20090531

Titik Buta.

Dulu ketika belajar memandu,
beberapa tahun lepas.
(memang nak tunjuk lesen memandu bukan P lagi dah lama.ehem)
Yang ceramah gila lama sampai aku tido bersungguh nak dekat rasa air liur dah keluar.
Eh.nak dekat keluar belum keluar lagi.
tak payah nak eiiii,eiiii.
(kau pun tido jugak kan tak payah nak tipu.)
Aku pasti sesiapa yang pernah dengar ceramah itu,
Pasti pernah mendengar tentang titik buta.

Titik buta adalah :
Keadaan dimana zon diluar penglihatan pemandu kenderaan lain yang tidak terdapat pada cermin pandang belakang padahal kenderaan itu hanya berada bersebelahan sahaja.

Tambah jika kau orang rasa aku salah.
Selalu jika kau memandu dan tiba-tiba kau di hon dari belakang kerana kau nak tukar lane atau mahu membelok walaupun kau sudah pasti tiada apa di belakang kau.
Itu semua angkara titik buta.
Bukan salah kau.
Memandu memang harus sedikit pantas kalau tidak memang kena hon juga.
(aku suka bunyi hon dan rasa tak sabar mahu tekan hon kalau memandu.)

Dalam hidup kita pun ada titik buta,
bukan dalam pemanduan sahaja.
Titik buta dalam hidup adalah apabila kau buat sesuatu tanpa menyedari kau telah memberi kesan kepada orang lain walaupun kau dah fikir berulang kali.
Atau kau tak fikir tapi kau usha-usha untuk cukup syarat aje.
Ataupun kau sedar tapi kau harus tidak peduli demi diri kau.
ini yang selalunya menyebabkan banyak konflik dalam hidup kita dan memberi kesan kepada orang lain.
Sama seperti kau sedang berusaha menuju puncak kejayaan,
dan kau buat apa sahaja yang kau suka yang kau fikir dapat membantu perjalanan hidup kau tanpa kau sedari yang ada orang lain disebelah kau,yang juga sedang ingin menuju puncak.
(boleh juga tukar 'menuju puncak kejayaan' dengan' mengorat gadis/jejaka idaman' untuk pemahaman yang lebih tak bosan.)

Dalam konteks kehidupan,
kau tidak boleh salahkan titik buta.
Kerana jika kau mahu dan bersungguh mahu memikirkan kesannya kepada orang sekeliling,
kau memang boleh elakkan titik buta.
Jadi,kau harus salahkan pertimbangan.
Pertimbangan itu harus dibuat oleh kau kerana pertimbangan tidak boleh buat keputusan sendiri walaupun dengan mesin timbang berat.
Mesin timbang berat?Hahahhaha!
(eiwwww.lame joke.)
Jadi,bila gagal dalam satu pertimbangan atau kegagalan melihat titik buta dalam kehidupan.
Salahkan diri kau.
Yes.
Memang salah kau.
Sebab kau gagal dalam pertimbangan.
Dan kau gagal menyedari titik buta kau.

Ada juga orang dalam dunia dimana kau tak boleh salah atau marah jika dia membelok atau berhenti suka hati dia.Cuba teka siapa?
Jawapan : Orang buta.

Siapa dalam dunia ini yang mempunyai begitu banyak titik buta dalam kehidupan?teka siapa?
Jawapan : Orang buta.

Dalam kehidupan begitu banyak orang yang membuat keputusan sehingga memberi kesan bodoh kepada orang sekeliling.Dan diulangi lagi dan lagi.Kau Teka lagi siapa?
Orang buta?
Jawapan : Orang celik tapi buta pertimbangan.

P/S : Dulu masa pertama kali bawak kereta atas jalanraya,aku terlalu gabra sampai nak capai gear tapi tercapai lutut instructor aku.
Lepas tu instructor tu cakap.
"Eh,jangan lah kau tuka gear pakcik lak."
Tsk.tsk.Kenapa tangan aku clumsy sangat.Ke gatal?auummmmm.

