20090629

Tips Dari Minachi 2.

Hari ini aku nak sambung tentang perangai lelaki yang harus dielakkan gadis dan para lelaki harus cuba elakkan demi menjadi seorang lelaki yang ideal justeru menjadi calon terbaik untuk para gadis rupawan ataupun tak rupawan.
Wah?
Terlebih sudah ni.

Okay.Mula.

7. Selekeh terlampau.

Kamu langsung tidak kisah tentang penampilan diri. Sentiasa serabai dan berbaju tidak kemas.
Bukanlah maksudnya disini kamu harus sentiasa kelihatan kemas seperti salesman sepanjang masa.Tapi sekurang-kurangnya biarlah selekeh bertempat.Misalnya mahu ke kedai di depan rumah,atau pun mahu bayar bil postpaid maxis yang memang berpatutan memang patotlah kamu selekeh.Jumpa mesin saja maa.Lain lah kalau kau mahu bayar bil di Maxis Center Seremban.Harus kacak-kacak sebab aku ada disana.Hahhaaha!Gurau.
(Cubaan mempengaruh pembaca untuk bertukar kepada maxis.woh.)
Eh.Tapi aku lagi rela bergaul dengan lelaki selekeh dari lelaki busuk.

8. Kuning Biru.

Kamu sentiasa bercakap tentang perkara lucah atau yang berkaitan dengan seks sebagai topik perbualan.Kadangkala gurauan kamu juga akan sentiasa berkisar tentang perkara yang demikian sahaja.Macam tiada topik lain dalam otak kamu.
Ini akan menakutkan gadis. Memang semua orang tahu seks adalah perkara normal dan lumrah bagi setiap manusia.Tetapi tidak perlulah terlalu menunjuk keterujaan kamu,diam-diam sajalah.
Geli tau.Gadis biasanya mencari kekasih untuk tujuan mahu bermanja,bergantung,mengadu dan minta dipujuk.Seks belakang kira.
(Guard di tempat kerja aku agak suka bergurau gatal,tadi siang aku da marah dia.Tekemut orang tua tu. Tapi dia baik juga.Cuma kadang-kadang je gatal menghelar.)

9. Shaver.

Kamu kedekut tahi hidung masin. Sangat lokek untuk mengeluarkan duit ketika keluar bersama dan sentiasa berharap supaya di belanja gadis. Kamu juga lebih suka meminta-minta dan demanding.Memang kamu untung besar lah bila dapat gadis yang agak tonggong yang sanggup sahaja berbuat apa sahaja demi untuk mendapat lelaki idaman.
(Kadang-kadang gadis memang akan jadi tonggong demi cinta.Setakat ni aku belum masuk list ni lagi.Akan datang tak tahu la.Mintak jauh.)
Tidak apalah kalau sekali sekala kau dibelanja gadis.Takkan lah asyik sebelah pihak sahaja.
Kami pun kesian juga bila lihat asyik kau sahaja yang keluar belanja.Enjoy sama-sama perit juga harus sama-sama.kan?
Ehem.Kalau dah kahwin pun tak digalakkan makan duit isteri apatah lagi belum ada ikatan.Wah?Betul ke apa aku tulis ni?
(Setakat ni semua lelaki yang aku kenal pemurah belaka.Tetapi tidak perumah.Semua kuat merayau.eh?)

10. Too Serius.

Kamu sentiasa mengambil serius dan memandang berat setiap perkara.
Misalnya apabila ada sedikit masalah kamu akan cepat tension dan muka akan ketat seperti kain ketat isabela.(Drama bersiri astro ria yang fauziah haus dan os ada berlakon tu.Aku tengok iklan saja.Full story tak tahu.Tapi kain dia mmg ketat gila.)
Kalau boleh jangan lah terlalu serius,kalau mahu serius pun biarlah bertempat.Misalnya ketika mahu membincangkan masa depan bersama memang harus serius,kalau tidak nanti mahu tak jadi pulak.
Kalau terlalu fun pon tak bagus juga,nanti apa benda pun jadi gurauan.
(Macam hantar surat masalah dekat ruangan keluh kesah bersama kak esah.Orang tanya lain dia jawab lain.Kak esah oh kak esah.)

