20100829

Mulai Hari Ini Nak Selalu Cakap Perkara Yang Bagus-bagus Walaupun Dalam Realiti Tiada.




Aku paling suka guna ayat drift dari memecut.
Sebab memecut tu nampak macam tak cool dan bahaya.
Drift pulak nampak cool walaupun bahaya juga.

Selalu kalau orang tanya aku akan jawab camni.
"Aku drift dari Jimbabweh ke Alaska tadi.40 minit je diknun."
Cool kan?

Semalam lepas melepak dekat kedai cantik dengan juju,kakya dan abadik.
Balik dari melepak jam dah tunjuk 3 pagi.
Mata dah tak larat.
Kencing pun dah 4 kali sebab banyak sangat minum teh ais.
Ais lebih.
Lepas tu aku dah rasa malas nak drift balik rumah yang terletak di Juassehpark.
Aku pun amik keputusan nak tumpang tido di rumah kakya.
Pagi2 buta nanti baru drift balik rumah laju2 since dah janji dengan sepupu nak jalan pergi KL.

Dekat rumah kakya,kitorang bergolek dekat ruang dapur rumah kakya sambil mengadap tv baru kakya yang besar macam panggung wayang tu.
Besar dik.
Tv raya tu.
Masing-masing suara petir berborak kuat sampai mak kakya terjaga.
Hehe.
Sorry Acik Sal.

Masa tu jam dah pukul 5 lebih,sedar-sedar aku dah tertidur sambil meninggalkan kakya yang tekebil-kebil mengadap facebook.
Pukul 6.45 pagi aku terjaga dan terus teringat janji manis yang nak gerak Kl dengan sepupu yang nak gerak awal-awal gila.
Aku tergesa2 bangun dan naik bilik kakya,amik barang dan inform kakya yang sedang membuta yang i have to go now.
Sebiji macam one night stand beb.
*Matahari belum naik,dah tergesa-gesa hilang sambil tinggalkan pasangan yang masih tidur.
Eh?
Ini bukan pengalaman ye kawan-kawan.
Ini semua pengaruh filem barat.*

Aku mamai naik kereta dan terus mendrift ke rumah.
Aku bukan lah orang yang memandu gila babi punya laju.
Tapi bila sampai dekat bukit putus atau bila dah nak sampai rumah biasanya aku memang laju.
Sebab dah rasa biasa sangat sampai overconfident semua liku-liku jalan pun dah hafal.
Kalau boleh nak drive sambil lepas tangan je dan kawal pakai minda sambil mata tertutup.
Bongkak tak?
Haaa.
Haah!

Sampai dekat kawasan kampung yang selalu banyak lembu melintas,aku makin laju mendrift.
Tambah-tambah lagi masa tu pagi-pagi buta lagi.
Kereta pun takde.
Aku dengan Lisa je dekat jalan tu sambil muka tekebil-kebil mamai.

Aku pecut laju dan laju lagi sampai satu selekoh tajam.
Bila sampai selekoh tu aku pusing lembut setereng Lisa.
Aku tekan brek dan aku hold stereng Lisa.
Tiba-tiba,
Lisa berputar 360 darjah u olzzz!
Bukan berputar yang kereta berguling-guling tu tau.
Ini di berputar macam tengah buat satu roundabout dekat selekoh tu.
Aku terasa badan aku senget sebab mengikut putaran Lisa.
Bunyi tayar tergesel dekat jalan sikit punya kuat.
Memecah kesunyian di pagi hari.
Tersenget aku kat dalam tu diknon.
Aku dah tebayang Lisa tegolek dan cermin pecah.
Aku terbayang yang aku akan luka dan berparut2.
Tapi syukur pada Allah Lisa tak terbalik.

Selesai je putaran 360 darjah tu.
Automatik Lisa stop mungkin sebab aku memang tak lepas stereng dan brek.
Aku tak lepas stereng dengan brek bukan sebab aku pro,
tetapi sebab terlalu gabra sampai tak dapat gerak langsung.
Kaku!
Betul dik.
Betul tekaan kauorang.
Lisa drift betul-betul!
Bak kata kakya,Drift donut bai.
Bulatan penuh.

