20100829

Mulai Hari Ini Nak Selalu Cakap Perkara Yang Bagus-bagus Walaupun Dalam Realiti Tiada.




Aku paling suka guna ayat drift dari memecut.
Sebab memecut tu nampak macam tak cool dan bahaya.
Drift pulak nampak cool walaupun bahaya juga.

Selalu kalau orang tanya aku akan jawab camni.
"Aku drift dari Jimbabweh ke Alaska tadi.40 minit je diknun."
Cool kan?

Semalam lepas melepak dekat kedai cantik dengan juju,kakya dan abadik.
Balik dari melepak jam dah tunjuk 3 pagi.
Mata dah tak larat.
Kencing pun dah 4 kali sebab banyak sangat minum teh ais.
Ais lebih.
Lepas tu aku dah rasa malas nak drift balik rumah yang terletak di Juassehpark.
Aku pun amik keputusan nak tumpang tido di rumah kakya.
Pagi2 buta nanti baru drift balik rumah laju2 since dah janji dengan sepupu nak jalan pergi KL.

Dekat rumah kakya,kitorang bergolek dekat ruang dapur rumah kakya sambil mengadap tv baru kakya yang besar macam panggung wayang tu.
Besar dik.
Tv raya tu.
Masing-masing suara petir berborak kuat sampai mak kakya terjaga.
Hehe.
Sorry Acik Sal.

Masa tu jam dah pukul 5 lebih,sedar-sedar aku dah tertidur sambil meninggalkan kakya yang tekebil-kebil mengadap facebook.
Pukul 6.45 pagi aku terjaga dan terus teringat janji manis yang nak gerak Kl dengan sepupu yang nak gerak awal-awal gila.
Aku tergesa2 bangun dan naik bilik kakya,amik barang dan inform kakya yang sedang membuta yang i have to go now.
Sebiji macam one night stand beb.
*Matahari belum naik,dah tergesa-gesa hilang sambil tinggalkan pasangan yang masih tidur.
Eh?
Ini bukan pengalaman ye kawan-kawan.
Ini semua pengaruh filem barat.*

Aku mamai naik kereta dan terus mendrift ke rumah.
Aku bukan lah orang yang memandu gila babi punya laju.
Tapi bila sampai dekat bukit putus atau bila dah nak sampai rumah biasanya aku memang laju.
Sebab dah rasa biasa sangat sampai overconfident semua liku-liku jalan pun dah hafal.
Kalau boleh nak drive sambil lepas tangan je dan kawal pakai minda sambil mata tertutup.
Bongkak tak?
Haaa.
Haah!

Sampai dekat kawasan kampung yang selalu banyak lembu melintas,aku makin laju mendrift.
Tambah-tambah lagi masa tu pagi-pagi buta lagi.
Kereta pun takde.
Aku dengan Lisa je dekat jalan tu sambil muka tekebil-kebil mamai.

Aku pecut laju dan laju lagi sampai satu selekoh tajam.
Bila sampai selekoh tu aku pusing lembut setereng Lisa.
Aku tekan brek dan aku hold stereng Lisa.
Tiba-tiba,
Lisa berputar 360 darjah u olzzz!
Bukan berputar yang kereta berguling-guling tu tau.
Ini di berputar macam tengah buat satu roundabout dekat selekoh tu.
Aku terasa badan aku senget sebab mengikut putaran Lisa.
Bunyi tayar tergesel dekat jalan sikit punya kuat.
Memecah kesunyian di pagi hari.
Tersenget aku kat dalam tu diknon.
Aku dah tebayang Lisa tegolek dan cermin pecah.
Aku terbayang yang aku akan luka dan berparut2.
Tapi syukur pada Allah Lisa tak terbalik.

Selesai je putaran 360 darjah tu.
Automatik Lisa stop mungkin sebab aku memang tak lepas stereng dan brek.
Aku tak lepas stereng dengan brek bukan sebab aku pro,
tetapi sebab terlalu gabra sampai tak dapat gerak langsung.
Kaku!
Betul dik.
Betul tekaan kauorang.
Lisa drift betul-betul!
Bak kata kakya,Drift donut bai.
Bulatan penuh.

Tekejut aku diknun!
Nasib baik takde kereta langsung,cuba bayangkan kalau ada kereta dari arah berlawanan,
Tak ke bercium kuat dengan kerta tu?
Tak ke kemik,
Tak ke menjalar aku atas jalan tu?
Tak ke akhirnya keadaan bertukar Lisa pulak kat atas aku?
Syukur betul aku.
Syukur sangat-sangat.
Dalam keadaan gabra tu,
Aku try tekan minyak,Lisa still boleh jalan macam biasa.
Aku teruskan perjalanan untuk balik ke rumah.
Sambil tu kauorang tau apa?

