20100729

Lebih Kat Sini.Kurang Kat Sana.



*Arahan :Untuk pemahaman dan kesan berganda sila :-

Tulisan ini : Baca suara biasa
Tulisan ini : Baca suara kecil



********************************************************************************
Abu sedang memandu.
Matanya tak lari-lari dari jalanraya tapi,
mindanya sudah membelok ke utara selatan.
Bersimpang siur benar.

"Penatlah hari-hari macam ni.Aku nak berhenti kerja.Apa nak jadi.Jadilah." Abu mengomel seorang diri.
"Dah la bulan ni gaji kaput sebab OT sikit.Hutang pun tak settle lagi.Baju pun tak dapat nak rembat.Handbag.Kasut.Eiii.Stress." Tambah Abu lagi.

*Jap.Jap.Abu pakai handbag?*

Tiba-tiba,
*******************
"Betul ke kau nak berhenti?"

"Eh?Kau siapa?Setan?Jangan ganggu aku.Aku tiada mood." Jawab abu tegas.

"Hekeleh.Aku bukan setan lah setan.Aku adalah kau."

"Wah.Annoying betul kau ni."

"Sama lah annoying macam kau.Sebab aku adalah kau."

"Mak..maksud kau..Kau kembar aku?"

"Aaa.aa..Bolehh dikatakan macam tu lah.Cuma kau real aku tak."

"Eh.Apa kau ni.Jadi kau bayang-bayang aku?Bukan lah kembar macam tu.Buat mengharap aku je kau ni.Dah lah dari kecik aku memang berangan nak ada kembar.Huh."

"Bayang-bayang?Kau nak kata aku hitam lah sekarang ni?Annoying lah kau ni.Lagi satu,kau nak ada kembar?Tak payah.Sorang kau je dah cukup memeningkan."

"Eleh.Aku annoying ikot kau.Sebab kau cakap tadi kau adalah aku dan aku adalah kau.Apa bodoh benar lah kau ni."

"Eh.eh.Nak balas dendam pulak kau ni.Dah!Balik kepada cerita asal tadi.
Kau nak berhenti kerja?"

"Haah.Mana kau tahu?Kau..Kau intip aku?"

"Woi.Woi.Aku kan adalah kau?"

"Eh.Sorry.Sorry.Aku lupa lah."

"Haish.Kau dah fikir masak-masak?"

"Aku tak pandai masak.Tapi yang aku tahu.Aku nak berhenti kerja.Penat lah.Hari-hari lalu jalan yang sama.Dah lah bos aku perangai cun.Ada masa dia macam perempuan sihir.Duit Minyak lagi.Poket aku kaput bulan ni.Tapi nafsu membeli-belah tetap tebal.Susah."

"Kau..Kau pernah nampak dia main sihir?"

"Siapa?"

"Bos kau lah.kau pernah nampak dia main sihir?"

"Tak.Kau pernah nampak?"

"Kalau kau tak pernah,aku pun tak pernah lah.Kan aku adalahh...kk.."

"Cukup.Cukup!Tak payah ulang.Aku tak suka orang cakap banyak kali.Pening."

"Aku pun tak suka.Tapi kau tu bangang sangat."

"Aku bangang ikot kau lah,bangang."

"Kenapa kau asyik nak carik pasal je ni?Tak boleh ke kita berdamai?"

"Ok.Ok.Maafkan aku.Mood aku ke laut hari ni.Dan aku betul-betul nak berhenti kerja.
Ini dah masuk 956 kali aku kata nak berhenti.Dan kali ni aku harap jadi."

"Hmm.Bukan kali ke 958 ke?"

"Entah.Aku lemah matematik.Setakat lebih dua tiga tu abaikan aje laaaah.Sejak bila kita jadi begitu teliti?Kau pun."

"Hmm."

"Kenapa kau diam?Taknak bangkang keputusan aku?"

"Ado?"

"Ado apo?"

"Ado aku kisah?"

"Eh.Main kasar pulak kau ni.Pukul kang."