20090524

Mimpi 2

Tadi aku tido siang.
Dari tido di tengah rumah aku beralih ke dalam bilik akak sebab panas gila.
Badan melekit.
Dalam bilik baru sejuk sikit walaupun kipas kadang-kadang macam gampang.
Nak pasang aircond nanti bil banyak takot momma potong elaun.
Nasib penganggur.Kena berjimat sikit.Tapi kalau pasal nak beli baju,kasut tak payah berjimat.Tak boleh tahan terus angkat.
Ni aku tengah nak angkat speedlight.Siapa nak tolong derma?
Lepas tu momma kejut bangun sebab mintak hantar uwan dan makcik balik rumah.
Perjalanan tak sampai 2 minit.
Dekat gila rumah aku dengan uwan.

Selalunya apabila bangun dari tido siang atau tido malam.
(kadang-kadang tido tengahhari,atau senja atau juga pagi.)
Aku akan cuba recall mimpi-mimpi aku.
Dan tido tadi aku sempat mimpi pasal exbestfren aku.
(Dia lagi?Lepas dia,dia.Lepas dia.Dia.)
Dan juga aku mimpi bekas buah hati aku yang memang aku tak pernah lupa walaupun dah 5 tahun tak jumpa.
kami main perang beramai-ramai dan kumpulan kami menang sebab aku berjaya baling ramai musuh.
(nama pun mimpi aku.pastilah aku yang jadi hero.Apa nak heran.)
Macam main paintball tapi ni baling pakai kain buruk.
Bodohkan permainan mimpi aku?
Tak.tak.bukan exbf aku yang itu,ini yang lain.
yang paling nombor satu.
ini 1st love memang lebih banyak beri kesan.
Sampai sekarang.
Dah banyak kali aku mimpi dia.
Orang lain tak pula muncul-muncul dalam mimpi.
(Dunia mimpi aku macam industri perfileman pulak,asyik-asyik muka yang sama saja jadi hero dan heroin.Agak bosan.tapi dalam konteks mimpi aku,aku suka.Takpe.)
Popular betul lah diorang ni dalam mimpi aku.

Aku ada satu teori.
Dalam dunia realiti memang kami sudah tidak baik seperti dulu.
Tapi,
mungkin dalam dunia separuh sedar aku,
Diorang masih nombor 1 dan kami masih dalam good term kot?
hahaha.
Nonsense.

P/S : Apehal aku asyik rasa hari ni hari isnin hah?
Adik aku dapat masuk matriks Perak.Rabu ni daftar.
Adik.Good luck okay?Belajar rajin-rajin.Kalau kat sana nanti rasa gatal nak ada awek,sila pilih awek yang comel dan perangai semenggah.Kalau tak reti pilih bak sini mms kat akak.Biar akak yang pilihkan.
Baiikkkk punyaaaa.

Tips dari Minachi.

Aku single dan sedang cuba-cuba juga sikit untuk mencari.
(Sebelum ini aku memang suka single sebab selesa.Bukan sebab takda orang mahu.Eh.Poyo gila.tak nak kalah ni.thee.)
Tapi.
Ada beberapa jenis perangai lelaki yang aku tak suka dan akan cuba elakkan.
Kamu,
para lelaki juga boleh cuba elakkan dari perangai seperti ini kalau kamu mahu gadis suka kamu.
Atau,kamu mahu aku .
bleeergh.

1.Cakap besar
Kamu bercakap seperti kamu ada semuanya dan bagus dalam serba-serbi.
Kamu biasanya tidak akan dilayan selepas perjumpaan pertama dan gadis akan sedaya upaya mengelakkan diri untuk tidak berjumpa kamu sebab tak tahan nak dengar cakap-cakap yang bergegar.Dan risiko untuk kamu dijadikan bahan jenaka adalah sangat tinggi.
Kalau kamu betul-betul bagus,kami pasti akan nampak sendiri tanpa perlu kamu beritahu.Kan?
(Misteri lah sikit. Baru gadis teruja.Baru kami rasa macam sedang cari "harta karun".)