Tekejut aku diknun!
Nasib baik takde kereta langsung,cuba bayangkan kalau ada kereta dari arah berlawanan,
Tak ke bercium kuat dengan kerta tu?
Tak ke kemik,
Tak ke menjalar aku atas jalan tu?
Tak ke akhirnya keadaan bertukar Lisa pulak kat atas aku?
Syukur betul aku.
Syukur sangat-sangat.
Dalam keadaan gabra tu,
Aku try tekan minyak,Lisa still boleh jalan macam biasa.
Aku teruskan perjalanan untuk balik ke rumah.
Sambil tu kauorang tau apa?

I'm shaking like hell!
Tak kisah la aku gangster ke hape.
Tapi masa tu memang takot gila wehh.
Aku bedebar nak mampus.
Aku macam tak percaya je yang aku baru lepas buat real drift!
Berputar 360 darjah lak tu.

Masa aku berlalu tinggalkan tempat kejadian tu aku pandang dari cermin sisi.
Berkesan hitam dik bulatan donut tu dekat jalan raya.
Ngeri aku!

Tapi apa-apapun,perjalanan harus diteruskan.
Kl dah menanti.
Aku teruskan perjalanan ke rumah dengan muka yang pucat,seluruh badan yang menggigil,minda yang tak percaya dan juga mata yang masih mengantuk.
Mungkin Allah nak bagi peringatan,
Supaya aku jangan melepak lama sangat sampai ganggu perhatian,
Nak ingatkan aku jangan memandu dengan laju walaupun tempat tu aku memang dah KING.
Nak ingatkan aku supaya jangan over confident.
Nak ingatkan aku jangan memandu dalam keadaan mamai dan tiada tumpuan.
BAHAYA OKAY?
Dan paling penting,
Nak ingatkan aku untuk fikir apa percakapan yang aku ucapkan.
Asyik cakap drift-drift je.
Sekali ambik kau terdrift betul-betul.
Tau pulak cuak.
Tu pun selamat sebab nasib baik.
Kalau nasib tak baik?
Camno?


...
..

Sejam lepas tu aku memulakan perjalanan ke KL.
Aku taknak guna perkataan drift lagi.
Lepas ni kalau orang tanya aku akan jawab.
"Aku memandu dengan cermat dari Kemboja ke Palembang."
Aku kena jaga percakapan mulai hari ini.
Cakap tu kan doa?
Kan?







Kek Sebelah,Tapi Sayang Penuh. : )

Pada 26 ogos hari yang lepas, kakya ,
Salah seorang kawan kesayangan i telah menyambut hari lahir ke 45.
Eh?
Silap-silap.
Hari lahir yang ke 23!
Umur yang sudah sesuai untuk carik bakal suami.
So?
Bile lagi kakya?
Hik.
So we all ada berbuka bersama yang dipayung oleh kakya dan ada
jugak belikan kakya cake harijadi.
Jum tengok gambar!









Selamat hari lahir kakya.
Semoga kita akan berkawan sampai bila-bila.
Walaupun kita ada bengang-bengang,tacing-tacing antara satu sama lain.
Tapi kita sayang kakya tau.
Sedangkan lidah lagi tergigit.Inikan pulak kita yang kuat makan ni.
Dah berapa kali berdarah dah.
Semoga sentiasa masyuk dan happy.
Semoga cepat dapat jodoh yang baik-baik dan boleh usaha untuk dapat bayi idaman.
SAYANG KAKYA!
Sayang JUJU,YINA,JIBAM,NONO,JANA jugak. :)

P/S :Oi kakya.Polis pun okay apa buat suami.Hik <3

20100822

Three stages of relationship.

Aku dah lupa dari laman web mana aku baca artikel ni.
But aku rasa ia make sense juga.
Saja-saja nak share dengan kauorang.
Artikel diolah oleh aku.

