20101007

Tribute To Yina Yang Tak Lepas Interview Post SPA.


Nah i lukis hati untuk you olzz.
Hati i imperfect, sebelah besar sebelah kecil.
Jadi i nak you olzz tolong balance kan hati ini dengan saling berkongsi.
Boleh?
Apa??
Tak boleh??
Huh?
Kedekut lah you olzzz!
Menyampah.


Aku rasa orang tua yang aku boleh buat kawan adalah Pakcik dan Makcik guard.
Tak tahu apa pasal tapi aku rasa diorang boleh dibawa berbual dan boleh masuk sikit lah berbanding orang tua yang lain.
Aku ada beberapa pengalaman berkawan dengan pakcik dan makcik guard yang aku memang sentiasa ingat.

Pak Cik Sulong.
Ini pak guard masa aku dekat sekolah teknik.
Cik sulong ni umur dalam 60++.
Putih-putih macam cina.
Biasanya petang-petang mula lah tekak menggelupur mintak pepsi twist.
Al maklumlah duduk asrama ni kadang-kadang tekak memang mengada.
Maka aku dengan kawan-kawan akan menebeng dekat pondok guard tu.
Kalau cik sulong yang jaga memang best.
Pujuk-pujuk sikit dah dapat green light.
Berlelah lah kitorang pergi petronas depan sekolah tu.
Kalau weekend pulak,tak dapat balik jadi ibu bapa boleh datang melawat.
Cik sulong akan jaga sound system untuk membuat pengumuman.
Cik sulong punya pengumuman memang kreatif.
Dah la dia pekak,jadi sound system tu dia akan bukak kuat-kuat sampai clear kat telinga dia tapi pekak pulak kat telinga kitorang.
Ada satu pengumuman yang cik sulong buat sampai sekarang pun aku tak boleh lupa.
"Kepada muhamad polan sila ke depan sekarang ye,ni ha,ada mak datang bawak barang.Ada sepender ke apa dalam plastik ni.Keropok,biskut pun ada
ni.Bla.Blaa.Bla."
Esoknya,memang selamat jadi bahan la budak tu.
Kesian.
Eh.Hari tu baru je aku jumpa cik sulong dekat tempat kerja aku.
Aku tegur dia tapi dia tak ingat aku.
Dia ingat abah je.
Sebab abah suka bagi dia duit kopi.
Abah dengan cik sulong dua-dua sama kelaka.
Dua-dua comel.


Shima.
Ini pun guard masa aku kat sekolah teknik jugak.
Dia ni kira pioneer bagi golongan pengkid lah aku rasa.
Gemuk-gemuk pendek.
Rambut pun pendek.
Umur macam dalam lingkungan 40++.
Tapi dia tak lah ikat tetek macam pengkid zaman sekarang ni.
Dia ni jenis pandang orang semacam je.
Macam pandangan romeo ada,violence pun ada.
Seram.
Rokok dia memang tak tinggal,berasap memanjang.
Pendek kata memang gaya lelaki lah.
Ada sekali dia cakap dekat member aku yang dia lelaki.
Kalau tak caya nanti dia tunjuk barang.
HAHAHA!
Dada semangat,lagi ada hati nak mengaku lelaki.
Hoho.
Tapi dia ni baik.
Sebab malam-malam dia rajin layan tekak kitorang.
Dia jadi runner beli nasi bungkus dekat luar.
Aku tiap malam pun order nasi goreng kampung.
Tak jemu-jemu.
Konon macam rindu sangat lah kat kampung tu sampai asyik nak makan nasi goreng kampung je.
Dia ambik upah 50sen satu order bai.
Banyak untung tuuu.
Dah kerja macam ni,dah kena buat belanjawan sendiri,baru aku terpikir.
Pandai jugak shima ni carik duit tepi ek?

