20091014

Abu.

Abu,Gopal dan Kai Meng kawan sekerja.
Mereka kerja aman dan sentosa di sebuah syarikat.
Kerja mereka adalah menjual ketip kuku.

Abu seorang yang comel dan suka buat hal sendiri.
Abu suka bersendiri.
Terutamanya ketika waktu makan.
Kadang-kadang abu tidak pergi makan sebaliknya Abu pergi tidur di dalam kereta.
Abu juga tidak kisah pasal rekod penjualan ketip kuku beliau.
Asal boleh saja Abu tu.
Abu juga tak suka dating.
Pelik betul Abu ni.

Gopal pula seorang yang rajin.
Hari-hari pun buat OT.
Kadang-kadang kalau dia tak buat Ot pun dia tetap claim OT.
Tapi Gopal bagus.
Dia selalu bekorban waktu cuti dia untuk penjualan ketip kuku.
Setiap kali public holiday biasanya gopal yang kena kerja.
Kai Meng seronok-seronok saja dating.
Abu pula seronok-seronok saja dapat bangun lewat sampai pukul 12.
Tapi Gopal tetap rilek.Kerja saja tanpa banyak cerita.
Boleh tahan pelik juga Gopal ni.

Kai Meng lain cerita pula.
Dia kuat mengular dan selalu hebat mencari alasan untuk datang kerja lambat ataupun tak datang langsung.
Kadang-kadang alasan Kai Meng langsung tak masuk akal.
Lagi tak masuk akal dari alasan,
"Nenek saya bersalin tuan.Jadi saya kena tungkukan peranakan dia."
Tapi Abu dan Gopal buat-buat percaya saja.
Yang bagus tentang Kai Meng ialah dia sangat pandai jual ketip kuku.
Kadang-kadang bila Gopal dan Abu masih menganga-nganga,Kai Meng sudah jual 4 ketip kuku.
Hebat kan Kai Meng?
Hutch yooo.

Pada suatu hari ketiga-tiga mereka dikejutkan dengan kejutan luarbiasa.
Tiba-tiba didalam akaun Gopal ada agak banyak wang.
Setelah di instivigasi,
Rupanya syarikat telah memberi imbuhan kepada Gopal.
Abu telan air liur juga tapi dia tak kisah sangat sebab dia sendiri memang tahu dia malas mahu susah-susah pujuk orang beli ketip kuku.
bila Gopal belanja dia chewing gum dia terus sejuk hati.
Tapi Kai Meng kelihatan seperti agak jaki dengan rezeki Gopal.
Sebab Kai Meng memang lebih hebat dari Gopal mengikut rekod penjualan.

Semenjak hari itu,
Kai Meng begitu semangat menjual ketip kuku.
Begitu banyak ketip kuku yang dijual Kai Meng sampai kuku sendiri pun tidak sempat dipotong.
Kadang-kala Kai Meng ada juga memangkah pelanggan Gopal.
Sampai bengang-bengang Gopal.
Melihat keadaan itu,Gopal pun mula membuka langkah.
Mereka berdua-dua berlumba-lumba jual ketip kuku.
Saling memangkah pelanggan sampai lupa dulu mereka kerja dengan aman sentosa.
Sampai kadang-kadang pelanggan Abu pun dirembat sama.
Tapi Abu cool aje.

Abu juga dah jadi semacam tempat Gopal dan Kai Meng meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing.
Gopal mengadu Kai Meng sorok ketip kuku dia.
Kai Meng mengadu Gopal patahkan ketip kuku dia.
Abu pun kadang keliru.
Bila dengar luahan Gopal,Abu jadi marah kat Kai Meng.
Bila dengar luahan Kai Meng, Abu jadi marah pula dekat Gopal.
Konpius Abu.
Abu rasa macam nak buat solat istikharah,tapi kelihatan macam over sangat pula.
Tapi bila tiga-tiga duduk sama-sama, semua berjalan lancar.
Macam tiada apa-apa berlaku.
Kai meng dengan Gopal dua-dua elok saja berbual.
Abu pun terpaksa lah buat-buat tak tahu.
Kadang-kadang Abu rasa seperti dia adalah talam.
Dan semua orang tahu talam ada dua muka.
Abu tak mahu jadi Talam.
Abu mahu jadi manusia.
Satu muka pun Abu tak terjaga.
Kadang-kadang tahi mata pun Abu lupa nak buang.
Cili kat gigi pun selalu telepas.
Sekarang macam mana Abu nak jaga sampai dua muka?