Early stage of relationship.
Terlalu banyak perkara yang akan menimbulkan curiga.
Rasa tidak selamat.
Tidak confident dengan perasaan sendiri.
Masa ni dalam tempoh mengenal hati budi.
Kita tak begitu kenal pasangan kita.
Relationship ini berlaku betul-betul atas dasar perasaan.
Jadi macam-macam sangkaan pun ada.
Masa ni banyaklah yang lalui cinta kilat lah.cinta beruk makyeh lah.
Kalau semua berjalan lancar dan boleh diatasi maka boleh level up to another stage!
Yeaaah!!

Middle stage of relationship.
Curiga cuma timbul sekali sekala.
Rasa tidak selamat ditimbulkan dengan niat bermanja.
Nak ada bersama.
Masa ni masing-masing kira tengah angau lah.
Masing-masing berlumba nak explore hati budi pasangan.
*Explore body tak boleh ye kawan.Kawen dulu.*
Masa ni lah nak rindu-rindu.
Nak gaduh-gaduh manja.
Biasanya masa ni merbahaya jugak.
Sebab dikhuatiri ada yang sakit mata tengok hubungan menjadi,jadi berniat nak kacau line.
Biasalah,manusia kan.
Tak manusia lah kalau tak dengki.Kan?
Kalau dapat diatasi dan berjalan lancar lagi maka boleh level up to another stage!
Yeaaah!!


Final stage of relationship.
Terlalu percaya pada pasangan sendiri.
Over confident yang diri adalah the only one.
Kurang ambil kisah terhadap pasangan sebab dah rasa tepu.
Sebab dah tahu-tahu walau apa pun pasangan kita memang sentiasa ada untuk kita.
Biasanya di tahap ini kecurangan dan kegagalan akan berlaku.
Sebab biasanya masa kita tak ambil kisah,
Masa yang kita rasa kita dah berada di tahap paling selamat,
Kita takkan expect benda-benda macam ni berlaku.
Well.Life is full of suprises kan?
Bewaaare lovers. :)
Kalau semua berjalan lancar dan dapat diatasi maka tak payah mengada nak level up dah.
Hayati relationship kauorang dan sama-sama tunggu hayat berakhir.

P/S : Perkahwinan boleh berlaku di antara mana-mana satu stage.Bergantung kepada effort,commitment,nasib dan paling penting EKONOMI. Hik.


20100818

Seminggu Yang Keliru.

Kerja yang memerlukan kita berhadapan dengan orang ramai ketika bulan puasa memang mencabar.
Walaupun setan semua dah kena ikat,
Tapi ramai rupanya yang dah jadikan setan idola diorang.

Ada yang datang maki-maki tak berhenti.
Ada yang datang dengan bau busuk nak mati.
Tak kurang juga yang bau macam babi.
*Aku tak tahu bau babi macammana tapi yang datang tu kaum yang makan binatang tu.
Jadi,bau pelik yang aku tak penah bau aku assume bau itu ajelah.Mintak maaf.*

Payah betul nak dapat puasa yang betul-betul fullmark.
Hari-hari masa berbuka markah puasa di paras pinggang saja.
Mungkin juga paras lutut.

Dah masuk 8 hari berpuasa.
Tapi Pak guard masih berbau rokok.
Abang pakai shades dalam bangunan masih berbau rokok.
Pak Guard Epk cash kuat show off dengan senapang masih mulut berminyak di waktu tengah hari.

Menyampah.

Payah betul nak halang mulut dari menyumpah.
Payah betul nak kawal diri supaya bertenang.
Payah betul nak ukur keikhlasan.
Semua pun payah.

Payah.Payah.




20100815

Badan Rasa Makin Nipis. :)


I hurt people.
When people hurt me.
I love people.
When people love me.

I give u my love but in return
I want your love.


Eh.Kauorang tengok cupid bahlol ni.
Nak kasi panah,panah lah tepat-tepat.
Dasar tangan pencong.
Tengok,tak sempat bercinta dah karam.
Macammana nak lalui gelora alam percintaan kalau camni?
Fuh.Fuh.




20100811

Kalau Ada,Ada lah.Kalau Takda.Touching Kejap Then Mesti Tetap Bangun!

I'm speeding and I'm going down!

Awak datang.
Kacau-kacau,
Jentik-jentik hati i.
Hilang.
.Thanks.

No hard feeling.No hard feeling.
I kan kuat.