Akak Bingkisan.
Aku tak tau nama betul akak guard ni.
Tapi kitorang panggil dia akak bingkisan sebab kening dia licin habis,lepas tu dia lukis kening sendiri pakai celak kaler coklat.
Umur lebih kurang 30++ hampir 40.
Gila punya cemerlang kening dia dik.
Kadang-kadang posisi kening dia berubah setiap hari.
Ada yang tertebal lah,terlebih panjang lah,tercomot lah.
Nampak sangat kening tipu.
Dia ni guard aku masa buat diploma.
Mula-mula kenal dia ni kerek.
Belagak kemain,setiap kali nak keluar kena mengadap letak kad outing dekat dia.
Terseksa betul.
Ada suatu hari tu balik dari kelas aku dengan kawan nak pergi kedai kejap,tapi malangnya kad outing tak bawak tertinggal dekat asrama.
Nak pergi ambil dah malas sebab jauh sangat.
Last-last kitorang merayu-rayu buat muka kesian yang macam penting sangat kena keluar time tu jugak.
Lepas tu berjaya bai.
lembut hati pulak dia petang tu.
Bila balik dari kedai tu kitorang belikan dia goreng pisang rm3 sebagai tanda terima kasih.
Kasi hati dia sejuk sikit.
Semenjak hari tu dengan kitorang dia dah kurang kerek.
Kad outing aku yang memanjang tak bergambar tu pun dia buat tak nampak je.
Ntah bila aku pun tak sedar tiba-tiba je dia dah hilang.
Berhenti kerja ke hape aku pun tak tahu lah.


Aci Hospital.
Aci ni aku memang tak bekenan.
Dah la belagak macam ketua polis negara.
Dia ni guard dekat hospital besar seremban.
Kurus-kurus.Umur dalam 50++.
Masa tu momma kena operate jadi kitorang ramai-ramai lah melawat dekat katil wad tu.
Wah bukan main kecoh lagi dia memekak.
Nurse dengan doktor yang tengah buat kerja masa tu pun tak pulak bising macam dia.
Padahal kitorang berjimpit-jimpit dekat dalam wad tu sampai tesenggol-senggol dengan doktor tengah cek air ape jadah semua tu.
Cool je diorang.
Nak jadi cerita masa tu kaklong aku terlambat sampai,betul-betul waktu melawat nak abis.
Takde tolak ansur langsung dia mati-mati tak bagi masuk.
Dah gaduh-gaduh sikit baru dapat masuk jumpa momma kejap.
Itupun dia duduk je kat tepi tunggu sampai kaklong aku keluar dari wad tu.
Kemain menggelabah engko eh aci.
Yang paling aku tak puas hati tu,aku duduk dalam wad teman momma.
Dekat dalam wad tu ada pesakit india jugak.
Apehal pukul 10 malam pun aci tu ada pelawat?
Apa dia masuk ikot tingkap ke apa sampai aci kerek tu tak nampak?
Racist kemain.

Pak Guard Bang-bang.
Dulu ada suatu masa akak ulang alik dari rumah ke sekolah dia dekat seremban tu.
Jadi aku dengan akak pergi kerja sekali lah.
Mula-mula aku hantar akak pergi sekolah dulu, lepas tu aku tidur jap dekat parking kereta sekolah dia.
Lebih kurang 8.30 baru aku gerak pergi tempat kerja aku pulak.
Dekat 2 minggu jugak aku keluar masuk pagar sekolah akak tu sampai pak guard kat situ pun dah cam aku.
Sebab pak guard dekat situ dah kenal aku,so aku takde lah berhenti lagi tiap kali nak masuk
pagar sekolah tu.
Selalunya aku main pandang je,ataupun angkat tangan.
Ada suatu petang tu,patutnya aku nak angkat tangan dekat guard tu,
tapi yang keluar signal macam nak menembak pulak.
Siap buat bunyi bang bang lagi.
Padahal guard tu bukan dengar pun.
Aku unpredictable sampai ada masa aku pun tak sangka yang aku akan buat benda macam tu.
Dah lah tiap kali aku lalu je dia buat bang bang balik kat aku.
Tapi aku tak balas pun,aku buat tak reti je.
Suatu pagi tu aku lepak pakai-pakai bedak dalam lisa sebelum masuk kerja,
Tiba-tiba cermin lisa kena ketuk.
Terkejut beruk aku dik.
Kau tau siapa?
Pak guard bang bang tu lah!
Bila aku pandang dia,dia buat bang bang kat aku lepas tu suruh aku bukak pintu lisa.
Seram sejuk aku sial.
Matilah aku kena culik ni kang.
Aku ingat dia ikot aku.
Rupanya topup dia buat perangai tak masuk-masuk.
Semenjak hari tu aku takde signal-signal lagi kat dia dah.
Tapi kadang-kadang kalau aku pergi sekolah akak dia ada bang-bang aku lagi.
Aku buat tak reti je.
Akak aku kata dia macam tak betul sikit sebab dulu dia ada accident teruk.
Patot aku nampak ada kesan parut panjang melintang dekat kepala dia.
Seramm dik nun oi.