2.Banyak cakap
Kamu terlalu banyak cakap sampai gadis hanya sempat cakap beberapa patah perkataan dan dipotong oleh kamu,dah lah potong lepas tu kamu bercerita sampai panjang berjela dengan cerita entah apa-apa yang tidak dapat ditangkap oleh pendengaran sebab terlalu laju dan banyak.
Senang cerita seperti komunikasi sehala sahaja.Sehala lagi sudah kena blok.
Gadis biasanya mahu kamu dengar dan beri perhatian kepada dia bukan sebaliknya.
(kalau cakap sikit sangat pun tak patot,baik pergi borak dengan mesin timbang.At least sakit-sakit hati boleh jugak tendang.)

3.Cepat tangan
Tangan kamu sangat peramah menyapa dan memegang anggota badan gadis sesuka hati.
Bagi kamu tiada salah jika kamu menyentuh tangan bahu muka atau rambut gadis tanpa meminta izin asalkan bukan bahagian yang sensitif.Salah.Gadis biasanya tidak suka lelaki bertindak sebegini.Ia sama seperti tidak menghormati gadis.
(Kalau pun kamu suka dibelai dan membelai,harus bawa bersabar dan biar tangan gadis yang menjadi peramah sendiri.)

4.Kuat mencarut.
Kamu biasa mencarut apabila dengan kawan-kawan dan ia terbawa-bawa ketika kamu berbual
dengan gadis.Kadang-kadang apabila kamu berbual dan gadis mengenakan kamu dengan niat bergurau kamu mencarut dia bertalu-talu walaupun sambil ketawa.Kamu rasa carutan itu biasa dan kamu gembira.Tapi percayalah,gadis akan sedikit kecil hati kerana merasa kamu berkasar dengan dirinya lebih-lebih lagi jika gadis mula anggap kamu seorang yang penting dalam hidupnya.
(Bagi aku,bila sekali-sekala lelaki mencarut akan kelihatan cool woh.suka.suka.)
tsk tsk.

5.Tak berbau sedap.
Kamu langsung tidak peduli tentang bau diri kamu.Kamu malas mandi dan malas memakai deadorant kerana kamu yakin bau kamu tidak busuk.Mungkin kamu memang tidak berbau busuk namun kamu juga tidak berbau sedap.
Jika kamu berbau sedap maka gadis akan suka hendak dekat sebab kami gadis hanya dapat menghidu bau perfume atau deadorant lelaki hanya apabila lelaki memakainya.Dan itu juga sebabnya deodorant dan perfume itu dicipta.
Takkan kami harus beli perfume lelaki pulak kan?
(pengkid bolehlah.eh.dulu ada kawan aku pakai Dashing.Perempuan.)

6.Tidak peka.
Kamu bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali walaupun bukan pada masa yang sama.
Kamu juga tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu tentang perkara-perkara yang dianggap penting bagi gadis.Misalnya tarikh pertama kali jumpa,tarikh lahir atau tarikh anniversary.
Perkara-perkara begini walaupun kecil ia boleh menambahkan fun didalam relationship sebab kita akan ada banyak perkara untuk diraiikan.
So,tak lah asyik nak tunggu raya setahun sekali je baru nak makan besar.
(dulu ada sekali exbf aku wish birthday aku awal 15 hari.auuum.reject.)

