20100729

Lebih Kat Sini.Kurang Kat Sana.



*Arahan :Untuk pemahaman dan kesan berganda sila :-

Tulisan ini : Baca suara biasa
Tulisan ini : Baca suara kecil



********************************************************************************
Abu sedang memandu.
Matanya tak lari-lari dari jalanraya tapi,
mindanya sudah membelok ke utara selatan.
Bersimpang siur benar.

"Penatlah hari-hari macam ni.Aku nak berhenti kerja.Apa nak jadi.Jadilah." Abu mengomel seorang diri.
"Dah la bulan ni gaji kaput sebab OT sikit.Hutang pun tak settle lagi.Baju pun tak dapat nak rembat.Handbag.Kasut.Eiii.Stress." Tambah Abu lagi.

*Jap.Jap.Abu pakai handbag?*

Tiba-tiba,
*******************
"Betul ke kau nak berhenti?"

"Eh?Kau siapa?Setan?Jangan ganggu aku.Aku tiada mood." Jawab abu tegas.

"Hekeleh.Aku bukan setan lah setan.Aku adalah kau."

"Wah.Annoying betul kau ni."

"Sama lah annoying macam kau.Sebab aku adalah kau."

"Mak..maksud kau..Kau kembar aku?"

"Aaa.aa..Bolehh dikatakan macam tu lah.Cuma kau real aku tak."

"Eh.Apa kau ni.Jadi kau bayang-bayang aku?Bukan lah kembar macam tu.Buat mengharap aku je kau ni.Dah lah dari kecik aku memang berangan nak ada kembar.Huh."

"Bayang-bayang?Kau nak kata aku hitam lah sekarang ni?Annoying lah kau ni.Lagi satu,kau nak ada kembar?Tak payah.Sorang kau je dah cukup memeningkan."

"Eleh.Aku annoying ikot kau.Sebab kau cakap tadi kau adalah aku dan aku adalah kau.Apa bodoh benar lah kau ni."

"Eh.eh.Nak balas dendam pulak kau ni.Dah!Balik kepada cerita asal tadi.
Kau nak berhenti kerja?"

"Haah.Mana kau tahu?Kau..Kau intip aku?"

"Woi.Woi.Aku kan adalah kau?"

"Eh.Sorry.Sorry.Aku lupa lah."

"Haish.Kau dah fikir masak-masak?"

"Aku tak pandai masak.Tapi yang aku tahu.Aku nak berhenti kerja.Penat lah.Hari-hari lalu jalan yang sama.Dah lah bos aku perangai cun.Ada masa dia macam perempuan sihir.Duit Minyak lagi.Poket aku kaput bulan ni.Tapi nafsu membeli-belah tetap tebal.Susah."

"Kau..Kau pernah nampak dia main sihir?"

"Siapa?"

"Bos kau lah.kau pernah nampak dia main sihir?"

"Tak.Kau pernah nampak?"

"Kalau kau tak pernah,aku pun tak pernah lah.Kan aku adalahh...kk.."

"Cukup.Cukup!Tak payah ulang.Aku tak suka orang cakap banyak kali.Pening."

"Aku pun tak suka.Tapi kau tu bangang sangat."

"Aku bangang ikot kau lah,bangang."

"Kenapa kau asyik nak carik pasal je ni?Tak boleh ke kita berdamai?"

"Ok.Ok.Maafkan aku.Mood aku ke laut hari ni.Dan aku betul-betul nak berhenti kerja.
Ini dah masuk 956 kali aku kata nak berhenti.Dan kali ni aku harap jadi."

"Hmm.Bukan kali ke 958 ke?"

"Entah.Aku lemah matematik.Setakat lebih dua tiga tu abaikan aje laaaah.Sejak bila kita jadi begitu teliti?Kau pun."

"Hmm."

"Kenapa kau diam?Taknak bangkang keputusan aku?"

"Ado?"

"Ado apo?"

"Ado aku kisah?"

"Eh.Main kasar pulak kau ni.Pukul kang."

"Pukul lah.Karang kau jugak yang sakit.Hik."

*Lalaaa.Trrrr.Lalalala.Trrrrr.Jeng.Kling.Kling Waaaa*

*Tiba-tiba hp Abu berbunyi.*

"Hello?Apahal?"
bla.bla.
"Apa?"
bla.bla.blaa
"Yeke?"
blaaaa.blablaaa.
"Ohh.Tak percayalah?Bukan sikit ke bulan lepas?"
blaaa.balaaa.blaaa.amik je laa.blaa.
"Haa.Ok.Ok.Nanti i check.Thank youuu."

Klik.
*letak telefon.*

"Amboi.Happy nampak.Tadi muka kau semacam je kecutnya."

"Ah.Sama lah macam muka kau kan."

"Apehal tadi tu?"

"Rahsia.Kau kata kau adalah aku kan?Takkan kau tak tahu."

"Eleh kerek.Aku tahu laaah.Saje je aku nak tanya."

"Huh.Dah la.Mood aku dah balik dari laut.Kau sila lah pergi sekarang.Kau agak ganggu kosentrasi memandu aku."

"Habis kau jadi berhenti kerja ke tak?"

"Ado?"

"Ado apo?"

"Ado aku nak bagitahu kau?Hah!"

"Arghh kau.Balas dendam nampak?"

"Gurau-gurau je lah.Macam perempuan sihir lah kau ni.Aku tak jadi berhenti kerja.Lain kali je lah.Hik."

"Ah kau ni.Aku dah agak dah.Haha."

"Eleh.Habis,bila kau nak berambus ni?"

"Aku nak pergi lah ni.Lain kali kalau kau runsing lagi baru aku datang jenguk.Kau jangan rindu pulak."

"Yelah.Yelaaaah.Hati-hati."

"Ok baai.Baai.Kau Jangan lupa menabung."

"Yelaaaaaaaah.Leter betul lah."

*******************
Dan keadaan dalam kereta Abu kembali sunyi seperti mula-mula tadi.
Cuma mood Abu dah kembali.
Penat Abu pun dah rasa hilang tiba-tiba.

Abu tersenyum-senyum.
Semua lagu yang radio siarkan semua dia sing along,even panggilan hangit pun dia sing along.Eh say along.
Walaupun tak hafal.
Lagu Ekstravaganza yang dia mati-mati tak suka pun,settle juga hari ni.
Lain macam betul happy Abu ni.
Hebat betul penangan panggilan telefon tadi.
Buat Abu rasa konfiden.
Dan esok,
Abu nekad nak pergi rembat external hard disk.
Dengar cerita tengah sales.
Hik.

********************************************************************************

Seronoknya kerja Abu kan.
Orang lain gaji,Abu pun gaji.
Orang lain tak gaji,Abu pun tetap ada gaji lagi.
Tapi yang malangnya.
Orang lain kerja Abu pun kerja.
Orang lain cuti,Abu tetap kena kerja juga.

Tsk.Tsk.
Hidup ni ada yang lebih ada yang kurang.
Sama jugak macam badan.Kejap kurus kejap gemuk.*Tiba-tiba.Hoh.*
Jadi bersyukur je lah.

:)








5 ulasan:

syime hebat berkata...

:)

aishah berkata...

kerja mmg macam tu, kejap rs seronok, kejap rs cam gampang...haha!
dapat gaji seronok, pergi kerja time org cuti rs macam gampang! haha!

iQBaL HaSBuLLaH berkata...

patut la rajin ja ajak turun seremban nk blnja GCB...

SZ berkata...

hahaha.
seronok dgr cerita kamu.

bak gaji sini skit!

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

PERGH FANTASI YANG MANTAP..