20100707

Tak Kenal Maka Tak Cinta.Cirit Ah.

Sepatutnya aku tengah eksaited kemas baju nak pergi pangkor dengan kawan-kawan gangster ni.
Tapi tak menjadi.
Sedih betul.
Tapi,lain kali mesti jadi.
Sebelum semua orang berlumba nak kahwin dan,
sebelum semua orang mula meninggalkan alam gangster dan'
nak menjadi wanita idaman para mertua,mesti arrange vacation.
Mesti.

Sebenarnya nak bagi tahu yang kinana dah dapat adik baru.
*siapa yang tak kenal kinana,sila jangan segan untuk rujuk entry lepas yang dah berhabuk*
Lelaki.
Nama dia Akmal Rayyan.
Tengok.Tengok.
Nama tak nak kalah,macam artis.
Hoh.


Aku sibuk betol lah lately ni,tambah-tambah lagi dengan ketiadaan internet di rumah. Tak sempat nak jadi tahi facebook dan blog.
Tension.
Ni semua pasal TM,diaorang buat offer pakej baru,sampai kitorang satu family tergoda.
Lepas tu customer service diaorang tak sabar-sabar sangat nak potong internet lama,
sekarang nak pasang yang baru terkangkang-kangkang.
Bodoh betul.

Semalam genap 2 tahun abah meninggal.Tapi rasa macam dah lama sangat pulak. Apa-apa pun abah tetap di hati,tak kira lah lama ke kejap.
*serius*

Hah.
yang kau tunggu-tunggu lagi ni kenapa?
Cepat sedekah Al-fatihah kat abah aku dan semua abah yang dah meninggal dunia.
Cepat.Jangan kedekut.

Dah?
Okay sayang kau orang!

3 ulasan:

Razman berkata...

aku tersedekahkan al baqarah.

mish juju berkata...

alfatihah

haikal berkata...

sayang ko jugak