20090224

datin-datin.datuk sehat?

tadi aku minum air masam.
perisa anggur.
terus aje teringat kenangan masa belajar.
masa jahil-jahil.
skarang pun masih jahil tapi kurang sikit kot.

zaman masing-masing seronok walau tak cukup duit.
zaman masing-masing pikir nak joli je walau tugasan bertimbun.

argh.rindu.

ada jugak dulu aku dengan si dunhill pergi 7E pukul 12 malam semata-mata nak beli air masam lepas tu lepak 2 orang kat depan kedai minum macam budak liar.
haha.

eh.tu dulu la.
sekarang aku tak kontek dah sama si dunhill.
tak rindu pon.
cuma teringat je sikit.
dengar2 dah bertunang.

hawau.

indahnya kalau boleh ulang masa.
masa masing-masing sama jahil.
masa masing-masing sibok nak joli.

kan datin-datin?







20090217

berkerjaya dan penganggur in one day.

hai.
aku baru balik kerja.

...

betol lah.aku dah kerja.
tadi hari 1st dan aku rasa hari last jugak aku kerja.
aku rasa aku dan kerja tu tidak fit bersama lah.

kau bayangkan.

macamana budak perempuan yang malas bersukan dan benci merentas desa macam aku ni,
mahu jadi salesgirl kepada bisnes direct selling yang kerjanya sama seperti merentas desa.
er..
hancur.

tadi aku training.
berjalan hampir satu kampung dari satu rumah ke satu rumah.
yang rata2 memang tak suka lah dengan salesman/salesgirl.
dem!
aku pon tak suka lah.
hahaha.
so,
i quit.

thank you to encik farhan dan encikk faizal yang semangat nak suh aku stay.
"tapi wa tak boleh la encik.
wa tak boleh nak jual mesin jahit sedangkan wa pon tak minat menjahit.
heee.
semoga jumpa lagi ya encik.
gaji satu hari tadi,wa kira macam kerja amal sajalah."

oh ya.
sesi suaikenal aku tadi diakhiri dengan persembahan nyanyian tiada nada dari aku.
ketahuan-Matta.
aku kena buli nyanyi depan semua orang.
cis.
stupid dam2,u berak keluar petak dam.

esok aku nak keluar lagi.carik kerja lain.
semoga aku suksess.
lalalala..laalala
*signout sambil menyanyi.*

20090214

maaf.entri emosi lagi.

kadang-kadang.
ada malam-malam yang semacam malam memori dalam rumah aku.
memori tentang seorang lelaki.
yang suami kepada mak.
dan abah kepada anak-anak.

malam yang mana tiba-tiba semua macam sayu dan kotak ingatan macam terbuka.
malam yang mana tiba-tiba kau boleh dengar bunyi orang tarik hingus.
atau bila kau pandang adik beradik kau.
diorang kelu pandang tempat lain elak nak tentang mata.

macam malam ni lah.
mak aku sakit kepala.badan masuk angin.
aku tolong urut dan aku rasa badan mak macam goyang-goyang tahan nangis.
tak lama lepas tu mak cakap,
"abah slalu urut mak gosok-gosok je."
aku cakap,
"gosok aje,manalah rasa."
dan tiba-tiba macam air mata keluar.
keluar je teros.
dan mula la bila pandang pelusuk rumah macam nmpak memori abah.

abah tido sana,
abah duduk tengok tv sambil tekan-tekan remote,
tak pon abah sengih-sengih sambil sakat anak-anak.
ataupun abah bebel-bebel pasal hal yang dia memang jarang nak ambil tahu.
..
rindulah.
sangat rindu kot sebenarnya.

bila datang malam macam ni,
biasanya aku masuk bilik.
duduk diam bagi bantal basah,
asal hilang rasa resah,
resah bagi orang yang hilang abah.
....
sebab benda macam ni nak cerita kat siapa pon tak boleh.
kalo nak cerita kat kawan pon susah,
kadang2 kawan pon rasa semak kalo asyik nak dengar kisah kau aje,
takpon,
kot-kot tesalah komen ke,
nanti dari elok-elok nak meluah perasaan terus je jadi bertumbuk bagai pulak.
kan susah.
so aku rasa macam nak tulis kat sini.
kat tempat yang semua orang baca dan diam2.
kan bagus.

jadi,
bila malam semacam malam-malam memori,
aku kan luah kat blog ni.
..
macam malam ni lah.
bila tiba-tiba rasa sayu,
dan masing-masing elak tak nak tentang mata.


Al-Fatihah.
bersemadi dengan tenang abah.

