20100104

Programme SYCYJYC.

Sempena tahun baru ni,
I akan cuba untuk tidak terlalu karib dengan nasi.
Memandangkan berat yang sudah tidak dapat dikawal.
Berat yang tak pernah capai pun sekarang dah capai.
Badan kadang-kadang terasa berat dan mudah letih.
Baju-baju kegemaran sudah mula tidak selesa apabila di sarung ke badan.
Dan juga punggung tidak dapat bernafas setiap kali di sarung jeans.
Ini bahaya.
Maka harus diet.
I berharap dan bernekad mahu turunkan berat badan sebanyak 5kg.
dan program ini i namakan.

Save your Clothes your Jeans and your Curve. :p

Jika dipendekkan adalah Programme SYCYJYC.
Cuba sebut laju-laju abjad tu.
Auuuw.
Comel sangat!

Maka,
Hari ini adalah hari pertama.
Dan hari pertama ini dapat I lalui dengan sangat sangat cemerlang.
Hari ini I berjaya tak makan nasi langsung.
Ni rekod baru tau.
Sebab I memang karib gila dengan nasi.
Lebih karib jika nak di bandingkan dengan buku.
Dulu masa belajar,I adalah Ratu Nasi.
Tak boleh terlepas makan nasi langsung.
Kalau terlepas aje mesti I rasa kecewa dan down.
Dekat ofis pun I di kenali sebagai Ratu Nasi.
So ini kira pencapaian yang membanggakan.
(gila kecoh.padahal baru sehari.auuum.haha.)

Bagus Pija.
Bagus.
Teruskan.

Balik tadi momma tanya I makan apa masa lunch.
I kata tak makan langsung.
Minum air je.
Momma pula resah gelisah.
Dari balik kerja tadi asyik tanya nak makan ke tak.
Lepas tu selalu sikit punya hangin kalau mintak suap masa tengah dia makan.
Alih-alih malam ni semangat je datang suap I yang tengah mengadap pc sambil menahan diri.

Arghh.

Dugaan.
Dugaan.
Dah la lauk sedap mak nenek.

Dugaan.
Dugaaan Pija.

Eh.
I dah lupa lah nasi rasa macammana.
Tawar ke manis eh?
Ke masin hah?
Eh yang masin tu garam kan?
Bukan nasi.Bukan.Nasi sedap.
Eish.Eish.

Eh.
Kalau diet sehari boleh terus turun 5kg tak?
3 kg ke?

Arghh.
Dugaan.
Dugaan Pija.
Baru sehari dah rindu nasi.
Payah betullah.
Nasi.I rindu kau.

Dugaan.
Dugaan.
Nak kurus kena tahan.
Harus.
Perlu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha. baguslah jah. kurusla cepat weh. azam tahun baru ke neh? tapi, nasi dah jadi darah daging kita kan? bleh tahan ke? =P

syime hebat berkata...

bersenamlah..
baru balance..

Pije. berkata...

yelah nanda.
takleh tahan.dalam tido mengigau2 panggil nasi.
hahaha
over tak?
eh.
betul ke nanda ni?gehehe

syime : time rehat i buat push up weeh.perut sakit.ahaha