20100802

Kadang-Kadang Aku Rasa Kasihan Kat Diri Sendiri Sampai Rasa Nak Meraung Dengan Kuat.

Dua tiga hari ni aku ada rasa kasihan pada beberapa orang.

Mula-mula aku kasihan kepada kawan sekerja aku.
Dia ada masa depan yang agak cerah di tempat kerja kami,
Tapi atas sedikit kesilapan,langsung masa depan dia yang cerah tu jadi gelap.
Langsung tak beri peluang.
24 jam.
*Semoga ada peluang lebih bagus untuk kau di luar sana.Jangan sedih sangat eh?*

Lepas tu aku kasihan kepada rakan aku.
Rakan yang dah lama tak jumpa.
Aku kenal dia dan pasangan nya.
Aku suka tengok diorang bersama sampai ada masa rasa nak macam diorang juga.
Tapi baru-baru ni aku dapat tahu mereka dah tak bersama dan pasangan dia bertunang dengan orang lain.
Walaupun aku dah takde kena mengena dengan diorang tapi aku tetap rasa sebak semacam.
Mungkin sebab aku pernah jadi saksi kisah percintaan diorang yang aku rasa tak patut berakhir macam ni.
*Dont let the past hold you, or else you can never move on. This too shall past,okay? *



Dan aku kasihan kan emak.
Sepatutnya anak dah besar-besar mak dah boleh duduk rumah dan bermanja dengan abah.
Tapi malangnya janji abah cepat sampai.
Dan emak tinggal sorang memandangkan semua anak sedang menjalani hidup masing-masing.
Aku yang ada ni pun jumpa emak pun masa malam je.
Bila balik pun aku mengadap internet je lebih.
*Kalau nanti aku dapat kerja mana-mana aku akan makesure ada orang teman mak.Kalau takde sangat aku bawak je mak sekali.Hah.*

Aku tau mengeluh tu tak baik.
Tapi..
Boleh tak,aku nak mengeluh dengan panjang sekarang?
Hhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhh.


Hidup ni memang susah nak jangka.
Kadang-kadang kita suka,kadang-kadang duka.
Tapi apa nak buat.
Layan jelah.
*Aku malas nak guna peribahasa roda tu.Boooring.*

Apa-apa pun hidup mesti diteruskan.
Okay.
Okay semua oraaang?

Tiap kali aku balik kerja,
Lepas parking kereta bawah porch.
Aku akan berjalan untuk menutup dan mengunci pintu pagar.
Pagar aku jenis yang tarik slide dan aku sedang memakai kasut kerja.
Dan,
Aku tak tau kenapa aku terasa macam awek yang jadi pembantu untuk pusingkan kiub huruf dalam Rancangan Roda Impian.
Hik.

Saya pilih huruf F!Untuk maaf Halim! - Hamid Ghurka.






8 ulasan:

Farhan Che Hassan berkata...

yela, pijah. aku pon rase nak mengeluh panjang2 bile pk pasal mak aku. umur dah 62thn, tp x bersara2 lagik. haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~~~~~!!

siggplus berkata...

sama lah. aku kesiankan mama duduk rumah sorang2,

macam mana muka dia berseri-seri setiap kali salah sorang anak dia balik.

treats us like a king

SZ berkata...

haihhhhhhhhh..
nak mengeluh gak..

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

sempat buat lawak hamid gurkha..

wa dah tacing2 baca..
lepas tu ada hamid gurkha..
wa dah gelak guling2..

Pije. berkata...

paan : kesian kan?tapi apa naaak buaaat1.huish

siggplus : mama kau pun duduk sorg.mama kau ada fb tak?suruh dia add mak aku.boleh jadi geeeng.main poke2 time sunyi. :)

sz ; silakan.mengeluh je all day long.

addy : aku memang minat pak hamid gurkha weh.heh

StingRay berkata...

tang hamid gurkha tu..memang tabley bla.Aku tengok dulu gelak sampai tak tau nak cakap.

epic habis.

haha..

Ainee Cumi berkata...

U boleh jangan buat lawak tak waktu ending. Kelakar siot! Sumpah I bayangkan ok! Dahlah orang tengah melayan kesedihan rasa kasihan kat orang-orang. Cis!

NAK GUNA PERIBAHASA TU!
Hidup ini ibarat roda, bila dah pancit kena pergi stesyen minyak isi angin tayar maka baik kita guna roda kayu.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

o untuk astro halimah....kamonn...ada benda yg bole buat anda tidak mengeluh... alah a'an..sembang deras,padahal ko la paling banyak komplain..