20100521

Hawau you?

Haiiii.
Hawau you?
Aku banyak rajin hari ni.
Jadi aku rasa aku nak sambung pasal nilai.
Tapi kali ni aku nak bagi pandangan sikit kat perempuan kalau nak nampak mahal.

1. Jinak merpati.
Jangan bagi orang rasa kau mudah didekati.Walaupun kau memang suka,minat,tertarik dan bernafsu dengan orang tu.Elakkan terus setuju dengan pelawaan kali pertama.
Kali kedua baru boleh setuju.Baru nampak ada kesukaran sikit.Tapi agak-agak la sampai 14 kali pelawaan dia kau tolak.Memang mengada lah kan.Mampus tak ajak lagi dah.
*Aritu ada orang pelawa aku sibuk kat acara menembak dia kat putrajaya,tapi aku tak pergi.Yang tu bukan sebab aku jinak merpati yang tu sebab aku memang dah plan awal-awal dengan member aku.Kalau tak memang dah pegi dah tu.grr.*

2. Harus sedikit sombong.
Kau tengah jalan dekat kumpulan orang ramai.Tetiba kau ternampak mamat yang bapak lah dari sekolah dulu kau dah minat.Ataupun mamat yang kau kenal dari alam cyber sahaja.Tak pernah jumpa.Siap pasword telefon pun pakai nama mamat tu.Gila minat.
*Eh?macam berpengalaman je aku ni?Loser.hahah*
Jangan terus tegur.Buat-buat tak nampak dan jangan tegur atau bagi reaksi selagi dia tak nampak kau dulu.Dia dah nampak kau baru kau bagi respon.Jangan terhegeh-hegeh sangat.
Kalau dia terus tegur kau tanpa kau nampak dia dulu,buat muka blur dulu lepas tu baru tukar macam kau baru teringat dia.Belakon sikit ah weh.
*Okay.Okay.Aku selalu buat ni kalau orang tegur aku dulu sebab aku tak tau macammana nak respon dekat orang yang dah lama tak jumpa atau 1st time jumpa.*

3. Ignorant.
Mesti selalu berlagak macam tak peduli keaadan sekeliling.Buat macam kau hidup dalam hal kau sendiri.Nanti kau rasa selesa sikit.Sebab masa tu kau takkan peduli siapa tengah tengok kau,apa orang tengah cakap pasal kau.Nanti orang akan rasa kau misteri lepas tu mula lah diorang nak rapat dengan kau.Sebab nak tahu siapa dan macammana kau sebenarnya.
orang tak pilih untuk jadi stalker,but it's curiousity who lead them.
:)
*Semalam ada jusco member card,aku pilih baju tak pandang keliling,abes semua aku kumbah,sampai kaki aku biru besar punya sebab terlanggar rak baju kat situ.
Rupanya exbf aku ada dekat jusco jugak.Then dia post dekat FB aku yang dia nampak aku. :O
Ada hikmah aku ignorant.Kalau aku leka ambil tahu hal sekeliling mesti aku dah nampak dia,then dia mesti tak post kat FB aku apa-apa.No excitement.No suprise.Hoh?*

4. Luch ah?
Elakkan bercakap benda yang berunsur Sex. Aku tahu benda tu normal dan orang sekarang lebih terbuka.Tapi aku langsung tak boleh tahan kalau orang bergurau senda pasal sex macam benda tu hal yang tak perlu dimalukan.Lebih-lebih kalau perkara tu dibualkan dengan jantina yang berlainan.
Kalau kau asyik bergurau pasal perkara tu,dan takda apa perkara lagi yang membataskan kau dengan jantina berlawanan jadi rasa respect tu akan hilang.
Bagi aku itu akan menampakkan nilai kau.
*Walaupun aku kuat maki dan nampak sempoi tapi bab ini aku masih terbatas.Maaf.Ada beberapa akaun FB yang add aku sebagai friends telah aku block sebab asyik nak melucah tak bertempat.Geli lah.*

5. Jadi indiependent.
Fakta perempuan adalah kaum yang lemah.Tu kalau dari segi fizikal.
Tapi dari segi mental perempuan boleh je sama kuat dengan lelaki kot.
Aku rasa kalau kau lebih berdikari lelaki akan respect kau.Mereka akan kagum dan bila diorang dah kagum nanti diorang rasa tertarik dan cuba nak mendekati kau.Haaa.terasa mahal tak?
Tak payah cari pun orang yang akan datang kat kau.Jangan terlalu bergantung dengan lelaki.
Tapi jangan over kental sangat.Nanti lelaki rasa tergugat langsung tanak dah kat kau.
Anak dara tua pulak nanti.Hik.Taknak.Taknak.
*Ada perempuan yang gila punya depending dekat bf dia sampai bf dia maki-maki ke sepak dia ke dia still rasa dia tak boleh hidup tanpa lelaki tu.Ni kita bukan panggil depending lagi dah tau.Ni Bangang nama dia.Bangang.*

6. Manja bertempat.
Pandai-pandai lah sikit kalau nak memanja pun.Ini sikit-sikit nak manja.Sikit-sikit nak merajuk.
Perempuan sesama perempuan pun tak suka ni pulak lelaki.Nak manja ikot keadaan eh?
Lelaki memang suka perempuan manja kan?Tapi kalau asyik manja je baik diorang bela kucing.Ye tak?Cuba kau manja sekali sekala.Nanti mesti diorang rasa teruja nak tunggu time kau manja balik.Suprise.Hoh?
:9
*Aku tak manja aku garang.Dulu ada mamat kata aku takda perasaan tak best.Hotak paklong dia.Suka-suka je.*

Dah la.yang lain korang pikir sendiri.
Aku pun tengah pikir lagi ni.
Nanti kalau aku dah berjaya guna tips yang lain untuk nampak mahal nanti aku update.
Kang aku bagi lelebih padahal aku sampai sekarang pun belum laku lagi macam poyo pulak.
Okay lah.
Sakit perut pulak mengadap komputer lelama.
Nervous.
Babai.

