20100210

Perihal Momma.

Pagi tadi.
Aku bangun sembahyang subuh,
Setelah lebih kurang 14 kali momma keluar masuk bilik untuk kejut aku.
Lepas puas berpusing 360 darjah kat atas katil.
Aku pun memaksa perasaan rajin untuk datang dan pergi ke bilik air dengan mamai.
Masuk aje bilik air,
Aku nampak ulat gonggok.
Siot je sejak akhir-akhir ni,punya la banyak ulat gonggok.
Musim agak nya.
Menyampah aku.
Dengan perasaan dengki aku ambil pencuci tandas ala harpic dan pancutkan atas ulat tu.
Menari hulahop dia.
Gila kejam aku.
Tu lah.
Dah berapa kali aku pesan jangan sibuk kat bilik air aku.
Kan dah kena.
Jangan nak blame aku okay.
Kau yang carik nahas.
*Eceh.Bajet macam ulat gonggok reti baca je.Semangat tulis kat sini.*

Lepas tu tengok dah nak pukul 7 pulak,
Laju-laju aku pergi sembahyang.
Dekat dapur aku dengar momma bising kemas dapur.
Masak nasik dan panaskan sup ayam.
Sebab aku nak bawak bekal pergi kerja.
Sedap siaaall.
Mak nenek punya sedap.
Sedapnya sup ayam.
Sedap.Oh Sedap.

Aku pergi dapur dan aku tengok momma dengan imej biasa,
Seluar tido,ikat rambut,spek mata,dan tshirt.
Momma panggil aku dengan teruja.

"Jah!cuba tengok apa yang lain dekat mak?"

Sambil senyum dengan teruja.
Aku pandang momma atas bawah.
Sama je.
Takde yang lain.
Momma senyum teruja lagi sambil tunggu feedback dari aku.

"Sama je?".Aku jawab sambil mamai sikit.

"Eishh.Mak tak pakai spek la!". Senyum lagi.
Aku pandang mak pelik.
Pandang tepat kat spek mata mak.

"Aku ke yang mamai ni?".*Monolog dalam diri*
..
...
.....
Aku pandang momma dengan muka yang macam ada sign tanda soal yang besaaaar punya.

"Tu apa?". Sambil buat isyarat tunjuk kat mata.

Momma raba muka dan tegelak besar.

"Eh.Eh..Hahahhah.Mak ingat mak dah tak rabunnnnn!!Patotlah terang sangat!"
*Hahahaha!Momma teruja sebenarnya sebab dia baru makan ubat apa tah,orang yang jual ubat tu goreng dia kata ubat tu boleh elokkan rabun.Hahahaha!Cepat terpengaruh betul lah!*

Terus hilang mamai aku.
Hilang terus!

Alahai.
:)

4 ulasan:

Farhan berkata...

mummy guna permata hijrah ke u?

hamdan_propamakanda berkata...

iya dong!

hilman.teddy berkata...

haha. =D

ainmohd. berkata...

woha.bayang ulat gonggok menari hip hop.