"Pukul lah.Karang kau jugak yang sakit.Hik."

*Lalaaa.Trrrr.Lalalala.Trrrrr.Jeng.Kling.Kling Waaaa*

*Tiba-tiba hp Abu berbunyi.*

"Hello?Apahal?"
bla.bla.
"Apa?"
bla.bla.blaa
"Yeke?"
blaaaa.blablaaa.
"Ohh.Tak percayalah?Bukan sikit ke bulan lepas?"
blaaa.balaaa.blaaa.amik je laa.blaa.
"Haa.Ok.Ok.Nanti i check.Thank youuu."

Klik.
*letak telefon.*

"Amboi.Happy nampak.Tadi muka kau semacam je kecutnya."

"Ah.Sama lah macam muka kau kan."

"Apehal tadi tu?"

"Rahsia.Kau kata kau adalah aku kan?Takkan kau tak tahu."

"Eleh kerek.Aku tahu laaah.Saje je aku nak tanya."

"Huh.Dah la.Mood aku dah balik dari laut.Kau sila lah pergi sekarang.Kau agak ganggu kosentrasi memandu aku."

"Habis kau jadi berhenti kerja ke tak?"

"Ado?"

"Ado apo?"

"Ado aku nak bagitahu kau?Hah!"

"Arghh kau.Balas dendam nampak?"

"Gurau-gurau je lah.Macam perempuan sihir lah kau ni.Aku tak jadi berhenti kerja.Lain kali je lah.Hik."

"Ah kau ni.Aku dah agak dah.Haha."

"Eleh.Habis,bila kau nak berambus ni?"

"Aku nak pergi lah ni.Lain kali kalau kau runsing lagi baru aku datang jenguk.Kau jangan rindu pulak."

"Yelah.Yelaaaah.Hati-hati."

"Ok baai.Baai.Kau Jangan lupa menabung."

"Yelaaaaaaaah.Leter betul lah."

*******************
Dan keadaan dalam kereta Abu kembali sunyi seperti mula-mula tadi.
Cuma mood Abu dah kembali.
Penat Abu pun dah rasa hilang tiba-tiba.

Abu tersenyum-senyum.
Semua lagu yang radio siarkan semua dia sing along,even panggilan hangit pun dia sing along.Eh say along.
Walaupun tak hafal.
Lagu Ekstravaganza yang dia mati-mati tak suka pun,settle juga hari ni.
Lain macam betul happy Abu ni.
Hebat betul penangan panggilan telefon tadi.
Buat Abu rasa konfiden.
Dan esok,
Abu nekad nak pergi rembat external hard disk.
Dengar cerita tengah sales.
Hik.

********************************************************************************

Seronoknya kerja Abu kan.
Orang lain gaji,Abu pun gaji.
Orang lain tak gaji,Abu pun tetap ada gaji lagi.
Tapi yang malangnya.
Orang lain kerja Abu pun kerja.
Orang lain cuti,Abu tetap kena kerja juga.

Tsk.Tsk.
Hidup ni ada yang lebih ada yang kurang.
Sama jugak macam badan.Kejap kurus kejap gemuk.*Tiba-tiba.Hoh.*
Jadi bersyukur je lah.

:)








20100726

Aksi Rare.


Kinana adalah,
seorang budak yang memang hyper.
Yang mana kalau nampak pintu terbuka,dia akan lesap keluar.
Sama seperti kelajuan cahaya.
Oh tidak.
Lebih dari kelajuan cahaya.

Kinana juga,
Pantang melihat barang-barang yang tersusun rapi.
Dia alergik dengan barang tersusun,
maka dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya tadi dia akan meruntun semua barang dan membuat sepah dengan muka paling tak bersalah.

Kinana juga,
sangat rajin dan memang tak boleh duduk diam.
Kerajinan dia melebihi kerajinan bibik-bibik yang berhasrat gaji akan dinaikkan jika rajin.
Pendek kata memang jarang lah nak nampak atau jumpa dia duduk setempat dan tekun pada satu perkara.

