20100314

Sekarang Dah Faham Perasaan Di'ignore'.

Semalam kedai pakcik aku kenduri.
Sebab adik sepupu aku nama Imran akhirnya berani nak bersunat.
Dah darjah enam tahun ni.
Tu pasal kena sunat jugak.
Nenek aku kata kalau dia lari lagi time sunat.
Nak nikah nanti la baru sunat jawabnya.
Lawak weh.

Ada karaoke la.
Satay la.
Nasi ayam lah.
Rendang ayam hutan pon ada.

Pakcik aku salam-salam member dia.
Tiap kali salam je orang hulur duit.
Pakcik aku terus hulur dekat Imran yang tengah baring je kat kerusi macam bos.
Pakcik aku kata hari ni semua orang kerja untuk Imran.
Dapat duit terus bagi Imran.
Masyuk weh.

Beby pon banyak.
Masa momma tengah beborak dengan nenek.
Aku duduk diam je kat tepi sambil pandang sekeliling.
Orang muda tak baik menyampuk cakap orang tua.
*perasan muda*

Dari jauh.
Aku dah usha sorang makcik tu.
Dia tengah pegang beby.
Gebu weh.
Gebu.
Sebelah makcik tu pun pegang beby jugak.
Selepas beberapa minit menjadi stalker miang.
Aku terus tak tahan.
Terus pergi approach.
Rupa-rupanya beby tu kembar lah!.
Comel sangat sial.
Nak anak kembar.
Nak!
*Siapa-siapa yang ade genetik kembar.Jum kawen?*


Tengok ah muka gelak seronok gila dapat beby.Kalau dapat laki pon tak seronok macam ni.Serius ni.


Imran si masyuk.
Sebelum blah aku pesan kat Imran.Lepas ni kau tak payah kerja lah.Kau sunat je tiap tahun.Masyuk weh.Imran pandang je muka aku sambil peluk bekas duit dia.

P/S: Kauorang semua dah sunat ke belum?Hik.

20100308

Momma.Sorry,I Terlepas Bakal Menantu U.Lagi.


Tadi i balik kerja pukul 8 malam.
Penat betul.
Dah berapa hari ni i asyik balik malam je.
:(

Sebelum balik i singgah Petronas untuk cucuk duit.
I cucuk duit tekun sungguh.
I perasan kat sebelah i ada seorang mamat cucuk duit jugak.
Naluri wanita i merasakan mamat tu cina dan macam hemsem.
Tapi disebabkan naluri "tidak peduli" i lebih banyak dari naluri wanita i.
Maka i hanya jeling mamat tu dari ekor mata je.
I nampak dia pakai cekak dan berbaju smart.
I pun teruskan cucuk duit sambil mengeluh.
Sambil berdoa supaya jumlah baki i bertukar angka.
Tapi hampa.
Tetap kaput.

Masa i pergi kaunter untuk bayar minuman Lisa.
I toleh kat mamat tadi.
Sebab dia lalu belakang kaunter untuk pergi kat kereta dia.
Dan..

Cuba u ol teka siapa mamat yang i kata cina tu?
Haa?
Eh?
Ehhhhh?
Pandainyaa!
Betul la u ol teka!
memang mamat tu Nubhan.

Terus i menyesal tak pandang dia masa sama-sama cucuk duit tadi.
I menyesal jugak kenapa i mengeluh.
Kalau i toleh mesti i tau Nubhan sebenarnya yang kat sebelah i.
Lepas tu mesti i dah nyanyi lagu Oh Juwita sikit-sikit.
Baru Nubhan terharu dan lantas terasa seperti nak peluk i.
Auuuuw.
Suke.
Suke.

Tapi malangnya i tak buat.
Urghh.
Masa bangla petronas tengah bagi Lisa minum.
I hanya mampu menghantar Nubhan melalui pandangan sambil melihat dia berdesup pergi.
Sedih i.
I sedar i memang takkan mampu kejar dia sebab dia pakai Caldina biru yang hemsem.
Sama hemsem dengan dia.

Sepanjang memutus di Bukit Putus.
I asyik menyalahkan diri sendiri sebab ignorant sampai tak nak toleh-toleh langsung masa cucuk duit tadi.
Kesal betul i.
Tapi bila i tersedar dari lamunan.
I tekejut.
I betul-betul kat belakang Caldina WT* 6**7.
Wow.
Teruja i.
Kurang sikit rasa kesal tadi.

Sepanjang perjalanan memang i tak potong-potong dia la kaann.
*Gile ke nak potong?nanti dia ingat i jantan pulak.*

Elok je i mengekor dia walaupun Nubhan bawak macam slow sikit.
I rasa miang betul .
Ayik senyum-senyum tengok bontot kereta Nubhan tu.
Last-last dia belok masuk ke Restoran Warisan.
I pulak kena terus.

Kalau boleh memang i nak belok sama.
Tapi,
I masih mampu mengawal tahap kemiangan i.
So i tak belok.

Tapi i still puas hati.
Sebab before tu i sempat kasi high beam dekat dia 2 kali.
Hikhik.
<3

P/S: I ingat nak upload ada gambau i dengan Nubhan,tapi i tak tau mana i letak sebab dalam Pc i ni ada patblas juta folder.Macam tak jenuh pulak nak carik satu-satu.