20090213

sejujur2 yang pernah diluahkan.

kau orang pernah rasa tak,
orang yang korang rasa memang selalu ada untuk korang,
tiba-tiba hilang.
lari.
ghaib.

kau orang pernah rasa tak,
bila mana kau buat tak peduli kat orang yang cakap dia sentiasa ada untuk korang.
lepas tu bila dia dah blah baru korang tercarik-carik?

kau orang pernah rasa tak,
bila teringat cerita lama mana masa masing2 indah berkawan lepas tu dah takda lagi?
takda pon sebab dia kecil hati.
yang sebab korang pon tak pasti sangat.


aku pernah.
dan sekarang aku tengah rasa.
aku agak sebab aku abaikan dia.
semua sebab aku punya perangai yang bukan2 dan asyik sebok pedulikan masalah aku yang tah apa2.

yes.
this too,shall pass.
but tak kan aku nak give up macam si loser.
aku dah penat dah buat tak kisah kat perkara yang tak sepatutnya aku buat tak kisah.
macam hal inilah.
bila aku buat tak kisah kat perasaan orang.
macam aku ni lembu.
takda perasaan.
main lintas je tak kira orang laju ke slow.
..
padahal aku suka dan appreciate every moment yang kitorg pernah kongsi sama-sama.
sebab aku rasa aku masuk sama dia.
sebab aku rasa dia paham sama aku.
sebab dia pernah bagi aku rasa gembira.
sebab aku rasa aku tak puas lagi kawan dengan dia.
tapi sekarang dah takda la kot.
...
precious.
aku abaikan kau bukan sebab aku rasa kau annoying.
bukan sebab aku rasa kau gedik.
bukan sebab aku dah rasa bosan.
bukan jugak sebab aku ada kawan lelaki lain.

aku abaikan kau sebab aku sendiri rasa macam nak rebel.
rasa nak sakitkan hati sendiri.
rasa nak carik pasal dengan semua.
rasa semua tak adil.
rasa tak puashati pada takdir.
dan aku nak kau ilang rasa2 yang ada kat hati kau yang sikit2 tu.
sebab aku tahu aku tak boleh nak penuhi rasa2 yang ada kat situ.
betol.

entry ni bukan sinikal.
bukan untuk blame kau atau aku.
tapi,
ini adalah sejujur2 yang boleh diluahkan.
bukan lah sebab nak jadi topfren balik.
but atleast,jadi lah seseorang yang dulu.
yang masing2 tak simpan guris atau luka kat hati masing2.
yang masing2 sebok nak carik lawak nak kongsi bila chatting.
kalo ini pon terlalu besar untuk dipenuhi.
tak apa.
keputusan masing-masing.
aku dengan serendah-rendah hati mintak maaf.
sebab aku angin kencang tak menentu,
buat perangai sampai orang naik buntu.

sorry.biskut engineer.


"this too,shall pass".

20090212

sehebat lagu untuk kau.loser.

berapa berapa berapa dan berapa hari yang lepas aku beli gitar.
aku namakan dia guigui.
warna hitam dan body licin.
aku letak atas katil sebelah bantal.

tiap kali aku tengok guigui aku mula berangan nak buat lagu sehebat "lagu untukkmu".
memang lagu tu hebat.
aku berangan.
aku buat show solo sambil petik gitar.
crowd menjerit bagai nak gila sambil cakap 'one more!one more.'
salah seorang peminat aku diangkat oleh kawannya dan dia menjerit ke arah aku sambil tunjuk t-shirt yang bertulis "u rock!"

gila kool.

semangat makin membara.
aku mesti buat lagu.
mesti.
aku capai guigui dan aku petik.
crenggg.chreeengg.
chereeeeng.jeng.jengg.
tiada nada.
aku cuba satu hari suntuk.(ya.aku banyak masa senggang dan aku sangat free.)
tapi..
tetap takda bunyi.

creenggggg.tinggggg.
terkena tali yang paling halus.
....
aku tak tau chord.
dan jari aku dah sakit.
aku lap body guigui yang dah capuk dan aku keluar dari bilik.
pergi dapur dan makan.

hari ini.
aku gagal buat lagu yang hebat.
tapi berjaya sakitkan jari dan jiwa.

dem!

20090211

gadis kampung.dan ektiviti kampung.

tadi petang.
aku ke sawah.
dekat masjid kampung aku.
pergi tengok abang memancing.
kau orang tahu.
pengalaman duduk di bawah pancing yang disandarkan pada jambatan,
dan ketika itu pula,
ikan sedang makan umpan.
pancing tertarik-tarik dan tali tegang.
loceng pengesan pula berbunyi dengan kencang.
abang dan adik gembira habis.
tapi bagi aku yang duduk di bawah pancing,ia mengerunkan sial.
aku bajet ikan besar.
rupanya.
boleh2 aje lah.

aku bawak fhafa juga ke sawah.
di bawah adalah beberapa gambar yang sempat ditangkap muat.



aku cuba.tapi takda bakat.ketaq!


adik berjaya menaikkan ikan parang.er.belut?muka kau annoying lah tembam.


abang si pemancing tegar.kalo waktu petang.sila datang ke sini untuk mencari beliau.

