20100911

Dunia Aku Memang Takde Kena Mengena Dengan Dunia Awak.Okay,Mungkin Ada Sikit.


Hari raya tahun ni memang cool lah.
Walaupun kak ani tak siapkan baju raya yang aku tempah walhal dah 2 bulan aku hantar.
Aku tetap rasa steady,sebab lepas kerja aku terus laju-laju cari baju kurung readymade.
Selamat juga aku merembat 4 pasang sekaligus.
Aku pakai saiz xs tapi tang kain apehal agak fit?
Mungkin buntut aku terlebih tembam dari yang sepatutnya.
Okay geli.

Semalam aku tidur lambat gila tapi seperti biasa,
Bawah pukul 10 pagi mesti mata aku dah terkebil-kebil nak bangun.
Terima kasih dunia pekerjaan.
Mata aku semakin berdisplin semenjak kau hadir.
Terima kasih.

Aku memang tak suka memasak.
Tolong mak memasak pun aku memang jarang buat.
Ke tak pernah buat eh?
Mak aku selalu bising kata dia risau kalau aku kawen nanti aku tak pandai memasak.
Nanti laki aku marah.
Mak mertua pun merungut komplen dapat menantu pandai melawa je masak tak reti.
Lawa ke?
Diam.Diam.
Habis anak bujang dia jadi kurus sebab kurang makan tapi nasib dapat bini lawa.
Aiceyhhh.

Tapi,
Hari ini aku masak spagheti.
Sebab itu je yang aku rasa pandai dan rajin nak masak.
Semua orang puji sedap.
Aku pun rasa sedap.
Bila orang dah asyik puji-puji mula lah aku nak perasan tak agak kan.
"Tengok mak,orang ni sebenarnya memang berbakat dalam memasak.Cuma tak berapa nak rajin je." Sambil buat muka paling bongkak dan hidung pun sama buat perangai nak bongkak jugak. :8

Petang tadi sepupu belah abah aku datang,
Malangnya kuah spagheti dia dah habis,
So aku kena masak lagi untuk kali kedua,
Tapi bila masak kali kedua ni terpedas pulak.
Haih.
Tu lah bongkak lagi.
Pantang kena puji sikit laju je nak spoiled!
Tapi jangan risau.
Diorang tetap puji sedap.
Aku tak tau lah diorang ambik hati aku ke ape.
Tapi ada aku kesah?
Ada?

Lagipun sekarang ni kau jangan peduli sangat apa pandangan orang,
Yang penting diri kau.
Dahulu kan ego,hati dan perasaan kau.
Sebab kalau bukan kau yang nak peduli,kau ingat orang lain nak peduli ke?
Takdenyee.
So aku dah buat keputusan yang aku dah taknak tunggu.
Bosan la asyik konflik dalaman sorang-sorang.
Aku nak just go with the flow.
^^


Aku dah banyak sangat gambar pose yang sama.
Muka ayu,rambut depan kasi lengkok kemas,muncung kasi tajam.
Jadi agak boring kan?
So hari ni nak bagi kauorang tengok pose lain.
Pose menjalar.

Amacam?
Selamat Hari Raya sekali lagi wokk.







6 ulasan:

roxaneroxia berkata...

selamat!selamat!SELAMAT ARI RAYE! miss u..muamauamaua

pameklampard berkata...

hahaha..macam nk berkung-fu jek gayenye tuh..

azrinandaputra berkata...

oi pijat~! aku nak minta maaf zahir dan bathin ngan ko selama aku kenal aku banyak kutok2 ko kan, so minta maaf la eh? pasni 0-0 tau. Selamat ari raya~!

inaaa. berkata...

amboiii menjalar awk nie kalah menjalar kita tau takk!!

cikot berkata...

selamat hari raya wey ...

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

cun..
den nak kurus..