20100926

Random Setiap kali.


Setiap kali kunyah chewingum dan berjaya buat belon yang besar aku akan rasa sangat macho.Kadang-kadang belon yang aku buat tu terlampau besar sampai bila dia meletup dia salut hidung aku sekali.Masa tu aku memang akan gelak kan diri sendiri.

Setiap kali orang babitkan aku dengan cerita kononnya aku rapat dengan seseorang kerana duit aku rasa benda tu nonsense.Sebab so far tak pernah pulak aku kikis duit lelaki, belanje minum tu standart lah tapi nak kikis?Duit kau pun aku tak pernah nampak lah oi.

Setiap kali aku tunggu seseorang,aku akan jadi orang yang tak peduli perasaan orang lain sebab aku rasa apa yang aku tunggu berbaloi.Aku jugak akan abaikan semua peluang aku dengan orang lain sebab aku yakin orang yang aku tunggu tu memang akan datang.Tapi hakikatnya membazir.Jadi sekarang aku benci menunggu.

Setiap kali aku betul-betul nak sesuatu,biasanya memang takkan dapat terus.Ianya hampir dapat atau dekat-dekat nak dapat.Tapi nanti sampai suatu masa,benda yang aku nak tu memang akan datang sendiri dekat aku,malangnya masa tu rasa hendak tu dah tiada lagi.Jadi dah tiada guna.Too bad.

Setiap kali aku rasa sedih,aku akan bemuram untuk beberapa hari,lepas itu diri aku sendiri akan mencipta suatu situasi sendiri yang buatkan emosi aku boleh pulih dengan cepat.Aku suka ini,sebab aku ada hati yang seliat lintah.Sakit memang sakit.Tapi kental tu yang penting.

Setiap kali aku paksa nak update blog benda macam ni lah jadi.Entry semacam tahi.
Tapi takpe lah.Blog aku kan?Suka aku lah.
Aaaa.Aku ada satu teka teki feveret.Nak kongsi boleh?
Nenek siapa yang kuat melompat?
Nenek kau?
Apaa?
Nenek aku?
Cupau nau jawapan kauorang.

Jawapan dia nenek Si katak lah.
Hehe.Kiut kan?

P/S : Terima kasih kepada yang rindu aku.Kepada yang tak rindu tu,kau kejam. :)




16 ulasan:

butterflyana berkata...

kau tunggu jejaka mana jah?
dulu aku pernah berada dalam situasi menunggu tu, dan bila dah dapat memang WOW.
bersabarlah.

Pije. berkata...

tak tunggu siapa2 pun yana oii.
dah malas.dah tanak sabar.
hahah.

:9

-en.sani- berkata...

nenek aku kalau pijak nenek katak, mmg tak tau la ape jadi...

Pije. berkata...

ahahah.
aku tau!
nenek kau mesti melompat jugak ah kan?haha

daLYaLaMHa berkata...

tunggu tu penatkan? sampai rs dah give up tp tetap tanak lepaskan peluang. muahaha

Pije. berkata...

bukan aje penat.bodoh dan bangang juga.hahha

syafiqxsaifullah berkata...

tak payah tunggu.
sebab dia pasti akan datang.

eh yg sebenarnya, aku xbrp tahu nak komen apa tiap kali lalu blog kamu.
tapi, cara kamu deliver apa yg kamu rasa, berkesan.

seronok baca.

Pije. berkata...

komen aje.
kalau tak kena topik pun aku takkan marah kamu.haha.

thanx lah. :)

Cik Bucken berkata...

lek lu pijah..
minum2 kupi dulu ke..
mne tau time minum kupi tu org ko tggu dtg..=P

Ainee Cumi berkata...

Sumpah windu ehh dengan penulisan u yang boleh dapat A++ ni..

roxaneroxia berkata...

rindu lah.blog pun dah mekap baru.dah.jgn tgu lg.

Pije. berkata...

cik bucken : tak lah manada tunggu.dah berlalu dah semua tu.dong2!

aine : ahh.u mmg pandai amik hati i kan?grrrr!hahah

kanna sayang cuk : alolololo.ni cerita pasal tggu y dulu.tupai comel tu.hehek. :p

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

rindu?

inaaa. berkata...

yina rindu pipi.
muahh.

SZ berkata...

tunggu sape weh.
tunggu dgn macho kental.
wiii~

;)

chaon berkata...

skrg musim becinta ke?semua org lembut hati.awww