Aku ada lagi nak tambah.Tapi malas,
sebab kepala aku pening.nantilah kalau ada idea.
Apa yang aku listkan ini bukan sebab demand atau apa.
Ini semua saja-saja berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.
Tiada kena mengena dengan lelaki-lelaki sekalian.
Jika kebetulan kamu ada sedikit perangai seperti di atas dan kamu masih single tak jumpa-jumpa pasangan,sila cuba ubah.
Mana tahu tiba-tiba kamu dah berubah nanti gadis datang bergolek-golek pulak.
(bayangkan gadis-gadis pakai baju kurung atau kebaya lepas tu datang bergolek-golek kat arah kau.hahaha!)

P/S : Aku memang tak boleh terlalu serius nanti kepala aku pening.Kali ni aku rasa entry aku agak serius tu pasal aku pening.Mengada.

20090520

Playgirl.

Beberapa hari ini aku terasa seperti seorang superstar.
ataupun
Rasa seperti juara akademi fantasia.
Tiba-tiba ada begitu ramai peminat.
Comel belaka pulak tu.
Tak tahan.
Rasa seperti mahu semua.
Aku jalan sikit,Si gebu tegur.
Aku jalan sikit lagi,Si kurus pulak buat bunyi-bunyi.
Yang paling kerap adalah bunyi seperti mengorat tu tapi aku tak tahu nak spell macamana.
yang penting bukan bunyi kentut.

Hari ini aje dah 3 orang mintak no telefon aku.
Tapi aku tak bagi lah.
Tak setaraf.
Memang tak setaraf.

Dah.
Tak payah lah nak baca entry ni sambil menyampah.
KENYATAAN.
Sila terima dan baca saja diam-diam.

Yang tak boleh tahan.
Siap malu-malu bila aku terpegang bahu atau badan mereka.
owh.
Ada juga yang aku tertepuk punggung kerana geram.
Tapi mereka tak marah.
Horny pun tak.
erk.
Semua terima saja dengan muka malu-malu.
Lepas tu semua macam teruja gila vavi bila aku offer nak ambil gambar sama-sama.
Dah la comel-comel.
Sporting pulak tu.
Geram ai tau.auuuum!

Meh aku tunjuk gambar.


comel-comel kan?
tengok semua nak lelaki je macam lah takda perempuan.
tsk.tsk.


ehee.
bukan peminat pun.
aku saja je panggil diorang peminat.
sebab aku suka nak syok sendiri.
kau tak suka eh?
ADA AKU KESAH?cak.cak.cak!
(tagline rancangan tv Azwana Ali.aku suka tengok Rosnah Mat Arif.coool.hahaha!)
Budak-budak bila ada orang besar layan dia sikit.
Maka meraka akan naik syeikh dan teruja terlampau-lampau.
Comel tau.
Alaah.orang dewasa pun apa kurang.
Kalau tak kena layan mulalah nak maki-maki.
bleeeergh.
Tak matang tau!
Adik-adik sporting sekalian akak pasti rindu kauorang.
(Walaupun ada yang panggil aku acik dan makcik.nampak sangat dah tua ni.)
Tetap rindu.

notaminachi:
Pesanan kepada mamat dari tangkak nama siapa ntah:

ada seorang lelaki telefon aku beberapa hari lepas,
dia kata dia kawan kepada kawan aku di poli.
ingat poli tu ade 3 orang pelajar sajakah?
aku tak kenal dia maka jawab dengan suara malas-meluat-nak-layan-kau-lah.
Tiba-tiba dia cakap aku sial lepas tu terus letak.
tanpa sempat aku nak balas.
Jadi,
aku mahu balas di sini.
harap-harap lelaki dari tangkak itu baca.

"Terima kasih.Awak pun sial juga."

20090517

Kepoh.


Menyesal blog walking.

Menyesal.
Menyesal puluh ribu kali.

i should not do that again.
No.
never ever.
Peace.




20090516

Entry mengada-ada.