Eh jap.
Hawau you?
*Perkataan faberet minggu ini.*

Hik.

20100519

Apa Nilai kau?

Kalau nak ikotkan semua orang pun takda harga.
Semua tak mahal,semua tak murah.

Kau takda harga,aku takda harga.
Datuk,nenek,mak yang,pokteh,guru besar,datin paduka.
Semua pun takda harga.
Siapa boleh timbang harga dia bak sini bagi tau aku.
Timbang kan harga aku sekali.
Nak jugak tahu.
Kalau mahal boleh show off sikit,
Kalau murah boleh improve kasi mahal.
Hoh?

Tapi nilai yang aku nak cerita ni, bukan ukur pakai duit.
Rilex sikit.
Harga yang ini ialah nilai kau kat mata orang lain.
Nilai yang takda nilai sebenar.
Nilai sebenar dia pun aku tak tahu.
Eh?Eh?
Apa aku cakap ni?Takde nilai langsung ayat tu.

1. Jaga perlakuan kau.
Memang kau kaki enjoy.Memang kau tak peduli orang.
Tapi kau kena faham sikit yang kau duduk dalam dunia yang ada betrilion jenis orang yang berzilion jenis perangai dan pandangan.
(Kalau kau memang abeh bogik pun tak payah show off.Tak pun duduk dalam gua.
Orang tak nampak kau so orang tak tau kau wujud so kau tak payah peduli kau ade nilai ke tak.)

2. Jangan kacau orang.
Biar muka buruk,otak bengap,poket kaput.Janji tak perangai hamlau.
Elakkan dari masuk campur hal orang.Jangan busy bodi.
Selagi hal tu takda kait nama kau,takda sakitkan kau.
(Buat hal kau sendiri.Jadi misteri.Baru orang tak boleh nilai kau.)

3. Jaga Jarak dengan orang.
Jaga jarak dengan orang ni sama lah macam kau jaga jarak kau dengan mesin atm.
Kalau kau dekat konpem nafsu kau membuak.Itu pun kalau ada duit la.
(macam tak make sense je bai.)
Maksud dia kat sini kau jangan main hantam je percaya orang.
Manusia ni ada pelbagai,kau salah dekat kau yang terpalit.
(Kalau kau dekat lagi dah la tak berapa kenal lagi pastu berdua je.
Haa.mengundang lah kau kejap lagi kena tangkap khalwat.Haaa.Kan dah nampak murah.)
*tetiba*

4. Maintan connection.
Ewah.Konon kerja jual broadband.Bila becakap pon guna bahasa broadnband eh?
Hoh.Yang ni bila kau dah dapat jarak selamat dan kau percaya dengan orang tu.
Kau kena jaga connection kau.Jangan buat taik.Jangan khianat.
Sebab orang yang dekat dengan kau,dia lebih kenal kau.
Pada diorang kau ada nilai yang tersendiri kat mata diorang.
(kau sikit punya baik dengan seorang kawan,sekali diam-diam kau try boyfriend kawan kau tadi lepas tu kantoi.Kau rasa harga mahal ke harga murah kau dapat?murah?)
Salah.
Jawapan dia kau takda harga langsung.

Aduh.Time rehat dah nak habis lah.
Aku banyak lagi nak taip ni.
Len kali aku tambah lah.
Tu pon kalau aku rajin.

Nilai kau bukan terletak kat harga pakaian,kereta atau duit dalam poket kau.
Nilai kau yang sebenar ada dekat hati dan perlakuan kau.
So yang tu jaga dulu.
Yang lain tu buat tambah-tambah je.
Kalau pakai baju mahal semua mahal tapi perangai dengan hati busuk macam kilang baja.
Tak payaah lah.
Pergi masuk dalam tong minyak pastu guling sendiri masuk laut.

Dan,
Nilai yang sebenar kat dunia ni,terletak di Negeri sembilan.
Sana ada 3G Maxis.
Boleh tahan laju kalau amik broadband.
*Promosi*

Hohoho :B

20100504

Ada Banyak.


Aku ada banyak benda nak cerita sampai tak larat nak taip.
Aku ada banyak gambar nak share sampai tak larat nak upload.
Aku ada banyak aktiviti sampai takde masa nak rest.
Aku ada banyak kerja sampai cuti pun takdak.
Aku ada banyak benda nak pikir sampai emosi asyik berbaur.
Aku ada banyak benda nak beli sampai utang pun lupa nak bayar.
Aku ada banyak rasa marah dan tak puas hati sampai hari-hari rasa nak maki.
Aku ada banyak rasa give up sampai nak berhenti kerja tapi tak dapat.
urghhh.
Aku ada banyak benda lagi yang aku nak.
Tapi,
Sekarang aku ada banyak ngantuk so kena tidur.
Hik.