20100128

Love.

I ada seorang kawan.
I kawan dengan dia dari sekolah menengah.
Itu pun masa tingkatan 5 baru i rapat dengan dia.
Sebab kami satu dorm.

Kawan i ni pelik sikit.
Dia boleh nampak benda pelik.
Yela dah dua-dua pun sama pelik.
Pelik sama pelik tak pelik lah kalau boleh jumpa geng sepelik.
(Eh.ape kepelik sangat ayat i ni?Pelik.Pelik.)
Lepas tu dia meroyan lebih.
Masa sekolah dulu,warden semua kenal dia.
Sebab dia paling berani buat meroyan.
Lagipun dia kuat serong.
Ada sekali die telefon i tengah malam.
Dia cakap dia tengah dekat kubur arwah nenek dia.
I tanya kenapa pergi sana?
Dia kata dia lari dari rumah.
Pelik kan?

Kawan i ni juga ada suara yang sekuat halilintar.
Suara dia boleh tukar-tukar dari slow pitch ke high pitch.
Hari tu i baru je lepak dengan dia.
Kami pergi karoke.
Dia tak menyanyi tapi dia bersajak.
Layan habis lah.
Sebiji macam baca sajak Hari Merdeka.
Meremang-remang tengkuk kitorang yang lain dengar.

Dulu jugak masa sekolah dia penganut skinhead oi oi.
(Betul ke pakai perkataan penganut?Belasah je la eh.)
Kalau kauorang tengok baju dengan kain sekolah dia.
Mesti kauorang kagum.
Singkat habis.
Tudung pon sama.
Masa tu i baru pindah dari sekolah agama yang baju kain dan tudung semua labuh belaka.
Jadi i macam culture shock lah tengok dia.
Salute betul.
Ada sekali dia tunjuk i gambar dia pakai mini skirt petak-petak.
Lepas tu pakai but Doctor Martin.
Culture shock lagi i masa tu.


Semua tu masa cerita 5 tahun lepas.
Sekarang kitorang semua dah besar.
5 tahun dah merubah macam-macam.
Kawan i tadi dah kurang pelik.
Dia semakin matang.
Dan dah ada boifren yang hemsem.
Dia still lagi ada suara yang bertukar pitch dan sekuat halilintar.
Cuma dia dah pandai kawal.
Dia juga dah tak pakai baju dan tudung pendek.
Cuma dia tak pakai tudung terus.
Sama macam i.
Dan i tak lagi culture shock setiap kali berhadapan dia sebab i dah terlalu lama dan terbiasa dengan dia.
Cuma selalu jantung i je yang shock selalu masa naik kereta dengan dia.
laju macam pelesit dia bawak.
Kecut perut.

Tapi,biar lama mana pun.
Biar apa jadi pon.
Biar semua berubah pun.
Satu perkara je yang i harap takkan berubah dan kekal.
I nak dia kawan dengan i sampai bila-bila.
I nak dia sayang i sampai bila-bila.
Sebab dia pelik yang i sentiasa sayang dan terus akan sayang.


Ainur Azianti.
Selamat Hari lahir yang ke 23.
:)


20100125

Nanti,kalau aku dah ada anak.Aku nak suruh anak aku panggil suami aku abah.Supaya hari-hari aku boleh dengar perkataan Abah.

Hari ini i benci siggplus sebab dia buat i sedih.
Siggplus..
Kenapa masuk kontest tu?
U buat i sedih.
U buat i rindu abah.
Dan yang penting u buat i tau yang kita senasib.
Tengok sekarang i teringat kat abah sangat.
Tengak sekarang i dah mula taip memori untuk abah.
Tengok sekarang kauorang semua kena baca memori indah i.

Dulu abah selalu puji i cantik.
Abah panggil i "Lawa Abah."
Biarpun masa tu muka i selepet gila baru bangun tido.
Biarpun masa tu i tengah ketawa sambil tekentut besar sambil tengok tv.
Tapi sekarang takde sape pun nak puji i cantik.
Puji i lawa.
Kalau ada orang puji pon nanti laju-laju tarik balik sebab takot i kembang.

