20090428

Main teka nombor.

Tiba-tiba aku teringat.
dalam dua tahun lepas.
masa aku bekerja dengan nenek sedara aku di kedai makan di highway.
aku panggil nenek tu wan usu.
sebab dia nenek sedara aku yang paling bongsu la kan.
bukan sebab dia pernah bagi aku susu.
bukan.
hahaha!
okay tak kelakar.

masa tu akak aku pun ada kerja sekali.
cari-cari duit poket masa cuti.
kami kan memang suka berdikari.

kami abes kerja pun suka hati ikot wan usu ajak balik bila.
selalunya wan usu takkan bawak balik terus.
mesti je nak jalan sana-sini dulu ronda-ronda ke.
patotlah sepanjang kerja duit kami(aku dan akak)
tak pernah nak jadi bukit.
asyik jadi padang je.

ada ah suatu hari.
masa tu kami stop dekat pekan nilai sebab wan usu nak ambil baju kurung yang dia tempah.
masa tunggu tu ternampaklah kedai nombor ekor yang tengah ramai orang.
agak-agak aku sebab ada special draw kot.
ceeh.tahu pulak aku.

ntah mana datang idea jahat.
tiba-tiba je aku dengan akak dah pau wan usu duit RM10 sebab nak try beli nombor ekor.
masa mintak duit lagi dah berdebar-debar tu.
lepas tu aku dengan akak berbincang pasal siapa yang nak pergi beratur beli.
setahu aku orang melayu kalau beli nombor ekor boleh kena tangkap.
tapi ade jugak orang melayu dalam kedai tu aku tengok.

aku takut so suruh akak pergi,
akak takut jugak lepas tu suruh aku pergi.
entah macamana last-last aku setuju pergi dengan rela.
lepas berbincang nombor yang harus di beli.
nombor diambil dengan main hantam-petik.
(tipu.padahal akak cakap muka aku macam cina nanti orang tak perasan sangat.terus jadi nak beratur beli sebab perasan muka macam cina.ceeh.)

lama aku duduk tepi kedai tinjau-tinjau nak carik orang melayu perempuan sebab at least kalau kena tangkap ada jugak geng.
mula-mula aku buat macam lalu-lalu.
masuk kali ke 3 aku lalu,ade seorang pakcik perli .

"nak beli nombor ke dik." sambil gelak yang disahut apek-apek dan thambi-thambi tua.
"meh la abang beli kan dik."bunyi lagi.
agak gampang.kenapa dia cakap melayu dengan aku?
akak kata aku nampak macam cina.
grr.lu tipu wa la kak.

atas rasa tercabar oleh kata-kata tahi judi yang ada dekat situ.
aku pun terus menonong masuk beratur belakang mamat tahi judi yang busuk.
buat-buat macam muka dah biasa.
sambil tu mata jeling-jeling iklan kat dalam kedai nombor.
"18 TAHUN KEBAWAH ADALAH DILARANG MEMBELI NOMBOR"
masa tu aku dah lepas 18 tahun maka rasa rileks sikit.

"BERJUDI ADALAH BERDOSA BAGI UMAT ISLAM"
dup.peluh keluar lepas tu ada bayangan api-api.

lepas tu,masa tu jugak lah tiba-tiba nak teringat abah cakap kalau polis nampak orang melayu beli nombor.polis berhak tangkap dan sumbat mereka ke dalam penjara.
aku dah gelabah dah.
abes lah kalau kejap lagi ada rush tiba-tiba aku kena tangkap.
malu lah.
abeslah kena pukul dengan abah sebab nak jamin anak keluar penjara.
abeslah kalau masuk muka aku dalam Metro.
nanti bakal-bakal mak mertua pangkah aku.
abeslah sebab abah adalah seorang anggota polis.

aku baru nak pusing keluar dah bila amoi tukang ambil nombor tu panggil.
terus aku laju bagi kertas yang dah siap tulis nombor puaka yang mungkin akan buat aku masuk penjara.