Kalau adik dia nangis,
dia lah orang pertama yang akan datang dan menepuk adik dengan penuh kasih sayang.

"Buk.Bukk.Pukkk!"

*Tepuk dengan kasih sayang beserta bunyi yang makin lama makin kuat.Memang kuat*

Tapi malam ni tadi aku dapat rakam aksi luar biasa.
Aksi ni memang rare.
Kalau kauorang pernah jumpa kinana in person.
Mesti kauorang rasa kagum gila sebab dapat tengok kinana dalam keadaan macam ni.
Rare ni weh.
Ahahah.
Jum layan.
Eh.Tapi mula-mula.Jum berdoa supaya line internet kauorang tak kaput.
Kalau line internet kaput sakit hati sial nak tunggu video loading.
Okay dah doa?
Jum!

Zassssssssssssss!


video

Kagum taaaak?
Hebat jugak penangan upin dan ipin ni.
hahah. :B



20100718

Jusco dan Hujan.

Cubaan mengorat mat motor besar di tembok RTM.


Hari ni hari cuti.
Seperti biasa hari cuti bermaksud hari berehat.
Tapi kalau dalam kes aku.
Tiap kali cuti memang tak dan lah nak lebam-lebam duduk rumah.
Mesti nak keluar tengok orang.
Ngorat-ngorat barang sorang dua orang balak.
Bila dah dapat ngorat,patah kan hati diorang.
Balas dendam.
Hah.
Baru hardcore.

Tadi hujan lebat betul.
Masa aku keluar,langit memang dah hitam.
Tapi aku pergi dengan lisa,so hujan ke panas ke,apa aku nak kisah?

Sampai kat jusco.
Gila lah ramai kereta.
Aku pusing dekat setengah jam nak carik tempat lepak Lisa.
Lisa mana lah nak ikot aku masuk shopping complex.
sesak kata dia.
Kecoh betul.
Dia ingat dia selebriti ke nak elak tempat sesak?

Last sekali aku dapat port untuk Lisa.
Dekat rooftop.
Masalahnya sekarang,aku kena redah hujan lebih kurang 250 meter.
Hujan pulak makin melebat.
Mengenangkan port untuk lisa yang payah amat nak dapat tu,jadi aku redah jugak lah.
Malas betul nak pusing-pusing lagi.

250 meter terasa begitu panjang dan menyeksa.
Baju semakin gelap warnanya dek air hujan.
Jambul market pun sudah penyet.
Tu naasib baik aku tak pakai celak.
Kalau tak,mesti muka aku macam pelakon lepas buat adegan menangis lah nanti.
Mesti orang ingat aku pelakon extra.
Siooot.
Sampai depan lif je,aku memang dah separuh basah.

Ah.setan lah.
Jusco ni dah lah sejuk macam kutub utara.
Dengan keadaan basah kuyup tu aku terus menuju arah toilet.
Boleh tahan ramai orang.
Sejuk-sejuk tambah hujan ni memang cepat pundi kencing penuh.
Aku paham.
Aku nampak ada dua minah tengah betul-betulkan rambut diorang yang basah macam baru lepas mandi.
Sama lah tu macam aku.

Aku menung tengok cermin kejap.
Basah betul muka aku ni.
Masa aku tengah pandang sekeliling toilet,tu aku nampak hand-dryer yang melekat kat dinding toilet.

TING!
*atas kepala ada gambar mentol*

Aku buat kering-keringkan tangan.
Dan kemudian,melarat kat lengan baju.
Boleh tahan berkesan.

Last-last aku terus tarik baju sikit dan sedaya upaya keringkan baju dan rambut.
Nyaman bai.
Dah la sejuk gila time tu.