Aney CIMB.
Aney ni guard yang jaga mesin ATM.
Selain melepak dan membuang masa,hobi aku adalah melawat mesin ATM.
3 hari sekali mesti pergi lawat mesin tu.
Tak pun sehari sekali.
Ada satu hari tu aku confident je masuk nak cucuk duit.
Aney tu ada duduk dekat tepi mesin ATM.
Dia pandang aku.
Aku buat muka sombong sikit dekat dia.
(Banyak betul entry aku yang ada aku buat muka sombong kan?)
Lepas tu nak cucuk duit laju-laju dan berambus.
Sekali aku tekejut.
Jadah hape aku bawak kad mesra petronas pulak?
Aku pandang aney tu, sekali rupanya aney tu tengah gelakkan aku.
Patotlah semacam je dia usha aku.
Aku ingat dia nak ngorat aku.
BAHAHAHA.
Cibai.
Sambil cover malu aku lari dekat lisa balik,ambil kad ATM yang betul lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk dekat aney tu.
(Eh.Eh.Siapa suka sambal kerang angkat tangan!Nak high five dahi kau sekali.Kita geng woi!)
Nasib baik masa tu hanya ada aku dan dia.
Kalau ada orang lain memang aku tak cucuk dah tu,aku lari masuk lisa carik ATM lain je.

Pak Guard Maxis
Haa.
Ni guard yang aku tengah kena mengadap hari-hari.
Seorang india seorang melayu.
Uncle yang india ni serius sikit.
Tegas.
Tapi boleh buat borak jugak.
Tadahal.
Biasa kalau ada customer bawak anak kecik yang tak boleh duduk diam senang je.
Mintak uncle ni je settle kan.
Dia pandang lepas tu dia buat muka garang terus diam budak tu.
Kalau tak buat garang macam tu,alamatnya abes la maxis tu jadi track balapan.
Ntah hape yang girang sangat berlari dalam tu agaknya.
Sampai jatuh-jatuh telefon demo,flyers semua.
Yang lagi sorang,yang melayu ni kurus-kurus.
Cool je buat hal sendiri.
Kejap-kejap hilang pergi minum teh.
Kejap-kejap buat cuti sendiri.
Haa.
Pakcik ni kalau nampak aku makan gula ke chewing gum ke nanti dia pun mesti nak.
Ada suatu hari aku beli gula Skittles yang sour punya.
Dia sibuk sangat nak jugak.
Aku bagi dekat tangan dia tapi aku tak bagitahu dia yang gula tu masam.
Kemain konpiden makan sekali 5 engko.
Hambik kau siap bekerut-kerut muka dia tahan masam.
HAHHAHAHA
Comel weh.
Macam muka popeye.
Tebahak-bahak kitorang gelak.
Dia siap nak sekeh aku lagi.
Tak lama lepas tu dia mintak lagi gula tu kat aku.
Apahal?
Suka pulak diaaaaaa tu.
Adeh.

Walaupun aku anggap diorang macam kawan-kawan,tapi aku tetap respect diorang.
Walaupun kadang-kadang berlagak diorang tu semacam je.
Kalah pengarah engko!
Pendek kata macam semua dia tau lah.