okay.dah habis dah rasanya.
Aku dah tak boleh fikir lagi perangai yang aku cuba elakkan.Memang lah ada lagi tapi yang lain tu kira boleh tolak ansur lagi lah.
Jangan lah ambil hati pula,ini adalah pandangan dan pendapat dari mata aku sahaja.
Kita sebagai manusia memang tiada yang sempurna.Jadi harus lah kita saling ingat mengingati.
Bukan hari jadi,pasword email dan no pin ATM sahaja yang perlu nak ingat tau.

Jadi.
Ada yang sudi nak bagi pandangan untuk perangai gadis yang perlu dielakkan?
Sangat aku alu-alukan.
At least boleh juga improve diri sendiri untuk menjadi lebih berkualiti.
(Sekarang pon memang dah ada kualiti lah.)
Ehem.

P/S : Hari-hari aku kena OT.Memang cepat kaya lah aku kalau macam ni selalu.Lepas ni dah tak boleh letak alamat merata-rata.Takut pencuri cari rumah aku sebab tahu aku banyak buat OT.
Penat lah.
Money cant replace the freedom
.

20090626

Cerita panas.Tak baca rugi.

Hai.
Sehat tak?
saja je aku nak updated blog.
teruja sebab tiba-tiba dapat satu pc kat ofis.
hahaha.
ok.
babaai.

p/s : Taip sambil berdebar-debar.Aku kena key in details customer je sebenarnya.
Saja gatal nak bukak blog.eh dah la.chow dulu eh.berdebar laa.
taking careeee

20090623

Stupid Cupid.

Hai.
Hari ni aku tak kerja.
Sebab aku ada interview SPA lagi.
Galak betul mereka panggil aku.
Tapi sampai sekarang pon tak panggil kerja lagi.
Saje je lah tu nak tengok aku gabra tiap kali masuk bilik temuduga.
Nasib baik sekarang ada Maxis Sayang ambil kerja.
Tak lah rasa sedih sangat sebab at least ada kerja and ada income.
(boleh beli speedlight dengan lens.wah.bajet gaji 5k sebulan.hoh?)

Kawan kerja aku semalam ajak lepak dengan kawan-kawan dia.
Bersungguh benar dia.
Tapi aku tak mahu.
Sebab aku penat.
Betis aku rasa keras macam kayu besbol sebab banyak berdiri kot.
Lagipun aku memang sombong sikit dengan kawan-kawan orang lain.
Dia cakap kawan dia nampak aku depan maxis center.Lepas tu dia nak berkenalan.
Siapa tah nama dia.
Yang aku tahu dia bangsa punjabi.
(eh.Punjabi dengan Singh sama ke?)
Aku tolak baik punyaaa.
Memang aku tak minat la nak berkenalan atas permintaan orang lain.
Kalau aku sendiri yang offer diri takpe.
Ni kalau orang lain yang paksa-paksa.
Tak payah.
Terima kasih.Belum terdesak lagi sampai nak tangkap muat je siapa-siapa.
(nanti incase aku sendiri yang cakap "terdesak dah wei.faster.faster."maka time tu sila lah bermurah hati.)
Lepas tu kawan aku tu tiba-tiba je mintak nak bagi sms satu kat kawan dia sebab dia cakap line dia kena barred tak bayar bil.
Sejurus saja sms tu aku send dengan niat mahu membantu.
Tiba-tiba masuk sms.
"Boleh i tahu nama u ke?".
Babi kan?Babi kan?
Aku pun bangang dan bengang jugak.
Langsung tak perasan yang beliau sedang mempraktikkan taktik memberi no telefon dengan tak sengaja namun dengan niat.
Sakit jua hatiku sedikit.


