20091026

Bahana Bercakap Laju dan Satu Hala.

Hari tu, sayang aku bagitahu.
Ada orang nak pakai photographer untuk weeding adik dia.
So aku ingat nak try la.
Tapi sebab tak pro aku pun ajak la seorang kawan yang mmg pro.
Sebenanrnya mmg nak suruh dia je buat.
Aku tukang sibuk-sibuk sambil belajar .

Semalam.
Masa tu aku tengah drive
Tiba-tiba pengantin tu call aku,
Tanya macam-macam yang aku pulak tak tau sangat.
Berapa bajet la,story board ape kejadah la.
Kedai gambar kat mana,nak sampel lah.
Aku tengah kelam kabut terus je cakap nanti aku call balik.

Laju-laju terus call kwn yang pro.
Nama dia paan.
Aku tekan paan dan terus cakap laju mcm pelesit.

"Paan, customer tu call aku tanya bla bla bla bla, pastu blah blaaaa blaa lagi. Nak jumpa aku blaa blaah blaa.blaa.blaaa.mana aku tauu blaa. blaaa blaaa.bagi flickr ko eh?Blaa blaa.blaaa.blllaaa.bolaaa."

Dah habis aku cakap baru aku tau rupanya aku dah salah call orang.
Tu pon aku perasan bila aku bagi peluang dia bercakap setelah aku bercakap tanpa henti.
Sebab suara paan yang aku nak call tu macam romantik sikit,tapi paan yang aku tengah call tu mcm hensem plak suara dia.
(Tahan.Tahan.Jangan muntah.)
Apa kejadahnya aku tercall paan gebu padahal aku nak call paan kucing siam?

Kepada Paan gebu.
Terimalah lagu ampun kan daku dari Def Gab C.
(Kesian Paan terkejut,dah la kenal kat internet je,jumpa tak pernah tiba-tiba je aku call mengejut.Kau jangan demam tekejut lak eh Paan.Jawab exam tenang-tenang.)

Aku tengah berdebar-debar tunggu hari Rabu.
Siapa boleh ajar cara nak mintak MC?

P/S : Aku baru perasan ada komen enonimos dekat entry Desperate Terpaksa aku.
Dia tulis "i'll be there for u".
Sweet gila okay.Weh2.Siapa kauu ni?

Hai.Saya berbau kedai.Bau tak?

6 ulasan:

peridot sepi berkata...

sakit mata ler, masukkan abu rokok dalam mata, gerenti merah, gerenti dapat mc, tapi aku tak pernah buat...
kekawan ajar ler...

Pije. berkata...

mak oi.
kalo mata aku merah mcmana aku nak g buat job amik gambar?
hahaha

siggplus berkata...

haha tu la lain kali jgn ckp mcm keretapi

Bok berkata...

ade klinik kat batu caves. jual mc. high five!

miNt berkata...

hahahaha...
paan kucing siam!!
ade name ln lg rupenya budak tu.

muntah depan doctor.

ataw pun buat macam ak.

direct bgtaw doctor
"saya xmao ubat saya nak mc saja sb saya tiada berduit mahu membayar kos konsultan&ubat."

da direct jugak doctor tu tembak ak.
"pergi klinik blakang sana ada jual mc, sini tiada."

;DD

bibie_boodyn berkata...

ko wat2 muke saket...n pegang perot..cakap kat dr...kandungan saye gerak2..die da nak kuar sangat kot dr..leh dpt mc seame 12 ari x??