20090901

Ada Perkara Yang Lebih Memalukan Dari Kantoi Tak Zip Seluar.

Dua bulan lepas.
Ada orang bagi aku kertas kecil.
Dekat kertas tu ada no telefon dengan nama.
Kata nak berkenalan.
Aku tak ambik pun kertas tu.
Aku biar atas kaunter.
Lepas tu siapa tah kemas meja dan kertas kecik tu hilang.
Tak kisah.

Dua bulan lepas.
Aku tengah ekjas-ekjas lisa kasi nak masuk parking.
Budak sekuriti center sebelah pandang-pandang sambil senyum.
Budak yang kerja center sebelah pun senyum-senyum.
Aku buat muka tak reti sambil parking senget dan lari masuk center.
Tak kisah.

Tadi.
Aku dengan bahagia pergi dekat Lisa sebab dapat balik awal.
Aku cucuk kunci dan start enjin.

Krek.

Eh?
Aku cuba sekali lagi.

Kreeek.

Dan masa tu baru aku perasan yang aku tak tutup lampu lepas anta kawan sekerja aku balik ambil name tag yang tertinggal pagi tadi.

Hati dah tak rasa bahagia.
Tiada makna aku dapat balik awal jika Lisa tak dapat hidup.

Maka aku termenung dalam Lisa.
Masa menung tu aku ada perasan yang budak sekuriti dengan budak yang kerja dekat center sebelah tu sibuk-sibuk bukak bonet kereta masing-masing.
Pekerja cina yang aku selalu ejek dalam hati sebab dia terlampau teliti ketika parking tu pon sibuk-sibuk semacam.
Hati aku berdebar.
Semakin berdebar bila tiba-tiba budak sekuriti datang kat aku.

Budak sekuriti : Tak boleh start ye?

Aku : Eh.haaah.

Budak sekuriti : Tau dah.dengar bunyi macam lain macam je.Pastu tak gerak-gerak.

Aku : Heheeee.

Budak sekuriti : Jap kitorang tolong kasi charge bateri.Jap eh,dia g ambik jumper.

Aku : Eh?boleh eh?

Budak sekuriti : Bolehlaa.Kita kan satu Malaysia.Hehee.

Aku : Gulp.

5 minit lepas tu Lisa dah boleh hidup.
Hati bahagia balik sebab dah boleh balik.

Tapi,
Aku rasa malu gila sebab dulu buat tak kisah dengan diorang.
Padahal kerja sebelah-sebelah.
(Samalah macam kauorang ada jiran tapi tak pernah nak bertegur sapa. Mungkin jiran kauorang dah cuba nak beramah mesra. Tapi kauorang jenis tak kisah macam aku dan tak layan langsung. Tiba-tiba rumah kauorang kena pecah dan orang yang tangkap perompak tu adalah jiran kauorang tadi. Kauorang fikir lah macammana menyesal tak kauorang masa tu?)

Boleh kata hari-hari aku datang kerja mesti jumpa muka diorang dulu.
Tapi kenapa sebelum ni aku tak senyum langsung dekat diorang?
Kenapa sebelum ni aku tak "hai" langsung dekat diorang?
Kenapa?
Kenapa?
Dan aku langsung tak kisah pasal diorang.
Tapi diorang tetap kisah.
Tetap tolong tanpa paw aku.
Dah la laju pulak tu diorang buat kerja.
Kalah pekerja F1 wa kata lu.
(Aku taip ni sambil pakai mask.Sebab sebal kenapa sebelum ni jadi si ignorant.)
Mulai saat ini aku tidak akan sombong tiba-tiba.
Dan akan cuba untuk kisah dengan semua orang.
(Eh jap.Kauorang semua dah gaji tak?Baju raya kaler apa?Cuti dah apply?)

Tak kenal maka tak cinta.
Tapi,kalau dah kenal tak semestinya nak kena becinta plak.
Agak-agak lah.

Haa.
Jangan lupa kisah dengan orang di sekeliling.
Jadi Si Ignorant memang langsung tak cool.
Percaya lah.

20 ulasan:

peridot sepi berkata...

terharu siot...

miNt berkata...

hahaha.. ;))

walopon ak dicop ignorant.
tp ak masih belum di-cop belagak cam kau.

ak peramah dan sopan santun.
boleh x cm2?

hahaha;))

Paan berkata...

Tu la...padan muka. Hahahaha!

demang berkata...

heh
mcm cerita aku xkenal jiran jer
dem

Pije. berkata...

peridot sepi : betul.balik kerja aku bawak kereta dgn termenung.

mint : betulkan ayat kau tu.aku tak di cop belagak.cuma aku rasa aku seorg y ignorant. :)

paan : mmg padan muka dengan badan.tak besar tak kecil.

demang : eh?ko ke?hahaha

syime hebat berkata...

ni namanya pedoman di bulan ramadhan yang mulia.. dang!!

Judiene berkata...

adoiii
ckp bermakna la entry ko ni
ala2 iklan arwah yasmin ahmad pn ade
hehehee
bagus3!!

:)

Pije. berkata...

syime : haaa.dari smlm u ckp mcm tu.i tau la i tak puasa.hahah

judiene : boleh buat iklan kan judiene?stail lah.duit raya gituu.

hani homoholica. berkata...

T_T
pasnehh ak nk tegur lahh sumer pk cik mk cik cleaner skolh ak.
tnpe mereke,berbau b*b* lah toilet ituh~

waaaaaaa.

Pipiyapong berkata...

Budak sekuriti tu ada Facebook tak?

Anuar Sha'ri berkata...

heheh..same2 kite renung dan tenungkan ;)

sha89 berkata...

isk2...aku terkesima weii baca entry ni~

btul ape ko ckp, jdi sombong adalah sgt x cool~

aku pun mcm ko, xdela peramah sgt, lg suke wt hal sndri..

tp melihatkn keikhlasan org2 yg tolong ko tu, buat aku terharu beb~

lps ni ko kenalah baik2 ngn smua org~ :)

AkuKopiKauSiapa? berkata...

cerita yang bagus bertemakan satu malaysia. ahaha

Pekerja Kontrak berkata...

penah ke xtetup zip lepas tu satu malaysia....

Pije. berkata...

penah.aku jalan tak tutup zip.skali ada brader kacak tego.
konpem dia pikir aku manic.

syime hebat berkata...

pedoman di bulan ramadhan

kiki berkata...

1 malaysia. bagus bagus. hee

a p e x berkata...

hahhaa... msti brader sekuriti tu gelakkan u puas2 kan pija.. hahha..
xpe2, jgn ulang kesalahan lampau.. hahha

odagiri berkata...

hai..
bole berkenalan
saya jaga syif malam
kakakaka~

yus_anakmelayu berkata...

entah, kadang-kadang cara pemakaian,rupa dan kelakuan seseorang membuatkan semua orang berfikir dua kali untuk mendekatinya. Memang ramai yang suka menghina cukup sekadar dengan tidak senyum(bukan awak ea, ehe...). Malaysia sudah maju sehingga terbabas dengan mengatakan yang sedia ada itu sudah ketinggalan zaman... terlalu banyak nilai-nilai yang malar sepanjang zaman... kebanyakannya ada dalam budaya orang Melayu(sepatutnyalah). cubalah kekalkan ea(nasihat untuk sahabat dan diri sendiri)