Siapa-siapa yang kawan aku dan rasa baik hati sangat nak match maker.
Harap lupakan saja niat anda.
Lupakan niat itu seperti anda melupakan kekasih pertama anda yang telah berjumpa orang baru.
Atau seperti anda melupakan segala pelajaran selepas keluar sahaja dari dewan peperiksaan.
Atau juga seperti anda melupakan selipar jepun bowling selepas membeli selipar Asadi Ultralight yang tidak mengelincir dan boleh masuk tandas terus walaupun makcik cleaner sedang mencuci.
(Semput nak baca sebab panjang sangat.sorry hoh?)
Tambah ikot keselesaan dan kegemaran.
Peace.

P/S : Tadi malam aku dapat sms dari mamat tu.
"abang rera hati nak kenal gan".
.....
.....
*bunyi cengkerik*

Apakah maksud beliau?Nama aku bukan gan.Bukan.
Rera tu apa?Rela?Siapa paksa dia kawan dengan aku?
Nasib baik i tahu dia bukan melayu.
bayangkan kalau orang melayu bagi i sms macam ni.
memang nak jumpa dia sangat nak tengok BM dia lulus ke tidak.

20090616

Sial.Susah betul nak pilih tajuk.

Haaaaacyuuum!
Haaaacyum!
Sekiusmi.
Terbersin.
Haaaassyiime!
Eh jap ni bukan bersin.Ni nama kawan i.
hahaha.cisdel.

Berabuk.
Berabuk dah tempat ni.
aku makin busy.
So say hello to komitmen.
Aku rasa so far aku boleh lah kot buat kerja ni.
Kalau kerja yang dulu-dulu tu.
Mintak maaf.
Mana boleh suruh i jual mesin jahit dengan kupon baucar basuh kereta.
sooo not me taw.

Aku juga sudah ada kawan baru.
Jaya,Punitha,Dhana dan Faiz.
Majoriti adalah india.
Tapi dorang semua so far memang baik.
verrry friendly.
(goyang kepala.amma!tapi tetap takleh lawan datin2 baen sekalian.)

Pertama kali dapat kerja yang rasa semangat nak pergi kerja untuk hari seterusnya.
Kagum kan?
Sebelum ni setengah hari kerja aje dah mula buat keputusan jitu yang esok taknak datang dah.
(baru 3 kali pun kerja.)

Tadi ada customer masuk kelam kabut je nak terminate nombor dia sebab dia dah kantoi ada skandal sama jantan lain.
maka laki dia sudah banyiak maraa dan mau tunggu itu jantan kasi call dia punya bini yang sudah itu curang.
Jadi itu bini manyak takot mau kasik potong itu no telepon dia punya laju-laju.
Dia risau dia punya skandal telepon nanti kantoi sama dia punya laki.
Tau pula takot engkau dia.haaa.
(eh.apesal aku cakap macam ni ha.pengaruh rakan sekerja.pengaruh rakan sekerja.ammaa!)

Aku terfikir jugak.
Apesal dia tak call je skandal dia tu then bagitahu jangan call sebab sim dah kena rampas dan Kecurangan dah mahu kantoi.kan?

Dah cukup tanak komen banyak.Maka terima lah pantun dari minachi.

Nafsu tinggi,otak rendah.
Haruslah kau terima padah.

P/S : Rindulah nak baca blog tiap pagi.tsk.tsk.

20090608

Tiga Comel berganding2.

Minggu ini aku sedikit busy tapi seronok.
Adik balik hujung minggu dari matriks walaupun tak sampai seminggu kami hantar.
Rozana sayang datang dan tidur di rumah untuk hujung minggu.
Juga rekrut2 aku ada datang lah.
(Apesal comel sangat?)
Eh.
Ada lagi satu hal.
Sabtu lepas aku pergi menyibuk kejap dekat member shoot pengantin.
Pengantin comel gebu.
(To si rambut gulung.Bila lagi eh i boleh menyibuk shoot?u comel tau.haha.Mesti u baca sambil cisdel kan i kan?Dah tahu.)
Lepas tu sempat jugak pergi Melaka jenguk si Fareez meniaga belon.
Penuh kan jadual?
Tapi suka.Soo.
Minggu ni tak banyak cerita tapi banyak gambar.

