20100224

Geligile.Gilegeli.

Tadi aku pergi training.
Dekat menara maxis sebelah KLCC.
Pagi betul aku bangun.
Pukul 5.30 mata aku dah terjaga dah.
Lepas subuh je aku terus gerak.
Ngantuk sial.Tak boleh cerita dia punya ngantuk.
Jarang benar aku bangun sepagi macam ni.
Berair-air mata aku masa on the way pergi Terminal One tu.
Menguap jangap cakap lah.
Ade dekat 436 kali gamaknya.
*hyeperbola*

Sampai Terminal One aku tinggalkan Lisa dekat carpark dan aku pergi ambik bas.
Lagi jimat dan cepat dan tak penat.
Masa dari carpark lagi aku dah aim nak terus tidur dalam bas.
Sedap ni.
Sedap tidur.
Aku masuk bas tengok free seating.
Semua tempat dah full kecuali sebelah lelaki yang muka macam busuk dengan sebelah Auntie India.
Opkos la aku pilih auntie india kaaan?
Melepet je aku tengok auntie tu duduk.
Pandang aku pun tak.
Sombong-sombong nanti masuk lombong autie.
Tak baik tauuuu.

Sebelum tido aku mesej-mesej la kejap dengan Tsumabuki Satoshi.
muamuamua.
Korang kenal tak siapa?
Kalau tak kenal pergi Google.
Kalu nak tanya pasal Iphone pon Google jugak.
Jangan tanya aku.
Ghimas aku nak jawab.

Lepas settle mesej.
Aku pun setting cara tidur.
Tidur dalam bas,gaya mesti ade bai.
Jangan main tidur je.
Kau bukan tidur sorang-sorang dalam bilik kau.
Kalau dalam bas ko mesti tidur gaya macho.
Mesti mantain.
So,
Aku tupang kepala pakai tangan lepas tu jari dekat dahi.
Hensem betul.

Tak macam pakcik seat sebelah aku tu.
Smart kemain,
Tapi bila tidur kepala menari-nari.
Kadang-kadang tersentak macam kena eletrik.
Geli hati mak noook,melihat telatah kepala pakcik iteeeww.

Tapi yang aku sakit hati,
Pehal tiap kali aku nak telelap je ada bayang Logan Lerman datang kat aku?
Baru nak lena je dia datang.
Lena je datang.
*kauorang pena kena tak?Macam terigau-igau?*

Semak ah.
Semak.
Last-last sampai ke CM aku tak tidur.
Terpaksa mengadap auntie melepet dengan uncle tidur kepala menari.
Urggh.

20100221

Mimpi Dalam Mimpi.

Tadi dia datang.
Dengan muka yang seakan menyala.
Sungguh betapa jelas dia teruja.
Dia bilang,
Dia mimpi yang kami berjumpa.
Berjumpa dalam waktu lenanya dia.

Khabar dia,
Aku kelihatan sempurna,
Begitu cocok dan tiada cela bagi dia.
Aku buat muka selamba walau dalam hati menari cha cha.

Aku geleng kepala mengadap dia.
Nak tunjuk konon aku belum sedia,
Begitu masih ingin rasa dipuja,
Muka menyala itu bertukar redup dan malap.
Dia berkeluh kesah sampai aku naik lelah.
Dan tiba masa aku berhenti berhelah,
Dia sudah mula putus asa dan tidak mengendah.

Dan lalu,
Dia pergi.
Langsung tak toleh.
Aku kejar sambil teriak.
Namun dia hilang.
Hilang.
Dan terus hilang.

Aku tengok keliling dan tersentak.
Tiba-tiba,
Di pandangan aku hanya ada siling.
Tiada Dia,
Dan tiada apa.
Dia dan cerita tadi semakin samar.
Dan samar.
Keadaan jadi semakin keliru,
Tapi aku dapat rasa masa masih berputar,
Berputar selaju bilah kipas yang sedang mengadap aku.
Aku terkaku.
Terlentang tanpa laku.

Betapa aku harap aku tidak sebodoh dalam mimpi.
Dan betapa,
Aku harap keadaan bukan seperti tadi.

*Aku selak-selak buku conteng.Tiba-tiba terjumpa tulisan aku ni.Boleh tahan juga.Seingat aku,aku tulis benda ni masa jiwa aku kacau.Mungkin setahun yang lepas.Dan ini ditulis sejurus aku bangun dari tidur selepas mimpi ngeri.*

20100220

Ulau Melingkau Atas Pagau.

Aku baru lepas menangis tengok drama kat TV3.
Sedih cerita tu.
Sedih naw ngko!
Hawau.

Kejam betul pengarah tu.
Sama kejam dengan drama-drama Racid Bibir.
Pandai betul diorang pilih pelakon.
Tiap kali part sedih je aku mesti rasa mata kabur sebab tahan air mata.
Lepas tu untuk elakkan air mata gugur lagi banyak.
Aku terus pergi layan facebook.
Update status.