Hai.
Hari selasa,rabu,khamis dengan jumaat i dah kena booked.
Pergi ambil gambar sekolah.
Gambar cikgu,gambar budak-budak,kelab, persatuan,rumah sukan semua lah.
eh.
Dulu masa sekolah i dengan kawan-kawan mesti duduk diam je kat tempat ambil gambar tu,
lepas tu nanti bila ada ahli tak cukup i akan dipanggil duduk ambik gambar kasi full tempat.
so jangan hairan lah kalau gambar i dengan kawan-kawan semua paling banyak dalam majalah padahal kitorang tak aktif pun.
(-_-)'

hoo.
Teruja.teruja.
Walaupun diorang bayar ciput and cukup untuk cover minyak dengan belanja seorang pekerja makan johnny's je.
I tetap redha sebab momma kata dari asyik meratap takde duit nak merambu baik i terima je Boleh jugak buat tambah-tambah.
Macam nasik tambah.
(eh tiba-tiba rasa lapar.)

Pekerja i dah la kuat makan tapi sekarang dia dah kurus.
i panggil dia aizat af putih.
Sebab dia memang putih.
macam i lah.
Nama minachi tapi i putih tapi kalau haritu i meletup sekali dengan modem mesti i dah jadi minachi sejati.
Tsk.
(tipu sikit.taklah ciput sangat.padahal cukup buat modal beli selendang untuk jual.)

Sebelum ni i pinjam duit momma buat modal.
Lepas tu dah dapat semua i semangat habiskan sebab perasan konon-konon semua untung Padahal modal lupa nak tolak.
bleeerk.
Sorry momma nanti i ganti.okay?jangan tolak duit topup pulak.
Dulu i jual selendang kt myspace je.
Lepas tu semangat pulak bila tengok iz masyam jual selendang kat blog lagi senang.
i nak try jugak lah.
Tapi bukan sekarang.
Tunggu i kumpul selendang dulu.
woh.
(tiba-tiba semangat nak jadi bisneswoman sebab dah ramai orang mesej myspace i tanya pasal selendang lagi.)

meh i kasi tengok sikit selendang i yang dah laku kat myspace.

selendang ni semua dah laku tau.jangan mintak kat i nak beli pulak.
selendang ni kain viscose.lembut and senang nak pakai.
tak caya tanya customer i.nah ambik no tepon 012-25ngok4.
i jual Rm15 tak masuk posting cost.

kalau pakai jadi macam ni.

dan macam ni.

ha.dah la tu penat la nak upload gambar banyak-banyak.
Dah la internet ni lambat macam sial.
Nanti i update entry lagi eh.Tapi jangan risau lepas ni bukan nak promote bisness lagi.
i tulis cerita pulak.auuum.

yang benar,
Minachi putih.


20090515

Sesi Moti-Basi.

Lokasi : Toilet jusco alpha angel,Wangsamaju.
Masa : 11.30 pg.
Situasi : Tunggu rakan berak.
Watak Terlibat : Gadis manis dan Gadis cleaner yang muda.

Cleaner : *mengeluh*.esok mesti ramai orang.
(sambil berpusing-pusing mop lantai yang asyik dikotorkan oleh kasut getah sendiri.amatur cleaner.)

Gadis manis : Baru habis spm eh dik?

Cleaner : Eh?mana akak tau?(mula teruja)

Gadis manis : Tengok muka pun tahu.

Cleaner : Penat la kak.

Gadis manis : Adik tanak sambung blaja ke?

Cleaner : Tanak laah.Takde duit.Saya memang kena kerja.

Gadis manis : Oh.Tapi kenapa nak jadi cleaner?Carik lah kerja lain.

Cleaner : Salah ke saya jadi cleaner?Kenapa dengan kerja cleaner?Saya memang kena jadi cleaner je.Takleh kerja lain.(agak emosi,darah muda.)

Gadis manis : Takde lah akak kata salah.Tapi adik kan muda lagi.Boleh belajar banyak benda.Kenapa nak buat kerja macam ni.

Cleaner : Tak tahu la.Saya tak pandai cakap orang putih.