*Nak terangkan macamana keadaan masa tu payah.Tapi kalau kauorang ada pernah tengok cerita yang seorang mamat tu nak basuh tangan.Tetiba air paip tu terlaju dan terus pancut kat seluar dia.Mamat tu cuak dan malu,lalu sedaya upaya cuba keringkan seluar dia dengan hand-dryer.Sekarang tukar je mamat tu dengan aku.*

Makcik-makcik yang tengah beratur nak masuk toilet sengih-sengih pandang aku.
Awek-awek blondie pun pandang jugak.
Aku terus je jadi peramah cerita yang aku basah sebab parking jauh.
Diorang pun respon gelak-gelak lepas tu kata kesian.
Aku kalau dengan awek blondie-blondie jarang nak baik-baik.
Persaingan.
Tapi dalam keadaan macamni,terpaksa lah.
*Tips kaver malu : Jadi peramah untuk buang rasa awkward.*

Nak dekat 10 minit aku duduk bawah hand-dryer tu dan baju aku dah kering.
Walaupun ada rasa sejuk-sejuk lagi.
Tapi boleh lah dari kuyup macam tadi.
Rambut pun dah kembang sebab kena angin hand-dryer tadi.
Suka.
*aku suka bila rambut aku kembang.Rasa rock.*

Tak lama lepas tu,
Aku keluar dari toilet dengan langkah konfiden.
Dengan berbekalkan dua keping 50 ringgit aku menuju ke arah bahagian sales.
Berlagak macam takda apa-apa yang berlaku.

Dan.
Aku rasa best gila.
*Syok sendiri*

Try lah kalau kauorang basah kuyup.
Betul-betul best.








20100715

Thanks lah Sebab Mudahkan Fikiran Aku.Thanks.Ikhlas ni.

Lisa tak sihat.
Hari tu aku baru je hantar dia pergi klinik dia.
Klinik dah lah banyak ubat keras-keras,cecair hitam-hitam.
Tak suka.
Lepas tu Kinana pulak lari-lari sana sini,
bila duduk atas riba sedap je kasut dia cop-cop seluar jeans aku.
Dah la nafas dia jadi besar tiap kali nampak anjing.
Klaka betul.

Lisa ni macam tuan dia jugak.
Pandai pakai duit.Pandai betul dia carik timing.
Bila dia tau aku ada masyuk sikit,
Kemain lah lagi dia.
Nak tuka kasut baru lah,roadtax mati lah,Insurans lah,kemiklah.
Tapi,nasib baik i love u,Lisa.
Kalau tak,sama-sama lah kau menganga tengok aku naik bas.

So setelah dia autopsi,
Timing belt dengan tali kipas kena tukar baru .
Tukar punya tukar kena lah RM3 juta.
Tapi aku tak tau apa pasal Lisa masih keluarkan bunyi annoying yang macam hantu tu.
Malu lah orang tengok tiap kali nak keluar parking.
Lagipun bila tiap kali Lisa keluarkan bunyi annoying macam hantu tu,terus je aku pulak rasa nak naik hantu.

So hari ini aku ambil Emergency Leave.
Aku nak pergi hentak apek yang rawat Lisa hari tu.
Boleh ke hentak?macam kejam sangat pulakkan.
takpe.

Everybody deserved second chance.kan?
(Tapi aku taknak bagi peluang lagi kat kau.Tak sampai hati nak bagi.Pergi lah kat orang lain.)

So aku bagi peluang lagi kat apek ni untuk betulkan kesilapan dia.
Aku harap kali ni apek dapat rawat lisa betul-betul.

Kalau tak,nanti aku nak pergi kerja susah.
Bila dah susah pergi kerja nanti aku marah-marah.
Bila aku dah marah-marah,nanti mak aku pulak marah-marah aku.
Bila mak aku dah marah-marah aku,nanti aku jadi dungu jadi bangang.
Bila dah dungu,dah bangang siapa nak kat aku nanti?
Haaa.
Lima puluh sen.Lima puluh sen.

Haaaa.
Haaaaaaaaaaaaaaa.

Camne?
Siapa nak jawab tu?


