20100519

Apa Nilai kau?

Kalau nak ikotkan semua orang pun takda harga.
Semua tak mahal,semua tak murah.

Kau takda harga,aku takda harga.
Datuk,nenek,mak yang,pokteh,guru besar,datin paduka.
Semua pun takda harga.
Siapa boleh timbang harga dia bak sini bagi tau aku.
Timbang kan harga aku sekali.
Nak jugak tahu.
Kalau mahal boleh show off sikit,
Kalau murah boleh improve kasi mahal.
Hoh?

Tapi nilai yang aku nak cerita ni, bukan ukur pakai duit.
Rilex sikit.
Harga yang ini ialah nilai kau kat mata orang lain.
Nilai yang takda nilai sebenar.
Nilai sebenar dia pun aku tak tahu.
Eh?Eh?
Apa aku cakap ni?Takde nilai langsung ayat tu.

1. Jaga perlakuan kau.
Memang kau kaki enjoy.Memang kau tak peduli orang.
Tapi kau kena faham sikit yang kau duduk dalam dunia yang ada betrilion jenis orang yang berzilion jenis perangai dan pandangan.
(Kalau kau memang abeh bogik pun tak payah show off.Tak pun duduk dalam gua.
Orang tak nampak kau so orang tak tau kau wujud so kau tak payah peduli kau ade nilai ke tak.)

2. Jangan kacau orang.
Biar muka buruk,otak bengap,poket kaput.Janji tak perangai hamlau.
Elakkan dari masuk campur hal orang.Jangan busy bodi.
Selagi hal tu takda kait nama kau,takda sakitkan kau.
(Buat hal kau sendiri.Jadi misteri.Baru orang tak boleh nilai kau.)

3. Jaga Jarak dengan orang.
Jaga jarak dengan orang ni sama lah macam kau jaga jarak kau dengan mesin atm.
Kalau kau dekat konpem nafsu kau membuak.Itu pun kalau ada duit la.
(macam tak make sense je bai.)
Maksud dia kat sini kau jangan main hantam je percaya orang.
Manusia ni ada pelbagai,kau salah dekat kau yang terpalit.
(Kalau kau dekat lagi dah la tak berapa kenal lagi pastu berdua je.
Haa.mengundang lah kau kejap lagi kena tangkap khalwat.Haaa.Kan dah nampak murah.)
*tetiba*

4. Maintan connection.
Ewah.Konon kerja jual broadband.Bila becakap pon guna bahasa broadnband eh?
Hoh.Yang ni bila kau dah dapat jarak selamat dan kau percaya dengan orang tu.
Kau kena jaga connection kau.Jangan buat taik.Jangan khianat.
Sebab orang yang dekat dengan kau,dia lebih kenal kau.
Pada diorang kau ada nilai yang tersendiri kat mata diorang.
(kau sikit punya baik dengan seorang kawan,sekali diam-diam kau try boyfriend kawan kau tadi lepas tu kantoi.Kau rasa harga mahal ke harga murah kau dapat?murah?)
Salah.
Jawapan dia kau takda harga langsung.

Aduh.Time rehat dah nak habis lah.
Aku banyak lagi nak taip ni.
Len kali aku tambah lah.
Tu pon kalau aku rajin.

Nilai kau bukan terletak kat harga pakaian,kereta atau duit dalam poket kau.
Nilai kau yang sebenar ada dekat hati dan perlakuan kau.
So yang tu jaga dulu.
Yang lain tu buat tambah-tambah je.
Kalau pakai baju mahal semua mahal tapi perangai dengan hati busuk macam kilang baja.
Tak payaah lah.
Pergi masuk dalam tong minyak pastu guling sendiri masuk laut.

Dan,
Nilai yang sebenar kat dunia ni,terletak di Negeri sembilan.
Sana ada 3G Maxis.
Boleh tahan laju kalau amik broadband.
*Promosi*

Hohoho :B

3 ulasan:

chaon berkata...

saya vote nombor 3!

siggplus berkata...

tapi aku tak jaga 1 pun. macam mana? heh

Miss ... berkata...

best2 aku suka hehehe