Tapi mesti selalu hormat diorang ye adik-adik,akak-akak,abang-abang sekalian.

Kalau diorang kerek kau kerek balik.
Kalau diorang ajak bertumbuk tapi kau rasa tak mampu nak menang.
Takpe.
Kau roger aku.
Aku ada membe-membe kuat gaduh punya. Klik lah mana bekenan.
Gangster habis semua tu.
Siapa nak ajak perang memang tak gentar punya wokk.
Darah pahlawan mengalir kau jangan buat main eh.


Abaikan yang lelaki belakang tu.
Dia tu Tok Guru Silat kitorang.
Masih single.




21 ulasan:

kakya. berkata...

aku baru paham tajuk entri dengan cerita kau.bahaha bangang tak?

Pije. berkata...

kesian kau kakya.
kau ni lambat 12 hari la.kenapa?
haaa.

kakya. berkata...

lembam sebab aku carik jeruk tak jumpa.tok silat?ahahahahahaha

jiajiot berkata...

wahahahah...rindu kt ttj dulu...tp bukan rindu geng buku 'suci' yang kurap tu!

mr and mrs sapic berkata...

rindu shima weh...hahaha

Pije. berkata...

jibam : ceret ngkooo.tak rindu langsung!hahah

yanti : kau mesti tak tau shima nak tunjuk batang dia kat eno kan?hahaha

inaaa. berkata...

ahahaaaa.aku pon baru paham tajuk entri kau ijah.

shima.shima.
aku siap bergaduh ngn kau sampai cikgu raden dtg selesaikan ketegangan kami...shima bajet ensemmm!

-en.sani- berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
-en.sani- berkata...

ciss....kenapa kau suka sambal kerang? kenapa perlu tiru aku?

aku ingt lagi masa kecik2,bukak majalah 'keluarga',kan ade resipi byk2 situ, main cop-cop makanan kegemaran dengan adik...gile teruja...pastu kalo terpilih mkanan sama, siap gaduh tarik2 muka taknak kawan....hahaha....bidaah sungguh....

Pije. berkata...

yina : hahah.shima dgn semua pon dia nak gaduh.akak aku sampai nak betumbuk ngan dia mlm nak anta hp aku tu.

en sani :kau pun suka sambal kerannnng?tiru niiii.
hahaha.

cop2 makan dkt majalah?ada kena mengena dengan pak guard tak?hahah

Drunbella Khoo berkata...

nak berkenalan dgn pak guard bang-bang laa.
hahahaha.
=D

-en.sani- berkata...

sori sikit...tiap2 pagi aku kalo sarapan nasik lemak, kena ada sambal kerang...takpun kupang...peh,beguling bijik mato tekeluar dari saghung eh...

Pije. berkata...

drunbella : sumpah u taknak kenal dia.saikoooo!takot gila.hahah

sani : ahh.tak kira.kau tiru jugak.hahah

shighul berkata...

emmm mehhh mandi minyak. dah leh khatam dah.last2 but not least.. jurus pukulan tanpe bayang pasti tergolek dog.maun?emmm mekdi.hikk.

Azrinandaputra berkata...

ala. pakcik sulung tu kuat meraba budak laki. tapi dia memang sporting.

Pije. berkata...

shighul : dah buleh abeskan kelas silat ye tok guru?baik.baik.nak bawak kain kunin tak?


nanda : ahahahah.dia kuat raba ke?bahah.kau pena kene tak?

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

pakcik sulong memang suka raba orang..

aritu dia ada kat
skolah senawang 2..

skang wa x tau katne..
wa memang mengikuti perkembangan uncle ni..

Pije. berkata...

addy : lu kenal dia?dia baik la.saje je gurau gatal2 tuu

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

kan ke kita satu sttj

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

baru perasan..

bila bergambar pegang cawan memang sempoi..

ally da wunan berkata...

auntie shima n pakcik sulong mmg guard yg sempoi :)