20090917

Your blood pressure is low.Eat salty food.

Aku selalu terfikir tentang betapa besarnya pengaruh "Kalau" dalam kehidupan.
Misalnya bagaimana kita mengaitkan perkataan "Kalau" dengan kesilapan kita.
Ataupun sekerap mana kita ucapkan "Kalau" bila masa kita menyesal dengan kebodohan sendiri.

"Kalaulah saya tak mabuk ketika memandu,pasti kereta saya tak kemik."
"Kalaulah saya belajar lebih sikit.Pasti saya tak payah ulang semester."
"Kalaulah.."

Kenapa mesti nak jadi bertambah bodoh?
Kalau tahu orang yang ajar kau tu lebih bodoh.

Kenapa mesti kau nak sentap?
Kalau orang yang menyentap kau tu dah terang-terang boleh disentap.

Kenapa mesti susah-susah nak menafikan?
Kalau kau sendiri dah tentu-tentu tahu yang semuanya kebenaran.

Kenapa mesti kau nk pejam mata?
Kalau semua itu kau tetap boleh nampak walaupun dalam gelita.

Semua orang dalam dunia ini sentiasa hidup dalam denial.
Membenarkan apa yang salah.
Mengisahkan walau tak kisah.
Belum masuk lagi yang berlagak berilmu padahal kosong.
Nak tambah lagi,
Yang pura-pura gembira tapi derita.
Yang depan suci,belakang hina.

Kalau lah,
semua manusia tak hiraukan ego.

Kalau lah,
semua manusia tak pentingkan darjat.

Kalaulah,
semua manusia tak agungkan harta.

Mesti tiada yang dipandang hina.
Mesti tiada yang jadi mangsa.

Tapi,
itu semua "Kalau" punya cerita.
Cuba kau bayangkan kalau perkataan "Kalau" itu tak wujud.
Pasti manusia tak pernah kenal erti dan rasa penyesalan.
Semua terima saja dan 'mungkin' akan ulangi kesalahan yang sama berkali-kali.
Sebab tak pernah kenal rasa menyesal,maka setiap kali pun pasti akan buat salah yang sama tanpa rasa sebal.

Tapi,
Itu semua "Kalau" punya cerita lah.
Itu cerita kalau "Kalau" itu tiada.
Hakikatnya sekarang ia ada.
Jadi semua.

Silakan menyesal dan bersedialah untuk menyesal.
Aku rasa tiada salah kita menyesal.
Sebab menyesal boleh mendewasakan manusia.
Berapa banyak kau menyesal juga menunjukkan berapa banyak keputusan yang sudah kau ambil dalam hidup kau.
Kau boleh bangga banyak di situ.

5 ulasan:

demang berkata...

"Yang pura-pura gembira tapi derita"
dem
tersentap walaupun ko boleh aku sentap.heh
am i cheaed myself?
'kalaulahh' ade time machine

hani YUNANAH. berkata...

ohh,serius benar entry anda wahai cik pije.
tol2,xsalah kalo menyesal jika sesalan tuh membawe kebaikan.

siggplus berkata...

macam pepatah melayu lah..
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tiada berguna..hehe

benda dah jadi, mesti ayat escapism dia kalau..

nak ikutkan tu sampai bila pun tak jadi, sampai bila pun tak menyesal..

Pije. berkata...

demang : menyesal je demang.sokaaay.

hani : haah ek hani.serius bebeno.tgh bekerut ni.

siggplus : betul2.benda dah jadi biasanya ayat escapism dia kalau.bukan terima.

Bok berkata...

wei pije selamat raya wei.