Pastu sedih-sedih lagi.
Budak yang jadi Siti Maryam tu pandai betul belakon.
Walaupun tak berapa comel macam kinana.
Tapi pandai betul lah.
Geraam.

Tapi spoiled la.
Aku tak tengok dari mula sangat.
Dah last tu tekejut aku.
Bila Siti Maryam dah besau.
Apajadah membesau jadi si Memey plak?
Hawau.
Terus tak melekat cerita tu dalam hati.

Sory ah .
Wa bukan jeles dia dapat Norman.
Tapi Memey tu wa memang tak kenan la.
Apahal tah.

Konflik dalaman.
*Amboi.Amboi kemain dia tak suka orang tuu.Lu ingat semua orang suka lu ke?*

20100219

Dah Kata Baby's Lover.Harus Lah Gambar Baby Je Banyak.

Hai.
Ini entry i yang ke 100.
Semua sila tepuk tangan.
*clap.clap.clap.*
Seronok kan buang masa baca blog ni sampai dah baca seratus karangan kosong.
Siapa seronok angkat tangan!
-__-

Dah seratus entry la weh.
Seperti tak terasa langsung.
Macam kilat.
Sama macam cerita Percy Jackson: The lightening Thief.
Tak sangka dah duduk dalam hall tu dah 2 jam.
Logan Lerman tu lawa okay.
I tak nak cakap dia hensem.
Sebab i rasa dia lawa.
Memang lawa.
Ada tak lelaki melayu yang lawa macam tu eh?
Kalo adaa....
Grrr.
*Fatine Young tak kira*
<3

Masa Chinese New Year hari tu rumah i kenduri.
Kenduri akikah cicit-cicit Nanny i.
Seronok lah.
Rasa macam kenduri kawen.
Ramai gila saudara-mara ada.
Rasa macam tak sabar nak suruh sepupu-sepupu lain carik jodoh dan kawen cepat-cepat.
Buat kerja memang la tak berapa nak best,tapi,heboh-heboh tu yang paling best.
Best.Best.Best!
I love hiruk.

Okay lah.
Jom sneak a peek!
















OKAY LAH.
MALAM NI DAH PENAT UPLOAD GAMBAU.
NANTI TULIS LAGI.
BYE!

20100210

Perihal Momma.

Pagi tadi.
Aku bangun sembahyang subuh,
Setelah lebih kurang 14 kali momma keluar masuk bilik untuk kejut aku.
Lepas puas berpusing 360 darjah kat atas katil.
Aku pun memaksa perasaan rajin untuk datang dan pergi ke bilik air dengan mamai.
Masuk aje bilik air,
Aku nampak ulat gonggok.
Siot je sejak akhir-akhir ni,punya la banyak ulat gonggok.
Musim agak nya.
Menyampah aku.
Dengan perasaan dengki aku ambil pencuci tandas ala harpic dan pancutkan atas ulat tu.
Menari hulahop dia.
Gila kejam aku.
Tu lah.
Dah berapa kali aku pesan jangan sibuk kat bilik air aku.
Kan dah kena.
Jangan nak blame aku okay.
Kau yang carik nahas.
*Eceh.Bajet macam ulat gonggok reti baca je.Semangat tulis kat sini.*

Lepas tu tengok dah nak pukul 7 pulak,
Laju-laju aku pergi sembahyang.
Dekat dapur aku dengar momma bising kemas dapur.
Masak nasik dan panaskan sup ayam.
Sebab aku nak bawak bekal pergi kerja.
Sedap siaaall.
Mak nenek punya sedap.
Sedapnya sup ayam.
Sedap.Oh Sedap.

Aku pergi dapur dan aku tengok momma dengan imej biasa,
Seluar tido,ikat rambut,spek mata,dan tshirt.
Momma panggil aku dengan teruja.

"Jah!cuba tengok apa yang lain dekat mak?"

Sambil senyum dengan teruja.
Aku pandang momma atas bawah.
Sama je.
Takde yang lain.
Momma senyum teruja lagi sambil tunggu feedback dari aku.

"Sama je?".Aku jawab sambil mamai sikit.

"Eishh.Mak tak pakai spek la!". Senyum lagi.
Aku pandang mak pelik.
Pandang tepat kat spek mata mak.

"Aku ke yang mamai ni?".*Monolog dalam diri*
..
...
.....
Aku pandang momma dengan muka yang macam ada sign tanda soal yang besaaaar punya.

"Tu apa?". Sambil buat isyarat tunjuk kat mata.

Momma raba muka dan tegelak besar.

"Eh.Eh..Hahahhah.Mak ingat mak dah tak rabunnnnn!!Patotlah terang sangat!"
*Hahahaha!Momma teruja sebenarnya sebab dia baru makan ubat apa tah,orang yang jual ubat tu goreng dia kata ubat tu boleh elokkan rabun.Hahahaha!Cepat terpengaruh betul lah!*

Terus hilang mamai aku.
Hilang terus!