"busat kicik?"amoi tanya.
"haa?"aku jawab.
"mau letak deal busat lua-lua ke atau kicik lua-lua atau satu busat satu kicik?"amoi tanya lagi.
"haa?"sambil hulur duit RM10.
"okay.wa litak lua-lua kicik.satu nombot RM5 haa."amoi cakap sambil print kertas.
"okay2."sambil angguk laju-laju.masa tu aku harap dapat keluar dengan selamat je.
bila amoi tu bagi je kertas bukti yang aku dah beli nombor tu.
aku terus keluar tak toleh-toleh belakang dah.sambil gelabah-gelabah carik kereta.
lepas tu aku nampak akak sengih-sengih dalam kereta dengan wan usu dah tunggu sekali.

masuk aje dalam kereta aku rasa macam ada satu aura lega yang tak boleh nak gambarkan.
rasa puas.rasa selamat.

janji.
tu la kali pertama dan kali terakhir aku beli nombor ekor.

p/s : nombor yang aku dan akak pilih tak ong. langsung tak kena.mirip-mirip pun tak.tapi aku tak rasa terkilan langsung.sebab kalau buatnya lah kena nombor yang aku beli tu.mesti aku ambil lepas tu pakai duit judi tu.makan duit haram.jadi darah beku.lepas tu dah ketagih nak beli lagi.lepas tu aku jadi tahi judi.
eiww.gila tak cool.
Syukuur.

20090425

Oh.terima kasih akak.

Menarik kan ayat tu.memang susah nak carik ayat yang lebih manis kan akak?
auuumm.

Tambah kedut,Tak bermakna si kedekut.

Today,dapat hadiah dari u.
i suka sangat,walaupun tak seberapa.
Walaupun i tak selalu nak suka guna tapi sebab u dah bagi i pakai jugak.
Tenkiu ribu-ribu kali.
I LEBIU LEBIH.
Tak sia-sia i kekal setia dengan u.
Biarpun ramai yang hasut i untuk tinggalkan u dan pergi dekat yang lain.
Siap cakap macam-macam yang buruk pasal u.
Penat i tutup telinga dan buat-buat tak dengar.

I tetap setia.
Tak pernah i cuba-cuba nak curang dengan u.
Dengan abang biru tak pernah.
Dengan abang kuning lagi lah tak pernah terlintas di hati kecil i ni.
U should proud to have me.
yes.
you should.

I langsung tak berubah hati.
even u tak pernah bagi i mms wish good morning or good day macam u selalu bagi kat Zana kawan i tu.
kat Zana takpe lagi.i boleh diamkan.
Ini kat mak i pun u bagi jugak.
dekat i?
Haram tak pernah.

Tapi i tetap setia.
Jangan risau.
walaupun i mengaku i ada merungut dan cemburu pasal ni.
Tapi..
Kali ini i cuma ada satu permintaan.
Tak banyak.

BOLEH TAK U TAMBAH FREE CALL I LAGI 2 HARI?SEHARI TAK CUKUP LAH MAXIS.

eishhh.
Kawan i ramai tau.
Aummm.

: Birthday pertama tanpa abah.
For every birthday after this.
I'll wrap again the watch which abah give me on my 20th birthday.
yeaaah.

20090424

mimpi.

sebelum ke isi kandungan sila tatap gambar.macam datin kan?
dah.dah.kalau rasa nak muntah jangan tatap lagi.
terus baca ke perenggan di bawah.
toink.toink.


2 hari lepas akak kata dia mimpi aku kawen dengan orang tua.
Dia kata lelaki tu tua dan tak hemsem.
er.tanaklah.tanak.
kalau macam Datuk K aku redha jugak lah kot.
(ceh.nak Datuk aje.datuk kau yang kat rumah tu aku tanak tau.nanti nenek marah.)

Lagi.
Semalam aku mimpi ex bestfriend aku ada hantar satu surat.
Surat mintak maaf sebab kenapa kitorang boleh gaduh.
dan rase penyesalan dia yang kitorang end up like a pair of babi.
Yela.babi.
Yang orang melayu tak suka tu.cina suka la.
Aku nangis terharu sambil baca.

Dan lagi.
Malam tadi aku mimpi.
Kelisa hilang sebab aku keluar tak tarik kunci lepas tu laju je pergi naik kereta dengan mana jantan tah.Gatai.
(syukur.dalam mimpi je berani buat perangai mcam ni.aku versi mimpi memang miang.eiww.)
Lepas tu kecoh-kecoh suruh jantan tu pusing sebab teringat kunci ada tertinggal kat kelisa.
Tapi,kelisa dah hilang.

Demm.

Yang mimpi kedua rasa okay.
Dua lagi tak best.
Tapi masa,time,waktu belajar dulu kawan aku cakap.
Selalu mimpi akan terbalik dengan realiti.
Dia cakap lah.Baguslah kalo betul.
(Nama dia aku dah lupa. Mesti aku tak suka dia sangat nih.Kalau tak mesti ingat dah.)

