20101128

Fhitim uolss.


Setelah hampir dua bulan Fhafa koma akhirnya Fhafa sedar semula.
Itu pun setelah aku berusaha dengan keras utuk membuang muncung yang menyebabkan fhafa jatuh sakit.
Muncung itu telah dijangkiti kuman.
Dan tidak boleh digunakan pada Fhafha selagi tidak diubati.
Namun apelah maknanya hidup Fhafa tanpa muncung.
Bagai irama tanpa lagu.
Bagai kopi tanpa susu.
Dan lebih teruk lagi,
Bagai aku tanpa ais.
Atau aku tanpa nasi.
Ahh.
Tak sanggup.

Aku sangat tersiksa bila Fhafa koma.
Aku rindukan kenyitan Fhafa.
Jadi aku nekad, aku mesti menghadiahkan Fhafa muncung baru sementara menanti muncung lama diubati.
Walaupun aku rasa menggigil nak berkorban untuk muncung Fhafa, namun aku kuatkan semangat.
Sampaikan abang aku kata aku bangang masa membayar harga muncung baru Fhafa.
Aku tercabar.
Lalu aku gendangkan perot beliau dengan kuat.
Maka menangis-nangis lah beliau sambil menyesali perlakuan melampau beliau sebentar tadi tu.
Huh.
Menangis konon.

Mula-mula aku rasa agak bangang jugak sebab beli.
Namun sekarang tak lagi.
Aku suka siuuut.
Fhafa dah sihat dan tak koma.
Walaupun dengan muncung baru yang pendek ni Fhafa agak terbatas kemampuannya.
Namun aku suka.
Muncung baru Fhafa aku bagi nama Fhitim. :)

Fhafa and Fhitim looks good together. <3



Badik

Tiju

Kakya

Pipijah

Notis :
Kepada semua orang yang simpati kepada aku sebab hilang purse hari tu aku ucapkan berjutajuta terima kasih.
Dengan ini aku ingin meminta maaf berjutajuta juga kerana telah membazirkan rasa simpati kalian.
Purse tercinta rupanya tak hilang.
Hanya tersalah letak.
Dan aku yang gemuk dan tua berkedut ini ternyata begitu cepat terlupa dan cemas.
Mati-mati sangka dah hilang atau tercicir.
MINTA MAAF.

Lain kali kalau aku cemas-cemas kehilangan barang, sila jangan segan silu untuk memberi lempangan.
Pemberian lempangan bergantung pada terma dan syarat.

Bai.





5 ulasan:

Cik Tudung Merah berkata...

haha. memang kene maki je lah pija oii.lepas ni beli supplement ginko biloba, untuk kembalikan ingatan. keekkeke

roxaneroxia berkata...

nak amik gmbr gune fhitim jugakkkkk

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

tu la suka-suka sangat

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

badan ko banyak toksin.

tasha's berkata...

nak hadiah??????? klik saya ya