang Tak Berubah Adalah Ke-Nonsense-an.

Aku tengah gatal nak potong rambut.
Memang nak potong.
Tak boleh sabar-sabar dah.
(Selalu lepas potong rambut mesti aku kan menyesal sampai berminggu-minggu.)
Aku memang biasa rasa perasaan macam ni.
Perasaan tak menyempat.
Setiap kali aku terpikir nak buat sesuatu mesti aku nak jugak buat sebab kalau tak buat takot kempunan.
Nonsense kan?

Ada satu masa dulu aku sedang beratur dan aku tengok rambut sorang amoi ni lain macam je.
Aku pelik dan betul-betul rasa nak pegang
Aku pergi dekat dan aku sentuh.
Amoi tu perasan dan dia toleh buat muka pelik.
Aku pun buat-buat muka pelik macam tak sengaja terpegang rambut dia sambil marah-marah orang belakang aku.
Nonsense kan?
(Rupa-rupanya amoi tu pakai wig.)

Masa kecik aku fikir bayi akan mula terbentuk apabila tok kadi selesai menikahkan pasangan.
dan selepas itu bayi akan keluar tanpa henti sepanjang perkahwinan.
(bayi terbentuk secara automatik selepas akad nikah.)
jadi kalau dah banyak sangat anak kena berpisah baru bayi berhenti dihasilkan.
Nonsense kan?
Kalau macam ni pasti semua orang kat dunia ni duda dan janda sahaja dengan anak yang super ramai.
Masuk sekolah baru aku tahu sikit-sikit.
Masuk tingkatan 3 terus tahu semua.
Terima kasih sekolah.
Hoh.

Dulu juga aku ada satu kegemaran.
Apabila hujan dan tidak dapat bermain di luar dengan kawan-kawan.
Aku akan menghabiskan masa dengan melihat ke dalam cermin tingkap.
(bukan cermin muka tau.aku tengok kat cermin tingkap yang belah atas licin,belah bawah Macam kasar ada corak kalau kaler kertas atas dia nanti keluar corak.Mesti pernah buat kan?)
Aku akan menghabiskan masa lama sebab aku suka tengok dalam tu.
nanti kau orang cuba.
Seperti ada kehidupan yang tajam didalam tu.
Dan bila tengok ke dalam tu aku akan rasa seperti aku dapat masuk ke dalam dan meluncur.
Nonsense kan?
Sekarang tak boleh buat lagi sebab rumah aku dah takde tingkap macam tu.

Masa kecik jika tersentuh atau bertemu kulit dengan lelaki.
Aku akan laju -laju pergi bilik air dan basuh dekat tempat yang tersentuh.
Basuh berkali-kali.
Macam aku rasa sentuhan tu akan hilang.
Nonsense kan?

Semua itu adalah antara perkara nonsense aku ketika kecil.
Ada banyak lagi.
Nanti aku recall balik.
Sekarang.
Satu-satunya sebab aku post entry ini adalah sebab aku tak suka entry sebelum ini dan aku rasa aku kena post entry baru untuk tutup entry lepas.
Nonsense kan?
Macam tak boleh delete terus.
Hoh.

P/S : Hari ni mesti potong rambut!Nantikan gambar rambut baru i.Mula sekarang kena get ready untuk rasa menyesal sebab potong rambut.

4 ulasan:

peridot sepi berkata...

hehehe, kelakar la u ni...

syime hebat berkata...

selamat menyesal :D

AkuKopiKauSiapa? berkata...

dulu mase kecik2 aku ingat bila besar nanti aku akan tuka nama, sebab aku fikir nama aku untuk seorang yang dewasa sangat kelakar, jadi aku pon tanya ayah aku masa kecik2 nama dia apa. dia cakap nama die sama je, dan aku rasa pelik.

Pije. berkata...

peridot sepi:badut memang la kelakar.ohohoh.thannnx.

syime : mcm kurang je rasa menyesal i ni.wah?ADAKAH I SUKA RAMBUT BEGINI?

kopi : hooh?kenapa kau nak tuka nama pulak?aku masa kecik lagi dah tuka nama sendiri sbb aku rasa nama aku tak canggih.dulu nama masa umur 4 tahun aku puteri intan hafizah.aku tuka sendiri.ehem.