20100718

Jusco dan Hujan.

Cubaan mengorat mat motor besar di tembok RTM.


Hari ni hari cuti.
Seperti biasa hari cuti bermaksud hari berehat.
Tapi kalau dalam kes aku.
Tiap kali cuti memang tak dan lah nak lebam-lebam duduk rumah.
Mesti nak keluar tengok orang.
Ngorat-ngorat barang sorang dua orang balak.
Bila dah dapat ngorat,patah kan hati diorang.
Balas dendam.
Hah.
Baru hardcore.

Tadi hujan lebat betul.
Masa aku keluar,langit memang dah hitam.
Tapi aku pergi dengan lisa,so hujan ke panas ke,apa aku nak kisah?

Sampai kat jusco.
Gila lah ramai kereta.
Aku pusing dekat setengah jam nak carik tempat lepak Lisa.
Lisa mana lah nak ikot aku masuk shopping complex.
sesak kata dia.
Kecoh betul.
Dia ingat dia selebriti ke nak elak tempat sesak?

Last sekali aku dapat port untuk Lisa.
Dekat rooftop.
Masalahnya sekarang,aku kena redah hujan lebih kurang 250 meter.
Hujan pulak makin melebat.
Mengenangkan port untuk lisa yang payah amat nak dapat tu,jadi aku redah jugak lah.
Malas betul nak pusing-pusing lagi.

250 meter terasa begitu panjang dan menyeksa.
Baju semakin gelap warnanya dek air hujan.
Jambul market pun sudah penyet.
Tu naasib baik aku tak pakai celak.
Kalau tak,mesti muka aku macam pelakon lepas buat adegan menangis lah nanti.
Mesti orang ingat aku pelakon extra.
Siooot.
Sampai depan lif je,aku memang dah separuh basah.

Ah.setan lah.
Jusco ni dah lah sejuk macam kutub utara.
Dengan keadaan basah kuyup tu aku terus menuju arah toilet.
Boleh tahan ramai orang.
Sejuk-sejuk tambah hujan ni memang cepat pundi kencing penuh.
Aku paham.
Aku nampak ada dua minah tengah betul-betulkan rambut diorang yang basah macam baru lepas mandi.
Sama lah tu macam aku.

Aku menung tengok cermin kejap.
Basah betul muka aku ni.
Masa aku tengah pandang sekeliling toilet,tu aku nampak hand-dryer yang melekat kat dinding toilet.

TING!
*atas kepala ada gambar mentol*

Aku buat kering-keringkan tangan.
Dan kemudian,melarat kat lengan baju.
Boleh tahan berkesan.

Last-last aku terus tarik baju sikit dan sedaya upaya keringkan baju dan rambut.
Nyaman bai.
Dah la sejuk gila time tu.

*Nak terangkan macamana keadaan masa tu payah.Tapi kalau kauorang ada pernah tengok cerita yang seorang mamat tu nak basuh tangan.Tetiba air paip tu terlaju dan terus pancut kat seluar dia.Mamat tu cuak dan malu,lalu sedaya upaya cuba keringkan seluar dia dengan hand-dryer.Sekarang tukar je mamat tu dengan aku.*

Makcik-makcik yang tengah beratur nak masuk toilet sengih-sengih pandang aku.
Awek-awek blondie pun pandang jugak.
Aku terus je jadi peramah cerita yang aku basah sebab parking jauh.
Diorang pun respon gelak-gelak lepas tu kata kesian.
Aku kalau dengan awek blondie-blondie jarang nak baik-baik.
Persaingan.
Tapi dalam keadaan macamni,terpaksa lah.
*Tips kaver malu : Jadi peramah untuk buang rasa awkward.*

Nak dekat 10 minit aku duduk bawah hand-dryer tu dan baju aku dah kering.
Walaupun ada rasa sejuk-sejuk lagi.
Tapi boleh lah dari kuyup macam tadi.
Rambut pun dah kembang sebab kena angin hand-dryer tadi.
Suka.
*aku suka bila rambut aku kembang.Rasa rock.*

Tak lama lepas tu,
Aku keluar dari toilet dengan langkah konfiden.
Dengan berbekalkan dua keping 50 ringgit aku menuju ke arah bahagian sales.
Berlagak macam takda apa-apa yang berlaku.

Dan.
Aku rasa best gila.
*Syok sendiri*

Try lah kalau kauorang basah kuyup.
Betul-betul best.








10 ulasan:

iQBaL HaSBuLLaH berkata...

cerita Hitch..

daLYaLaMHa berkata...

wahahah.buatt coolll sudeyh:)

butterflyana berkata...

kau selalu ke sensorang shopping kt jj tu jah?

Pije. berkata...

ibal : wooh.tak pena tgk lagi cite hitch.tapi betul kot.hahah

dalyalamha : tau taakpe.belakon hebat.haha

yana:ada 13 ribu kali jenjalan sorg.lone ranger.haha

Ainee Cumi berkata...

i kenal mamat yang gelabah nak mampus time air terpancut kat selaur dia tu..
bukan bf u ke? MR. Bean! Kalau I ingat scene tu I pecah perut tau, ni u cakap, perghh lagilah i terbayang u tgh keringkan lengan baju u tu sambil gelak gelak..nasib baik nasib u ok sikit dari mamat tu..

babe, rmbt kembang memang buat diri rasa macam roxxstar je..
ahahahhaha! geng lah kita..
high five sikit!

fendy berkata...

hey,
smart idea tu.
memang cool lah.
for sure rambut ko macam superstar dah kan. :D

Miss ... berkata...

ye ke best?/ hahaha

SuLTaN berkata...

hahaha. den ponah buek

mish juju berkata...

so kita ni persaingan la

Pije. berkata...

awk dah salah paham ni juju.
awk bukan saingan saya.
huh