Kasihan Abu kan.
Siapa-siapa,boleh tolong Abu tak?

11 ulasan:

hani YUNANAH. berkata...

suro abu yg ak bajet muker dia cm s.jibeng tuh g jmp gopal gan kai meng den ckp;
"if u both see my face im gonna give u both hell!!dun u eva dream to meet me halfway!!im wanna i wanna smack u both!!"

*asl ak pirate tbe2 nehh.ciplak lirik lagu org* T___T

bibie_boodyn berkata...

ha..kalau aku..aku terajang pak din 2..bia deh pengsan...sekian....(x berkaitan lansung)

syime hebat berkata...

hehe.. kesian abu..
tp i tau sume watak2 ni..
jeng3..

Pije. berkata...

hani : tak membantu langsung.kesian abu.tolong la dia.

bibie : watak pakdin tu aku belum masukkan.mcmana kau tau pak din tu bedebah?

cimi : u tau?ceeeceh.perasaan u je tu.

Fharina berkata...

pening ryna baca.haha.

Hunky berkata...

Abu menjerit "1Malaysia!!!"
sambil mengangkat sebelah tangan membuat gaya Hitler. Dia yakin bahawa dia telah berjaya. Dia tersengih-sengih kegumbiraan.

Kai Meng Dan Gopal terkebil-kebil sebentar.

Nampaknya mereka hilang sabar.

Mereka mengetip hidung Abu dengan pengetip kuku mereka berkali-kali.
Abu menjerit dengan jeritan lunak, penuh jambu.

Kai Meng dan Gopal kembali tenteram dan pergi menyaksikan F1 bersama.

demang berkata...

boleh tahan ko pye ngarut eh

syime hebat berkata...

eleh.. baca je i da tau.. sape yg suka tido dlm kete i tau.. sape yg kuat ot i tau.. sape senang dpt customer i tau.. eleh.. semudah a.b.c.. hahaha..

ali; jiran abu berkata...

abu oh abu
kamu sgt kasihan;
menjadi si pendengar setia y kadang2 tersepit antara jati diri dan emosi.

abu oh abu
manusia sgt tidak cool ble;
pretend xtau, tapi actually dah tau.
bg dem hope utk something y hopeless.
said yes to no, and no to yes.
bercanggah dengan pendirian ble berdepan dgn kepelbagaian.

abu oh abu
no need to be a talam
jikalau hati tak suka.
setiap tindakan/perubahan mesti ade penjelasan.
suatu hari nnt,
ble gopal n kai meng jumpe kau
tanye nape muke kau cam talam.
kau bitau diorg;
"alamak, terlebey suda.
aku baru suntik botox. ikut kegemaran korang. x macho ke?
kau tanye kai meng; bukan ko ckp aku lg kacak ke dgn kening lebat?
kau tanye gopal; bukan u ckp i jd adoreable ke kalo bermata galak?"

abu oh abu,
if abu n gopal menafikan;
if abu n gopal ckp u y salah phm;
let it be abu.
nmpak x.
u xleh jd macho dgn kate2 org lain. ntah betul ke x.
ble x macho, they wil put blame on u. cube suntikan botox u
ade hasil. sure melangit puji.

abu oh abu,
i sarankn u jd payung plastik white kale;
kasi org teduh ujan n panas,
tp x serap air n haba.
kasi pantul.
u tetap payung unggul.


to abu: try jual cotton bud pulak. mane tau jumpa bedah dan letchumi pulak.

pije berkata...

wow?
thanx ali.nanti i sampaikan kt abu.
abu gelabah jugak kdg2.
abu tak suka org kata dia talam.
eiii.
paling membantu la.
diam2 je ni.
bak la link jugak.
eish2.

ali; jiran abu berkata...

u should notice that watak utk kai meng tp i tulis abu.my mistake.
im in a rush.tayar bas pancit pulak.

tiada link la. i tidak permanent.
baru je jd jiran abu. abu x prasan kot. sbb dia mcm busy. ni da nak move on. pindah lagi.