20100119

Dun Jaj Er Buk Bai Ids Kaver.

Hari tu aku pergi bank.
Nak simpan duit.
Aku kan jimat,mana ade joli-joli.
Membazir je semua tu.
(Agak angkuh.Padahal baru sekali pergi simpan duit semenjak kerja.Bahaha!)

Aku pon konfiden je isi borang.
Pandang kiri kanan tengok ramai orang isi borang jugak nak simpan duit.

Aku pandang kiri nampak sorang pakcik dengan but kebun.
"Ah pakcik ni.Muka macam miskin je.Kesian kena berjimat-jimat.Simpan duit lagi."
Lepas puas pandang rendah kat orang dalam hati,aku sambung isi borang balik.
Yakin je tulis jumlah ,
"Seratus lima puluh ringgit sahaja."

*bangga sikit*

Sekali aku toleh lah balik kat pakcik tadi.
Nak usha kot-kot dia ada jeling borang aku ke.
Dan-dan masa tu dia pun tengah isi jumlah wang kat borang dia.
'Tujuh ratus ringgit sahaja."
Hoh?
Bapak laaah.
Terus hilang konfiden tadi weh.
Rasa macam celah gigi sangat je duit aku.
Pakcik yang muka miskin tu pun boleh simpan berkali ganda.
Aku yang muka kaya ni simpan sikit nak pengsan.
Aku ambik borang aku lepas tu terus duduk diam-diam.
Segan kat pakcik muka miskin tapi kaya tu.
Walaupun dia tak tau pergolakan minda aku.

Duduk pulak sebelah makcik baju kurung lusuh.
Entah zaman bila punya baju kurung ntah.
Agak-agak ada sama ngan umur aku baju tu kot.
Tapi kali ni aku tak pandang rendah sangat dah.
Aku nampak dia nak masukkan cek TNB dalam akaun dia.
Pakcik tadi dah sedarkan aku sikit.

Tiba-tiba,
Makcik tu kangkang kan buku bank dia.
(Macam sial pulak guna ayat kangkang tu.)
Mata aku pantas je nak tengok berapa ringgit dalam akaun dia.

Kauorang teka berapa?
...
..

RM84,678

Lepas dari itu.
Aku dah tak toleh mana-mana dah.
Duduk je diam-diam.
Baby sebelah yang comel gila sepak kaki aku masa nak panjat kerusi pon aku tak pandang dah.
Masa tu penantian menunggu giliran untuk memasukkan RM150 terasa begitu panjang.
Panjanggg.

Panjang punyaaa!
*Baca stail iklan Megi Asam Laksa.*


P/S : Tuhan bagi aku pengajaran.Jangan pandang rendah kat orang.Syukuur.
:)

8 ulasan:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

syabas..hahahaha...ko nak sedapkan ati balik tak?

ko cakap 'alah,itu semua dunia, kang anak dia la yang perabihkan tu,rebut2 kerat kepala semua. baik aku menyimpan untuk akhirat. aaa..mula ngan zikir dulu ah.. lailahaillallah..'

terima kasih.

hani sudah lah. berkata...

ape ciri2 mak cik yg dok sblh ko tuh?
tringin nak jadi mak angkat~

:D

cikot berkata...

peringatan sentiasa ada dimana2.. insaf kejap ..

maEL berkata...

tu lah berlagak sangat ..macam rosnah mat aris perangai..!!
muakkaka..

siggplus berkata...

haha padan muka

dats karma yaw

El Moe de la Rocha berkata...

uhm..

...savings u kat bank mana?

err..

...awat tak pakai deposit machine je? tak payah nak queue..

Tanpa Nama berkata...

koh koh koh. better la skit dari aku tak penah nak saving. ade duit enjoy macam CEO. bile duit abis, minum Teh O. =D

fiqOo berkata...

dan2 je makcik tu 'kangkang' buku bank beliau.
hak3 :D