Gadis manis : Oh.Takpe,boleh je belajar sikit-sikit.Takkan cakap benda basic pun tak reti kan.Adik try la carik kerja yang macam jadi promoter,taklah susah sangat and payment pun banyak lagi dari jadi cleaner ni.

Cleaner : Yeke kak?Kat mana ada kerja kosong eh?Saya tak tahu la nak carik.(semakin berminat.)

Gadis manis : Kawan akak kata dekat klcc ada nak pakai orang.kerja senang je.Balut-balut hadiah dengan jaga kedai.13oo++ kerja ikut shift.Nanti diorang ajar lah.Lagipun diorang memang nak budak yang tak sambung blaja so nanti budak tu tak da lah lari nak sambung blaja.

Cleaner : Akak bagi la alamat tempat tu.Nanti saya nak try la.Saya memang nak kerja nak pakai duit ni.

Gadis manis : Alamat akak tak tahu la.Tapi tingkat * nama kedai *****.Nanti adik try lah.Memang diorang nak pakai pekerja.

Cleaner : Mekasih kak.Akak kerja mana?

Gadis manis : KLCC. (dengan tegas.)

*dan rakan yang berak pun selesai berak.para watak bersurai setelah mengucapkan terima kasih dan babai.*


Menyuruh orang berusaha untuk memajukan diri mereka adalah satu perkara yang mulia.
Seperti yang si gadis manis tadi lakukan.
Beliau telah berjaya membuatkan cleaner muda tadi membuka mata supaya kemahiran cleaner itu tidak terhad kepada mencuci jamban semata-mata.
Namun memotivasikan diri sendiri adalah sangat susah.memang susah.



Pendedahan Watak.
gadis manis itu adalah aku yang mana memang penganggur.maklumat kerja itu pun aku dapat sebab hari sebelum tu aku dah pergi apply dekat situ tapi kena reject,sebab dia kata aku ada diploma nanti aku dapat offer kerja lain maka aku akan cabut tinggalkan kedai dia.
damn.mana dia tahu eh?
adik cleaner.sorry i tipu kau.i tak kerja kat KLCC pun.eh.tipu sunat takpe kot?hoh.niat i baik tau nak tolong budak tu je.

Siapa-siapa.sila motivasikan i.Cuba sampai berjaya.Okay?
Good luck.

20090510

Karma.

Selalu orang bercakap pasal karma.
"Karma weh.kalau kau buat orang nanti kena kat kau balik."
tak pun
"Jangan bhai mainkan perasaan orang nanti kau yang kecewa."

Lepas tu kadang-kadang kalau aku jalan-jalan dengan momma tiba-tiba terjumpa duit.
memang laju lah aku nak ambik.
lepas tu nanti momma akan cakap,

"Eh.kalo nak ambik,lepas tu jgn lupa letak duit jugak ganti kat situ.Tak kisah la seposen ke dua posen.Janji ganti.Kalau tak nanti kita kena balik."
tsk.
boleh pulak?

Eh.dulu kan ada sekali aku jumpa duit RM50 kat jeram Ulu Bendul.
Aku ambik.
Tak lama lepas tu duit bisness t-shirt aku hilang RM150.
Kejam.Hilang tiga kali ganda.
Siapa tibai tu pulang balik lagi RM100 la.
yang RM50 tu kira burn pun takpe.
auummm.

Macam-macam lagi.
dari apa yang aku paham karma ni kira macam balasan yang kita akan dapat atas apa kejahatan yang kita pernah buat.
itu yang aku paham la.

Macam ada seorang rakan lama aku,
(er.sekarang tak tahu nak kira kawan lagi ke tak.)
Dia tinggalkan kekasih dia demi lelaki lain,
Tak lama lepas tu lelaki tu pulak tinggalkan dia demi perempuan lain.
Kira macam berbalas-balas pulak.

