20100221

Mimpi Dalam Mimpi.

Tadi dia datang.
Dengan muka yang seakan menyala.
Sungguh betapa jelas dia teruja.
Dia bilang,
Dia mimpi yang kami berjumpa.
Berjumpa dalam waktu lenanya dia.

Khabar dia,
Aku kelihatan sempurna,
Begitu cocok dan tiada cela bagi dia.
Aku buat muka selamba walau dalam hati menari cha cha.

Aku geleng kepala mengadap dia.
Nak tunjuk konon aku belum sedia,
Begitu masih ingin rasa dipuja,
Muka menyala itu bertukar redup dan malap.
Dia berkeluh kesah sampai aku naik lelah.
Dan tiba masa aku berhenti berhelah,
Dia sudah mula putus asa dan tidak mengendah.

Dan lalu,
Dia pergi.
Langsung tak toleh.
Aku kejar sambil teriak.
Namun dia hilang.
Hilang.
Dan terus hilang.

Aku tengok keliling dan tersentak.
Tiba-tiba,
Di pandangan aku hanya ada siling.
Tiada Dia,
Dan tiada apa.
Dia dan cerita tadi semakin samar.
Dan samar.
Keadaan jadi semakin keliru,
Tapi aku dapat rasa masa masih berputar,
Berputar selaju bilah kipas yang sedang mengadap aku.
Aku terkaku.
Terlentang tanpa laku.

Betapa aku harap aku tidak sebodoh dalam mimpi.
Dan betapa,
Aku harap keadaan bukan seperti tadi.

*Aku selak-selak buku conteng.Tiba-tiba terjumpa tulisan aku ni.Boleh tahan juga.Seingat aku,aku tulis benda ni masa jiwa aku kacau.Mungkin setahun yang lepas.Dan ini ditulis sejurus aku bangun dari tidur selepas mimpi ngeri.*

4 ulasan:

syime hebat berkata...

scary ke sedih eh? hahahaha..

siggplus berkata...

hebat weh

i always admire who can poet, walaupun tak faham ayat bunga2 mcm tu..heh

El Moe de la Rocha berkata...

fine lah fine lah, i wont haunt u anymore. i'll vanish. :p :p :p

muhd fikri berkata...

baikk !