I'm shaking like hell!
Tak kisah la aku gangster ke hape.
Tapi masa tu memang takot gila wehh.
Aku bedebar nak mampus.
Aku macam tak percaya je yang aku baru lepas buat real drift!
Berputar 360 darjah lak tu.

Masa aku berlalu tinggalkan tempat kejadian tu aku pandang dari cermin sisi.
Berkesan hitam dik bulatan donut tu dekat jalan raya.
Ngeri aku!

Tapi apa-apapun,perjalanan harus diteruskan.
Kl dah menanti.
Aku teruskan perjalanan ke rumah dengan muka yang pucat,seluruh badan yang menggigil,minda yang tak percaya dan juga mata yang masih mengantuk.
Mungkin Allah nak bagi peringatan,
Supaya aku jangan melepak lama sangat sampai ganggu perhatian,
Nak ingatkan aku jangan memandu dengan laju walaupun tempat tu aku memang dah KING.
Nak ingatkan aku supaya jangan over confident.
Nak ingatkan aku jangan memandu dalam keadaan mamai dan tiada tumpuan.
BAHAYA OKAY?
Dan paling penting,
Nak ingatkan aku untuk fikir apa percakapan yang aku ucapkan.
Asyik cakap drift-drift je.
Sekali ambik kau terdrift betul-betul.
Tau pulak cuak.
Tu pun selamat sebab nasib baik.
Kalau nasib tak baik?
Camno?


...
..

Sejam lepas tu aku memulakan perjalanan ke KL.
Aku taknak guna perkataan drift lagi.
Lepas ni kalau orang tanya aku akan jawab.
"Aku memandu dengan cermat dari Kemboja ke Palembang."
Aku kena jaga percakapan mulai hari ini.
Cakap tu kan doa?
Kan?







12 ulasan:

butterflyana berkata...

hahaha nasib baek tak apa-apa jah kalau tak tak raya kau.
heheheh

syafiqxsaifullah berkata...

haha.
experience tu.
peringatan gak.
kena jaga apa yg nk kuar dr mulut ko!
hahaha.
aku suka ni :
Eh?
Ini bukan pengalaman ye kawan-kawan.
Ini semua pengaruh filem barat.*

:D

mish juju berkata...

agak2 mase raye nati ade lagi x bulatan donut 2?

mr and mrs sapic berkata...

jah asal ko x tron tgkap gmba itam kat jalan 2...bawu leh tunjuk kat cucu nenek eh ponah wat drift...

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

la tu ko yang buat ke..
penat aku basuh jalan tar baru tu..

fendy berkata...

hey,
aiyo,manyak bahaya lah tu.
thankz god xde jadi pape.
ish2,
drive elok2 lain kali ma.

Ainee Cumi berkata...

Sempat rakam tak? Kalau tak boleh masuk scene Kemboja Drift. Kalau I duduk sebelah U mau I jerit woohooo!!woohooo!! Hebatlah pije drift tanpa membuat sangkaan yang u sebenarnya tengah berada dalam bahaya.

NI NAK MARAH NI!! LAIN KALI BAWA HATI-HATI EHH, KALAU APA APA JADI KAT U MACAM MANA?? MESTI I RINDU DENGAN U TAU!! JANGAN BUAT MACM TU LAGI OK!!!!!!!!!

hamzah ian berkata...

wow.. haha

adel berkata...

bahye la u..
seb bek selamat ;)

AkuKopiKauSiapa? berkata...

ni lah aku rasa aku baca entri kau yang panjang dan aku baca tanpa skip.

sebab aku bayangkan kau sedang bercakap dan aku rasa kelakar.

haha..

cerita yang bagus.

Pije. berkata...

yana : tau takpeee.tak dapat pakai baju raya aku nanti.haha

syafiq : bahahaha.aku tak pena one night stand dowwwh.

juju : takdo2.dah ilang ujan basuh.

yanz : tak dapat de weeh.getaq!

addy : lerrr.kau ke y basuh?aku ingat bangla mane woook

fendi : baaaaaik!

ainee : jangan la garang2!betambag getaq okay!hahaha
thanx btw. :)

hamzah : wiw!

adel : tu lah u.umbelibebel.

kopi : oooo.sebelum ni kau skip lah eh?bahahah.hawaau

Tanpa Nama berkata...

welcome to real drift. teruskan usaha awak. kalau berlatih selalu bole challenge tengku jan nanti. trainning make perfect.hav a nice day.
-fizul shirul