So,
Taklah nanti kelisa hilang,
Aku pun tak kawen dengan orang tua.
Dan memang aku takkan dapat lah surat dari ex bestfriend aku tu.
ehee.


p/s : korang yang muda2 tu,nanti dah nak kawen,lepas takde calon sila pinang i.Janganlah bagi i kawen dengan orang tua.tak rela!
lepas tu kalau nak bawak aku naik kereta korang jangan lupa suruh aku kunci kelisa.nanti hilang,korang i debik.oh.

20090423

si kosong.


tak mencari dan tak menunggu.
namun,
perlu kamu.

Norhafizah Nazri,6.24 ptg.23 April 2009


wah.sejak akhir-akhir ini terasa begitu puitis.mengapa lah?
auuuum.

20090422

Julung-julung kali mempersembahkan.

ini adalah permainan baru yang sibuk mencuri perhatian aku lately ni.


Details
Nama : Aina Raihanna binti Shahriza
Berat : 3.o8 Kg
Jantina : rujuk perkataan di tengah nama antara nama beby dan papa beby.
(eh.tulis perempuan je kan senang?)
Tarikh keluar :10 april 2009,8.40 mlm.
Nama mama : Siti Noraisah Binti Mohd Nazri (aku punya kakak cantik)


Ciri-ciri yang mencuri hati.
  • pipi yang sedap cium rasa nak kunyah-kunyah.
  • mulut yang suka nganga-nganga macam nak bagitahu 'sila cium mulut saya,wangi bau susu mama'.
  • tidur sambil senyum sampai gusi semua keluar.grr.mimpi i yeh beby?
  • tidur nyenyak waktu siang even kalau cium bertalu-talu pun memang tak sedar.
  • bau peluh yang wangi.
  • tangisan begitu mendayu dan langsung tak rasa nak marah kalau nangis tengah malam pun.sabar je dengar sebab sayang sangat. (er.tapi kalau dengar jue nyanyi tengah malam memang tak dapat tahan walaupun sayang jugak)
  • ada banyak lagi tapi aku pening nak listkan.
sekarang makin rasa malas nak pergi carik kerja.kalo pergi kerja:
  • nanti sabtu ahad je boleh jumpa beby.
  • nanti kalo beby tak kenal aku macammana?
  • kalo beby tak mahu dukung kat aku macammana?
so.tanak kerja dulu.tunggu beby besar sikit.maka mak harus support duit topup dan shopping sikit seperti selalu dan seperti kebiasaan.
(pandainya aku bagi alasan.damn.memang dasar pemalas)

klik untuk lihat dengan jelas

gambar tu tengah high cium.uwan kata beby wangi seperti bau syurga.aku sangat leka ni sampai takde masa nak ikat rambut comel-comel sebelum ambil gambar.leka.memang leka.dua mamat di belakang tu adalah Ben10(baju biru dan rambut pendek) dan Ben9(baju putih juga rambut pendek).Ben9 merupakan makmum kepada Ben10 yang ya ampun punya hero.Lasak macam pelakon lagak ngeri.

p/s : nanti beby dah besar sikit aku nak ajar dia panggil aku Mak Lang Ranggi. :)


Mari Berpuisi bersama Minachi.

Melihat aku,
adalah seperti melihat bebayang,
sama tapi tak sempurna,
ada,walau tak suka.

dan,

Melihat kau,
adalah seperti menghirup udara,
tak nampak tapi rasa,
tak peduli tapi perlu.

norhafizah nazri
21 april 2009, 1.38 pagi


p/s : internet agak gampang 2 hari ni.sekarang dah kembali waras.

20090417

alaa.mak hayam la u ni.

bangun pagi tadi,
tiba-tiba rasa seperti bukaan mata tidak sebesar selalu.
rasa agak keliru dan curious.

laju-laju tengok kat cermin.

oh mai goat.
zionis punya semut.
dah berjaya diketipnya mata aku.
semalam dia buat cubaan mengetip aje tapi hari ni dia dah ketip betul-betul!
dia buat dah.dia buat dah.(macam tagline iklan kan?tapi lupa la iklan apa.)
eh.sebelum ni pun selalu jugak mata aku kena gigit semut.
tempat lain tanak gigit pulak lah kan.
kat siku ke,tumit ke.tak lah nampak sangat.kan?
stupid ants!

aku tahu dah.
tahu sangat dah ni.
semut ni memang ada issue dengan aku.

eleh.aku tahu lah kau jeles kan mut?