Dulu abah selalu back up i.
Kalau i salah pun abah tetap back up i.
Ada sekali je abah libas i pakai tali pinggang sebab i mengada sepak nasi sepinggan.
Padan muka i.
Semua pun memang selalu i yang menang.
Dengan adik pon selalu i aje menang.
Tapi sekarang i dah tak selalu menang.
Sebab abah dah takde.
I pun dah jarang buat salah sebab i tau takde siapa dah nak berat ke arah i.

Dulu tiap kali gaduh i mesti rasa hebat lepas dapat mengadu kat abah.
Sebab abah polis,setiap kali orang annoyed i.
I akan mengadu kat abah.
Lepas tu abah akan offer untuk tembak diorang pakai pistol polis abah.
I mesti rasa hebat walaupun i tau memang abah takkan tembak orang tu.
Dulu ada sekali abang i tumbuk budak lelaki darjah 6 sebab budak tu ejek dia,
Bila balik sekolah abah langsung tak marah abang.
Abah siap panggil abang 'Hero Abah'.
Mak bengang je kat tepi abah sebab takut abang spoiled dan membesar menjadi seorang samseng.

Dulu i suka sangat masa buat diploma.
Sebab masa tu abah ada.
Abah rajin masukkan duit tiap kali i mintak.
Kadang-kadang duit tu i buat pergi karoke je.Beli baju jangan cakap lah.
Kesian abah.tapi abah masukkan jugak.
Sekarang i dah tak seronok nak pergi sambung belajar.
Minat pun terus hilang.
Sebab abah dah takde dan i taknak susahkan mak pulak.
Semua orang push-push juga suruh i sambung.
Diorang apa tahu.Kalau i takde duit,kalau i sesak,ingat diorang nak tolong bank in duit kat i?
Tak mungkin kan?

Dulu i eksaited nak ada boifren sebab i teruja nak suruh abah interview boifren i macam abah interview suami kakak.
abah siap tanya gaji berapa sebab abah nak pastikan yang kakak terjamin.
Bukan sebab abah materialistik.
Jangan kutuk abah i.
Jangan pandang negatif kat abah i.
Sekarang i tak teruja langsung nak ada boifren sebab nanti takde siapa nak interview boifren i.
Sebab i takot bakal boifren i tak hormat keluarga i sebab sekarang abah dah takde jadi takde siapa yang diorang akan segan dan gerun.

Dulu i selalu marah tiap kali abah predict apa yang i akan buat.
Macam kalau i tengah duduk,lepas tu abah pandang i,nanti abah akan predict yang lepas tu i akan garu hidung.
Lepas tu i akan selak rambut.
Maka time-time tu jugak hidung i akan gatal.
Time-time tu jugak rambut i nak terjuntai jatuh.
Jadi terpaksa garu.
I terpaksa selak rambut.
I tak suka.I memberontak sambil jeling-jeling abah.
Abah senyum je suka dapat menyakat.
Sekarang i rindu nak abah predict apa yang akan i buat.
Sebab i dah pening nak pikir lepas ni nak buat apa.


Gambar ini abah yang snap.
Masa ni i tengah marah dekat abah sebab abah buat bising dekat kenduri sepupu i,
i malu sebab abah tak behave.
Gambar ni abah ambil seminggu sebelum abah pergi.
Gambar ni i jumpa dalan henpon abah lepas abah pergi.

I rindu betul dekat abah.
Sebab abah satu-satunya lelaki dewasa yang i suka cium.
Sebab abah satu-satunya lelaki yang mampu ubah rasa annoying i sekelip mata.
Sebab abah satu-satunya lelaki yang ada bau masam yang i suka dan boleh terima.
Dan kalau boleh i betul-betul mahu cium sekarang.
Sebab abah satu-satunya lelaki yang tak pernah keluar dari hati i.
Sebab abah,Adalah abah i.