Tadi aku baru kena.
Dulu aku memang tak berkenan dengan buah pisang.Tak tahu kenapa.
Kalau kawan aku kata dia suka buah pisang je mesti aku kutuk-kutuk kata dia sedara monyet.
Tak pun kalau budak-budak mintak aku kupaskan buah pisang nanti aku buat muka garang lepas tu kata.
"Pisang tu makanan untuk monyet.Makan buah lain."

Hari tu aku tidur dekat rumah mak lang.
Ada banyak buah pisang.
Cantik.
Macam terpukau lalu aku cuba makan sebijik.
Sedap rupanya.
Dah lah sejak hari tu aku asyik mintak mak belikan pisang je.
Tadi sedang aku makan pisang sambil bermain-main facebook,
aku terbuat kuiz.
"SIAPA DIRI ANDA SEBENARNYA".

Hasil kuiz adalah :

Norhafizah took the siapa diri anda yang sebenarnya? quiz and the result is anda sebenarnya adalah setandan PISANG
setelah dikira semua personaliti anda, tenyata anda adalah setandan pisang! anda bukannya manusia! Terimalah saja hakikat ini.


hoh?
kira karma jugak ke ni ha?
pisang memang sedap lah.menyesal aku tak suka pisang dari kecik.
Para peminat pisang sekalian.
I mintak sorry.

P/S : Menda ni terpulanglah kau nak percaya ke tak.
Pendapat masing-masing.Tapi kadang-kadang kebetulan je lah. :)

Selamat Hari untuk rakan kadang gaduh-gaduh manja.okay.selalu.

Gila lah.
bangun-bangun tadi aku penat fikir malam tadi aku mimpi apa.
sebab mimpi tu aku rasa tak best lepas tu tak ingat pulak.
aku ingat aku sikit lagi nak langgar ustazah aku yang garang dulu ada pernah kutil aku.
sumpah tak dendam dia siak.
siak? -_-'
memang tak dendam.
macamana tah boleh mimpi pulak.
ustazah poziyah.
lebiuh okay.

lepas tu dah online myspace baru aku ingat mimpi aku balik.
aku mimpi aku gaduh dengan baen.
woih.
tanak lah.
jahat tau mimpi ni.
i tanak woo gaduh dengan baen atau baby baen atau baen juli.
tu je kawan paling memahami.
dah taknak lah gaduh-gaduh lepas tu hilang kawan lagi.
lepas tu nanti saling memaki.
kecah je mimpi ni.
kecah? -_-'


oh.
SELAMAT HARI MOMMA untuk PN NORRIAH BTE MD ZIN.
thanks for everything.
walaupun i selalu rebel manjang tapi i sayang u tau momma.
kadang-kadang saja je nak bg momma banyak emosi.
baru deria emosi tu peka.
wah?
hoh.
sayang mak dunia akhirat.
tunggu i dapat kerja nanti baru i belikan momma beg ELVI yang momma nak sangat tu eh.


dah-dah.
kena taip laju-laju sebab momma dah suruh mandi nak pergi pasar busuk.
aiyayayaya.

P/S : selamat hari ibu juga untuk semua ibu-ibu,kepada ibu sebulan dua bulan atau ibu saudara apa semua.ustazah poziyah pun selamat hari ibu juga.
si baen2 sayang tak payah gatal-gatal nak touching sambut hari ibu pulak eh.
belum lagi.nanti lah baru sambut walaupun tau lah perut korang mcm ibu-ibu tapi tak bermaksud korang tu boleh sambut hari ibu.
si ibu ayam pun jangan gedik-gedik nak beli kek sambut hari ni eh.
tak layak.

eh?
dah.dah.pasar!
auuum!

