20100125

Nanti,kalau aku dah ada anak.Aku nak suruh anak aku panggil suami aku abah.Supaya hari-hari aku boleh dengar perkataan Abah.

Hari ini i benci siggplus sebab dia buat i sedih.
Siggplus..
Kenapa masuk kontest tu?
U buat i sedih.
U buat i rindu abah.
Dan yang penting u buat i tau yang kita senasib.
Tengok sekarang i teringat kat abah sangat.
Tengak sekarang i dah mula taip memori untuk abah.
Tengok sekarang kauorang semua kena baca memori indah i.

Dulu abah selalu puji i cantik.
Abah panggil i "Lawa Abah."
Biarpun masa tu muka i selepet gila baru bangun tido.
Biarpun masa tu i tengah ketawa sambil tekentut besar sambil tengok tv.
Tapi sekarang takde sape pun nak puji i cantik.
Puji i lawa.
Kalau ada orang puji pon nanti laju-laju tarik balik sebab takot i kembang.

Dulu abah selalu back up i.
Kalau i salah pun abah tetap back up i.
Ada sekali je abah libas i pakai tali pinggang sebab i mengada sepak nasi sepinggan.
Padan muka i.
Semua pun memang selalu i yang menang.
Dengan adik pon selalu i aje menang.
Tapi sekarang i dah tak selalu menang.
Sebab abah dah takde.
I pun dah jarang buat salah sebab i tau takde siapa dah nak berat ke arah i.

Dulu tiap kali gaduh i mesti rasa hebat lepas dapat mengadu kat abah.
Sebab abah polis,setiap kali orang annoyed i.
I akan mengadu kat abah.
Lepas tu abah akan offer untuk tembak diorang pakai pistol polis abah.
I mesti rasa hebat walaupun i tau memang abah takkan tembak orang tu.
Dulu ada sekali abang i tumbuk budak lelaki darjah 6 sebab budak tu ejek dia,
Bila balik sekolah abah langsung tak marah abang.
Abah siap panggil abang 'Hero Abah'.
Mak bengang je kat tepi abah sebab takut abang spoiled dan membesar menjadi seorang samseng.

Dulu i suka sangat masa buat diploma.
Sebab masa tu abah ada.
Abah rajin masukkan duit tiap kali i mintak.
Kadang-kadang duit tu i buat pergi karoke je.Beli baju jangan cakap lah.
Kesian abah.tapi abah masukkan jugak.
Sekarang i dah tak seronok nak pergi sambung belajar.
Minat pun terus hilang.
Sebab abah dah takde dan i taknak susahkan mak pulak.
Semua orang push-push juga suruh i sambung.
Diorang apa tahu.Kalau i takde duit,kalau i sesak,ingat diorang nak tolong bank in duit kat i?
Tak mungkin kan?

Dulu i eksaited nak ada boifren sebab i teruja nak suruh abah interview boifren i macam abah interview suami kakak.
abah siap tanya gaji berapa sebab abah nak pastikan yang kakak terjamin.
Bukan sebab abah materialistik.
Jangan kutuk abah i.
Jangan pandang negatif kat abah i.
Sekarang i tak teruja langsung nak ada boifren sebab nanti takde siapa nak interview boifren i.
Sebab i takot bakal boifren i tak hormat keluarga i sebab sekarang abah dah takde jadi takde siapa yang diorang akan segan dan gerun.

Dulu i selalu marah tiap kali abah predict apa yang i akan buat.
Macam kalau i tengah duduk,lepas tu abah pandang i,nanti abah akan predict yang lepas tu i akan garu hidung.
Lepas tu i akan selak rambut.
Maka time-time tu jugak hidung i akan gatal.
Time-time tu jugak rambut i nak terjuntai jatuh.
Jadi terpaksa garu.
I terpaksa selak rambut.
I tak suka.I memberontak sambil jeling-jeling abah.
Abah senyum je suka dapat menyakat.
Sekarang i rindu nak abah predict apa yang akan i buat.
Sebab i dah pening nak pikir lepas ni nak buat apa.


Gambar ini abah yang snap.
Masa ni i tengah marah dekat abah sebab abah buat bising dekat kenduri sepupu i,
i malu sebab abah tak behave.
Gambar ni abah ambil seminggu sebelum abah pergi.
Gambar ni i jumpa dalan henpon abah lepas abah pergi.

I rindu betul dekat abah.
Sebab abah satu-satunya lelaki dewasa yang i suka cium.
Sebab abah satu-satunya lelaki yang mampu ubah rasa annoying i sekelip mata.
Sebab abah satu-satunya lelaki yang ada bau masam yang i suka dan boleh terima.
Dan kalau boleh i betul-betul mahu cium sekarang.
Sebab abah satu-satunya lelaki yang tak pernah keluar dari hati i.
Sebab abah,Adalah abah i.


Gambar ni abah ambik sendiri.Abah memang suka bergambar.
Jadi kauorang mesti dah tahu kenapa folder pc i penuh dengan gambar sendiri.
5 bulan 9 hari sebelum abah pergi.

Al-Fatihah.
Abah.Orang rindu.
Sangat.

P/S: Kauorang yang ada abah lagi.Mesti sayang abah masing-masing tau.Mesti.Sebab nanti dia dah takde.Rindu.I tak masuk kontest tu sebab i tak pakai prepaid.I tulis sebab i rindu.Terima kasih siggplus dan Encik bard.

11 ulasan:

syahmiglory berkata...

there's nobody can't replace him..be strong Pija..cheer up

hani sudah lah. berkata...

doakan utk abah.
tuh yg terbaik.
al fatihah.

siggplus berkata...

tsk

kau buat gening2 air mata aku ni

kita senasib

hanya kita saja yang tau perasaan dia macam mana

diana@dayen berkata...

rase nk nangis bace post ni...huhuhu...pija kuat...mesti bleh lalui sume ni...tuhan lebih syg abah pija....org baik kan selalu pergi dulu...huhu

kurang pendengaran berkata...

memori jah be strong at least jah merasa abah ada waktu membesar...sodih itot baco ha tapi we must be strong mesti jaga kuarga kita even we had a miserable time thinking of him....

Natasha berkata...

ko buat aku menangis baca entry ni!!!!

cikot berkata...

Aku pun panggil ayah aku ABAH. Aku suka panggilan tu dari panggil PaPa.
Al-Fatihah untuk abah ko.

Farhan berkata...

ala, pija..bergenang air mate aku bace entry ni..kuat eh pija, ko kental kan?.

al-fatihah utk abah ko.

anak ayah berkata...

ingat kt ayah aku pulak bile bace entry neh. ayah sama besar mcm abah. ayah pn suke senyum gediks bile amik gamba. tp ayah slalu kecik ati ngn aku. sbb dia rase aku x suka die. padahal aku syg gle.aku sedih.tp aku x tunjuk. aku slalu bajet kental.tp sebenarnye cepat layu. aku rindu juge. ayah depan mata pn x dpat nak gapai.

tq eh pija. aku x bajet kental kali neh. T_T


alfatihah utk abah

Si Gedung Gedang berkata...

al-fatihah.

"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

Allah tu takkan uji seseorang tu diluar kemampuan dia. Maksudnya ur strong enough to handle this.
Doa banyak2 for ur arwah abah. Insyallah roh beliau diberkati.
:')

*always touched me whenever u put entries about ur arwah abah. its a very good way to express feeling that no one understands. kan? :)*

Pekerja Kontrak berkata...

cheer up girl.... be strong.... he is the best...