20100128

Love.

I ada seorang kawan.
I kawan dengan dia dari sekolah menengah.
Itu pun masa tingkatan 5 baru i rapat dengan dia.
Sebab kami satu dorm.

Kawan i ni pelik sikit.
Dia boleh nampak benda pelik.
Yela dah dua-dua pun sama pelik.
Pelik sama pelik tak pelik lah kalau boleh jumpa geng sepelik.
(Eh.ape kepelik sangat ayat i ni?Pelik.Pelik.)
Lepas tu dia meroyan lebih.
Masa sekolah dulu,warden semua kenal dia.
Sebab dia paling berani buat meroyan.
Lagipun dia kuat serong.
Ada sekali die telefon i tengah malam.
Dia cakap dia tengah dekat kubur arwah nenek dia.
I tanya kenapa pergi sana?
Dia kata dia lari dari rumah.
Pelik kan?

Kawan i ni juga ada suara yang sekuat halilintar.
Suara dia boleh tukar-tukar dari slow pitch ke high pitch.
Hari tu i baru je lepak dengan dia.
Kami pergi karoke.
Dia tak menyanyi tapi dia bersajak.
Layan habis lah.
Sebiji macam baca sajak Hari Merdeka.
Meremang-remang tengkuk kitorang yang lain dengar.

Dulu jugak masa sekolah dia penganut skinhead oi oi.
(Betul ke pakai perkataan penganut?Belasah je la eh.)
Kalau kauorang tengok baju dengan kain sekolah dia.
Mesti kauorang kagum.
Singkat habis.
Tudung pon sama.
Masa tu i baru pindah dari sekolah agama yang baju kain dan tudung semua labuh belaka.
Jadi i macam culture shock lah tengok dia.
Salute betul.
Ada sekali dia tunjuk i gambar dia pakai mini skirt petak-petak.
Lepas tu pakai but Doctor Martin.
Culture shock lagi i masa tu.


Semua tu masa cerita 5 tahun lepas.
Sekarang kitorang semua dah besar.
5 tahun dah merubah macam-macam.
Kawan i tadi dah kurang pelik.
Dia semakin matang.
Dan dah ada boifren yang hemsem.
Dia still lagi ada suara yang bertukar pitch dan sekuat halilintar.
Cuma dia dah pandai kawal.
Dia juga dah tak pakai baju dan tudung pendek.
Cuma dia tak pakai tudung terus.
Sama macam i.
Dan i tak lagi culture shock setiap kali berhadapan dia sebab i dah terlalu lama dan terbiasa dengan dia.
Cuma selalu jantung i je yang shock selalu masa naik kereta dengan dia.
laju macam pelesit dia bawak.
Kecut perut.

Tapi,biar lama mana pun.
Biar apa jadi pon.
Biar semua berubah pun.
Satu perkara je yang i harap takkan berubah dan kekal.
I nak dia kawan dengan i sampai bila-bila.
I nak dia sayang i sampai bila-bila.
Sebab dia pelik yang i sentiasa sayang dan terus akan sayang.


Ainur Azianti.
Selamat Hari lahir yang ke 23.
:)


2 ulasan:

demang berkata...

enooo,hepi birthday..hepi besday...pakwe die budak lelaki paling hot kot kat skoolkite.btw,kat skool aku dengan boboy pakai doc martin weh..puas hati..hoho

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

ko sekolah agama mana dulu? hahaha