20100903

Emosi kepoh jugak.


Hari ni ada beruang dalam tekak.
Dalam hidung pula ada paip.
Mana datang aku pun tak tau.
Yang penting tak suka.

Tadi aku nak curi tulang dalam stor.
Nak tido kejap.
Tapi asyik terkejut tanpa sebab munasabah.
So,tak dapat curi tulang pun.
Curi daging pun lagi lah tak dapat.

Tadi ada orang inbox fb aku.
Dia pakai gamba katun lepas tu suruh aku teka dia siapa.
Kepala dia.
Aku malas nak layan gurau bodoh macam tu.
Aku tak pedulikan dia.
Last-last dia bagi pesanan.
"Okla pija,Selamat hari raya aidilfitri.Maaf zahir dan batin.
Semoga hari lebaran nie kau lebih menghargai orang".
Fine.That's hurt.

Hari ni colleague aku semua dapat bonus.
Kenapa diorang tercicir kan nama aku pulak?
Sedih lah.
Rasa nak tacing je.
Lepas raya lah alamatnya baru dapat.
Arghh.
*Duit raya dari aku memang takda lah jawabnya.*

Aku percaya dengan Karma and aku pegang quote "What goes around comes around."
Kauorang tak payah nak ingatkan aku.
Aku tau aku dah banyak abaikan orang tanpa sebab yang kukuh.
Dan aku tau Maaf saja tak cukup untuk menebus semua tu.

Sekarang pun rasa macam karma dah datang melawat.
Sebab kadang-kadang aku rasa macam aku tengah bermain dengan api.
Lost and insecure.
Memang sakit diabaikan.
No wonder "kau dan kau" dendam dekat aku.

Sekarang aku nak "kau dan kau" tahu yang aku dah dapat balasan.
Hah.Apa tunggu lagi?
Pergi la celebrate sekarang.

Okaylah.
Mungkin apa yang paling aku perlukan sekarang adalah tidur.
Good night everybody.


10 ulasan:

wakil abalagana berkata...

u jgn tacing, klu u tacing i lagi tacing. (tak pasal)

Pije. berkata...

u pemalas log in kan?

inaaa. berkata...

sakit nya bila di karma kan.
huuuu :(

Pije. berkata...

memang sakit.
balasan untuk semua supaya tiada yang berbeza kot. :|

fendy berkata...

hey,
chill lah. :)
jangan touchin2 ok.

adel berkata...

sian nye u...
anyway, samat ari raye!

roxaneroxia berkata...

life is tough jah..

Drunbella Khoo berkata...

abaikan orang-orang yang annoying takpa kut.
huhuhuhu.

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

tacing = sentuh..

kakya. berkata...

kau saje cakap macam tu.kan?