Eh.1 day done.29 days more to gooo!
I'm doing good.
Cepat raya.Cepat laah.Tak sabar nak pakai baju baru.
Hoh.

20100809

Smkm.Syg keje elok-elok.Smkm.


1. Akak aku dah habis pantang.So Kinana dengan Kayyen dah balik rumah sendiri. Jadi dekat rumah sekarang cuma ada aku dan momma. Sunyi pulak rasa. Rumah pun licin semacam sebab takde "tukang kemas". Momma juga sudah ada pesbuk. Jadi masing-masing mengadap internet je tak berkelip.

2. Sejak akhir-akhir ni malas sungguh rasa nak pergi kerja. Mungkin tengah dalam musim muak. Musim yang tetiba rasa meluat benar nak memandu. Meluat nak tengok muka customer. Meluat nak tengok broadband. Meluat nak bangun pagi. Meluat serba serbi. Dah lah orang kat office tu macam bebudak. Bertekak pasal siapa yang start guna perkataan "cekadak maut". Bertekak pasal orang tu india atau serani. Handbag tu ori atau immitation. Small matters kot. Blerghh. Biasanya kalu situasi ni berlaku aku akan pergi jauh dari tempat diorang sambil memaki dalam hati.

3. Hujung minggu lepas pergi melepak dekat rumah Jibam. Zana pun dah duduk sana. Seronok betul dapat duduk serumah dengan kawan-kawan. Teringat masa buat diploma dulu. Macam-macam kerenah. Paling tak boleh lupa bila nak berak mesti simbah air dekat pintu toilet. Sebab taknak mamat jiran sebelah dengar bunyi "PLUP". Jiran sebelah dah lah kuat mengejek. "Berak keras ke kak?".

4. Dah nak puasa. Rasa macam baru semalam je pergi mesjid untuk sembahyang raya.
Rasa macam baru semalam je makan rendang hitam dengan nasi panas. Melentik selera.
Rasa macam baru je semalam mula kerja.Sedar tak sedar dah setahun lebih. Rasa macam baru je semalam habis sekolah. Sedar tak sedar ni dah tua. Ah. Semua-semua pun macam rasa baru semalam lah. Sedar tak sedar semua dah di sia-siakan. Rugi.

5. Ini jam semua orang emosi kacau. Semua belumba nak touching. Mungkin semua tengah terganggu sebab lepas ni sebulan tak boleh makan hari siang. Gelisah lah tu. Semua orang ada ego yang nak dijaga. Tapi agak-agak lah. Aku selalu tertanya macammana orang yang dah bercinta lama lepas tu clash dan sebulan lepas tu dia da dapat pasangan lain macam tiada apa-apa berlaku. Gila laju move oonn! Ajar! Ajar aku pleaseee!

6. Aku rasa aku dah tahu kenapa aku belum obeses nak ada pakwe. Bukan lah tak minat,tapi rasa tu belum mendesak sangat. Bila tengok orang bercinta memang lah aku suka tapi takde lah sampai aku makan hati,memendam rasa tengok diorang. Aku rasa Sebab aku tengah obses dan leka dengan kawan-kawan aku. Diorang semua best bai. Kalah pakwe. Ada masa touching. Ada masa manja. Ada masa rasa nak sepak. Tapi pusing-pusing rujuk balik. Takde beza kan dengan pakwe?

7. Aku dapat sms dari siapa tah. Dia kata aku kacau pakwe dia. Perempuan bahlul macam ni memang banyak kat luar sana. Orang becinta, dia pun nak becinta. Tapi bodoh mengalahkan kerbau. Aku tak minat nak becinta sekarang. Pakwe orang lagi lah aku tak minat. Becinta pun nak kena ada ilmu sikit dik. Jadi kerbau je tak payah ada ilmu. Ah kau tak payah jadi kerbau lah sebab kau memang dah kerbau. Aku punya nak elak isu macam ni,tiba-tiba kena jugak. Mengundang betul.

8. Streamyx ni memang pantang kena puji. Puji sikit mula buat perangai tekangkang dia tu. Kejap-kejap disconnect. Kejap-kejap tak stabil. Loading tak berenti. Sabar. Sabar. Sabaaaaaaar.