sebab mata kau cokelat jugak tapi orang tak perasan lepas tu asyik-asyik perasan mata aku je.
tak pun kau meluat tengok aku berlakon ala-ala diva telenovela depan cermin solek semalam kan?
macam la aku tak nampak kau curi-curi usha aku sambil bawak makanan balik sarang.
tu la dah takdir badan kau kecik sangat apa nak buat.
tapi kau berbisa!
damn.

eh?
gambar?

gila aku nak buh gambar mata kecik sebelah kat sini?
jatuh la value.dah la memang tengah dalam tempoh mencari jodoh yang sesuai ni.
buat-buatnya abang radzi kerja petronas baca ni ke,malu lah i!

p/s:dimaklumkan mata dah hampir sama besar semula.
oh.mainan yang mencuri masa dan perhatian aku dah ada balik.leka balik.
leka balik ni.nanti lah revealkan mainan tu.sekarang belum sesuai.
ketagih ni.
gian habis.

20090415

siapa?siapa?

tak mahu cakap dengan kau.
tak mahu.

kalo aku tak kerja pun aku tak susah kan kau,kan?
tak mintak topup dengan kau kan?
tak luak duit gaji kau kan?
makan lagi lah tak mintak kat kau.

dah.dah.
tak mahu cakap dengan kau.
pergi sana kawan dengan semut gila yang perasan rumah aku dia punya.
stupid.
sembur ridsect pun tak habis jugak.

P/S: marah kat semut je sebenarnya.tak memasal pulak nak tulis babit-babit dengan orang yang asik tanya pasal kerja.
oh.aku memang perempuan kuat merengek yang berkedut.

20090412

wedges uptown RM 18 tawar-tawar dapat RM 16.

hari tu masa jalan-jalan dekat danau kota.
alah.
uptown lah senang cerita.
aku,zana dan qeera jalan sambil pimpin-pimpin tangan.
gaya-macam-takot-kena-culik-sebab-comel-sangat-ehem.
tapi malam tu memang kami comel pon.
hari2 biasa pun comel jua.
eh?jua?

tengah jalan-jalan tu,
ada sorang brader tegur kitorg.
aku rasa dia jual jeans kot.
(tak ingat la brader tu cute ke tak.yang penting tidak dapat menandingi
radzi-kerja petronas-turun-tren-kat-wangsamaju yang memang lagi marvelous.)

"eh adik,korang ni lesbo eh?"

tiba-tiba hati rasa berangin.
tak betul dah ni.
memang salah.
binawe sungguh.
tak tahu ke kitorang ni memang spesis manja ala gedik tapi mantain tak annoying.
aku pusing.

"eh.suka2 hati je kata kitorg lesbo eh.
tak nampak ke kitorg ni 3 orang?"


brader tu macam pekak je.
takde respon langsung.
tapi aku sambung cakap jugak.

"lesbos okay!with 's'."

..
..

owh.lupa nak bagitahu yang masa aku cakap tu memang dah jauh dari brader tu.
saje memang tanak kasi dia dengar.kalo salah pun biarlah.
tapi nak cakap jugak bagi menang biar diri rasa dihargai.ehee.
kalo dekat-dekat memang haram aku tak cakap macam tu punya lah.

dan
dari situ aku dengar sayup-sayup aje.

"jeans murah dik.jeans murah."


tsk.tsk.
apa kejadah dah aku merapu sebab bosan nak update blog ni?
boleh lah tuh.

P/S:aku dah ada mainan baru yang memang long-term tak bosan punya ni.myspace,facebook,dan YM memang dah kalah teruk.friendster tak payah cerita lah.awal-awal lagi dah tarik diri.eish.memang melekakan.memang.

nanti lah aku bagitahu.sabar jap.

20090409

okay.aku dah suka satria biru.

tadi aku dalam lrt.
on the way balik dari klcc untuk jobseeker!

then.
here he comes.

seorang lelaki nama radzi dan kerja di petronas.
belakang ada laptop satu.
(aku curik-curik tengok dekat kad kerja dia sangkut kat pinggang.)
smart.dan manis.
dan kerja bagus lah tu.kan?

dan tiba-tiba aku rasa seperti dia adalah jodoh aku.
dia datang pada aku dan bagi no telefon.
er..
..

okay tipu.

kitorg keluar tren sama-sama then dia pergi arah kiri.
aku pergi arah kanan.
dan dia langsung tak toleh.
dem.
memang bukan jodoh.