20 minit kemudian.
aku dan adik ke hulu ke hilir mengambil gambar yang langsung tiada kena mengena dengan memancing.

alaa.
berpeluh jugak.
kira senaman lah ni.
aku balik sebelum sepak Q mula.
rasa sayang plak nak tinggalkan azizah mahzan speaking london.

*agak-agak dia pakai baju apa pulak hari ni.rambut pelsu die adalah sangat jijik.tapi aku melopong tengok jugak.maka aku juga tergolong dalam sedikit jijik*

eh.memang manis la bai.

sabar.
kan dah kata,
sabar tu buahnya manis.

takde lah buah.
takde.
aku sensitip pasal buah sebab aku penganggur tapi takde buah anggur.
dem.
hahah.

zaman gelap tak seteruk mana kawan.
ia buat kau lebih tahu.
mana kawan,mana lawan.
mana baik dan mana tak baik.

dan aku tau,suatu hari nanti aku akan bersyukur.
sebab aku lalui zaman gelap ni.dan ia mematangkan aku.

*muntah diluar please.*

20090209

stranger kepala paip kau.

dem.
kau cakap topfren sentiasa berubah?
yela.berubah pale kau.

aku macam nak cakap.
okay.jangan carik aku lagi.
tapi aku cakap sebaliknya.
aku cakap,
sure.sure.

seorang kawan telah buang aku dari topfren myspace dia.
dem.
sumpah aku rasa macam nak jerit.
why?why?
maybe sebab aku selalu komen myspace die instead of henpon.
dan aritu dia tambah lagu kat profile dia.
"when stranger ruin your life"
aku tak tahu untuk sapa tapi aku macam terasa pedas.
aku makan cili lah tu kot?
hee.
...
aku rasa seperti sedang di zaman gelap.
di mana semua orang mahu menjadi musuh.
sabar.sabar.

20090208

puisi ani,ina dan ana si sundal.

ani dan ina.
bertemu dalam jeling.berbisik dalam seling.
walau beza hanya sejengkal.
walau jarak hanya pangkal.

entah bila.
terletus sedikit bicara.
ani dan ina.
masing2 saling ketawa.
dek dangkalnya jelingan dulu.dek jahilnya sekeping waktu.

*sedikit masa*

ani dan ina.
makin selesa.
sayang penuh segenap jiwa.
setiap material harus yang sama.
tiap kata harus yang suka.

'kau jangan tinggal aku ina.aku sayang kau.'
'aku juga rasa y sama ani."
*peluk*
rasa makin menggebu.membukit tanpa sedikit malu.

*sedikit masa*

ani berubah.
jiwanya juga bukan disitu.ketawanya penuh palsu.
'ana lebih memahami aku.aku sayang ana,ina."
'jadi aku ani?'ina kaku.
ani pergi.
sambil ana tersenyum dengki.

*fak u ana*

ina mengorak langkah.hatinya pasrah.
lukanya parah.
langit itu tak selalu cerah.
dan perubahan manusia adalah lumrah.

Tuhan,
bantu ina ya.
kuatkan hatinya.
riakan jiwanya.

dan kepada ani.
dem u.
kau boleh jalan lah.

20090204

pig_ture 1



aku dan gitar.
silakan untuk menyampah.
buat masa ini.hiburan aku adalah dia.

tukulan rasa hempedu.

aku tak suka cakap belakang.
dalam bahasa biasa : mengumpat.
dalam bahasa berhias : anyam ketupat.

bukan lah aku orang yang tak mengumpat atau mampu menghindari diri dari aktiviti umpat2 ketupat ni.
tapi secara tulusnya aku tak suka.memang tak suka.
tapi selalu buat bila berkumpul dengan para sahabat.
(korang pengaruh aku untuk mengumpat tapi aku tetap sayang kau orang kehh.muamua)

...

esspecially kalo umpatan itu lebih kepada mengumpat darah daging sendiri.(baca:saudara-mara)
aku rasa tak selesa dan mood aku mati.
tak kisah lah kalo macammana bukan-bukan pon perangai family korang tu,sila la jangan mengumpat.telan saja tak boleh kah?
macam telan ubat tu.tak boleh?
tak boleh?
tak boleh ke?
(kdg2 aku terlanjur tak telan juga.main luah saja.dem.)

dulu aku tak berapa kisah.
tapi makin lama aku bergaul dengan saudara mara.aku makin kisah.
sedih okay.
kalo korang adalah mangsa ketika itu dan accidently korang terdengar pulak petikan umpatan tu.
arghh.
aku penah kena dan selalu kena.
sedih.
pedih sial.ops.
rasa seperti nak buang nasi baru masak dalam tong sampah.(tak sanggupkan?)
atau rasa seperti tunangan lari dihari nikah.(apa rasa eh?)
yang penting tak best.tau?tau?

sila jangan buat dan cuba elakkan selagi boleh.
agar aku,kau,dia dan mereka.tiada yang akan terluka.

ceeewah.