20100809

Smkm.Syg keje elok-elok.Smkm.


1. Akak aku dah habis pantang.So Kinana dengan Kayyen dah balik rumah sendiri. Jadi dekat rumah sekarang cuma ada aku dan momma. Sunyi pulak rasa. Rumah pun licin semacam sebab takde "tukang kemas". Momma juga sudah ada pesbuk. Jadi masing-masing mengadap internet je tak berkelip.

2. Sejak akhir-akhir ni malas sungguh rasa nak pergi kerja. Mungkin tengah dalam musim muak. Musim yang tetiba rasa meluat benar nak memandu. Meluat nak tengok muka customer. Meluat nak tengok broadband. Meluat nak bangun pagi. Meluat serba serbi. Dah lah orang kat office tu macam bebudak. Bertekak pasal siapa yang start guna perkataan "cekadak maut". Bertekak pasal orang tu india atau serani. Handbag tu ori atau immitation. Small matters kot. Blerghh. Biasanya kalu situasi ni berlaku aku akan pergi jauh dari tempat diorang sambil memaki dalam hati.

3. Hujung minggu lepas pergi melepak dekat rumah Jibam. Zana pun dah duduk sana. Seronok betul dapat duduk serumah dengan kawan-kawan. Teringat masa buat diploma dulu. Macam-macam kerenah. Paling tak boleh lupa bila nak berak mesti simbah air dekat pintu toilet. Sebab taknak mamat jiran sebelah dengar bunyi "PLUP". Jiran sebelah dah lah kuat mengejek. "Berak keras ke kak?".

4. Dah nak puasa. Rasa macam baru semalam je pergi mesjid untuk sembahyang raya.
Rasa macam baru semalam je makan rendang hitam dengan nasi panas. Melentik selera.
Rasa macam baru je semalam mula kerja.Sedar tak sedar dah setahun lebih. Rasa macam baru je semalam habis sekolah. Sedar tak sedar ni dah tua. Ah. Semua-semua pun macam rasa baru semalam lah. Sedar tak sedar semua dah di sia-siakan. Rugi.

5. Ini jam semua orang emosi kacau. Semua belumba nak touching. Mungkin semua tengah terganggu sebab lepas ni sebulan tak boleh makan hari siang. Gelisah lah tu. Semua orang ada ego yang nak dijaga. Tapi agak-agak lah. Aku selalu tertanya macammana orang yang dah bercinta lama lepas tu clash dan sebulan lepas tu dia da dapat pasangan lain macam tiada apa-apa berlaku. Gila laju move oonn! Ajar! Ajar aku pleaseee!

6. Aku rasa aku dah tahu kenapa aku belum obeses nak ada pakwe. Bukan lah tak minat,tapi rasa tu belum mendesak sangat. Bila tengok orang bercinta memang lah aku suka tapi takde lah sampai aku makan hati,memendam rasa tengok diorang. Aku rasa Sebab aku tengah obses dan leka dengan kawan-kawan aku. Diorang semua best bai. Kalah pakwe. Ada masa touching. Ada masa manja. Ada masa rasa nak sepak. Tapi pusing-pusing rujuk balik. Takde beza kan dengan pakwe?

7. Aku dapat sms dari siapa tah. Dia kata aku kacau pakwe dia. Perempuan bahlul macam ni memang banyak kat luar sana. Orang becinta, dia pun nak becinta. Tapi bodoh mengalahkan kerbau. Aku tak minat nak becinta sekarang. Pakwe orang lagi lah aku tak minat. Becinta pun nak kena ada ilmu sikit dik. Jadi kerbau je tak payah ada ilmu. Ah kau tak payah jadi kerbau lah sebab kau memang dah kerbau. Aku punya nak elak isu macam ni,tiba-tiba kena jugak. Mengundang betul.

8. Streamyx ni memang pantang kena puji. Puji sikit mula buat perangai tekangkang dia tu. Kejap-kejap disconnect. Kejap-kejap tak stabil. Loading tak berenti. Sabar. Sabar. Sabaaaaaaar.

9. Aku rindu beberapa orang. Tapi tak boleh nak bagitahu orang-orang tu. Sebab takot tersalah bagi harapan. Atau nanti disalah tafsir. Atau tak sesuai langsung nak bagitahu. Mungkin ada perkara yang ditakdirkan untuk dipendam saja. Pendam supaya biar kita sendiri tahu. Sebenarnya boleh je nak bagi orang tahu. Tapi aku tak cukup konfiden lah. Lagipun aku dah malas nak heartbroken lagi. Bosan.

10. Rumah jibam serius selesa. Bilik besar-besar kelas. Bilik air pun indah. Berselera betul nak berak. Tapi malangnya masa kat rumah dia belum sampai seru nak berak. Rumah jibam ada sofa mewah bai. Lorenzo mari. Kalau tumpang tido rumah dia tak payah susah-susah nak bawa tilam ke hape.Tumpang je tido kat lorenzo dia. Aku nak duduk sekali dengan kau orang woiii.


Menonton television sambil menghayati kelembutan sofa keluaran Lorenzo.Terbaik.


Selamat berpuasa semua orang.
Jangan Ponteng-ponteng.
Mendapat kau ronda dalam van jenazah nanti.
Jum sahur?


4 ulasan:

SZ berkata...

dey minachi!

selamat pose beb!

:)

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

selamat berpose..

kiranya wa ada harapan la nak usha lu..

haha..

Pije. berkata...

sz : selamat!makan sushi ke berbuka?hehe

afzainizam : yola2.

addy : kemahin.kumpul hantaran cepat.