(aku stalk dia dari jejantas nampak dia naik satria biru then ambil jalan arah seksyen 1.and aku lupa nak tengok flat kereta tu.ngok.)

..
sepanjang mencari kerja.
aku ada jumpa banyak lelaki yang aku sangka jodoh aku tetapi bukan.
(aku syok sendiri.)
aku tahu bukan,sebab lelaki-lelaki itu memang berjaya menarik perhatian aku tetapi tak kekal.
paham tak?
alaa.
pendek kata,
macam tak umphh di hati lah.
tapi aku suka.
*senyum*
sebab mereka bagi warna dan harapan di hati dan hidup aku.

kepada encik jodoh:

where are u?
*sigh*

20090407

dua bukit satu batang.

tadi aku pergi interview SPA sebagai Artis Budaya gred B27.
mula-mula agak cuak lah memandangkan macam vogue2 semacam je manusia yang datang.(termasuk aku.ehem)
aku diam je putar-putar hujung baju konon-konon malu.
..

10 minit selepas itu.

aku dapat bergaul dengan semua orang yang nak interview pada hari itu.
14 orang semuanya.
eh.aku pernah bagitahu tak yang aku ni peramah gila?
haa.
ni dah tau kan?

kami diberi 3 soalan.
yang mana semua soalan memerlukan kami menari dan menyanyi.
kecoh lah masing-masing mencari lagu dan props untuk menunjukkan bakat masing-masing.
sebab aku tak pandai berlakon,so aku pilih lah menari rakyat.
er.jangan bayangkan macamana.

so sampai lah turn seorang kakak ni.
nama dia kakak-muka-muda-perangai-muda-walau-dah-25.
aku dari awal dapat soalan memang dah lepak dengan dia, lepas tu kitorang menari2 macam orang gila.

15 minit dia masuk.
lepas tu dia keluar.
muka sedih.
macam tak dapat je.
dia cakap la.
aku pun sibuk-sibuk lah tanya diorang kat dalam tanya apa.
sambil-sambil tu kasi kata semangat biar dia tak down sangat.

"diorang tanya pasal 3 kawasan yang tengah pilihanraya ni.akak jawab la.lepas tu diorang gelak-gelak je."

aku kurang pasti sangat.so aku tanya la dia.
"akak jawab apa?"
"akak jawab bukit selambau,batang air dengan bukit gantung."

aku gelak.

"apasal ko gelak?"
"bukit gantang lah akak.bukan bukit gantung."

akak tu blushing.lepas tu dia pon gelak.

"lepas tu akak tambah lagi bagitahu kat diorang.saya ingat yang tengah pilihanraya sekarang ni dua bukit satu batang."

dia bagitahu aku sambil geleng-geleng.

aku gelak gila.
wtf?
lu memang lawak lah kakak.

20090403

hari lemau.

si lemau



hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
kalo biskut kering tengok pon,
pasti ikot lemau jugak walaupon tak bukak plastik lagi.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
sebab satu hari aku tido,
macam dah telan ubat batuk 17 botol.
kepala berat,otak tak jalan.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
slalu kalo aku jalan kat kedai baju mesti nak beli,
tapi tadi aku duk bersandar kt kedai makan cina tengok je mak pilih baju.
tak join langsung.
er.aku nampak yang warna merah lagi cantik.tapi mak pilih hijau.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
bila aku bangun tido lepas tu rasa ada benda pelik dalam mulut dah cair.
rupanya aku tidur tak buang chewing gum.
eiwww.nasib tak tertelan.
kalo tertelan nanti tumbuh pokok,nanti mak kata boleh petik buah chewing gum terus kat mulut.
gila gerun.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
tengok rambut aku sikit pon tak comel.
macam rambut kaki judi tak dapat main judi sebab kedai judi tutup kena sita.
yang botak tak kira lah.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
bila aku keluar rumah tak bawak kamera atau henpon.
sebab aku terlupa jadi terbawak bantal je pulak terus baring kat seat belakang.
rasa macam baru keluar rumah,rupanya dah sampai rumah balik.
damn.
tak dapat beli pepsi.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
aku dari semalam dah aim nak pergi bank untuk bank in duit konvo,
lepas tu sedar-sedar aku tak tahu mana dah letak surat tu.
terpaksa tunggu bayar hari isnin.

hari ni hari lemau untuk aku.
memang lemau.
sebab semua yang kat atas ni berlaku pada hari yang sama.
iaitu hari ini.
lemau.
hee.