Gambar ni abah ambik sendiri.Abah memang suka bergambar.
Jadi kauorang mesti dah tahu kenapa folder pc i penuh dengan gambar sendiri.
5 bulan 9 hari sebelum abah pergi.

Al-Fatihah.
Abah.Orang rindu.
Sangat.

P/S: Kauorang yang ada abah lagi.Mesti sayang abah masing-masing tau.Mesti.Sebab nanti dia dah takde.Rindu.I tak masuk kontest tu sebab i tak pakai prepaid.I tulis sebab i rindu.Terima kasih siggplus dan Encik bard.

20100119

Dun Jaj Er Buk Bai Ids Kaver.

Hari tu aku pergi bank.
Nak simpan duit.
Aku kan jimat,mana ade joli-joli.
Membazir je semua tu.
(Agak angkuh.Padahal baru sekali pergi simpan duit semenjak kerja.Bahaha!)

Aku pon konfiden je isi borang.
Pandang kiri kanan tengok ramai orang isi borang jugak nak simpan duit.

Aku pandang kiri nampak sorang pakcik dengan but kebun.
"Ah pakcik ni.Muka macam miskin je.Kesian kena berjimat-jimat.Simpan duit lagi."
Lepas puas pandang rendah kat orang dalam hati,aku sambung isi borang balik.
Yakin je tulis jumlah ,
"Seratus lima puluh ringgit sahaja."

*bangga sikit*

Sekali aku toleh lah balik kat pakcik tadi.
Nak usha kot-kot dia ada jeling borang aku ke.
Dan-dan masa tu dia pun tengah isi jumlah wang kat borang dia.
'Tujuh ratus ringgit sahaja."
Hoh?
Bapak laaah.
Terus hilang konfiden tadi weh.
Rasa macam celah gigi sangat je duit aku.
Pakcik yang muka miskin tu pun boleh simpan berkali ganda.
Aku yang muka kaya ni simpan sikit nak pengsan.
Aku ambik borang aku lepas tu terus duduk diam-diam.
Segan kat pakcik muka miskin tapi kaya tu.
Walaupun dia tak tau pergolakan minda aku.

Duduk pulak sebelah makcik baju kurung lusuh.
Entah zaman bila punya baju kurung ntah.
Agak-agak ada sama ngan umur aku baju tu kot.
Tapi kali ni aku tak pandang rendah sangat dah.
Aku nampak dia nak masukkan cek TNB dalam akaun dia.
Pakcik tadi dah sedarkan aku sikit.

Tiba-tiba,
Makcik tu kangkang kan buku bank dia.
(Macam sial pulak guna ayat kangkang tu.)
Mata aku pantas je nak tengok berapa ringgit dalam akaun dia.

Kauorang teka berapa?
...
..

RM84,678

Lepas dari itu.
Aku dah tak toleh mana-mana dah.
Duduk je diam-diam.
Baby sebelah yang comel gila sepak kaki aku masa nak panjat kerusi pon aku tak pandang dah.
Masa tu penantian menunggu giliran untuk memasukkan RM150 terasa begitu panjang.
Panjanggg.

Panjang punyaaa!
*Baca stail iklan Megi Asam Laksa.*


P/S : Tuhan bagi aku pengajaran.Jangan pandang rendah kat orang.Syukuur.
:)

20100108

52 Tahun.


Buat kawan yang selalu bergaduh,
Buat insan yang selalu bangkang kebanyakkan perkara,
Buat peti suara yang tak jemu-jemu ulang perkara yang sama,
Buat orang yang paling setia bukakkan pintu setiap kali pulang kerja,
Buat tukang masak yang paling arif,
Buat bebysitter yang terhebat,
Buat tukang laser yang paling disayangi,
Buat pendobi yang membasuh lebih wangi dari dynamo,
Buat satu-satunya bank yang beri pinjaman tanpa bunga,
Buat kekasih yang pujaan nya telah pergi,
dan,
Buat perkara yang segala-galanya dalam dunia aku.

Selamat hari jadi Mak.
Semoga sentiasa sihat dan panjang umur.