20090506

jubah ahli silap mata.


wah.wah.
tak sangka konvokesyen sangat seronok walaupun aku cuma menyambut konvo dengan morphine2 saje.
terasa begitu enjoy.
aku ambil jubah lambat maka saiz yang tinggal hanya saiz L.
dan hasilnya aku kelihatan seperti memakai selimut pada badan.
tapi tak kisah.
tetap rasa cantik.
ceeewah.

ketika dalam dewan pengacara majlis sedang sibuk mengumumkan pelajar terbaik keseluruhan dan aku pula sibuk berborak dengan kawan lama.

dan bila perihal tentang pelajar itu dibacakan baru lah aku dan kawan tadi pandang ke hadapan.
bila pandang sahaja ke hadapan serta merta kami berdua terdiam dan automatik mata seperti berkaca-kaca.
kami lihat pelajar itu tiada tangan dan ibu bapanya juga naik ke pentas.
kami pun berkeluh kesah berdua kerana kesal tidak belajar seperti pelajar tadi walaupun kami sempurna tubuh badan.
dan apabila nama beliau disebut,
beliau kehadapan.
dan..
..
menghulurkan tangan untuk mengambil anugerah.

aku dengan kawan tadi berhenti sedih dan terus terkaku.
wtf?
kami pandang sesama sendiri.
lalu keluh kesah tadi diganti dengan kata-kata kesat memaki jubah konvokesyen.
sial lah jubah besar ni.
budak tu letak tangan kat belakang rupanya.
pengsan-pengsan aku ingat dia kudung.
damn!

kawan aku yang duduk kat depan gelakkan kami sungguh-sungguh.
lain kali dengar jangan berborak.
ceeeeh.


aku dan kawan yang hujung lagi itulah yang tertipu dengan jubah besar macam selimut.

20090503

Rindu pun terhenti.

gambar ini masa tengok finale OIAM.sebab kamera aku "canggih" maka tak
dapat nak zoom gambar tomok di hujung sana.



sejak akhir-akhir ini terasa senang hati.
memandangkan hari konvo dah dekat.
lepas tu tak sabar mahu pakai baju baru.

hari tu pergi tengok TOMOk.
baguslah beliau menang.
akhirnya beliau diiktiraf dan semua peminat yang dulu malu nak mengaku yang dia minat Tomok akhirnya boleh mengaku dengan bangga.
eleh.
betul lah.
cekgu pun dah berani mengaku yang dia minat tomok dari dulu tau.
biarlah tomok nyanyi leleh-leleh pun.
tetap minat tapi tak lah bagitahu kat orang.
ego.
tak percaya?

dia lah.
ajar add math di SAINS SEREMBAN.
dia minat tomok jugak tau.
tapi sekarang tomok lebih berkualiti dan ada kelas kata dia.
dia sendiri yang cakap kat aku tadi.
(kakak.jgn marah.tak payah malu dah.)
semua orang pun minat dia tu dah sekarang.
masa dekat stadium boleh kata yang menjerit-jerit semua pun jerit nama Tomok.
termasuk aku.
aku memang suka menjerit.
Esther aku jerit, Aweera aku jerit, Tomok lagi lah aku jerit.
rasa puas.rasa lega.
walaupun aku memang tidak dalam keadaan tension.
betul lah kata orang yang jeritan ni boleh dijadikan terapi ketika tension atau rasa tak best
sebab kalau tak tension pun dah lega.
apatah lagi yang sebaliknya.kan?

kalau nak berkesan kena jerit betul-betul kasi lepas.
jangan simpan atau sikit-sikit.
atau cover-cover.

kalau susah sangat nak tunggu ada konsert atau gig,
naik aje atas bukit mana-mana lepas tu jerit kuat-kuat.
tak pun,
berhenti kejap dekat tepi highway lepas tu jerit.
fuh.

jangan jerit sambil tekup dengan bantal tu.
tak berkesan.
jerit dalam rumah pun jangan.
nanti takut orang ingat kau kena dera atau gila pulak.
Selamat mencuba.

p/s : i'm not expecting something or anything from him.but i'm glad he is back.
note ini bukan untuk Tomok.