Rozana sayang malu-malu tapi mahu.

Pengantin comel gebu.eh apesal Lisa i ada interframe?hahha.siapa nampak?

Shooting partner yang menayang ehem.

Pulut,cendol dan santan.

Ainaa Nadira a.k.a Minachi junior.Rekrut datang lapor diri tiap kali cuti sekolah.

Budak jumpa pakai baju ipin dan upin.menangis-nangis nak cium i sebab teruja tengok pipi gebu ala apam balik jugak.eh.Yang kat belakang tu dah kenapa?Tegeliat.

Kurang glukos sikit.

P/S : Aku suka dilihat sebagai seseorang yang lebih baik dari seseorang yang lain.Tapi akibat dari keadaan itu yang aku tak suka.Senang cerita tak payah banding-bandingkan.Sila suka saja apa yang kau ada.

20090605

Aku rasa dia tak pernah keluar dari sini <3-blogger boy.

Masa sekolah dulu.
Aku merupakan pembeli gula hacks paling setia di kantin.
Padahal bukan aku suka pun gula tu.
Hari-hari aku beli RM2.
RM2 boleh dapat 40 biji.
40 biji kali 5 hari.
200 biji seminggu.
Aku simpan dalam beg tak bawak dalam poket.
Mana aku pergi situ lah ada plastik gula hacks.
Mana ada plastik gula hacks situ lah ada aku.
Lama-lama aku rasa suka pulak kat gula tu.

Motif sebenar aku beli gula tu sebab masa tu aku mahu tupai comel aku berhenti merokok.
Dia kata kalau aku mahu dia berhenti maka harus bagi dia gula hacks 5 biji sehari.
Tapi aku bagi lebih 5 biji sehari.
Untuk menunjukkan kesungguhan dan komitmen.
Sampai ada satu tahap dia tak larat nak simpan gula tu lepas tu suruh aku cuti bagi gula hacks selama 2 hari.
hehe.
Comel kan aku?
Tupai comel pon comel tau.
Tengok nama pun tahu comel.
Tu cerita 5 tahun dulu.

But by the way.
I am still in love with gula hacks.
: )
Alaahai.

P/S : Eh Qi.Apesal kau comel sangat?auuuumm.

Ini adalah penulisan emosi.Bukan fikir.Maklumat lanjut sila klik sini.

20090603

Dua Sejoli.

Hasrat pasangan kekasih mati bersama tercapai.
Eh.rasa geli pulak tengok gambar ni.

20090602

Masin.Macin.

Aku rasa aku semakin sihat dan tembam.
Maklumlah penganggur makan minum free.
Duduk rumah hari-hari jadi kerani tekan keybod tanpa henti.
Dan mengadap 'bukumuka' kebanyakkan masa memang boleh buat kita gemuk dengan pantas dan efisyen.

Maka,hari ni aku diet.
Ingat mahu makan nasi sikit sahaja waktu tengahhari buat tenaga sikit.
Dan malam cuma mahu makan telur tiga suku sebiji.

Tadi siang momma masak sambal dan aku terambik sambal agak banyak.
So kalau nasi sikit maka tak seimbang nanti akan menghasilkan gabungan makanan yang pedas.
Tak elok untuk perut.
Jadi terpaksa tambah nasi 2 kali baru seimbang sambal dan nasi.
Malam aku buat telur tiga suku sebiji tapi terlebih letak kicap masin Kipas udang maka kena tambah sebiji lagi baru tak masin.
Masin-masin sangat tak elok nanti boleh kena kencing masin.
Eh.
Darah tinggi.

P/S : Pasal lauk sambal tu aku harus tipu sikit sebab sikit pon tak pedas tapi sedap macam nak pengsan kalau tak tambah.
Tapi kicap tu memang masin sangat.Tak tipu.Memang kena tambah sebiji lagi baru boleh hayati rasa.I tak kuat makan masin tapi suka ikan masin dan telur masin. Macammana eh?