20100202

Chinderela dan Labu.

I dengan Cinderella sebenarnya ada persamaan.
Maksud i dekat sini selain:
Persamaan dari segi paras rupa yang sama-sama comel.
Juga persamaan dari segi nasib yang sama-sama dah anak yatim.
Dan persamaan jodoh iaitu Cinderella dah kahwin dengan putera raja dan i bakal kahwin putera raja.
(Sama dongeng.Semua nak indah je kan.)
Persamaan yang itu semua orang pun tahu dah.
:8|

Persamaan yang i nak cerita dekat sini persamaan yang lain ye.
Untuk pengetahuan u ol.
Kami berdua terikat oleh larangan yang berkait dengan masa.
Cinderella harus balik sebelum pukul 12 tengah malam.
Jika tidak magik pari-pari gemuk akan hilang.
Bila magik itu hilang akan menjadikan Cinderella comot dan miskin.
Lepas 12 tengah malam juga akan meyebabkan kereta labu Cinderella akan berubah,
Menjadi hanya sebiji buah labu yang tiada keistimewaan.
Nanti putera raja dan kakak tiri Cinderella tahu siapa Cinderella sebenarnya.
Lebih teruk lagi,
Nanti mak tiri Cinderella juga akan tahu yang Cinderella serong ke majlis tari menari.
Kantoi lah Cinderella.
Itu sangat menakutkan.

I juga begitu.
I terikat dengan pukul 5 petang.
Mengikut petua menjaga berat ideal.
I tidak digalakkan makan selepas pukul 5 petang.
Jika tidak,
Berat badan i akan mudah naik.
Lebih teruk lagi i akan berubah menjadi seorang perempuan berbentuk labu.
Ini mungkin juga akibat magik pari-pari gemuk.
Nanti semua tak panggil i pija dah.
Semua panggil i labu dengan niat menganjeng.
Lepas tu i akan down dan makan dengan lebih banyak lagi.
Akhirnya i akan berubah menjadi sebiji labu yang sebesar kereta labu Cinderella.
Itu lebih menakutkan.
Hoh.

Tapi,
Apesal sekarang tiap malam je baru momma i nak masak?
Sedap semua pula tu.
I takleh buat apa.I redha.
Maka,

Sila panggil i Labu.
Dah.
Nak pergi makan.
Bai.

4 ulasan:

hannah zaharudin berkata...

wakakaka! tak labu manenye ko!
maintain je..
aku i yg bakal melabu dan meletup bulan 6 nanti!

Farhan berkata...

pija, nnt bole lawan gusti lengan sama2...hahaha

kurang pendengaran berkata...

ko memang banyak idea nak buat perbandingan kan hahah

syime hebat berkata...

si labu