9. Aku rindu beberapa orang. Tapi tak boleh nak bagitahu orang-orang tu. Sebab takot tersalah bagi harapan. Atau nanti disalah tafsir. Atau tak sesuai langsung nak bagitahu. Mungkin ada perkara yang ditakdirkan untuk dipendam saja. Pendam supaya biar kita sendiri tahu. Sebenarnya boleh je nak bagi orang tahu. Tapi aku tak cukup konfiden lah. Lagipun aku dah malas nak heartbroken lagi. Bosan.

10. Rumah jibam serius selesa. Bilik besar-besar kelas. Bilik air pun indah. Berselera betul nak berak. Tapi malangnya masa kat rumah dia belum sampai seru nak berak. Rumah jibam ada sofa mewah bai. Lorenzo mari. Kalau tumpang tido rumah dia tak payah susah-susah nak bawa tilam ke hape.Tumpang je tido kat lorenzo dia. Aku nak duduk sekali dengan kau orang woiii.


Menonton television sambil menghayati kelembutan sofa keluaran Lorenzo.Terbaik.


Selamat berpuasa semua orang.
Jangan Ponteng-ponteng.
Mendapat kau ronda dalam van jenazah nanti.
Jum sahur?


20100802

Kadang-Kadang Aku Rasa Kasihan Kat Diri Sendiri Sampai Rasa Nak Meraung Dengan Kuat.

Dua tiga hari ni aku ada rasa kasihan pada beberapa orang.

Mula-mula aku kasihan kepada kawan sekerja aku.
Dia ada masa depan yang agak cerah di tempat kerja kami,
Tapi atas sedikit kesilapan,langsung masa depan dia yang cerah tu jadi gelap.
Langsung tak beri peluang.
24 jam.
*Semoga ada peluang lebih bagus untuk kau di luar sana.Jangan sedih sangat eh?*

Lepas tu aku kasihan kepada rakan aku.
Rakan yang dah lama tak jumpa.
Aku kenal dia dan pasangan nya.
Aku suka tengok diorang bersama sampai ada masa rasa nak macam diorang juga.
Tapi baru-baru ni aku dapat tahu mereka dah tak bersama dan pasangan dia bertunang dengan orang lain.
Walaupun aku dah takde kena mengena dengan diorang tapi aku tetap rasa sebak semacam.
Mungkin sebab aku pernah jadi saksi kisah percintaan diorang yang aku rasa tak patut berakhir macam ni.
*Dont let the past hold you, or else you can never move on. This too shall past,okay? *



Dan aku kasihan kan emak.
Sepatutnya anak dah besar-besar mak dah boleh duduk rumah dan bermanja dengan abah.
Tapi malangnya janji abah cepat sampai.
Dan emak tinggal sorang memandangkan semua anak sedang menjalani hidup masing-masing.
Aku yang ada ni pun jumpa emak pun masa malam je.
Bila balik pun aku mengadap internet je lebih.
*Kalau nanti aku dapat kerja mana-mana aku akan makesure ada orang teman mak.Kalau takde sangat aku bawak je mak sekali.Hah.*

Aku tau mengeluh tu tak baik.
Tapi..
Boleh tak,aku nak mengeluh dengan panjang sekarang?
Hhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhh.


Hidup ni memang susah nak jangka.
Kadang-kadang kita suka,kadang-kadang duka.
Tapi apa nak buat.
Layan jelah.
*Aku malas nak guna peribahasa roda tu.Boooring.*

Apa-apa pun hidup mesti diteruskan.
Okay.
Okay semua oraaang?

Tiap kali aku balik kerja,
Lepas parking kereta bawah porch.
Aku akan berjalan untuk menutup dan mengunci pintu pagar.
Pagar aku jenis yang tarik slide dan aku sedang memakai kasut kerja.
Dan,
Aku tak tau kenapa aku terasa macam awek yang jadi pembantu untuk pusingkan kiub huruf dalam Rancangan Roda Impian.
Hik.

Saya pilih huruf F!Untuk maaf Halim! - Hamid Ghurka.