P/S :I love you.
Aku buatkan suprise party untuk mak.
Terkejut sungguh mak.
Sebab mak tak perasan aku bawak kek masa turun dari kereta.
Memang la tak perasan sebab kek aku dah suruk dalam beg.
Lepas tu tak sampai pukul 12 aku dah kasi mak kek sebab takut mak tertido terus tanak makan kek.
Kemain bising lagi rumah malam tadi.
Bersorak-sorak.
Berebut-rebut masing-masing nak tiup lilin.
Suprise party spoiled sikit sebab masa aku bawak kek tu,kipas bukak paling laju.
Terus aje lilin padam sebelum mak sempat tiup.
Tutup kipas lepas tu baru lah berjaya mak tiup lilin.
Comel betul.
Tapi still seronok sebab party berjalan lancar.
Terima kasih kepada aku dan mak sebab hadir untuk memeriah kan sambutan hari jadi ini.
Theee.
Laah.dah duduk 2 ketol je pun kat rumah.

Nasib.Nasib.

20100105

Rajin.

Diet buat aku lapar.
Diet buat aku ringan.
Dan lebih teruk.

Diet buat aku berjiwa halus dan beremosi.


*Sigh*

Somehow.

I miss you.
Really do.

:'(

20100104

Sayang.







Kinana 9 bulan.

Programme SYCYJYC.

Sempena tahun baru ni,
I akan cuba untuk tidak terlalu karib dengan nasi.
Memandangkan berat yang sudah tidak dapat dikawal.
Berat yang tak pernah capai pun sekarang dah capai.
Badan kadang-kadang terasa berat dan mudah letih.
Baju-baju kegemaran sudah mula tidak selesa apabila di sarung ke badan.
Dan juga punggung tidak dapat bernafas setiap kali di sarung jeans.
Ini bahaya.
Maka harus diet.
I berharap dan bernekad mahu turunkan berat badan sebanyak 5kg.
dan program ini i namakan.

Save your Clothes your Jeans and your Curve. :p

Jika dipendekkan adalah Programme SYCYJYC.
Cuba sebut laju-laju abjad tu.
Auuuw.
Comel sangat!

Maka,
Hari ini adalah hari pertama.
Dan hari pertama ini dapat I lalui dengan sangat sangat cemerlang.
Hari ini I berjaya tak makan nasi langsung.
Ni rekod baru tau.
Sebab I memang karib gila dengan nasi.
Lebih karib jika nak di bandingkan dengan buku.
Dulu masa belajar,I adalah Ratu Nasi.
Tak boleh terlepas makan nasi langsung.
Kalau terlepas aje mesti I rasa kecewa dan down.
Dekat ofis pun I di kenali sebagai Ratu Nasi.
So ini kira pencapaian yang membanggakan.
(gila kecoh.padahal baru sehari.auuum.haha.)

Bagus Pija.
Bagus.
Teruskan.

Balik tadi momma tanya I makan apa masa lunch.
I kata tak makan langsung.
Minum air je.
Momma pula resah gelisah.
Dari balik kerja tadi asyik tanya nak makan ke tak.
Lepas tu selalu sikit punya hangin kalau mintak suap masa tengah dia makan.
Alih-alih malam ni semangat je datang suap I yang tengah mengadap pc sambil menahan diri.

Arghh.

Dugaan.
Dugaan.
Dah la lauk sedap mak nenek.

Dugaan.
Dugaaan Pija.

Eh.
I dah lupa lah nasi rasa macammana.
Tawar ke manis eh?
Ke masin hah?
Eh yang masin tu garam kan?
Bukan nasi.Bukan.Nasi sedap.
Eish.Eish.

Eh.
Kalau diet sehari boleh terus turun 5kg tak?
3 kg ke?

Arghh.
Dugaan.
Dugaan Pija.
Baru sehari dah rindu nasi.
Payah betullah.
Nasi.I rindu kau.

Dugaan.
Dugaan.
Nak kurus kena tahan.
Harus.
Perlu.