*Lu ni pahal ni apek,bayau dah setel,Lisa tak jugak baik.Lu jangan bagi wa marah.Wa kalau dah marah,wa nangis je nanti.Lu jangan nak cuak pulak masa tu.Haaa.Masa tu lu jangan harap lah nak pujuk wa pakai teh ais.Tak jalan dee pek.Koman-koman pun sportrim baru.*

20100713

GEMPAR.ANAK HARIMAU MENYERANG JUASSEH,KUALA PILAH.

Kelmarin,
Kampung Terusan yang terletak di Juasseh,
Gempar dengan kehadiran anak harimau secara tiba-tiba.
Keadaan ini agak menimbulkan kegelishan bagi rumah yang berkaitan kerana anak harimau ini mengganas dengan menyelerakkan pinggan mangkuk dan kain baju.
Namun tiada mangsa yang tercedera.
Sesekali tindakan anak harimau yang agak agresif menimbulkan kesakitan kepada dirinya sendiri kerana terhantuk di bucu-bucu meja dan juga tergolek di dalam longkang kerana berjalan tanpa memandang hadapan.
Namun anak harimau ini hanya muncul pada waktu malam.
(mengikut jadual baju tidur yang telah di tetapkan.)
Berikut adalah gambar-gambar yang dapat dirakamkan.


Beraksi!
Hati-hati,kakak tiger ini tidak berbahaya namun amat lincah dalam skill mengumbah dan menyelerak.
Sehingga sekarang sudah hampir 3 cawan di pecahkan.

Protektif!
Kakak tiger sedang melindungi adik dari diganggu dan dicium bertalu-talu.
Namun kadang kala harapkan pagar,pagar makan padi.
Biasanya kakak harimau akan mengambil kesempatan mencium adik tanpa henti dan cubaan berbaring diatas adik untuk menjadikkan adik bantal.
Naughty kakak tiger.

Penyayang.
Berbeza dengan karekter biasa harimau,beby tiger dan kakak tiger amat manja dan asyik ber'kiss' tanpa henti.
Kiss juga diiringi dengan bunyi MUAAAH yang kuat dan setompok air liur.
Sweeet kakak tiger.hik.


Tengok sambil kiss kaki hampir menghimpit adik tiger.
Kuat ambil kesempatan betul.
Perlukan pantauaan yang rapi.



Nah close up gambar adik tiger @ Muhammad Akmal Rayyan.
Baru 22 hari dan berat telah meningkat 4.9KG.
Cayalah kayyeen!

20100707

Tak Kenal Maka Tak Cinta.Cirit Ah.

Sepatutnya aku tengah eksaited kemas baju nak pergi pangkor dengan kawan-kawan gangster ni.
Tapi tak menjadi.
Sedih betul.
Tapi,lain kali mesti jadi.
Sebelum semua orang berlumba nak kahwin dan,
sebelum semua orang mula meninggalkan alam gangster dan'
nak menjadi wanita idaman para mertua,mesti arrange vacation.
Mesti.

Sebenarnya nak bagi tahu yang kinana dah dapat adik baru.
*siapa yang tak kenal kinana,sila jangan segan untuk rujuk entry lepas yang dah berhabuk*
Lelaki.
Nama dia Akmal Rayyan.
Tengok.Tengok.
Nama tak nak kalah,macam artis.
Hoh.


Aku sibuk betol lah lately ni,tambah-tambah lagi dengan ketiadaan internet di rumah. Tak sempat nak jadi tahi facebook dan blog.
Tension.
Ni semua pasal TM,diaorang buat offer pakej baru,sampai kitorang satu family tergoda.
Lepas tu customer service diaorang tak sabar-sabar sangat nak potong internet lama,
sekarang nak pasang yang baru terkangkang-kangkang.
Bodoh betul.

Semalam genap 2 tahun abah meninggal.Tapi rasa macam dah lama sangat pulak. Apa-apa pun abah tetap di hati,tak kira lah lama ke kejap.
*serius*

Hah.
yang kau tunggu-tunggu lagi ni kenapa?
Cepat sedekah Al-fatihah kat abah aku dan semua abah yang dah meninggal dunia.
Cepat.Jangan kedekut.

Dah?
Okay sayang kau orang!