Alahai.
:)

20100207

Joy.

Hai semua.
Nama i Joy.
Joy baru umur 3++ years old.
Mama Joy tak ingat "tarikh lahir sebenar Joy."
Tak romantik kan mama Joy.
Tapi mama Joy kata dia sayang Joy.
Masa mula-mula dapat Joy,mama Joy menangis kat tepi tempat kerja dia.
Walaupun mama Joy gangster,tapi mama Joy kuat nangis.
Mama Joy terharu sangat.
Comel kan mama Joy?
Dia ingatkan Joy supaya jangan tinggalkan dia.
Dan jangan give up dekat dia walau apa pun terjadi.
sebab dia nak Joy sentiasa ada.

Sebelum masing-masing jadi kacau.



Sorry sebab i ignore u.
But the point is,i nak u give up.
Kita tak kongsi minat yang sama.
Cara hidup pun lain.
I tak nak buat diri i konfius.
Dan lagi, paling kuat sebelum i kacau hidup u.
Lebih baik i berambus.
Thanks for the apa-apa pun.
I doa u jumpa yang terbaik.

20100202

Chinderela dan Labu.

I dengan Cinderella sebenarnya ada persamaan.
Maksud i dekat sini selain:
Persamaan dari segi paras rupa yang sama-sama comel.
Juga persamaan dari segi nasib yang sama-sama dah anak yatim.
Dan persamaan jodoh iaitu Cinderella dah kahwin dengan putera raja dan i bakal kahwin putera raja.
(Sama dongeng.Semua nak indah je kan.)
Persamaan yang itu semua orang pun tahu dah.
:8|

Persamaan yang i nak cerita dekat sini persamaan yang lain ye.
Untuk pengetahuan u ol.
Kami berdua terikat oleh larangan yang berkait dengan masa.
Cinderella harus balik sebelum pukul 12 tengah malam.
Jika tidak magik pari-pari gemuk akan hilang.
Bila magik itu hilang akan menjadikan Cinderella comot dan miskin.
Lepas 12 tengah malam juga akan meyebabkan kereta labu Cinderella akan berubah,
Menjadi hanya sebiji buah labu yang tiada keistimewaan.
Nanti putera raja dan kakak tiri Cinderella tahu siapa Cinderella sebenarnya.
Lebih teruk lagi,
Nanti mak tiri Cinderella juga akan tahu yang Cinderella serong ke majlis tari menari.
Kantoi lah Cinderella.
Itu sangat menakutkan.

I juga begitu.
I terikat dengan pukul 5 petang.
Mengikut petua menjaga berat ideal.
I tidak digalakkan makan selepas pukul 5 petang.
Jika tidak,
Berat badan i akan mudah naik.
Lebih teruk lagi i akan berubah menjadi seorang perempuan berbentuk labu.
Ini mungkin juga akibat magik pari-pari gemuk.
Nanti semua tak panggil i pija dah.
Semua panggil i labu dengan niat menganjeng.
Lepas tu i akan down dan makan dengan lebih banyak lagi.
Akhirnya i akan berubah menjadi sebiji labu yang sebesar kereta labu Cinderella.
Itu lebih menakutkan.
Hoh.

Tapi,
Apesal sekarang tiap malam je baru momma i nak masak?
Sedap semua pula tu.
I takleh buat apa.I redha.
Maka,

Sila panggil i Labu.
Dah.
Nak pergi makan.
Bai.

Ah.Wa cool.


Hai bai.
Wa cuti hari ni.
Manaegment wa kasik wa cuti.
Wa punya replacement offday sebab minggu lepas wa kerja full 7 hari.
Tapi sebab semalam cuti hari wilayah.
Dan wa tak masuk dalam wilayah maka wa agak bengang di situ.
So wa pun nak jugak rasa cuti hari wilayah.
Hari ni wa iktiraf sebagai cuti Hari Wilayah Norriah.
Hari Mak wa.
Pahal?
Ada sapa-sapa tak puas hati?
Ada?
Kesah lak wa?

Wa dalam mood gangster lagi ni.
Jadik wa malas nak taip banyak-banyak.
Kang wa termaki lu lebih-lebih lu touching plak kat sana.
Wa bengang je ade awek tu mengelabah lebih.
Pahal tah.
Wa letup kang sia-sia je muka gebu lu bai.

Dah ah.
Wa chow dulu.
Mak wa da jerit suh anta dia pergi pasar.
Eh.
Eh.
Tak cool la wa gangster tapi pergi pasar pulak.

Tukar lah.
Wa nak anta mak wa pergi mahjong.
Hah.
Terbaik.

20100201

Norhafizah Nazri is a Gangster.

It's always easy to keep laughing,
but to maintain the rythym,
its seems impossible.
After all,
this never been easy.