20100314

Sekarang Dah Faham Perasaan Di'ignore'.

Semalam kedai pakcik aku kenduri.
Sebab adik sepupu aku nama Imran akhirnya berani nak bersunat.
Dah darjah enam tahun ni.
Tu pasal kena sunat jugak.
Nenek aku kata kalau dia lari lagi time sunat.
Nak nikah nanti la baru sunat jawabnya.
Lawak weh.

Ada karaoke la.
Satay la.
Nasi ayam lah.
Rendang ayam hutan pon ada.

Pakcik aku salam-salam member dia.
Tiap kali salam je orang hulur duit.
Pakcik aku terus hulur dekat Imran yang tengah baring je kat kerusi macam bos.
Pakcik aku kata hari ni semua orang kerja untuk Imran.
Dapat duit terus bagi Imran.
Masyuk weh.

Beby pon banyak.
Masa momma tengah beborak dengan nenek.
Aku duduk diam je kat tepi sambil pandang sekeliling.
Orang muda tak baik menyampuk cakap orang tua.
*perasan muda*

Dari jauh.
Aku dah usha sorang makcik tu.
Dia tengah pegang beby.
Gebu weh.
Gebu.
Sebelah makcik tu pun pegang beby jugak.
Selepas beberapa minit menjadi stalker miang.
Aku terus tak tahan.
Terus pergi approach.
Rupa-rupanya beby tu kembar lah!.
Comel sangat sial.
Nak anak kembar.
Nak!
*Siapa-siapa yang ade genetik kembar.Jum kawen?*


Tengok ah muka gelak seronok gila dapat beby.Kalau dapat laki pon tak seronok macam ni.Serius ni.


Imran si masyuk.
Sebelum blah aku pesan kat Imran.Lepas ni kau tak payah kerja lah.Kau sunat je tiap tahun.Masyuk weh.Imran pandang je muka aku sambil peluk bekas duit dia.

P/S: Kauorang semua dah sunat ke belum?Hik.

8 ulasan:

siggplus berkata...

kalau imran tetiap tahun sunat, apa lagi nak dia tinggalkan untuk bini dia waktu kawen nanti?

demang berkata...

i berdebar debar

butterflyana berkata...

beby penat tu jah.
ko tengok muke dier paling tak senyum langsung.

inno berkata...

tahniah..bersifat kemamaan..berjurai2 air mata aku tengok.

Pije. berkata...

siggplus:ehe.bukan tumbuh balik ke?

demang:auuw.berdebar kencang tak?

yana : mmg masam weh muka dorg.br 6 bulan berat dah nak masuk 9kg.gile aah.

inno : walaweh.nama ko mcm nama mak aku.kau siapa?

El Moe de la Rocha berkata...

mana u pegi la? :|


oh, btw, is that u in the pic? :o

hans berkata...

hahahhaa
suka komen siggplus
ekekkeke

chaon berkata...

aku xkira.aku nk jd mcm imran tiap tahun(mata balang duit)