20091205

Pengwat.

Kelmarin budak yang kerja di sebelah centre aku buat perangai lagi.
Kali ini siap hantar Auntie Florist untuk hantar sejambak bunga yang bagi aku memang membazir.
Membazir sebab aku dan dia langsung tiada apa-apa.
Membazir sebab masa tu aku memang tiada mood.
Membazir sebab aku bukan pencinta bunga.
Dan memang membazir sebab aku tak mungkin akan cair sebab bunga.
Tak mungkin.

Masa tu aku tengah termenung depan cermin mengadap jalan sebab malas nak layan customer.
Tiba-tiba satu auntie masuk.
Dan terus carik perempuan nama Bija.
Bija?
Nama aku ke tu?
Mungkin dia tertinggal huruf K.
Nasib baik bukan tulis Bibi.
Atau Biji.
Memang langsung tak best.

Masa tu semua dah sibuk-sibuk pandang aku.
So Aku ambil je lah bunga tu dan masuk dalam stor.
Ada kad terselit.

"Best wishes."

Putera.

Putera?Gila kacak nama samaran macam ni.hoh?
Malangnya nama aku pun 'putera' tu tak tahu.
Kesian.
Nampak sangat aku memang tak bergaul dengan dia.

Aku tertanya-tanya apa yang buat dia beriya sangat.
Tapi tu tak penting.
Cuma yang penting aku rasa budak ni dah bazirkan tenaga dan duit dia untuk perkara yang tiada makna dan tiada kesan.
dan tak mungkin berkesan.
Mungkin sebab dia pilih untuk bagi dekat aku.
Pilih aku,
yang langsung tak berminat.
Cuba kalau dia pilih orang lain.
Orang yang betul-betul berminat atau,
Orang yang betul-betul akan hargai jiwa romantik dia.
Atau orang yang betul-betul seumur hidup tunggu untuk saat-saat macam ni.
Saat yang banyak kita tengok dalam drama atau filem saja.
Mungkin masa ni kesan dia akan berbeza.

Benda ni buat aku terfikir.
Ada masa bila kita kena reject.
Atau aku di reject.
Automatik aku akan blame diri sendiri.
Tak cukup baik lah.
Muka tak cukup comel hingga tak sepadan dengan pujaan lah.
Sifat kurang manja lah.
Lepas tu mula lah down tak tentu arah.
Tapi kita tak sedar.
Mungkin bukan salah diri kita sampai kita di reject.
Mungkin sebenarnya kita yang dah salah pilih.
Salah pilih pada siapa kita nak bagi hati kita.

Tadi siang aku tengok list active 10 exbf.
Nombor aku masih dalam list.
Tapi tak pernah pun dia nak contact aku.
Nampak sangat ni bukan sebab credit tapi ini sebab dia memang tak pilih aku.
Ah.

If only i can see "you" in another person, maybe i wont take this long to cure.
Poor me.

P/S : Pakcik guard tempat kerja aku suruh aku hanyutkan bunga tu dalam sungai.Mana tahu kalau 'Putera' tu ada niat buruk pulak.Bernas juga idea tu.Aku pun memang tak minat nak simpan.Orang lain ada idea tak?Jangan la kedekut.Bak mai.

13 ulasan:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

kambing makan bunga, jadi dari membazir hanyut tak tentu arah macam kap lam ye nge buang abu, ada baik bagi kambing makan..dapat pahala..dari ko buat sampah..kan kan kan kan..gila mat bunga, tak cerdik langsung..bg la yasin ke, himpunan doa2 harian ke. kan kan kan

hannah zaharudin berkata...

tak glamour langsung name die bagi kat ko..
BIJA!
haha

hans berkata...

hahhaha
itulah
selalu pompuan suka bunga
tapi kalau aku pompuan aku rasa baik bagi aku coklat
leh makan
bunga kan leh makan
nak simpan pun layu
haha

putera berkata...

bija,
better u buang..kalau takut bad things happen in future..bkn ape, takut wujud hasad dengki bila hasrat hati ditolak tepi.

bukan salah si pemuja
sang pujaan pun tak salah
tak perlu sakit hati bila dipuja bkn pujaan
sbb si pemuja pun pedih hati bila sang pujaan tak layan

biarlah, sbb
perasaan; benda di luar kawalan

Judiene berkata...

wah
jgn cium bunga tuh
tkt nnt pengsan plak
sbb ada kloroform
hahaha!

syime hebat berkata...

sang putera patot kasi PSP / speedlite / lense / air pepsi / rambut palsu yg pjg serta lurus / teh ais bungkus.... kah kah kah..

Pije. berkata...

iffat: tu laaa.makcik aku suh langkah bunga tu 3 kali.kalo ada niat buruk boleh ilang.heheh

fana : nasib tak bijik.haha

hans : aku tak suka bunga weh.bukan sedap pon bunga tu.hahaha

putera : hutch yooo.i nak pujaan i suka i.sob.sob

judiene : kloroform?ada org nk culik i ke?bahahah

syime : yeaaaah.paling memahami!

cikot berkata...

kau bagi jer kat pakcik guard tue ...

Guten Tag berkata...

orang dah bagi..tapi kalau tak suka..bagi jer kat kak cleaner..

chaon berkata...

putera sounds gempak weh.klu ade mood nnt usha2 la siape die.tah2 die tu best ke.tp yg pasti putera bkn aku hahahaha

Farhan berkata...

betul gak putera tu cakap weih. bende luar kawalan.

Tanpa Nama berkata...

If only i can see "you" in another person, maybe i wont take this long to cure.

hati takkan terubat kalau kau masih mencari "you" in another person. kita tak boleh cari seseorang exactly same like we wanted to.manusia tiada yang sesempurna seperti kita mahukan.

so,
pilih orang lain, dan kenali hatinya.
mungkin dia dapat menutupi kekurangan "you".

pengalaman berbeza mendewasakan kita kan? kan? jangan berhenti kerana ada halangan dihadapan kita.
InsyaAllah.


ps: jangan terlalu memuja. jangan terlalu berharap.

Rizdiahk Nahraf berkata...

behind that smile, there's a tear.


i impress with how u handle it.