20100623

Emo 1.

Seriously.
Wa penat.
Mental penat.
Emosi penat.
Fizikal lagi penat.

Kerja pun macam pundek.
Huru hara.
Kecoh sangat dengan target lu macam lah sebelum ni target lu high semua.
Tak payah nak jadi monkey sangat lah.

Wa nak cuti.
Tapi kena kerja jugak.
Sial.

Kepada lu yang siapa-siapa je lah.
Tahniah lah atas apa-apa je pun dan jangan datang dalam idup wa lagi tak kira bila-bila pun.
Wa tak minat.


Setan.

20100616

Siapa Ada Penyakit Sama Macam Aku?Boleh Geng Woi.

Aku adalah penghidap paghopia.
Atau bahasa pasar nya ketagihan mengunyah ais.
Dari maklumat yang aku search,ia tergolong dalam ketagihan pelik.
Wow.
Aku pun pelik kenapa aku suka kunyah ais.
Padahal ais tu tawar je.
Tapi sekali dapat kunyah,tanak berenti bai.

Aku start kunyah ais masa aku form 4.
Tambahan masa tu aku bergaul dengan Si jibam jinot dan Si yina pinggan yang pun tergolong dalam paghopia.
Masa sekolah kami 3 orang digelar chalis angel.
Sebab mana-mana kami pergi pun memang bertiga.
Banyak misi kami bersama.

Makan nasi lemak pagi-pagi.Ponteng prep sampai kena hambat dengan pengetua.Bodek pak guard untuk pergi fly dekat ampangan. Pau ais abang mesin gedegang.Sonsang sisi depan kelas mekanikal dan banyak lagi misi bersama yang kami lakukan.
Kami juga pakai kasut sekolah yang sama.
Kasut sepak takraw jenama warrior dan bertapak merah.
Bergaya abes dah time tu.orang lain pakai pvc tapi kitorang pakai kanvas. Gangster kan?
Diorang dua org beli sendiri,tapi aku rembat junior punya.
Eii.rindu zaman sekolah.
Tapi sorry lah,buku teks,kimia dan fizik out of list.

Eh.eh.da melalut.
Balik kat cerita ais tadi.
Kebanyakkan makcik2,mak2,nenek2 yang nampak aku kunyah ais semua bising kata nanti gigi reput.
Aku takot jugak lah,tapi nama pun ketagih kan?
Pikir sendiri lah kan.

Jadi.Kat sini aku ada sikit pesanan kat siapa bakal suami aku nanti lah kan.

'Bang,anje tak tahu lah u siapa,tapi anje nak u standby kalau nanti 10 tahun lepas kawen anje kena pakai gigi palsu.Anje harap u dapat terima.Anje harap tu bukan alasan kau.eh.eh u, carik bini lain.'

*Eh.Nak geli-geli pulak kau baca anje tu eh.Jangan lah.bagi muka kat aku sikit.hik*

Okay lah.
Seruan dah datang,aku kena korek peti ais sekarang.
Bai!

20100614

Hai.
Hari itu aku pergi tengok Lagenda budak setan.
Seriusly cerita tu laju kemain.
Tak sempat nak feel-feel dah Kasyah kena pergi kampung hulu mana tah. Pastu aku tak suka la ayu lepas eksiden tu.Tak berapa nak kena.
Tapi yang penting Lisa Surihani memang cun weh.
*Down kejap.*

Dulu seingat aku,aku baca novel tu masa aku form 3. Nak PMR masa tu. Aku patotnya cover 9 subjek penting tapi aku lebih pentingkan novel. Memang hawau wa kata lu.
Masa tu aku sekolah agama.
Gila teruja nak abeskan, aku start baca nonstop sampai ponteng prep dan ponteng pegi surau.
Bila da ponteng surau tu kau faham-faham je lah kan.
Makan aku ponteng tak eh?
Dah lupa lah.
Yang penting novel dia memang terbaik.
Aku pergi popular aritu nak carik balik novel tu.
Tapi tak jumpa lah.
Ada sesiapa boleh carikkan tak?nanti aku bank in duit. Please bai.
Sumpah nak novel tu.


Lagi satu,
Macho la farid kamil jadi kasyah.
Dah la talented amik gambar ayu sume cun-cun.
Aku ni memang kuat terpengaruh.
Jadi balik dari wayang aritu aku dah tukar nama.

Sekarang sila panggil aku Kajah.
Aku anti lelaki sebab masa kecil aku selalu kena buli.
Eh tak.Aku yang buli lelaki.
Aku juga talented dalam photography.
Eh tak.Hancur tapi memang minat.

Ok lah.
Kajah gerak dulu.
Jumpa lain hari.
Kajah baru beli lampu denyar untuk fhafa.
Sekarang tgh eXplore.
Lain hari kajah tunjuk hasil.

Bai.